You are on page 1of 3

2.

Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan


Nilai-nilai keperibadian
Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalahjinak seperti kucing
dan garang seperti harimau. Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang
berkesan adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada
masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan
mesra social dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang.
Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat
sekolah
Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian
matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang
ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang
jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan
sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai
sasaran matlamat yang ditetapkan.
Menyelia dan dan menilai pengajaran
Tugas utama guru besar di sekolah berkesan bertanggunjawab untuk memastikan
matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah
oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan
secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah.(Lipham,1981;Levine,1982)
Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar
Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan
pelajar,menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian
masalah pelajar di sekolah.Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data
keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam
bentuk yang ringkas dan padat.
Mengawal dan melindungi Eaktu Pengajaran
Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan
melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan .Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk
membuat rondaan di bilik darjah.
Intensif kepada guru
Guru besar seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada
guru yang berhak menerimanya.
Menyediakan ganjaran untuk pelajar
Guru besar bertanggunjawab dalam kepimpinan pengajaran adalah untuk
memajukan dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada
pelajar dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan
pencapaian akademik mereka..Guru besar berupaya mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif di sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan
dipentingkan.

Peranan Guru
Guru sentiasa menambahkan ilmu, mengikutui perkembangan senasa dan menjadi
medel yang terbaik kepada guru.sentiasa menyampaikan ilmu bersedia
merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa
ke semasa. Guru harulha membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra
individu sebagai seorang kawan, ibu bapa.
Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya
pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan
dan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik
yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik.
Peranan Pelajar
Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah
mencapai pencapaian akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan
mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikapsikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar di sekolah
sentiasa menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya
sekolah baik dari segi fizikal mahupun social.
Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat
Ibu bapa di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam
menyumbangkan ke arah pendidikan yang cemerlang.
Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di
sekoalah. Ibu bapa selalu mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung
dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga sentiasa menyarankan pelbagai idea
kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak rasmi. PIBG di
sekolha berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan
membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah.
Persekitaran sekolah
Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan
merupakan salah satu aspek terpenting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah
juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Kesimpulan
Sekolah berkesan mempunyai ideology yang jelas dan murni yang membandingkan
organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan.
Sekolah Berkesan adalah tanggungjawab semua pihak. Pendekatam yang
bersepadu dan bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan kecemerlangan yang
diharapkan. Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan
memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru itu, semua sekolah mestilah
berusaha dan istiqamah untuk melahirkan sekolah-sekolah berkesan.

You might also like