You are on page 1of 13

Kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin

Khalifah berempat ini semuanya


mendapat didikan daripada
Rasulullah.
Mereka menjadi sumber rujukan
umat Islam selepas kewafatan
Rasulullah.
Mereka golongan terpilih dan
memiliki sifat-sifat berikut:
Bijaksana/Berilmu/Amanah/Adil/bera
ni/
tawaduk/ikhlas dan berpendirian

BIJAKSANA

Tindakan Saidina Abu Bakar memerangi golongan


murtad merupakan tindakan tepat dan berjaya
mendaulatkan kerajaan Islam serta hidup aman
damai

AMANAH

Tidak guna harta negara untuk tujuan peribadi

ADIL

Rakyat dilayan sama rata tanpa mengira status

BERANI

Khalifah Uthman bersetuju menjadi wakil Rasulullah


dalam perundingan dengan musyrikin Quraish dalam
perjanjian Hudaibiyah
Khalifah Ali sanggup tidur di tempat Rasulullah semasa
baginda keluar berhijrah ke Madinah

TAWADUK

Mereka tidak mempunyai pengawal peribadi, kehidupan


mereka sederhana dan lebih mengutamakan akhirat
daripada dunia.

TOLERANSI

Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan, bersedia


menerima pendapat rakyat yang bersumberkan AlQuran dan Al-Sunnah

TEGAS

Khalifah Abu Bakar yang memerangi golongan murtad,


dan Khalifah Umar yang memecat pegawai kurang
cekap, khalifah Uthman yang tidak tunduk kepada puak
pemberontak yang mahu beliau meletak jawatan serta

Dasar pentadbiran Khulafa Al-Rasyidin


Berpandukan dasar-dasar tersebut
beberapa pembaharuan dalam sistem
pentadbiran telah dilakukan bagi
mengemaskini urusan pentadbiran
negara antaranya :
1. Penubuhan Majlis Syura
2. Memperkenalkan jawatan-jawatan baru
dalam urusan pentadbiran wilayah
3. Penubuhan Jabatan yang dikenali
sebagai Al-Dewan.

Penubuhan Majlis Syura


Sistem ini sememangnya sudah wujud pada
zaman Rasulullah tetapi fungsinya sangat
terhad. Mengapa?
Ini kerana semua keputusan dibuat sendiri oleh
Rasulullah SAW berdasarkan wahyu kecuali
beberapa perkara yang memerlukan pandangan
sahabatnya.
Keadaan ini berubah pada zaman Khulafa AlRasyidin beberapa perkara baru timbul dalam
masyarakat Islam yang tidak dijelaskan secara
terperinci dalam Al-Quran dan Al-Hadis .
Keadaan ini memerlukan ijtihad daripada
khalifah.

Pada zaman Umar, satu Majlis Syura


khas ditubuhkan bagi menentukan
pelantikan khalifah. Siapakah yang
menganggotai majlis syura ini?
Mereka terdiri daripada sahabatsahabat Rasulullah.
Pandangan ahli Majlis Syura dirujuk
untuk membuat pelantikan pegawaipegawai kerajaan.

Memperkenalkan jawatan-jawatan
baru dalam urusan pentadbiran
wilayah
Zaman Rasulullah dan Saidina Abu
Bakar negara Islam tidak begitu luas.
Keadaan berubah pada zaman
Khalifah Umar.
Q = Apa yang berubah?
A = Negara Islam bertambah luas
kerana wujudnya pembukaan
wilayah yang sebelumnya dikuasai
oleh kerajaan Rom dan Parsi.

Bagi memastikan wilayah tersebut


ditadbir dengan berkesan khalifah
telah mewujudkan jawatan baru iaitu
GABENOR@WALI yang menjadi wakil
khalifah di wilayah tersebut. Wakil
khalifah bertanggungjawab
menjalankan pentadbiran wilayah
dengan adil.
Selain daripada wali@gabenor
beberapa jawatan baru juga
diperkenalkan iaitu :

1. KETUA SETIAUSAHA (Katib Al-Dewan


wal Insya @ atau Rais Al-Kitab)
2. SETIAUSAHA (Sohib Al-Katib)
3. PEGAWAI PEMUNGUT CUKAI(Sohib
Al-Kharaj)
4. PEGAWAI POLIS(Sohib Al-Ahdas)
5. PENGURUS PERBENDAHARAAN
NEGARA
( Sohib Baitul Mal)
6. KETUA HAKIM(Qodi Qudoh)

Sebelum pegawai-pegawai baru ini


dihantar ke wilayah-wilayah berkenaan
mereka terlebih dahulu diberi SURAT
PERINTAH daripada khalifah.
Q = Apa isi kandungan surat tersebut?
A = Tugas-tugas pegawai dan kuasa
mereka.
Harta semua pegawai diperiksa
terlebih dahulu bagi mencegah mereka
melakukan penyalahgunaan kuasa.

Setiap tahun pada musim haji, pegawaipegawai kerajaan diminta hadir ke mekah
untuk memberi laporan berhubung
pentadbiran wilayah.
Rakyat juga diberikan hak menyuarakan
aduan kepada khalifah tentang pentadbiran
wali dan pegawai kerajaan yang lain.
Khalifah akan menyiasat aduan tersebut dan
mengambil tindakan sewajarnya.
Pegawai-pegawai kerajaan diberi gaji tetap
mulai zaman Khalifah Umar sebagai
pendorong mereka menjalankan tugasan
dengan berkesan.

Penubuhan Jabatan yang dikenali sebagai Al-Dewan.

1. Dewan Al-Jund (Jabatan


ketenteraan)
. Mengendalikan urusan ketenteraan
seperti latihan ketenteraan,
mengambil data bilangan tentera,
membayar gaji anggota tetap dan
menguruskan kebajikan mereka.

2. Dewan Al-Kharaj (Jabatan Hasil)


. Bertanggungjawab memungut hasil
negara dengan lebih cekap dan
teratur.
. Pemungut cukai menemui mereka
yang berada di kawasan-kawasan
jauh supaya mudah untuk mereka
membayar cukai.
. Kecekapan pegawai dalam jabatan
ini telah membawa peningkatan
kepada pendapatan negara.

Sumbangan dan jasa Khulafa Al-Rasyidin


1. Abu Bakar AlSidiq

1. Mendaulatkan kerajaan Islam dengan


memerangi golongan murtad, gerakan
nabi palsu, dan golongan enggan bayar
zakat
2. Membebaskan negeri-negeri di bawah
Rom dan Parsi
3. Mengumpul tulisan-tulisan Al-Quran

2. Umar Al-Khattab

1. Menyusun pentadbiran majlis syura


2. Menubukan jabatan-jabatan baru bagi
melicinkan pentadbiran negara seperti Dewan
Al-Jund dan Dewan Al-kharaj
3. Menyusun undang-undang tanah negara.
4. Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun
hijrah
5. Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut

2. Uthman b. Affan

1. Menyumbang kekayaan untuk pertahanan


negara
2. Mengumpul dan membukukan Al-Quran dalam
satu naskah
3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut
yang memberi kesan kepada peluasan wilayah
Islam.

You might also like