You are on page 1of 1

Selepas berhijrah ke Madinah pada 13H, langkah pertama yang dibina nabi

adalah institusi Masjid. Masjid yang dimaksudkan itu ialah Masjid Nabawi.
Pemilihan lokasi tapak Masjid Nabawi dan pembinaannya sangat istimewa.
Ianya dipilih di kawasan unta Baginda berhenti dan semasa proses
pembinaan masjid itu, Rasulullah SAW sendiri turut bersama para sahabat
mengangkut batu bata sambil melantunkan sebuah syair yang menaikkan
semangat para sahabat ketika bekerja.
Gambaran Masjid Nabawi
Mengapa Masjid Nabawi ketika itu menjadi tempat yang paling sibuk.
walaupun masjid Nabawi tidaklah segah masjid-masjid masa kini yang
tersergam indah. Tiang Masjid Nabawi hanyalah diperbuat daripada batang
kurma manakala dindingnya daripada bata dan tanah liat. Masjid itu hanya
berbumbungkan pelepah kurma.
Di bahagian tepi masjid itu juga dibina beberapa ruangan daripada batu dan
bata. Beberapa ruangan itu juga menjadi bilik-bilik isteri Nabi.

You might also like