You are on page 1of 9

Tujuan

Untuk mengukur dan membanding ukuran dengan menggunakan beberapa


jenis alat ukuran.
Teori
Pengukuran adalah sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Kita
biasa menggunakan kuantiti fizikal yang bermaksud kuantiti yang boleh diukur
untuk mengukur. Terdapat lima jenis kuantiti fizikal yang digunakan dalam
pengukuran iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik.
Demi mengenalpasti kepanjangan atau keberatan sesuatu dengan tepat, kita
hendaklah

mengukurkannya,

bukannya

membuat

anggapan

semata-

matanya. Kepanjangan sesuatu objek boleh diukur dengan menggunakan


beberapa alatan seperti tolok skru micrometer, angkup vernier, pembaris
meter dan sebagainya. Manakala neraca tiga palang, penimbang elektronik,
neraca jarum berskala dan lain-lain lagi pula digunakan untuk mengukur jisim
sesuatu objek.
Apabila kita hendak membuat ukuran terhadap sesuatu objek, kita mesti
mengetahui kepekaan, kepersisan dan kejituan alat yang digunakan. Kejituan
merupakan tahap kedekatan dengan nilai yang sebenar. Semakin dekat nilai
itu dengan nilai sebenar, semakin jitu nilai tersebut. Kepersisan adalah sejauh
mana nilai didapati berulangan di bawah keadaan tidak berubah menunjukkan
keputusan yang sama. Semakin kerap nilai itu berulangan, semakin tinggi
kepersisannya. Sesuatu ukuran boleh didapati jitu tetapi tidak persis, persis
tetapi tidak jitu atau kedua-duanya.

Bahan dan peralatan


Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca tiga palang,
penimbang elektronik, wayar kuprum, pensel, mata wang syiling 10 sen dan
20 sen, rambut, bikar, kalkulator.

Diagram
Aktiviti 1: Mengukur Panjang

Aktiviti 2 : Mengukur jisim

Prosedur
Aktiviti 1: Mengukur Panjang
1. Diameter pensel, wayar kuprum, syiling 10 sen dan 20 sen, seurat rambut
dan bikar telah diukur dengan menggunakan pembaris meter, angkup
vernier dan tolok skru mikrometer.
2. Ukuran diulangi sebanyak dua kali.
3. Keputusan telah dijadualkan.
Aktiviti 2 : Mengukur jisim
1. Jisim bagi pensel, syiling 10 sen, 20 sen dan kalkulator telah diukur
dengan menggunakan neraca tiga palang dan penimbang elektronik.
2. Ukuran diulangi sebanyak dua kali.
3. Keputusan telah dijadualkan.

Keputusan
Aktiviti 1: Mengukur Panjang
a) Tolok skru mikrometer
Bahan
Dimater pensel
Diameter

Bacaan pertama (cm)


0.707
0.142

Bacaan
Bacaan kedua (cm)
0.709
0.142

Min (cm)
0.708
0.142

wayar kuprum
Diameter

0.003

0.004

0.004

Bacaan pertama (cm)

Bacaan
Bacaan kedua

Min (cm)

10 sen

1.80

(cm)
2.00

1.90

20 sen

2.34

2.37

2.36

Diameter luaran

5.13

5.15

5.14

bikar
Diameter

4.22

4.23

4.23

rambut
b) Angkup vernier
Bahan

dalaman bikar

Aktiviti 2 : Mengukur jisim


a) Penimbang elektronik
Bahan
10 sen
20 sen

Bacaan pertama (g)


2.85
5.61

Bacaan
Bacaan kedua (g)
2.85
5.61

Min (g)
2.85
5.61

Bacaan
Bacaan kedua (g)
5.26
143.42

Min (g)
5.25
143.40

b) Neraca tiga palang


Bahan
Pensel
Kalkulator

Bacaan pertama (g)


5.24
143.39

Perbincangan
1. Antara pembaris meter, tolok skru mikrometer dan angkup vernier, tolok
skru mikrometer adalah paling persis dan jitu. Ini adalah kerana skala
terkecil yang digunakan dalam bahagian skala utama tolok skru
mikrometer adalah 1mm dan 0.01mm pada bahagian skala nonius.
Sedangkan, skala terkecil yang ada pada pembaris meter adalah 0.1cm.
Manakala pada angkup vernier, skala terkecil pada skala utama adalah
0.1cm dan 0.01cm pada skala vernier. Jelaslah bahawa, tolok skru
mikrometer adalah lebih jitu berbanding dengan pembaris meter dan
angkup vernier.
Bagi aspek kepersisan pula, bacaan yang sama dapat diperoleh secara
kerap oleh tolok skru mikrometer berbanding pembaris meter dan angkup
vernier. Maka, tolok skru mikrometer mempunyai kepersisan yang paling
tinggi.
2. Adalah tidak realistik sekiranya murid mendapat keputusannya sebagai
4.32cm dengan menggunakan pembaris meter. Ini adalah kerana skala
terkecil yang terdapat pada pembaris meter adalah 0.1cm. 0.02cm pada
4.32cm itu hanyalah anggaran di mana ia adalah tidak tepat.
3. Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan kertas adalah tolok
skru mikrometer. Ini adalah disebabkan tolok skru mikrometer adalah lebih
sensitif di mana skala terkecilnya adalah 0.01mm. Untuk mengukur

ketebalan kertas, pertama sekali, letakkan sekeping kertas di tengah


spindal dan andas. Ketatkan spindal dan andas dengan memutar pemutar
itu sehingga bunyi tik dihasilkan. Bacaan diambil dengan merujuk
kepada bacaan pada skala utama dan skala nonius. Tambahkan keduadua bacaan tersebut dan ketebalan kertas dapat diperolehi. Sekiranya
terdapat ralat pada tolok tersebut, tolakkan ralat daripada bacaan yang
diperhati untuk mendapat bacaan yang betul.
4. Bacaan terkecil yang boleh dibuat oleh pembaris meter adalah 0.1cm,
angkup vernier adalah 0.01cm dan 0.01mm bagi tolok skru mikrometer.
5. Antara kedua-dua penimbang tersebut, penimbang elektronik adalah lebih
jitu dan persis. Hal ini adalah kerana penimbang elektronik dapat memberi
bacaan yang dekat dengan bacaan sebenar. Ralat paralaks semasa
mengambil bacaan juga dapat dielakkan. Pemberat turut tidak diperlukan
untuk menyeimbangkan pengimbang tersebut. Berbanding dengan neraca
tiga palang yang mungkin bacaannya disebabkan oleh manusia seperti
ralat paralaks, ketidakmahiran menggunakan alat tersebut, pemberat tidak
diletakkan dengan baik bagi mewujudkan keseimbangan dan sebagainya,
penimbang elektronik pula dapat memberi bacaan yang lebih jitu.
Dengan menggunakan pengimbang elektronik, bacaan yang sama dapat
diperolehi selepas beberapa cubaan kerana pengimbang tersebut kurang
dipengaruhi oleh faktor luaran seperti kesilapan manusia dan sebagainya.
Maka, kepersisannya juga amat tinggi berbanding neraca tiga palang.
6. Alat penimbang yang lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim
dalam kehidupan seharian termasuklah neraca spring dan neraca lengan
gantung. Neraca spring adalah kurang jitu kerana spring tersebut akan
mengorak (uncoil) sedikit demi sedikit setiap kali pemberat digantung
padanya. Oleh itu, ini tidak dapat memberi bacaan yang sebenar. Selain
itu, bacaan pada neraca spring juga harus bergantung kepada lokasi yang
mengukur kerana daya graviti adalah berbeza pada lokasi yang berlainan.
Walaupun kurang jitu, tetapi neraca spring dapat memberi bacaan yang
persis. Ia dapat memberi bacaan yang lebih kurang sama sekiranya objek
yang sama diuji beberapa kali.

Bagi neraca lengan gantung pula, ia juga kurang jitu. Ini adalah
disebabkan jisim pinggan kecil itu mungkin akan diambilkira. Secara
langsung,

ini

akan

meningkatkan

bacaan

neraca

tersebut

dan

menyebabkan bacaan sebenarnya tidak tepat. Kesilapan manusia yang


tidak menyeimbangi neraca apabila mengukur juga membawa kepada
ketidakjituan. Walau bagaimanapun, neraca lengan gantung adalah agak
persis. Ini adalah kerana bacaan yang agak sama dapat diperolehi
selepas beberapa cubaan pengimbangan objek yang sama.
7. Melalui dua aktiviti di atas, saya telah mempelajari bahawa ukuran
sesuatu objek harus diambil beberapa kali untuk mendapatkan nilai
minnya. Contohnya, semasa mengukur diameter pensel, kami hendaklah
mengukur sekurang-kurangnya dua kali untuk mendapatkan bacaannya.
Ini adalah kerana permukaan objek pada sudut yang lain mungkin berbeza
daripada sudut yang diukur sebelumnya. Beberapa bacaan harus diambil
bagi mengelakkan kesilapan semasa membaca skala. Bagi pengukuran
jisim pula, contohnya pengukuran jisim pensel dengan neraca tig palang,
bacaan juga harus diambil sekurang-kurangnya dua kali. Hal ini kerana
mungkin terdapat faktor luaran lain seperti ralat paralaks yang akan
menjejaskan bacaan yang tepat. Selepas ukuran diambil, purata dapat
dicari.
Bukan itu sahaja, saya turut mempelajari alat pengukur yang sesuai
digunakan untuk mengukur diameter atau ketebalan sesuatu objek.
Misalnya, untuk mencari ketebalan kertas, kami digalakkan untuk
menggunakan tolok skru mikrometer berbanding dengan angkup vernier.
Ini adalah kerana tolok skru mikrometer mempunyai kepekaan yang lebih
tinggi dan lebih sensitif terhadap perubahan ukuran. Maka, ia dapat
memberi bacaan yang lebih tepat terhadap ketebalan kertas. Bagi
pengukuran jisim pula, penimbang elektronik pula lebih sesuai digunakan
untuk mengukur jisim sesuatu objek. Ini adalah kerana pengimbang
elektronik dapat memberi bacaan yang lebih tepat dan ia tidak dijejas oleh
faktor luar seperti ralat sifar dan ralat paralaks.
Selain itu, saya juga sedar bahawa ralat paralaks dan ralat sifar harus
dielakkan dan dibetulkan semasa mengambil bacaan dan sebelum
menggunakan alat pengukur. Kita dikehendaki mengambil bacaan pada

aras berserenjangan dengan alat pengukur. Sekiranya terdapat ralat sifar,


bacaan yang didapati harus menolak ralat sifar tersebut untuk dapatkan
nilai yang sebenar.
Tambahan pula, antara alat pengukur yang digunakan dalam kedua-dua
aktiviti tersebut, saya mempelajari tolok skru mikrometer adalah paling jitu
dan persis dalam mengukur panjang dan penimbang elektronik dalam
mengukur jisim. Tolok skru mikrometer mempunyai skala terkecil 1mm
pada skala utama dan 0.01mm pada skala nonius.
Kesimpulan
Tolok skru mikrometer adalah paling jitu dan persis dalam mengukur
kepanjangan sesuatu objek. Sedangkan penimbang elektronik adalah
paling jitu dan persis dalam menyukat jisim objek berbanding dengan
neraca tiga palang.

Lampiran
Tolok skru

micrometer digunakan

untuk mengukur diameter rambut dan


wayar kuprum.

Angkup
mengukur

vernier

digunakan

diameter

luaran

untuk
dan

dalaman sebuah bikar serta diameter


20sen.

You might also like