You are on page 1of 2

SPSK PK07

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PPKI
KALI PERTAMA 2014
Tarikh

: 22 Januari 2014

Masa

: 1.00 Petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SKBSB

Pengerusi

: En. Hasim b. Saleh ( Guru Besar SKBSB )

Kehadiran

: 8 Orang

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

En. Hasim b. Saleh


Pn. Sabariah bt. Salleh
En. Mohd Fadli b. Mohamad Johari
Pn. Yusmahani bt. Jamaluddin
Pn. Norazma bt. Abu Hassan
En. Mohamad Firdaus b. Fadzil
Pn. Suzazilah bt. Abdul Rahim
Pn. Rosapizan bt. Ab. Rahman

Guru Besar ( pengerusi)


GPK Kurikulum
Penyelaras PPKI
Setiausaha PPKI
Bendahari PPKI
Guru PPKI
PPM
PPM

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI ( EN. HASIM B. SALLEH )


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan mengenai taklimat yang diperoleh daripada jabatan.
Terdapat 120 buah sekolah PPKI di seluruh Selangor dan 9000 murid.
1.3 Pengerusi menekankan bahawa pengisian data operasi perlu tepat dan dikemaskini
pada setiap tahun.
1.4 Pengerusi memberitahu bahawa semua guru PPKI wajib terlibat dengan aktiviti dan
program yang dijalankan di sekolah.
Makluman : Semua guru
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT ( PN. YUSMAHANI BT. JAMALUDDIN )
2.1 Minit Mesyuarat Bil 2/2013 dicadangkan oleh En. Mohamad Firdaus dan disokong
oleh Pn. Suzazilah bt. Abdul Rahim.
Tindakan : Setiausaha
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn. Norwati telah bertukar ke SMK Sri Selayang.
3.2 EMK fasa ke-2 telah diperolehi.
3.3 Isu kehadiran murid telah diambil tindakan.
Makluman : Semua guru

SPSK PK07
4.0 LAPORAN PENYELARAS PPKI ( EN. MOHAMAD FADLI B. MOHD JOHARI )
4.1 Penyelaras membentangkan enrolmen;
Guru : 4 orang
Murid : 20 orang
PPM : 2 orang
4.2 Program inklusif PPKI ;
Pendidikan inklusif perlu sentiasa diwar-warkan
Target 30% murid mengikuti program inklusif menjelang tahun 2015
4.3 Penyelaras membentangkan pembahagian tugas guru-guru PPKI. (rujuk lampiran
yang disediakan )
4.4 Penyelaras membentangkan takwim PPKI bagi tahun 2014;
Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga dicadangkan pada awal bulan
Februari
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hulu Selangor akan diadakan
di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2
Program terapi dicadangkan supaya dijalankan 4 kali dalam setahun ataupun
sebulan sekali
Rancangan makanan tambahan bagi murid-murid PPKI perlu dimohon
semula setiap awal tahun ( arahan PPD)
Makluman : Semua guru
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 En. Mohd Fadli b. Mohamad Johari menyatakan bahawa sebarang pembelian perlu
melalui pembekal yang berdaftar dengan sekolah.
5.2 Pn. Sabariah meminta jadual waktu persendirian dan jadual waktu kelas kepada
semua guru PPKI.
Makluman : Semua guru
6.0 PENUTUP ( EN. HASIM B. SALEH )
6.1 Pengerusi mengingatkan bahawa murid-murid berkeperluan khas ini juga
mempunyai hak yang sama untuk mendapat ilmu dan tertakluk dalam sistem
sekolah.
6.2 Pengerusi mengingatkan bahawa pemantauan daripada pegawai PPD dan
pihak jabatan akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Maka, setiap guru
harus bersedia dan melengkapkan semua fail.
6.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh,
..........................................
(YUSMAHANI JAMALUDDIN )
SETIAUSAHA PPKI SKBSB

You might also like