You are on page 1of 27

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN

DESA TUN HUSSEIN ONN


KUALA LUMPUR

SAINS
NAMA : NUR NAJIHAH BINTI NORIZAN
TINGKATAN : 2 AMANAH
NAMA GURU : PUAN FARIDAH BINTI HASSAN
BASRI
TAJUK : BAB 8 SOKONGAN DAN GERAKAN

SISTEM SOKONGAN
DALAM HAIWAN

PENGENALAN

Semua hidupan memerlukan sistem sokongan untuk hidup.


Terdapat tiga jenis sistem sokongan antaranya :
a)Rangka Dalam b) Rangka Luar c) Rangka Hidrostatik
Rangka dalam :- Terdiri daripada tulang dan rawan yang
ditutupi tisu-tisu lembut diluarnya. Manusia dan haiwan
vertebrata lain tergolong dalam rangka dalam.
Rangka Luar :- Rangka yang keras diluar badan haiwan.
Contoh jenis haiwan, invertebrata.
Rangka Hidrostatik :- Dinding berotot yang menutupi rongga
badan haiwan. Bendalir yang mengisi seluruh rongga badan
menekan keluar dari semua arah untuk memberi sokongan dan
bentuk kepada badan. Haiwan invertebrata termasuk dalam
sistem rangka ini..

SISTEM SOKONGAN DALAM HAIWAN VERTEBRATA


ENDOSKELETON (RANGKA DALAM)
Rangka dalam berada di dalam badan. Semua
vertebrata, iaitu mamalia, reptilia, amfibia, burung
dan ikan mempunyai rangka dalam. Rangka dalam
terdiri daripada kerangka yang diperbuat daripada
tulang dan rawan.Ikan yu mempunyai rangka dalam
yang terbentuk sepenuhnya daripada rawan. Rangka
dalam berfungsi menyokong badan, melindungi
organ-organ dalam seperti otak, jantung dan peparu,
mengekalkan bentuk badan, membolehkan
pergerakan melalui pengecutan dan pengenduran
otot-otot yang bersambung pada tulang, sumsum
tulang pula menghasilkan sel-sel darah serta
menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus
yang dilepaskan ke dalam aliran darah bila
diperlukan.

CONTOH HAIWAN VERTEBRATA


ENDOSKELETON (RANGKA DALAM)

SISTEM SOKONGAN DALAM HAIWAN VERTEBRATA


DAYA APUNGAN AIR
1. Berat badan haiwan vertebrata akuatik disokong
oleh daya apungan air.
2. Lengkongan pektoral dan lengkungan pelvisnya
sangat kecil dan lemah berbanding haiwan
vertebrata daratan.
3. Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh
membesar sehingga saiz yang sangat besar. Ini
kerana vertebrata akuatik tidak perlu
menyokong berat badannya.
4. Ikan paus biru akan mati jika terkandas di
pantai. Hal ini adalah kerana sistem rangkanya
tidak dapat menyokong berat badannya yang
besar. Di darat, berat badannya akan menekan
ke atas organ di dalam badan.

CONTOH HAIWAN VERTEBRATA


DAYA APUNGAN AIR

SISTEM SOKONGAN DALAM HAIWAN


INVERTEBRATA
EKSOSKELETON (RANGKA LUAR)
Rangka luar invertebrata berada di luar badan. Haiwan
invertebrata seperti serangga, labah-labah, lipan, udang, ketam,
siput dan kerang-kerangan mempunyai rangka luar.Otot-otot
bersambung pada bahagian dalam rangka luar.Rangka luar
mempunyai fungsi menyokong badan, melindungi bahagian badan
yang lembut, mengekalkan bentuk badan, membolehkan pergerakan
dan mencegah kehilangan air dari badan. Oleh kerana rangka itu
terdapat di luar badan, pertumbuhan badan adalah terhad. Jadi,
invertebrata yang berkutikel bersalin rangka luarnya dan
membentuk rangka baru beberapa kali sebelum mencapai peringkat
dewasa. Proses penyalinan rangka dan pembentukan rangka baru
dikenali sebagai ekdisis atau bersalin kulit. Dalam invertebrata
seperti siput dan kerang-kerangan, kulit diperbesarkan dengan
menambahkan kulit baru.

CONTOH HAIWAN INVERTEBRATA


EKSOSKELETON (RANGKA LUAR)

HAIWAN INVERTEBRATA
(RANGKA HIDROSTATIK)

Rangka hidrostatik juga dikenali sebagai


hidrorangka. Rangka hidrostatik terdiri daripada
bendalir di dalam rongga badan yang dikelilingi
dinding berotot. Pengecutan dinding berotot ini
menghasilkan tekanan bendalir yang memaksa
bendalir ke sebarang arah dan menyebabkan
pergerakan. Rangka hidrostatik didapati pada
invertebrata berbadan lembut seperti cacing
tanah, beluncas, lintah bulan, hidra, anemon
laut, ubur-ubur dan sotong kurita.
Rangka hidrostatik berfungsi untuk
menyokong badan, melindungi badan yang
lembut, mengekalkan bentuk badan dan
membolehkan pergerakan.

CONTOH HAIWAN INVERTEBRATA


(RANGKA HIDROSTATIK)

CONTOH HAIWAN INVERTEBRATA


DAYA APUNGAN AIR

PERBANDINGAN SISTEM SOKONGAN


VERTEBRATA DARAT DAN AKUATIK
VERTEBRATA DARAT

Bergantung sepenuhnya pada


rangka dalam untuk
sokongan.
Rangka dalam adalah sepadan
dengan saiz badan. Semakin
besar saiz badan,semakin

besar saiz rangka.


Lengkungan pektoral dan
lengkungan pelvis adalah

cukup besar untuk


menyokong keseluruhan berat
badan.

VERTEBRATA AKUATIK

Tidak bergantung sepenuhnya


pada rangka dalam untuk
sokongan. Sebahagian besar
berat disokong oleh daya
apungan air.
Rangka dalam adalah kecil
berbanding dengan saiz badan
yang besar.
Lengkungan pektoral dan
lengkungan pelvis adalah
amat kecil bagi saiz badan
yang sebegitu besar.

PERBANDINGAN SISTEM SOKONGAN


INVERTEBRATA DARAT DAN AKUATIK
RANGKA LUAR

RANGKA LUAR

RANGKA
HIDROSTATIK

INVERTEBRATA
DARAT

INVERTEBRATA
AKUATIK

INVERTEBRATA
DARAT

Bersaiz lebih kecil dan Bersaiz lebih besar


kebanyakannya
dan merupakan jenis
merupakan jenis kitin. cengkerang

Bersaiz lebih kecil

RANGKA
HIDROSTATIK
INVERTEBRATA
AKUATIK

Bersaiz lebih besar

SISTEM
SOKONGAN
DALAM
TUMBUHAN

PENGENALAN

Tumbuhan memerlukan sokongan yang


berbeza daripada haiwan.
Sokongan pada tumbuhan penting untuk
membolehkan tumbuhan berada dalam
kedudukan menegak atau pada kedudukan
yang tinggi untuk memperoleh cahaya
matahari.
Cahaya matahari amat penting kepada
tumbuhan bagi menjalani fotosintesis.
Sokongan pada tumbuhan bergantung pada
bentuk batang dan akar tumbuhan tersebut.
Sistem sokongan tumbuhan dibahagikan
kepada tumbuhan berkayu dan tumbuhan
tidak berkayu.

SISTEM SOKONGAN BAGI


TUMBUHAN BERKAYU
Batang tumbuhan berkayu
terdiri daripada gegelang kayu
keras.

Tumbuhan berkayu selalunya


tinggi, besar dan berat.

Sokongan pada tumbuhan


barkayu adalah akar banir dan
akar sokong (ceracak).

CONTOH TUMBUHAN BERKAYU

SOKONGAN TAMBAHAN KEPADA


TUMBUHAN BERKAYU

Akar banir terdapat pada pokok


yang besar dan tinggi seperti
pokok angsana dan pokok
tualang.
Akar sokong menyokong pokok
beringin yang biasanya hidup di
kawasan tanah lembut.
Akar jangkang menyokong
pokok bakau yang hidup di

Akar
Banir

Akar
Sokong

Akar
Jangkang

SISTEM SOKONGAN BAGI


TUMBUHAN TIDAK BERKAYU

Dalam tumbuhan tidak berkayu selsel meyerap dan menyimpan air.


Air dalam sel-sel menolak ke arah
keluar dalam semua arah.
Kandungan air yang terdapat dalam
sel tumbuhan menyebabkan sel-sel
menjadi segah.
Pada hari yang panas, sel-sel
tumbuhan kehilangan air dan menjadi
kurang segar. Tumbuhan menjadi
layu.

CONTOH TUMBUHAN TIDAK


BERKAYU

SOKONGAN TAMBAHAN KEPADA


TUMBUHAN TIDAK BERKAYU

Pokok bunga seri pagi menggunakan batang


melilit untuk memanjat kayu sokong.
Pokok orkid melekap pada kayu sokong
dengan menggunakan akar cengkam.
Pokok timun memanjat pokok yang lebih
tinggi dengan menggunakan sulur paut.
Pokok rotan memanjat pokok yang lebih
tinggi dengan menggunakan duri pada
batangnya.
Pokok jagung mengukuhkan kedudukan
batangnya dengan menggunakan akar
sokong.

Batang Melilit
Akar cengkam
Sulur Paut
Duri
Akar sokong

SISTEM SOKONGAN BAGI TUMBUHAN AKUATIK

Tumbuah akuatik
mendapat sokongan
utama daripada daya
apungan air.
Kebanyakan tumbuhan
akuatik mempunyai
rongga udara untuk

CONTOH TUMBUHAN AKUATIK

You might also like