You are on page 1of 50

PENGENALAN

KEPADA
PERNIAGAAN DAN
KEUSAHAWANAN

1.1

Perniagaan
1.1.1 Definisi Perniagaan
1.1.2 Perniagaan dan bukan perniagaan
1.1.3 Perniagaan dan untung
1.1.4 Perniagaan dan ekonomi
1.1.5 Perniagaan dan masyarakat
1.1.6 Faktor-faktor pengeluaran
1.1.7 Perniagaan kini dan masa depan

1.2 Keusahawanan
1.2.1Definisi usahawan dan keusahawanan
1.2.2Perbezaan antara keusahawanan dan
perniagaan
1.2.3Peranan usahawan dalam masyarakat
1.2.4 Sebab-sebab usahawan menceburkan
diri dalam perniagaan
1.2.5 Ciri-ciri usahawan

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN


KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
1.1 Perniagaan
1.1.1 Definisi Perniagaan
1.1.2 Perniagaan dan bukan perniagaan
1.1.3 Perniagaan dan untung
1.1.4 Perniagaan dan ekonomi
1.1.5 Perniagaan dan masyarakat
1.1.6 Faktor-faktor pengeluaran
1.1.7 Perniagaan kini dan masa depan

1.2 Keusahawanan
1.2.1 Definisi usahawan dan
keusahawanan
1.2.2 Perbezaan antara keusahawanan
dan perniagaan
1.2.3 Peranan usahawan dalam
masyarakat
1.2.4 Sebab-sebab usahawan
menceburkan diri dalam perniagaan
1.2.5 Ciri-ciri usahawan

1.1.1

Definisi Perniagaan

-aktiviti yang melibatkan urus niaga


jual beli barangan atau
perkhidmatan
-antara pihak penjual dan pembeli
-bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna, dan
-melibatkan pertukaran nilai
-bagi mendapatkan keuntungan.

Empat Konsep Asas Perniagaan


1.Barangan dan perkhidmatan
2. Memuaskan keperluan dan
kehendak pelanggan
3. Pertukaran nilai
4. Keuntungan perniagaan

Empat Konsep Asas Perniagaan


1.Barangan dan perkhidmatan
-barangan adalah produk fizikal seperti
kenderaan, makanan, pakaian dan
sebagainya.
-perkhidmatan merupakan aktiviti yang
membantu dan memberi faedah kepada
perniagaan seperti perkhidmatan
pengangkutan, insurans, pelancongan dan
sebagainya.
-barangan dan perkhidmatan ini
disediakan dan ditawarkan untuk
memenuhi kehendak dan keperluan

Empat Konsep Asas Perniagaan


2. Memuaskan keperluan dan kehendak
pelanggan
-keperluan: barangan asas untuk
kehidupan manusia seperti tempat tinggal,
makanan, pakaian dsb.
-kehendak: penggunaan barangan yang
tidak terhad untuk keselesaan hidup
seperti hiburan, peralatan rumah dsb.
-keuntungan: apabila dapat tawarkan
barangan dan perkhidmatan bagi
memenuhi dan memuaskan keperluan dan
kehendak pelanggan.

Empat Konsep Asas Perniagaan


3. Pertukaran nilai
-perpindahan barangan dan perkhidmatan
daripada perniagaan kepada pelanggan.
-barangan dan perkhidmatan akan dinilai
dengan sejumlah nilai tertentu oleh
peniaga biasanya dalam nilai wang.
- proses ini melibatkan persetujuan antara
penjual dengan pembeli.

Empat Konsep Asas Perniagaan


4. Keuntungan perniagaan
-Keuntungan matlamat utama
-keuntungan = hasil bersih daripada
jualan barangan atau perkhidmatan
setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos
operasi, cukai dan kos-kos lain yang
terlibat.
- keuntungan adalah kayu pengukur
kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan

1.1.2 Perniagaan dan bukan perniagaan


-Perniagaan bermotifkan keuntungan
contoh perniagaan: Proton, KFC, Petronas
dsb.
-selain keuntungan, objektif lain adalah:
i. Survival/kewujudan/ kehidupan untuk
terus beroperasi di pasaran.
ii. Pertumbuhan- untuk memajukan/
mengembangkan syarikat seperti
pembukaan beberapa cawangan.
iii. Tanggungjawab sosial-komitmen
syarikat memberi keperluan/kebajikan
awam seperti mengawal pencemaran

Bukan perniagaan:
Dibentuk untuk menjaga kepentingan
dan mencapai tujuan masyarakat atau
ahli mereka.

2 kategori bukan perniagaan:


agensi kerajaan dan badan sukarela.
-Agensi kerajaan : ditubuhkan oleh kerajaan
untuk menjaga kepentingan dan memberi
perkhidmatan kepada masyarakat, seperti
hospital, sekolah, bomba dsb.
- Badan sukarela: ditubuhkan oleh
sekumpulan manusia untuk menjaga
kepentingan ahli dan memberi
perkhidmatan tertentu kepada ahli atau
masyarakat umum, seperti FOMCA,
PEMADAM, Greenpeace dsb.

Perbezaan antara perniagaan dan bukan


perniagaan
Dimensi

Perniagaan

Bukan Perniagaan

Matlamat
utama

Keuntungan

Kebajikan ahli dan


kesejahteraan awam

Sumber
kewangan

-keuntungan
-modal
-pinjaman

Yuran dan bantuan

Aktiviti

Jual beli

Perkhidmatan masyarakat

Cukai

Dikenakan atas
keuntungan

dikecualikan

Kepentingan bukan perniagaan kepada


masyarakat:
1. Menyediakan kemudahan asas.
2. Menyediakan tapak perniagaan.
3. Memberi perlindungan dan
keselamatan.
4. Mengurangkan masalah sosial.
5. Menyediakan maklumat-maklumat
dan memberi khidmat masyarakat.

Kepentingan perniagaan kepada


masyarakat:
1. Membiayai aktiviti bukan perniagaan
seperti cukai, derma.
2. Menyediakan barangan dan
perkhidmatan.
3. Membantu dalam menyediakan
infrastruktur awam.
4. Menggunakan perkhidmatan bukan
perniagaan.

1.1.3 Perniagaan dan Untung


-untung merupakan hasil bersih
daripada aktiviti perniagaan
setelah jumlah perbelanjaan ditolak
daripada jumlah hasil.

Kepentingan keuntungan kepada perniagaan:


1. Ganjaran kepada pengusaha kerana
kesanggupan menanggung risiko.
2. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan
perniagaan (survival)-pelaburan semula
keuntungan.
3. Tahap keuntungan melambangkan
imej/kecemerlangan syarikat.
4. Matlamat dan hala tuju-ukuran kepada prestasi
perniagaan.
5. Keyakinan/dorongan kepada pelabur.
6. Menyumbang kepada pembangunan kawasan

Ringkasan maksud Perniagaan


- kegiatan membeli dan menjual dengan
tujuan mendapat keuntungan.
- beli (harga rendah), jual (harga tinggi)
- Keuntungan perniagaan= Harga jualan
harga belian

1.1.4 Perniagaan dan Ekonomi


Kepentingan aktiviti perniagaan
terhadap ekonomi:
1. Mewujudkan peluang perniagaan dan
mengurangkan kadar pengangguran.
2. Memberi pendapatan kepada negaramelalui sebarang cukai perniagaan.
3. Mewujudkan dan mengembangkan
industri sokongan.
4. Mewujudkan penempatan baru atau
Bandar baru.
5. Menstabilkan harga barang.
6. Meningkatkan kemudahan awam
seperti infrastruktur, pengangkutan
dan perhubungan.

Keadaan ekonomi yang dapat merangsang


perkembangan sesebuah perniagaan:
1. Ekonomi yang stabil melalui politik
dalam Negara yang stabil.
2. Sistem kewangan atau perbankan yang
liberal-kemudahan pinjaman dengan
kadar faedah yang rendah.
3. Kuasa beli pengguna yang tinggimenjamin permintaan terhadap keluaran
perniagaan sentiasa tinggi.
4. Nilai mata wang yang stabil- tidak perlu
menanggung kos yang tinggi bila
mengimport barangan daripada luar.
5. Penawaran pelbagai insentif bagi
mempromosikan aktiviti pelaburan
seperti taraf perintis.

1.1.5Perniagaan
dan masyarakat
Peranan
perniagaan terhadap
masyarakat;
1. Menyediakan barangan dan
perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat.
2. Memberi pendapatan dan
meningkatkan taraf hidup masyarakat
dengan menyediakan peluang
pekerjaan.
3. Melibatkan dalam aktiviti sosial
seperti derma , penajaan dsb.
4. Meningkatkan kemudahan
infrastruktur seperti jalan raya,
perhubungan, taman rekreasi dsb.
5. Menjaga alam sekitar daripada

1.1.6 Faktor-faktor Pengeluaran


1. Tanah- digunakan untuk tapak perniagaan
dan mendapatkan bahan mentah.
2. Buruh-individu yang menyumbangkan masa,
tenaga dan kemahiran dalam aktiviti
perniagaan.
3. Modal- sebarang bentuk kekayaan yang
digunakan untuk menambahkan kekayaan
dalam aktiviti perniagaan.(wang atau aset).
4. usahawan-individu yang berani mengambil
risiko dan berpandangan jauh dalam
perniagaan.
5. Teknologi-kaedah menjalankan aktiviti
perniagaan mengikut perkembangan semasa.

Memenuhi Keperluan Dengan Sumber


Terhad:
1. Usahawan perlu mengusai ilmu
pengurusan perniagaan supaya
pengurusan lebih cekap.
2. Kaedah pengeluaran yang paling
cekap- sama ada memilih kaedah
intensif buruh atau intensif modal.
3. Strategi pemasaran yang sesuai dalam
mengagihkan keluaran kepada
pengguna berpotensi.
4. Memberi keutamaan kepada
pengeluaran yang dijangka dapat
memberikan pulangan yang banyak.
5. Menabung untuk kegunaan masa
depan.

-adalah aktiviti tambah nilai dalam proses


transformasi terhadap input-input
pengeluaran bagi menghasilkan output
untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan
mendapatkan keuntungan.
Input
-faktor-faktor pengeluaran yang akan
digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan
barangan.
Proses transformasi
-proses pertukaran dan tambah nilai input
organisasi dengan menggunakan
pengurusan dan teknologi bagi
menghasilkan output.
Output
-barangan atau perkhidmatan yang

INPUT ------- PROSES TRANFORMASI ------OUTPUT


Kilang proses penukaran input kepada
input Kasut
Bahan mentah Tayar
Buruh Pakaian
Mesin Hospital
Peralatan Perhotelan
dll

1.1.7 Perniagaan kini dan masa depan


Aktiviti perniagaan kini

1.Berkait rapat dengan perubahan


persekitaran perniagaan seperti
penggunaan teknologi moden.
2.Perkembangan teknologi maklumat telah
mengubah corak komunikasi dan
hubungan antara perniagaan seperti
komunikasi melalui computer dengan
menggunakan internet lebih cepat dan
mudah.
3.Pencapaian, penghantaran dan
penyimpanan maklumat perniagaan lebih
cepat, tersusun serta memudahkan
usahawan membuat keputusan dengan

1.1.7 Perniagaan kini dan masa depan


Aktiviti perniagaan kini

4.Menguruskan sumber kewangan dengan


lebih berkesan seperti proses merekod,
laporan kewangan, analisis prestasi
kewangan dengan cekap, pantas dan
tepat.
5.Proses transaksi kewangan lebih licin dan
cepat seperti pembayaran terhadap
pembelian sumber-sumber dan
pembayaran gaji dapat dibuat melalui
bank dengan cepat.
6.Aktiviti pasaran lebih meluas dalam
memasarkan barangan dan perkhidmatan.

CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN


1.Globalisasi/Dunia tanpa sempadan
- persaingan sengit ( kualiti, harga,
penyampaian), mobility pekerja/modal, celaru
budaya.
2. Peningkatan Kemajuan Teknologi
-perubahan produk, tempoh ke pasaran
semakin pendek, perlu kemahiran teknologi,
perlu modal tinggi.
3.Peningkatan tanggungjawab sosial
- batasan aktiviti komersial, desakan/tekanan
pihak NGO, kerajaan, pihak berkepentingan,
buruh kanak-kanak, prihatin terhadap OKU.
4. Peningkatan system perniagaan
Islam(PERBANKAN ISLAM)
-pematuhan syariah

CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN


5. Kewujudan blok-blok perdagangan
- ketepuan pasaran, persaingan sengit,
batasan perdagangan
6.Sumber semakin berkurangan
-batasan pengeluaran, perlukan inovasi
dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan
produktiviti(meningkatkan kecekapan
penggunaan sumber)
7.Perubahan struktur demografi
-kebanjiran tenaga wanita dalam
pasaran, memerlukan
kemudahan/suasana kerja yang berbeza
daripada suasana biasa, hayat semakin
panjang-ramai pekerja yang sudah
matang.

1.2 Keusahawanan
1.2.1Definisi usahawan dan keusahawanan
Keusahawanan ialah mengikut Hisrich dan
Peter ialah melihat keusahawanan sebagai
proses menghasilkan sesuatu yang baru
dari segi nilai dengan memperuntukkan
masa dan tumpuan serta tenaga yang
diperlukan, menggung bersamanya risiko
kewangan , psikik, sosial dan memperoleh
ganjaran daripada usaha tersebut dalam
bentuk kewangan dan kepuasan sendiri
serta kebebasan.

Empat unsur konsep keusahawanan:


1.inisiatif berterusan,
2.mengambil risiko,
3.mendapat pulangan
4.menggembleng sumber.

Ringkasan maksud usahawan:


-Kebolehan atau kemampuan untuk :
-Mengesan dan merebut peluang
perniagaan,
-Mengusahakan perniagaan tersebut,
-Membuat pembaharuan serta
pengubahsuaian
- tujuan: kejayaan perniagaan untuk diri
sendiri dan masyarakat.

1.2.2Perbezaan antara keusahawanan


dan perniagaan

Perniagaan:
Aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan
Keusahawanan:
Mematuhi undang-undang dan peraturan,
Halal di sisi agama,
Mengikut adat resam negara serta menyumbang
ke arah pembangunan dan kemajuan
masyarakat.
Sumbangan, jasa dan bakti kepada
pembangunan dan ekonomi negara

1.2.3Peranan usahawan dalam masyarakat

Dari aspek mikro


1. Sebagai sumber idea dan pembaharuan
idea.
2. Menambahkan nilai nilai dan ciri ciri tertentu
3. Mewujudkan peluang yang boleh ditukarkan
kepada idea perniagaaan yang bernas.
4. Melaksanakan perancangan strategik yang
mengambil kira apa yang ada, yang tiada dan
yang perlu bagi merealisasikan idea dan
peluang dalam bentuk gerak kerja.
5. Mengembeleng faktor -faktor pengeluaran.
6. Berhadapan dengan kekaburan,
ketidakpastian dan risiko kegagalan

1.2.3Peranan usahawan dalam


masyarakat
Dari aspek makro
1. Mewujudkan peluang perniagaan.
2. Meningkatkan taraf hidup rakyat.
3. Membangunkan industri sokongan.
4. Mempelbagaikan barangan di pasaran
seiring dengan peningkatan teknologi.
5. Menggunakan sumber- sumber dengan
cekap.
6. Perniagaaan turun temurun yang boleh
diwarisi.
7. Sebagai model ikutan masyarakat

1.2.3 Peranan usahawan dalam masyarakat


Usahawan desa kepada industri pelancongan:
1.Memajukan industri kraf tangan di desa
2.Menyediakan kemudahan infrastruktur serba lengkap
3.Mempromosi barangan kraf tangan dan keindahan
alam semula jadi desa di pameran perdagangan
4.Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta
untuk kemajuan desa

1.2.4Sebab-sebab usahawan menceburkan


diri dalam perniagaan

a. Pengalihan negatif :
penyisihan seseorang individu atau
kumpulan individu daripada masyarakat
terasing.
tiada sesiapa untuk bergantung dan mereka
berkecenderungan untuk menjadi usahawan.

1.2.4 Sebab-sebab usahawan


menceburkan diri dalam perniagaan

b. Tempoh peralihan :
Mempunyai kedudukan tertentu sebelum
beralih kepada bidang usahawan.
Sebab: bersara, baru keluar daripada penjara,
baru tamat persekolahan/ pengajian

1.2.4Sebab-sebab usahawan menceburkan


diri dalam perniagaan
c. Tarikan positif:
bakal rakan kongsi, mentor, keluarga, pelabur
atau pelanggan dan pembekal.
Bakal rakan kongsi menggalakkan seseorang
individu dengan tawaran untuk berkongsi
pengalaman,membantu kerja dan penyebaran
risiko.
Keluarga pendorong kuat pemilihan kerjaya
usahawan.

1.2.4 Sebab-sebab usahawan menceburkan diri dalam


perniagaan

d.Tolakan positif iaitu laluan kerjaya


yang menawarkan peluang-peluang
kegiatan keusahawanan atau pendidikan
yang menyediakan seseorang individu
itu dengan pengetahuan yang diperlukan
untuk menjadi usahawan dan mengenal
erti undang undang perniagaan.

Model sosiologi kemunculan seseorang usahawan


Dorongan Kepada
Keusahawanan

Tempoh Peralihan.
Militari
Sekolah
Penjara
Tarikan positif
Daripada rakan kongsi
Mentor
Pelabur
Pelanggan
Tolakan positif
Daripada rakan kongsi
Mentor
Pelabur
Pelanggan

KEUSAHAWANAN

Anjakan Negatif
Status imigran
Diberhenti kerja
Bosan, Marah
Krisis pertengahan umur
Bercerai, kematian pasangan.

Ciri-ciri Situasi
Persepsi Dorongan
Budaya/nilai/sikap
Keluarga
Rakan sekerja
Mentor
Rakan sebaya
Masyarakat.
Persepsi Kebolehlaksanaan
Sokongan/ bantuan
Demonstrasi
Model
Mentor
Rakan kongsi
peluang.

Acara Aktiviti
Keusahawanan.
Mengambil inisiatif
Penggabungan sumber
Pengurusan organisasi
Menanggung risiko.
Membuat perancangan

42

1.2.5 Ciri-ciri usahawan


1. Komitmen dan nekad
memerlukan penglibatan sepenuhnya dalam
perniagaan.
2. Berinisiatif
- inisiatif yang tinggi,
- kecenderungan untuk melihat dan menganalisis
sesuatu situasi dan
- mengambil tindakan secara proaktif sebelum
sesuatu berlaku

1.2.5 Ciri-ciri usahawan


3. Berkeinginan kepada tanggungjawab
Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab
terhadap natijah yang dihasilkan melalui usaha
teroka mereka.
4. Sentisa melihat dan merebut peluang
Memikirkan pencapaian matlamat dan keupayaan
melihat dan mengambil peluang yang terdapat di
luar.
5. Bertolak ansur terhadap risiko kekaburan
dan ketidakpastian
Boleh menerima keadaan seperti perubahan risiko
dan masa depan perniagaan yang tidak pasti.

1.2.5 Ciri-ciri usahawan


6. Berkeyakinan diri
Percaya apa yang mereka lakukan adalah
keupayaan mereka sendiri. Berusaha mencari
ilmu pengetahuan secara berterusan , melihat
peluang , melibatkan diri dalam persatuan dan
banyak lagi.
7. Berfikiran kreatif dan anjal
menyesuaikan diri untuk mempertahankan
perniagaan kesan daripada perubahan
teknologi dan situasi ekonomi.

1.2.5 Ciri-ciri usahawan


8. Keinginan kepada maklumbalas
- sentiasa memantau tahap pencapaian
mereka, cepat belajara daripada kesilapan dan
menjadi pendengar yang baik untuk membaiki
prestasi mereka.
9. Tahap tenaga yang tinggi
Tenaga dalaman dan luaran bagi menangani
masalah yang bakal dihadapi dengan lebih
matang dan tidak berputus asa.

1.2.5 Ciri-ciri usahawan


10. Menitikberatkan mutu kerja yang
cemerlang
bagi sentiasa memastikan standard
penghasilan barangan atau perkhidmatan
mancapai tahap cemerlang.
11. Berorientasikan masa depan
sentiasa prihatinan terhadap masa depan dan
meneroka peluang perniagaan.
12. Kesanggupan untuk belajar dari
kesilapan.
dapat membezakan kegagalan dalam

1.2.5 Ciri-ciri usahawan


13. Berkeupayaan memimpin
Merupakan seorang yang memiliki
pengetahuan tentang teknologi dan
keadaan pasaran dimana dia beroperasi
14. Berwawasan
Pembentukan matlamat dan wawasan
memerlukan perancangan dan penelitian
yang rapi serta pemikiran yang cemerlang.

Tamat

Soalan latihan:
1.Apakah cabaran bagi perniagaan masa
kini?
2.Nyatakan perbezaan antara perniagaan
dengan bukan perniagaan.
3.Mengapa bidang keusahawanan penting?
4.Terangkan perbezaan antara usahawan
dengan peniaga.
5.Huraikan sumbangan usahawan kepada
masyarakat.

You might also like