You are on page 1of 13

Nota ringkas EDU 3105

SOALAN 1 :
JELASKAN APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEDIA PENGAJARAN

Maksud Media
Media berasal dari bahasa Latin dan merupakan bentuk jamak dari kata Medium
yang secara harfiah bererti Perantara atau Pengantar. Media juga adalah suatu alat
yang digunakan sebagai saluran (channel) untuk menyampaikan pesanan (message)
atau informasi dari suatu sumber (resource) kepada penerimanya (reciever) (Soeparno,
1988:1).
Media adalah semua bentuk perantara yang digunakan orang penyebar idea,
sehingga idea atau gagasan itu sampai pada penerima (Santoso S.hamijoyo).Media
juga merupakan segala bentuk yang digunakan untuk proses penyaluran informasi oleh
AECT. Selain itu, media adalah segala benda yang dimanipulasi, dilihat, didengar,
dibaca, atau dibicarakan beserta instrumen yang digunakan untuk kegiatan tersebut
(NEA). Menurut Heinich, 1993, media merupakan alat saluran komunikasi (Heinich,
1993).
Menurut Brigg, media juga adalah segala alat fizik yang dapat menyajikan pesan
yang merangsang yang sesuai untuk belajar. Seterusnya, media merupakan segala
sesuatu yang dapat digunakan yang berfungsi sebagai perantara, sarana, alat untuk
proses komunikasi belajar mengajar (Rohani,1997: 2-3).
Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal
yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Guru, pengajar, bahan bercetak,
persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej
digolongkan sebagai media.

DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang oleh guru secara sistematik dan
teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.
DEFINISI MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan

pesanan

daripada

pengirim

kepada

penerima

sehingga

dapat

merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi
proses pembelajaran. Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang
pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan
Semellie (1994) pula, media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.
Schramm (1977) mengemukakan bahawa media pengajaran adalah teknologi
pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran manakala
Briggs (1977) pula berpendapat bahwa media pengajaran adalah sarana fizik untuk
menyampaikan isi pengajaran seperti buku, filem, video dan sebagainya. Menurut
Brown (1973), mengungkapkan bahwa media pengajaran yang digunakan dalam
kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Pada mulanya,
media pengajaran hanya berfungsi sebagai alat bantu guru untuk mengajar dan yang
digunakan adalah alat bantu visual.
National Education Association (NEA) (1969) mengungkapkan bahwa media
pengajaran adalah sarana komunikasi dalam bentuk cetak mahupun pandang-dengar,
termasuk teknologi perangkat keras. Dapat disimpulkan juga bahawa media pengajaran
adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan pesan, dapat merangsang fikiran,
perasaan, dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong terciptanya proses belajar
pada diri pelajar.

SOALAN 2 : NYATAKAN JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN


Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang
kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika
dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi
pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama
dalam bidang ini. Media terbahagi kepada dua jenis media iaitu media bercetak dan
media bukan bercetak.
Media bercetak ialah media pengajaran yang hanya menggunakan gambar kaku,
foto, lukisan dan cetakan. Antara contoh media bercetak ialah buku, surat khabar dan
buletin.
H.G. Andriese menyatakan bahawa buku merupakan informasi tercetak di atas
kertas yang dijilid menjadi satu kesatuan.
Unesco pada tahun 1964, dalam H.G. Andriese memberikan pengertian buku
sebagai Publikasi tercetak, bukan berkala, sekurang-kurangnya sebanyak 48
halaman.
Surat khabar pula merupakan media cetak yang diterbitkan dengan memuatkan
informasi terkini sama ada di dalam atau luar negara.
Buletin diterbitkan untuk kalangan tertentu atau kegunaan organisasi dalaman
sahaja. Media ini biasanya terdiri daripada beberapa halaman dan berkonsep
sederhana serta bukan untuk tujuan komersial.
Manakala media

bukan bercetak pula

terbahagi

kepada

dua

bahagian

iaitumedia tayang dan media bukan tayang. Media tayang terdiri daripada beberapa
contoh seperti transparensi dan slaid.
Transparensi merupakan semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada
menggunakan tangan atau komputer secara terus di filem transparensi. Maklumat yang
terdapat pada transparensi ditayangkan secara terus kepada penonton melalui
projektor lutsinar atau lebih dikenali sebagai projektor OHP.
Slaid adalah

satu

jenis media

unjuran

tanpa

gerak yang

merupakan

sejenistransperansi positif berukuran kecil. Segala maklumat yang terdapat pada slaid
boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin
tayangan.

Pita

slaid

mengandungi

slaid (pandang/visual)

dan

pita

rakaman

(dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau


dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau
berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif.
Berbeza pula dengan media tayang gerak, maklumat direkodkan dalam bentuk
video dan sebagainya.Video merupakan salah satu daripada media bergerak dan
boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian
sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media
ini mempunyai beberapa keistimewaan; Selain daripada keupayaannya menunjukkan
imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini
juga dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan.
Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik
gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Video juga berupaya membawa
masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya
seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Video berupaya merakam imej
dekat dan jauh. Hal ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan selsel darah dalam tubuh badan juga boleh dilihat oleh penonton.
Terdapat pelbagai contoh media bukan tayang yang terdapat dalam era ini.
Antara contoh media bukan tayang ialah grafik, gambar kaku, media pameran,media
paparan dan media audio.
Grafik adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit
yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Hal ini bermakna
fungsi utama grafik

adalah untuk meningkatkan

komunikasi dalam pengajaran.

Namun, sebahagian besar daripada kejayaan pengajaran , adalah berdasarkan


kualiti yang

ada

pada grafik tersebut. Kualiti

perancangan yang rapi dan kesesuaian


bahan yang dilukis sebagai karangan

teknik yang
visual.

Grafik

grafik terhasil daripada


digunakan.

Grafik adalah

ialah kombinasi gambar

gambar, lambang-lambang, symbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan,

lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim
kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
Carta merupakan kumpulan

gambarajah yang

menunjukkan

acara-acara

yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta
selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau
pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna
dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran
yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang
baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Terdapat pelbagai jenis
carta,contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow
chart) dan graf.
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan
garisan-garisan,

huruf-huruf

serta

warna-warna

dalam satu persembahan

visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster
digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal
diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster
mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh
menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster
akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh
dipamerkan terus menerus.
Kad Imbasan (Flash Card) merupakan satu kad yang mempunyai maklumat
ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya.Maklumat pada kad
imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai
digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8
daripada kertas manila.
Kad

Gambar merupakan kad

imbasan yang mempunyai

gambar.

Pada

kebiasaannya kad ini berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu

gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai
digunakan untuk murid-murid pra sekolah.
Papan pengajaran merupakan media bukan unjuran. Ianya mudah digunakan
kerana tidak perlukan sebarang alat. Papan pengajaran boleh digunakan dalam
pelbagai cara dan untuk semua peringkat pembelajaran. Ianya juga boleh digunakan
untuk semua bidang pembelajaran.
Papan Tulis Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu
mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan
Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan
sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan
untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan
melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas
papan tersebut.
Papan Flip merupakan papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu
dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh
dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Beberapa
helain kertas diklipkan pada bahagian atas papan untuk membolehkan helaian kertas
yang berlaninan ditunjukkan mengikut keperluan.
Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada
papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk
mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan
kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara
mudah alih serta berkaki.

Papan Flanel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di
kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu
permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu
kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain
flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk
papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan
bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi.
Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel
dengan mudah.
Papan Gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau
disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah.
Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain
kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan,
iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu.
Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada
murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir
dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa
yang lama untuk disediakan.
Papan Slip ialah papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana
kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada
jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir
sama dengan papan flanel.

Papan Elektronik lebih biasa dipanggil Smart Board atau Interactive White
Board. Papan jenis ini berciri interaktif dan merupakan sejenis papan putih yang
memaparkan imej daripada monitor komputer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai
satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz
yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh
dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini. Hal ini boleh dilakukan

dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas
untuk tujuan ini.
Audio bermaksud pendengaran atau penerimaan bunyi. Berkait rapat dengan
audio visual sebagai alat komunikasi yang dapat di dengar dan dilihat. Media audio
ialah media pengajaran yang hanya menggunakan kemampuan suara sahaja, seperti
radio dan tape recorder. Media pengajaran ini sesuai untuk orang yang mempunyai
masalah pendengaran.

SOALAN 3 :
HURAIKAN BAGAIMANA MEDIA PENGAJARAN DAPAT MENINGKATKAN MUTU
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Melalui perbincangan sebelum ini mengenai media pengajaran yang telah
digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah. Ia amat membantu guru
dalam meningkatkan mutu P&P guru dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru mestilah
berupaya untuk mengaplikasi media pengajaran ini dengan efektif agar murid dapat
memperolehi pengajaran semaksimum yang boleh.
Menurut Kemp & Smellie (1994), mengatakan bahawa media pengajaran adalah
audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran.
Dalam aspek pendidikan, mutu adalah suatu keberhasilan proses belajar yang
berkesan dan memberikan kepuasan kepada guru dan murid.
PENGERTIAN KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang
hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam
tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan
suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku
terhadap anak dididik.

PENGERTIAN KONSEP PEMBELAJARAN


Pembelajaran

merupakan

satu

proses

mengakumulasi

maklumat

dan

pengalaman secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan
(Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).
Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat
mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh
kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif. Pembelajaran biasanya diertikan
sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman
atau latihan yang diteguhkan.
Dalam konteks penggunaan media

pengajaran

dalam pengajaran dan

pembelajaran, pendekatan terbaik adalah bersesuaian dengan keperluan murid dan


membuahkan

hasil

yang

diharapkan.

Penggunaan

media

pengajaran

dapat

dikategorikan dari 2 aspek iaitu aspek pengajaran ( aplikasi guru ) dan aspek
pembelajaran ( aplikasi murid ).
PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif
pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan
daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum
kepada situasi/media yang abstrak. Rajah-rajah di bawah menunjukkan justifikasi
sesuatu media digunakan.
Media yang baik adalah media yang dapat memperjelaskan, menggambarkan,
mengawal dan menarik tumpuan pemikiran dan emosi murid untuk memahami dan
mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka panjang. Pemilihan media yang baik
dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat meringankan tugas guru.
Faktor-faktor lain seperti masa penghasilan, perbelanjaan, bahan, berat atau
ringan alatan media, kemudahan tempat serta faktor masa pengajaran memainkan
peranan dalam pemilihan media. Penggunaan media yang maksima dalam pengajaran
akan memastikan pembelajaran murid lebih berfokus.

FUNGSI MEDIA PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN MUTU P&P


1. Pengajaran Bersama Pengajar

Penggunaan media pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam


membantu guru melaksanakan pengajaran secara langsung. Keberkesanannya
bergantung bagaimana pengajar mengaplikasikan media tersebut secara berkesan.
Antara media yang digunakan dalam pengajaran adalah :
Bil

Jenis Media

Contoh

Media Tayang Kaku

Transparensi, slaid, mikrofilem

Media Tayang Bergerak

Pita video, cakera padat digital,


filem

Bahan Grafik

Lukisan, poster, kartun, carta, graf

Gambar Kaku

Gambar foto, kad imbasan, poskad

Bahan Pameran 3D

Model, boneka, diorama, pupet

Papan Pameran

Papan kapur, papan putih, papan


flanel, papan buletin

Media Audio

Pita kaset, cakera padat, komputer

Media Cetak

Modul, buku teks, surat khabar,


majalah, risalah

2. Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar


Media digunakan tanpa kehadiran pengajar. Pelajar dibimbing oleh pereka media
dengan menggunakan modul dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran
kendiri. Media dipakejkan dengan sempurna, serta dijelaskan tentang tujuan, objektif,
cara menggunakan dan menilai pencapaian sendiri. Penggunaan teknologi multimedia
dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha
membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.
3. Modul Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam pendidikan. Modul
elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan menggunakan teknologi
komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang mengandungi elemen-elemen
multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan interaktiviti.
Antaranya, guru boleh menggunakan sebuah modul pembelajaran kendiri seperti
Macromedia Authorware 7. Modul ini menggunakan fail video yang menggunakan
elemen screen capturesebagai media penyampaian maklumat utama dan juga
menggunakan elemen-elemen multimedia yang lain seperti teks dan grafik. Modul ini
berteraskan Model ADDIE (Rosset,1987) sebagai model rekabentuk pengajaran dan
panduan sepanjang proses pembangunan modul ini. Modul ini dipakejkan dalam bentuk
cakera padat (CD) .
4. Pembelajaran Berasaskan Projek
Strategi pembelajaran yang berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip
yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang
mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat
diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Bahanbahan perbentangan projek diaplikasikan dengan menggunakan media pengajaran
yang bersesuaian dan menjana murid untuk berfikir secara aktif. Contohnya, guru
memberikan tugasan melalui paparan gambar, model atau boneka dan lain-lain.
5. Folio Bermedia
Folio bermedia adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan peristiwa dan proses
dalam satu-satu tempoh. Penghasilan folio membantu pelajar memahami, merumus
dan membentang. Pelajar ini menitikberatkan soal ketepatan, bertanggungjawab, dari
pelbagai sumber dan komitmen yang tinggi dalam tugasan.
6. Pengajaran Tematik

Berfokuskan kepada topik tertentu. Bermula dari perkongsian pengalaman


kemudian perkongsian kepakaran (mengumpul data dan membuat kesimpulan).

7. Pendidikan bagi Pelajar Istimewa


Pelajar istimewa diberikan peluang sama rata dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar
ini tidak ketinggalan dalam mengikuti proses pembelajaran. Media pengajaran ini dapat
membantu orang kurang upaya seperti pekak dan buta dan bisu. Selain itu, ia dapat
membantu pelajar yang pintar mengukuhkan pengetahuan dalam bentuk yang lebih
abstrak.

8. Pembelajaran Jarak Jauh


Pembelajaran jarak jauh atau E-learning merupakan proses pembelajaran yang
paling mudah dalam memperolehi informasi dan pendidikan dengan begitu pantas dan
mudah. Antaranya adalah menggunakan teknologi elektronik iaitu kemudahan internet .
Jumlah halaman dalam www yang semakin hari semakin melimpah menjadi elearning merupakan alternatif yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran kerana
pelajar dengan mudahnya memperolehi maklumat.
Teknologi merupakan alat yang diharapkan dapat mempermudah proses
penghantaran maklumat kepada pelajar. Dalam perkembangannya menurut Soekartawi
(2007, 198) perkembangan teknologi e-learning yang didukung oleh computer dikenal
sebagai Computer Base Learning (CBL) atau computer assisted learning (CAL) yang
dapat dikelompokan menjadi 2 jenis iaitu:

Technology-based learning
Technology-based learning pada prinsipnya terdiri atas Audio Information

Technologies (radio, audio tape, voice mail, telephone) dan Video Information
Technologies (misalnya video tape, video text, videa massaging).

Technology-based web-learning
Sedangkan technology-base web learning pada dasarnya adalah data informasi

technologies (misalnya bulletin board, internet, email, dll).


Melalui PJJ ini guru dan murid dapat berkomunikasi tanpa dibatasi hal-hal yang bersifat
protokol malahan memanfaatkan kemudahan teknologi yang semakin berkembang.
Selain itu, pengajaran yang bersifat bahan ajar mandiri ini ( self learning materials) ini
dapat memanfaatkan ilmu iatu maklumat dalam komputer dapat diakses oleh guru dan
murid-murid.

You might also like