You are on page 1of 4

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jaya, Kuala Besut, Terengganu

Minit Mesyuarat Kursus Kepengadilan Badminton Peringkat Daerah Bagi


Tahun 2013
Bil 04 / Tahun 2013
Tarikh: 11 April 2013 (Khamis)
Masa: 2.00 4.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan SK Taman Jaya
Pengerusi: Pn. Tamil Vaani a/p Ratnam
Kehadiran: 33 orang
Nama yang hadir:
1. Pn. Tamil Vaani a/p Ratnam (Pengerusi)
2. Pn. Siti Hafizah Bt. Sheikh Raihan (Naib Pengerusi)
3. Cik Siti Sarah Binti Ab.Kadir (SU)
4. Pn. Nor Hafisah Binti Bakar (Bendahari)
5. En. Kwan Nam Poh (Guru Penasihat)
6. Pn. Nani Hayati Bt. Haji Razikin
7. En. Muhammad Syafiq Bin Abdullah
8. En. Che Yusoff Bin Che Hasan
9. Cik Joyce Ong Choon Kim
10. Cik Norfazilah Binti Mohammad Taib
11. Pn. Mashani Othman
12. Pn. Noranida Mohd Nor
13. En. Teoh Seok Hoe
14. Pn. Bhavani a/p Sree Krishnan
15. Pn. Ang Swee Chein
16. En. Ong Kim Peck
17. Cik Lau Xui Chin
18. Pn. Kamisah Binti Malbaki
19. Pn. Ruhanizah Binti Ismail
20. Cik Indra Tagore Irani
21. Pn. Nor Faezah Bt Talib
22. Pn. Saliza Binti Mohd Subekhi
23. Cik Barathimani a/p Subramaniam
24. Cik Myezana Binti Ismat
25. Pn. Chong Su Li
26. Cik Cheah Kah Mei
27. Cik Chew Huey Inn

28. Cik Indira a/p Sekaran


29. Pn. Praba a/p Arumugam
30. Cik Fong Mei Ling
31. Cik Erni Ma Aman
Turut Hadir:
1. En. Bong Lay Teng (Instruktor)
2. Pn. Santhana Mary (Instruktor)
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli
jawatankuasa yang terlibat dalam Kursus Kepengadilan Badminton
Peringkat Daerah bagi tahun 2013.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada instruktor yang
turut hadir iaitu En. Bong Lay Teng dan Pn. Santhana Mary.
1.3 Pengerusi memaklumkan Kursus Kepengadilan Badminton ini adalah
lanjutan kepada kemahiran-kemahiran asas yang diterapkan dalam
kelas badminton pada semester ini.
Makluman: Semua

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


Disahkan oleh: Pn. Noranida Mohd Nor
Disokong oleh: En. Ong Kim Peck
2.1 Pengerusi memaklumkan kursus ini bermatlamat bagi mempersiapkan
diri ke arah memartabatkan bidang sukan terutamanya dalam sukan
badminton.
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kursus ini perlu diwajibkan kepada
semua pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Taman Jaya supaya
para pelajar dapat menjadi pendidik yang berpengetahuan dan
berketrampilan di dalam bidang Kokurikulum Permainan dan
kepimpinan supaya dapat memupuk dan mengembangkan bakat serta
potensi pelajar.

Tindakan: Setiausaha Program


3. Perkara Berbangkit
3.1 Semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik harus melaksanakan
tanggungjawab dengan sempurna di mana sebarang kemusyikilan
hendaklah dirujuk kepada urusetia.
Tindakan: Urusetia Program
3.2 Ahli jawatankuasa jemputan telah mengesahkan kedua-dua instuktor
yang dijemput bukan sahaja memberi taklimat tentang kepengadilan
pertandingan badminton secara lisan malah juga akan mengajar
kemahiran-kemahiran mengenai badminton secara langsung.
Tindakan: AJK Jemputan
3.3 Pada 2 April 2013 yang lepas, pihak urusetia telah mengesahkan
bahawa Dewan Suara Kuala Besut, Terengganu tidak terlibat dengan
sebarang aktiviti dan kursus kepengadilan badminton dapat dijalankan
di dewan tersebut.
Tindakan: Urusetia Program
3.4 Isu tajaan telah diselesaikan dan penjelasan mengenainya telah
dilaporkan oleh bendahari iaitu Pn. Nor Hafisah Binti Bakar.
Makluman: Semua
4. Hal-hal Lain
4.1 Semua ahli jawatankuasa ditanya tentang pandangan dan cadangan
lain berkaitan pengisian aturcara.
Tindakan: Setiausaha Program
4.2 Disebabkan tiada cadangan lain maka perancangan ini diterima sebulat
suara untuk dilaksanakan dan jawatankuasa disarankan agar segera
menyenaraikan barang keperluan yang di dalam nota minta.
Tindakan: Setiausaha Program
5. Penutup
Ucapan penangguhan disampaikan oleh Pengerusi.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:
_______________________
(VIVIAN WONG CHING YEE)

Disemak oleh:
_______________________
(TAMIL VAANI A/P RATNAM)

Setiausaha

Pengerusi

Kelab Badminton

Kursus Kepengadilan Badminton

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Jaya

Taman Jaya

Kuala Bresut, Terengganu.


.

Kuala Besut,Terengganu.

You might also like