You are on page 1of 2

|SISTEM PENGANUGERAHAN SISWA & SIWI|

Assalamualaikum..
Mula-mula bawa bertenang dan baca dahulu pencerahan yang saya berikan ini..
Pengarah IPGKSM telah melakukan 1 lonjakan paradigma dengan mengubah sistem
anugerah pengarah yang sedia ada..
1. Siswa / siswi yang mendapat pointer semasa (bukan yg terkumpul) 3.6 ke atas
akan mendapat sijil anugerah ketua jabatan.
2. Kemudian, setiap jabatan akademik akan memilih 5 siswa / siswi yang terbaik
bagi jabatan itu untuk mendapat anugerah dekan (anugerah pengarah). Namun,
jika seorang siswa / siswi itu mendapat 4.00 pun, kalau dia tidak aktif dalam
aspek lain, pemilihan akan diberikan kepada pelajar lain yang lebih layak
walaupun resultnya bukan 4.00. Maknanye kena aktif akademik dan kokurikulum.
3. IPGKSM ada 10 jabatan akademik & setiap jabatan akan pilih 5 siswa / siswi
yang terbaik, jadi akan ada 50 pelajar yang akan mendapat anugerah dekan
nanti.
4. Dalam kalangan 50 pelajar ni pula, akan dipilih seorang untuk mendapat
anugerah emas. Jadi akan ada 3 jenis anugerah iaitu anugerah ketua jabatan,
anugerah dekan & anugerah emas.
5. Pemilihan 5 pelajar terbaik bagi setiap jabatan akan dipilih oleh panel-panel khas
& ketua jabatan msing-masing.
Ok..sekarang baca pula syarat2 pmilihan bgi 5 plajar terbaik di stiap jabatan untuk
anugerah dekan (anugerah pengarah) :

Sabar ye..jangan melatah dahulu..ni rasional kenapa perubahan ni berlaku :


1. Sistem baru ini standard dengan sistem penganugerahan semasa majlis
konvokesyen IPGM & telah dipersetujui dalam mesyuarat M3P.
2. Untuk mencapai objektif kemenjadian pelajar.
3. Untuk melahirkan bakal guru yang seimbang dalam 7 aspek iaitu dari segi
akademik, kokurikulum, praktikum, sahsiah/kepimpinan, disiplin, penguasaan
bahasa inggeris dan rekacipta / inovasi (seperti yang tertera pada syarat
pemilihan).
4. Terlalu ramai pelajar yang mendapat pointer 3.8 untuk anugerah pengarah. Jadi
pengarah ingin cari yang terbaik dalam kalangan yg terbaik.
Ketua jabatan akan beri penerangan masa majlis anugerah ketua jabatan masingmasing..pencerahan lebih awal diberi supaya tak la terkejut sangat nanti..
JPP merupakan medium perantara plajar & pihak pentadbiran.. tapi harus diingat
bahawa semua keputusan bukan kami yang tentukan sebab ia trletak pada pihak
yang lebih berkuasa.
Ketidakpuasan hati boleh dibawa berbincang..boleh brjumpa AMT / Biro akademik
untuk mendapatkan penjelasan. Mekasih ^_^
|KEINTELEKTUALAN MENCORAK MAHASISWA PENDIDIK|

You might also like