You are on page 1of 30

KECERDASAN PELBAGAI

&
GAYA PEMBELAJARAN

Definisi Kecerdasan Gardner


Kebolehan menyelesaikan masalah dalam
kehidupan
Kebolehan menjana masalah baru untuk
diselesaikan
Kebolehan menghasilkan sesuatu atau
menyumbang khidmat yang dianggap
berguna dalam budaya masing-masing.

7 Jenis Kecerdasan
Dalam Frames of mind: The theory of multiple
intelligences, 1983, Howard Gardner
mengemukakan 7 jenis kecerdasan.
Tetapi, Bilangan kecerdasan tidak terhad kepada
yang dikemukakannya sahaja.
Setiap satu daripada 7 kecerdasan mengandungi
sub-kecerdasan lagi.

1. Kecerdasan Verbal Linguistik


Kebolehan berfikir dengan perkataan;
menggunakan bahasa untuk menyatakan
aras memahami maksud yang kompleks.
Penulis buku, penyajak, jurnalis, pembaca
berita, penceramah, ahli politik
menunjukkan kecerdasan linguistik yang
tinggi.

Petunjuk:
Suka mendengar dan bergerak balas kepada bunyi,
ritma, dan bahasa lisan.
Suka permainan menggunakan perkataan.
Belajar melalui bacaan, menulis, mendengar dan
berbincang.
Boleh bercakap kepada pelbagai jenis pendengar
meyakinkan, mempengaruhi, penuh perasaan dll.
Menunjukkan kebolehan belajar bahasa asing.

2. Kecerdasan Logik-matematik
Kecerdasan ini membolehkan seseorang
mengira dengan mudah, atau menyelesaikan
masalah matematik yang kompleks.
Saintis, ahli matematik, akauntan, jurutera,
pengaturcara komputer menunjukkan
kebolehan logik-matematik yang tinggi.

Petunjuk:
Mengguna simbol abstrak untuk menyatakan objek / konsep
konkrit.
Menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah logikal.
Boleh mengenali pola & hubungan.
Suka operasi kompleks kalkulus, fizik, pengaturcaraan
komputer, kaedah penyelidikan.
Berfikir secara matematik kumpul bukti, buat hipotesis, bina
model, beri contoh yang menentang, & bina hujah yang
meyakinkan.

3. Kecerdasan Visual Ruang


Kebolehan berfikir dalam 3 dimensi.
Kebolehan melihat imej luar & dalam; mencipta,
menukar, atau mengubahsuai imej tersebut.
Kebolehan melayari ruang.
Kebolehan menghasilkan / memahami maklumat
grafik.
Pelaut, pilot, pelukis, arkitek, pengukir batu di antara
orang yang mempunyai kecerdasan visual ruang.

Petunjuk:

Belajar dengan melihat & memerhati. Kenal muka, objek,


bentuk, warna, & pemandangan.

Boleh keluar dari hutan, memandu di jalan yang sebok,


melayari laut & sampai ke pantai.

Melihat dalam bentuk imej berfikir dalam bentuk gambar


guna gambaran untuk ingat sesuatu.

Suka melukis, mewarna, mengukir hasilkan sesuatu dalam


bentuk yang boleh dilihat.

Boleh fahami peta, rajah dan carta dengan mudah.

4. Kecerdasan kinesthetik
Kebolehan memanipulasi objek dan mencapai
kemahiran fizikal yang tinggi.
Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk
survival.
Ditemui di kalangan menari, pelakon, ahli
sukan, pencipta, doktor bedah, pemandu
kereta lumba dll.

Petunjuk:
Belajar dengan sentuhan, pegang, manipulasi
bahan pembelajaran.
Mempunyai pergerakan refleks yang baik
imbangan, kelembutan, ketangkasan.
Suka belajar melalui penglibatan & pengalaman
konkrit lawatan, bina model, main peranan,
permainan dll.
Menunjukkan kemahiran berlakon, bersukan,
menari, menjahit, mengukir dll.

5. Kecerdasan Muzik
Jelas dapat dilihat pada individu yang
sensitif kepada bunyi, melodi, ritma
dan nada.
Ditemui di kalangan penghibur,
pencipta, konduktor, jurutera
rekording, pembuat alat muzik dll.

Petunjuk:

Perihatin & minat kepada bunyi suara manusia, bunti


alam sekitar, muzik dll.

Suka, seronok dan cari peluang untuk dengar muzik /


bunyi alam sekitar semasa belajar.

Bergerak balas kepada muzik secara kinesthetik, emosi


dan intelek.

Boleh bermain alat muzik.

Kenal, perihatin dan bincang tentang pelbagai stail


muzik, pengaruh budaya dll.

6. Kecerdasan Interpesonal
Kebolehan mamahami dan berinteraksi
dengan baik.
Ditemui di kalangan ahli politik, guru,
pemimpin agama, kaunselor, juru jual
dll.

Petunjuk:
Rapat dengan ibu bapa dan boleh berinteraksi dengan
orang lain.
Bina dan jaga hubungan & pergaulan sosial.
Sedar tentang dan guna pelbagai cara untuk berhubung
dengan orang lain.
Memahami perasaan, pemikiran, motivasi, tingkah laku,
dan gaya hidup orang lain.
Suka aktiviti kumpulan ambil bahagian bekerjasama
menjalankan tugas kumpulan.
Boleh menerima perspektif orang lain.

7. Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan membina persepsi tentang diri


sendiri dengan tepat dan menggunakan
pengetahuan tersebut untuk merancang
dan menentukan hala tuju kendiri.
Ditemui di kalangan novelis, kaunselor,
ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli mistik.

Petunjuk:

Perihatin kepada emosi dan nilai-nilai kendiri.

Dapat mencari pendekatan untuk sampaikan perasaan


atau pemikiran.

Berusaha untuk kenal pasti & capai tujuan hidup sendiri.

Boleh bekerja bersendirian.

Cuba memahami pengalaman dalaman.

Berusaha untuk memenuhi hasrat sempurna kendiri.

KP boleh dibahagi kepada 3 kategori:


1. Kecerdasan berkaitan objek
Visual ruang
Logikal-matematikal
kinesthetik

2. Kecerdasan bebas
verbal linguistik
muzik

3. Kecerdasan berkaitan manusia


Interpersonal
intrapesonal

Kecerdasan Pelbagai

Kercedasan
berkaitan
manusia

Kercedasan
berkaitan
objek

Kercedasan
bebas

Implikasi KP
Persekitaran pembelajaran menyediakan
penglaman pembelajaran yang melibatkan
pelajar untuk membina 7 kecerdasan.
Kurikulum seimbang memberi peluang kepada
pelajar untuk meneroka dan mengembangkan 7
kecerdasan mereka.
Guru menggunakan 7 kecerdasan dalam
menyediakan bahan pengajaran.
Ibu bapa dilibatkan untuk mengajar anak
mereka kemahiran sosial.

Implikasi KP

Matlamat kurikulum mengajar supaya pelajar faham.


Skop kurikulum boleh disempitkan supaya pelajar belajar
lebih mendalam tentang konsep asas bidang.

Pelajar belajar arah kendiri dengan memulakan dan


menyiapkan projek pilihan mereka.

Sekolah menekankan perkembangan kemahiran tertentu


melalui penerokaan.

Sekolah menggalakkan pembinaan pengetahuan dan


kreativiti.

Implikasi KP
Bakat dan minat pelajar individu boleh dikenal pasti
dan dikembangkan. Pelajar diberi peluang untuk ambil
bahagian dalam kokurikulum pilihan mereka.
Dengan kerjasama guru, pelajar kenal pasti cara
mereka harus dinilai.
Maklum balas didapati daripada guru, rakan sebaya,
orang luar, dan refleksi.

Gaya Pembelajaran
Dalam keadaan yang bagaimana pelajar lebih
mudah menerima maklumat?
Dalam keadaan yang bagaimana pelajar
boleh menyusun dan memproses maklumat?
Dalam keadaan yang bagaimana pelajar
dapat menyimpan maklumat?

Dapatan Kajian
30% pelajar ingat 75% daripada yang didengar dalam
kelas biasa.
40% ingat 75% daripada apa yang dibaca & dilihat
(sama ada proses maklumat dalam bentuk perkataan
atau dalam bentuk gambar)
15% belajar melalui sentuhan pegang, tulis, lukis
pengalaman konkrit.
15% pelajar cerdas kinestetik boleh belajar dengan
melakukan.

Bagaimana memproses maklumat


Pelajar otak kiri belajar dengan mudah jika
maklumat disusun secara logikal dan
berturutan.
Pelajar otak kanan lebih suka kepada
gambaran keseluruhan terlebih dahulu, di
samping pengajaran yang melibatkan
gambaran, imaginasi, muzik, kesenian dan
intuisi.

Pengaruh keadaan
Persekitaran fizikal bunyi, cahaya, suhu,
tempat duduk, cara duduk mempengaruhi
kebolehan belajar
Keperluan emosi diri dan orang lain
Keperluan sosial kebanyakkan pelajar
prestasi rendah sangat memerlukan galakkan
dari rakan sebaya

Gaya Pembelajaran
Every human being has a learning style and every human
being has strengths.
Its as individual as a signature.
No learning style is better or worse than any
other style.
All groups cultural, academic, male, female
include all types of learning styles.
Within each culture, socio-enomic strata or
classroom, there are as many differences as
there are between groups.
Ken & Rita Dunn

Soalan 1
Perkara di bawah merujuk kepada sejenis
kecerdasan :

Ingatan jangka panjang


Analisis meta-linguistik
Meyakinkan orang lain tentang jenis tindakan yang
diambil.

A.
B.
C.
D.

Intrapersonal
Logikal/matematik
Lisan/linguistik
Interpersonal

Soalan 2
Gaya pembelajaran merujuk kepada cara atau gaya
seseorang memproses maklumat, membuat keputusan, dan
membentuk nilai. Gaya pembelajaran dapat dilihat melalui
tingkah laku seseorang.

Apakah persamaan dan perbezaan utama antara


gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai?

Rujukan
Campbell, Campbell & Dickinson. (1996).
Teaching and learning through multiple
intelligences. Massachusetts, USA: Allyn &
Bacon.
Dryden, G. & Vos, J. (1994). The learning
revolution. California: Jalmar Press.

You might also like