You are on page 1of 17

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 4

Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik


4.1 Edward Sapir
4.2 Leonard Bloomfield
4.3 Ferdinand de Saussure

Sinopsis
Tajuk satu ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.
Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

Hasil Pembelajaran
(i)
(ii)

Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh linguistik mengikut zaman


Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa

(iii)

sejak zaman awal hingga zaman moden


Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

Kerangka Tajuk:
4.1 Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk
Language (1881)
4.2 Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori Behaviourisme
4.3 Hasil pemikiran Ferdinand de Saussure telah melayakkan beliau diberikan
jolokan sebagai Bapa Linguistik Moden

1.1 Pemikiran Edward Sapir dalam Bidang Linguistik


Edward Sapir (1884 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan
antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan

bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.


Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.
Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur
yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat
arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk
Language berbeza dengan Bloomfield kerana manmggunakan pendekatan

antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.


Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan
sentiasa berubah.

1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik


Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme
yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.
Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang
boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu

tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya ransangan.


Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada
adanya ransangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai

gerak balas atau respons terhadap ransangan itu.


Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.
Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan
yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan
dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language
(1933).

1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik


Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu
linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah
terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalaam

bidang bahasa secara moden.


Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang
mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari
sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik
sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis
mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahanperubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
2

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue


dan parole. Langue bermaksud bahasa tertentu dan parole (dialek) bermaksud

ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat
Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku
bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau
ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan
menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang
kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Aktiviti:
1. Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan
Bloomfield.
2. Huraikan secara ringkas dengan menggunakan ayat sendiri tentang
sumbangan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran
bahasa.

Tajuk 5

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik


5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Sinopsis

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu
linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang
berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai
berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian
orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada
abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti
dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Hasil Pembelajaran
i.

Mengetahui sejarah perkembangan linguistik Zaman Yunani, Zaman Iskandariah,


Zaman Rom

ii.

Meneliti sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan

iii.

Membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman moden

Kerangka Tajuk
5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang
pengkajian bahasa ialah
tamadun

orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu

terawal yang wujud di atas muka

bumi ini. Kehebatan tamadun ini

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan
dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan
seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang
bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah
merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan
kekuatan masyarakat ketika itu
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman
Yunani ialah Plato dan Arsistotle. Plato merupakan orang pertama yang menyelidik
tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato
telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja
4

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

sebagai penerangan kepada perbuatan. Perbincangan tentang bahasa terdapat dalam


bukunya Cratylus. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384
322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa,
iaitu kata penghubung. Aristotle merupakan sarjana

yang mula-mula mengakui

tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani.


Ringkasnya dalam bidang falsafah Yunani, sarjana-sarjana Stoik dikatakan
paling banyak memberikan perhatian kepada bahasa. Satu perbezaan ketara yang
pernah mereka lakukan ialah pebezaan antara bentuk dan makna. Usaha mereka ini
telah menjadikan bahasa Yunani sebagai satu bahasa yang kuat dan unggul.
Tanggapan tinggi mereka terhadap bahasa menjadikaqn mereka mematuhi,
menghormati dan mentaati semua system bahasa mereka. Tahukan anda bahawa
kesan daripada fenomena ini, mereka menganggap bahasa itu mereka sudah
sempurna dan tidak perlu diperbaik dan diubah-ubah.
Secara umumnya, anda mendapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era
Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka
lebih bercorak logik bukannya bersifat saintifik. Perkembangan ilmu linguistik pada
masa itu telah membawa kepada beberapa persoalan dan menjadi isu perdebatan ahli
falsafah pada masa itu. Kelompok cendekiawan ini berselisih pendapat berkenaan asa
usul perkataan sama ada bersifat semula jadi atau konvensyen. Kelompok ini dinelai
sebagai golongan analogis dan anomalis.
Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik
zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini
bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani,
Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesuasteraan dan linguistik tamadun
Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu
pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan
kepada adverb, patisipal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana

turut

memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang
terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman


Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.
Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian
dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada
perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka
kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau
bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi
rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India


Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman
pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa
mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman
ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu
bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil
tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal
kepada fungsi kesuasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan
logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan
zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga
dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa
Inggeris.
Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada
zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.
Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir
pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada
pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya
perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta
terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India.


Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar
kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris
kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik,
morfologi dan sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah
kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji
bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal
daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir
semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga
hampir sama.

5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden


Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada
linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan
wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa
berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa
bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang
sama.
Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun
bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan
bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan
dan bahasa berfleksi. Hokum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hokum R-G-L
dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat
sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu
bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik
huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka
dan satu fenomena sosial.

Aktiviti:
Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak
sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda
faham apa yang dibincangkan.

Tajuk 6

Struktur Linguistik
6.1 Fonologi dan Fonetik
6.2 Morfologi

6.3 Sintaksis

Sinopsis
Tajuk ini membincangkan sistem bunyi dalam bahasa Melayu. Antara bidang yang
menjadi keperluan dalam perbincangan ini ialah fonologi dan fonetik, morfologi, dan
sintaksis.
Hasil Pembelajaran
i.

Menyatakan konsep aspek-aspek penting dalam bidang fonologi dan


fonetik seperti bunyi, fonem serta bentuk vokal dan konsonan.

ii.

Membincangkan bidang morfologi yang merangkumi bentuk dan proses


pembentukan kata.

iii.

Menjelaskan aspek-aspek penting dalam bidang sintaksis terutama pola


ayat dasar dan jenis ayat bahasa Melayu.

Kerangka Tajuk
6.1 Fonologi dan Fonetik

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Bidang fonologi ialah ilmu yang meneliti bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya
dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun mengikut sistem yang terbahagi
kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik.
Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Hanya bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk
tujuan pertuturan sahaja yang dikaji. Bidang ini meneliti tiga cabang, iaitu fonetik
pendengaran, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran (auditori)
mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Fonetik akustik pula meneliti sifat
fizikal bunyi bahasa (fonetik fizikal) manakala fonetik artikulasi mengkaji fungsi alat
artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu bunyi bahasa.
6.1.1 Bunyi bahasa
Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk pertuturan. Dalam
pertuturan, manusia cuba menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi yang dikeluarkan
dalam bentuk ujaran itu berterusan atau berentetan. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian
bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unti-unit kecil yang
dipanggil bunyi penggalan (fon) seperti bunyi-bunyi [p], [w] dan [a].
Bunyi-bunyi lain yang tidak bersifat penggalan digolongkan sebagai bunyi-bunyi
suprapenggalan termasuk unsur kepanjangan (harakat) yang membezakan maksud
perkataan bagi beberapa bahasa di dunia contohnya bahasa Inggeris, bahasa Arab,
Mandarin dan sebagainya. Perkataan [sit] vokal i pendek berbeza dengan [si:t] yang
memanjangkan bunyi vokal i dan ditandai dengan lambang dua titik [:].
6.1.2 Fonem
Istilah fonem merujuk suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan
huraian sistem bunyi sesuatu bahasa secara khusus (fonemik). Bagi tujuan analisis,
bunyi-bunyi bahasa yang terhasil dipenggal-penggal, diberi lambang dan dibahagikan
kepada golongan fonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya. Dua bunyi tergolong ke dalam dua
fonem jika berlawanan makna dalam persekitaran yang sama misalnya [parang] dan
[barang] merupakan pasangan yang sama kecuali antara bunyi [p] dan [b]. Oleh sebab
kehadiran dua bunyi tersebut membawa perbezaan makna, bunyi [p] dan [b] dianggap
dua fonem yang berasingan.
Penggunaan kurungan perlu difahami, iaitu kurungan jenis [ ] digunakan bagi
menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya [p] dalam [parang] dan [b] dalam [barang]. Jika

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

telah dapat dipastikan [p] dan [b] mewakili dua fonem yang berasingan, maka jenis
kurungan yang digunakan ialah /p/ dan /b/. Kurungan / / digunakan untuk menunjukkan
status fonem.
Selanjutnya, perlu diingat bahawa ada fonem yang mempunyai anggota-anggota
lain yang ciri fonetiknya sama tetapi berbeza dari segi kehadirannya dalam perkataan.
Misalnya, fonem /p/ seringkali terhasil sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya
seperti dalam perkataan [pagi] dan [apa], iaitu p pada awal dan tengah perkataan.
Sebaliknya, apabila [p] hadir pada akhir perkataan contohnya [atap], bunyi letupan telah
tidak disempurnakan.
6.1.3 Bunyi-bunyi Vokal
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang semasa
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Hal ini bermaksud, bunyibunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i.

bersuara

ii.

udara keluar dari paru-paru berterusan, dan

iii.

udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu:
i.

keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan,

ii.

bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada bahagian hadapan atau
belakang,

iii.

turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, sedikit atau
diturunkan,

iv.

kedudukan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan dan udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut sahaja (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal
atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru
keluar dari rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi
vokal sengau), dan

v.

keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paruparu, pita suara bergetar.

Bunyi-bunyi vokal juga merangkumi bunyi separuh vokal, diftong (gabungan bunyi dua
vokal [ai], [au], dan [oi]) serta vokal rangkap (vokal yang mewakili suku kata seperti [a/ir]
[bu/ih], [ku/ah] dan sebagainya.

10

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

6.1.4 Bunyi-bunyi Konsonan


Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal sama ada
bersuara atau tidak bersuara yang ketika dihasilkan udara dari paru-paru menerima
sekatan atau geseran yang terjadi di dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga
hidung. Ciri-ciri bunyi konsonan seperti yang berikut:
i.

wujudnya konsonan yang bersuara dan tidak bersuara, bergantung pada


pita suara sama ada digetarkan atau tidak,

ii.

arus udara yang keluar dari paru-paru sama ada menerima sekatan atau
geseran,

iii.

ketika menghasilkannya, berlaku sekatan atau geseran di dalam rongga


tekak atau rongga mulut akibat sentuhan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi, dan

iv.

kewujudan konsonan sengau dan konsonan tidak sengau bergantung pada


keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Sebagaimana vokal, penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa


faktor seperti yang berikut:
i.

keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar
ketika arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi bersuara atau
glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, mengeluarkan bunyi
tidak bersuara. Harus diteliti jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak
bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil
ialah bisikan;

ii.

keadaan lelangit lembut yang boleh dinaikturunkan. Sekiranya lelangit


lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyibunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat
keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau (nasal);

iii.

cara arus udara keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai
kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, letusan, geseran,
sengauan, sisian,getaran, dan separuh vokal; dan

iv.

sentuhan

antara

alat

artikulasi

dan

daerah

artikulasi

yang

akan

menghasilkan pelbagai bunyi konsonan antaranya konsonan dua bibir,


konsonan bibir-gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusilelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak.

11

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

6.2

Morfologi
Bidang morfologi ialah ilmu bahasa yang meneliti struktur kata, bentuk kata, dan

penggolongan kata. Struktur kata merujuk susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang
(dalam tulisan) yang menjadi unit menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh
struktur kata ialah kita dan kekitaan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa
sama ada berbentuk tunggal, contohnya rumah, atau yang dihasilkan melalui beberapa
proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan (yang menghasilkan kata terbitan,
perumahan), pemajmukan (yang menghasilkan kata majmuk rumah tangga) dan
penggandaan (rumah-rumah). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi
dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Umpamanya, menggolongkan
perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya.
6.2.1 Bentuk Kata
Tatabahasa Dewan telah menentukan empat bentuk kata dalam bahasa Melayu,
iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.
6.2.1.1Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
melalui

proses

pembentukan

kata

seperti

pengimbuhan,

pemajmukan,

atau

penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal
satu suku kata (ekasuku) dan kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih.
Umpamanya, perkataan roh, wang, dan yu merupakan perkataan yang terdiri daripada
satu suku kata manakala perkataan ambil, dagu, cahaya, singgahsana, universiti, dan
maharajalela terdiri daripada dua hingga enam suku kata.
Kata akronim juga termasuk ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud
singkatan yang terbentuk daripada penggabungan huruf awal suku kata misalnya ABIM
(Angkatan Belia Islam Malaysia) atau gabungan huruf awal dan suku kata pertama
daripada satu rangkai kata dan ditulis serta disebut sebagai kata yang wajar seperti
tadika (taman didikan kanak-kanak) dan kugiran (kumpulan gitar rancak).
6.2.1.2 Kata Terbitan
Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (gabungan kata dasar
dengan imbuhan) dipanggil kata terbitan. Imbuhan pula terdiri daripada morfem terikat
manakala kata dasar ialah morfem bebas. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu:

12

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

i.

awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berlari dan didalam dibawa;

ii.

akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, contohnya kan dalam jadikan dan
i dalam ragui;

iii.

apitan, yang hadir secara pada awal dan akhir sesuatu kata dasar serentak
seperti ke- ...-an dalam kekalutan dan di-...-kan dalam disatukan; dan

iv.

sisipan, yang kedudukannya ditengah-tengah sesuatu kata dasar misalnya


el- dalam geletar dan in- dalam sinambung.

Suatu keunikan bagi bahasa Melayu ialah kewujudan sejumlah besar perkataan dalam
bentuk kata terbitan dengan jenis imbuhan yang banyak dan pelbagai yang terdapat
dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
6.2.1.3Kata Majmuk
Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu serta bertindak
sebagai satu unit yang lazimnya dieja terpisah. Contoh kata majmuk: hijau lumut, campur
aduk, dan segi tiga. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
i.

Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya: bandar
raya, bom tangan, dan kuning langsat. Kata gelar juga termasuk dalam
jenis ini misalnya: Profesor Madya, Ketua Pengarah, dan Imam Besar;

ii.

Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya: deria rasa, pita
suara, dan segi empat panjang;

iii.

Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa


umpamanya: anak emas, kaki bangku, dan rabun ayam.

Selain jenis di atas, Dewan Bahasa juga telah menetapkan 15 kata majmuk yang telah
mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu: antarabangsa, sukarela, jawatankuasa,
tanggungjawab,

olahraga,

setiausaha,

bumiputera,

tandatangan,

kerjasama,

pesuruhjaya, beritahu, suruhanjaya, kakitangan, warganegara, dan matahari.


6.2.1.4Kata Ganda
Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar dinamakan kata
ganda. Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan
kata ganda berentak. Keterangan bagi kata-kata ganda tersebut adalah seperti yang
berikut:
i.

kata ganda penuh, iaitu kata ganda yang mengalami ulangan secara
keseluruhan. Kata ganda ini boleh terdiri daripada kata dasar yang diulang

13

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

sepenuhnya seperti rumah-rumah, baju-baju, dan sekolah-sekolah atau


terbina daripada kata berimbuhan yang berulang misalnya, pelari-pelari,
jabatan-jabatan, dan kementerian-kementerian;
ii.

kata ganda separa, iaitu kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan
sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda ini terbina daripada kata dasar
tunggal yang diulang suku kata pertamanya sahaja disertai pelemahan
vokal [a] menjadi vokal e pepet [] seperti sesiku, lelangit, dan jejari. Selain
itu, kata ganda separa juga terbentuk daripada kata berimbuhan yang
digandakan kata dasarnya sahaja dan hanya melibatkan kata kerja dan
kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar
(berjaga-jaga, tercari-cari, dan sebaik-baik) atau di hadapannya (berimemberi, puji-memuji, dan tolong-menolong);

iii.

kata ganda berentak, iaitu kata ganda yang mengalami pengulangan kata

dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Pertama, kata ganda berentak
pengulangan vokal (sayur-mayur, saki-baki, dan calar-balar). Kedua, kata ganda
berentak pengulangan konsonan (kayu-kayan, mundar-mandir, dan tanah-tanih). Ketiga,
kata ganda berentak bebas (lintang-pukang, kusut-masai, dan rempah-ratus).
6.3

Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Bidang

ini juga mengkaji hukum (rumus) tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa. Antara subbidang sintaksis yang dimuatkan di sini ialah pola ayat dasar, jenis
frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan bentuk ayat.
6.3.1 Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa. Bagi bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:
Pola
Pola 1

Subjek
Frasa Nama

Predikat
Frasa Nama

Pola 2

Lelaki itu
Frasa Nama

pelajar universiti..
Frasa Kerja

Pola 3

Kereta di hadapan rumah itu


Frasa Nama

telah dicuci
Frasa Adjektif

14

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pola 4

Plaza Tol Sungai Besi


Frasa Nama

amat sibuk
Frasa Sendi

Buah jambu itu

di dalam bakul

6.3.2 Susunan Ayat


Susunan ayat pula merujuk dua bentuk susunan subjek dan predikat sama ada
susunan biasa atau susunan songsang.
6.3.2.1Susunan

biasa

bermaksud

susunan

yang

subjek

ayat

mendahului

ayat

yang

predikatnya

predikatnya. Contohnya:
i.

Kejadian itu sungguh menyentuh perasaan saya.

ii.

Pengajaran guru baharu menarik.

iii.

Sistem saliran di bandar itu tidak diselenggara.

6.3.2.2Susunan

songsang

pula

merujuk

susunan

dikehadapankan mendahalui subjek. Contohnya:


i.

Sungguh menyentuh perasaan saya kejadian itu.

ii.

Menarik pengajaran guru baharu.

iii.

Tidak diselenggara sistem saliran di bandar itu.

6.3.3 Ragam ayat


Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif
dan ayat aktif tak transitif.
Contohnya:
i.

Para pelajar sedang mengikuti kuliah. (aktif transitif)

ii.

Mereka sedang berbincang tentang masalah itu. (aktif tak transitif)

Ayat pasif pula terbina daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Contohnya:
i.

Kuliah sedang diikuti oleh para pelajar. (ayat pasif dengan kata kerja pasif)

ii.

Jurnal itu akan saya beli sekarang juga. (ayat pasif dengan ganti nama diri
orang pertama)

15

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

6.3.4 Jenis Ayat


Jenis ayat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
6.3.4.1Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan mengatakan atau memberi keterangan
tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contohnya:
i.

Bapa mentuanya pegawai tentera.

ii.

Ahmad belum pernah ke Kuala Lumpur.

iii.

Bentuk kereta itu sungguh menarik.

iv.

Kini dia menjadi usahawan besar.

6.3.4.2Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu
hal. Ayat tanya tergolong kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya contohnya:
Dia telah pergi mengajar?
Jenis yang kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya seperti:
Kakaknya seorang pensyarahkah?

6.3.4.3 Ayat Perintah


Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan
sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata
ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang boleh
digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu:
i.

Ayat Suruhan
Contoh: Pergi ke sekolah sekarang juga.

ii.

Ayat Larangan
Contoh: Jangan bertindak melulu.

iii.

Ayat Silaan
Contoh: Jemput makan nasi dagang ini.

16

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

iv.

Ayat Permintaan
Contoh: Minta perhatian tuan-tuan sebentar.

6.3.4.4Ayat Seruan
Ayat seruan pula ialah ayat yang diujarkan dengan membawa nada dan
intonasi untuk melahirkan suatu keadaan perasaan umpamanya takut, marah, sakit, dan
sebagainya dengan diikuti tanda seru (!) yang lazimnya terletak pada akhir ayat. Kata
seru yang sering digunakan pula ialah oh, amboi, wah, eh, aduh, dan syabas.
Contohnya:

i.

Oh, ibuku!

ii.

Wah, cantiknya bunga itu!

iii.

Syabas, anda telah lulus ujian ini!

Selain perkara yang telah dibincangkan di atas, sintaksis juga menyentuh bentuk
ayat yang terdiri daripada bentuk tunggal (satu subjek satu predikat) dan ayat majmuk.
Sila rujuk dan baca buku Tatabahasa Dewan untuk penjelasan lanjut.
Aktiviti:
1. Berdasarkan tiga rangkap pantun tradisional yang anda tahu, bincangkan
tentang peranan bunyi vokal dan konsonan yang terkandung di dalamnya.
2. Huraikan gejala penggandaan dalam bahasa Melayu dengan menyertakan
contoh-contoh yang berkaitan.
3. Bincangkan ragam ayat dalam bahasa Melayu dengan bukti-bukti ayat yang
berkaitan.

Rujukan:
Abdullah Hassan (2006). Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan
Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

You might also like