You are on page 1of 15

LIMA TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENGENALAN
Terdapat lima tonggak yang perlu dipertimbangkan dan dipelajari melalui
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

matematik

dalam

bilik

darjah

iaitu

penyelesaian masalah dalam matematik, komunikasi dalam matematik, penaakulan


matematik, perkaitan matematik serta aplikasi teknologi.
Penyelesaian masalah matematik merupakan tonggak pertama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang paling penting dalam matematik ini
merupakan kemahiran berfikir yang menjana cetusan pemikiran sistematik dan logik
serta merupakan satu pendekatan.
Komunikasi matematik merupakan tonggak yang kedua. Komunikasi penting
kerana ia merupakan satu cara untuk berkongsi idea dan menjelaskan kefahaman
matematik. Ia merangkumi pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran.
Tonggak yang ketiga ialah penaakulan matematik. Penaakulan adalah
mengenai membuat generalisasi (tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu
penyelesaian) dan merupakan asas dalam memahami matematik.
Perkaitan matematik ialah tonggak yang keempat. Tonggak ini mengaitkan
pengetahuan konseptual dan prosedual serta topik-topik dalam matematik
khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kehidupan seharian.
Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan
tonggak

terakhir

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

matematik.

Penggunaan teknologi penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih


menarik dan berkesan.

TONGGAK PERTAMA: PENYELESAIAN MASALAH


Masalah merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian
yang memerlukan penyelesaian. Penyelesaian masalah pula merupakan proses
yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan
dengan menggunakan strategi yang tertentu.
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan
sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya murid dapat
meyelesaikan masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar
selain murid dapat mengaplikasikan dan mengadaptasikan pelbagai strategi yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Di samping itu, murid dapat
memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang
mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu melibatkan kemahiran
penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.
George Polya adalah antara pelopor penyelesaian masalah matematik. Beliau
mencadangkan supaya penyelesaian masalah bukan sahaja sebagai suatu
pendekatan penyelesaian bagi sesuatu masalah tetapi juga sebagai suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Cadangan beliau ini akan menggalakkan berlakunya
proses pemikiran yang lebih mendalam bagi pengajaran dan pembelajaran
matematik. Langkah-langkah Model Polya ialah memahami dan mentafsir masalah,
merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula
penyelesaian. Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam menyelesaikan
masalah dan langkah penyelesaiannya juga perlu diperluaskan lagi penggunaannya
dalam mata pelajaran Matematik.
Antara strategi penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan ialah
mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis gambar rajah dan mengenal pasti
pola. Selain itu, membuat jadual atau carta secara bersistem, simulasi, penggunaan
analogi dan bekerja ke belakang juga antara strategi yang boleh digunakan. Kaedah
penyelesaian masalah bertujuan supaya fokus pengajaran dan pembelajaran
matematik dilanjutkan sehingga aras kedua (kefahaman) dan aras ketiga (aplikasi)
pada Taksomoni Pengetahuan Bloom. Hal ini boleh berlaku jika pengajaran dan
pembelajaran matematik beranjak daripada masalah rutin kepada yang bukan rutin.

o Contoh masalah matematik rutin:

o Contoh masalah matematik bukan rutin:


Berapakah bilangan susunan serupa yang boleh dibina?

TONGGAK KEDUA: KOMUNIKASI MATEMATIK


Komunikasi

dalam

matematik

merangkumi

pelbagai

bentuk

peluang

komunikasi dalam pelbagai persekitaran supaya murid dapat menghubungkait media


berbeza (bahan-bahan fizikal, gambar dan rajah) bagi menjelaskan idea matematik.
Komunikasi merupakan satu cara untuk berkongsi idea dan menjelaskan kefahaman
Matematik. Sekiranya komunikasi dalam matematik dapat dijalankan dengan
berkesan, murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik
mereka dan mereka akan lebih cekap dalam menyelasaikan masalah matematik.
Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah
penyelesaian kepada guru dan rakan mereka pula.
Terdapat pelbagai kemahiran berkomunikasi dalam matematik. Contohnya,
kemahiran membaca dan memahami masalah, menginterpretasi gambar rajah dan
graf serta menggunakan laras matematik yang betul dan tepat semasa
menyampaikan pendapat secara lisan atau bertulis. Mendengar dengan teliti juga
salah satu kemahiran berkomunikasi dalam matematik. Komunikasi dapat
dipertingkatkan dan dipupuk dalam kelas matematik dengan proses mendengar.
Proses ini berlaku apabila murid bertindak balas terhadap apa yang didengar

semasa penerangan guru. Murid kemudian digalakkan berfikir menggunakan


pengetahuan matematik untuk membuat keputusan. Komunikasi dalam matematik
melalui proses membaca pula berlaku apabila murid dapat mengumpul maklumat,
menyusun, dan menghubungkait idea dan konsep melalui nota dan bahan bacaan.
Selain daripada itu, komunikasi dalam matematik dapat dipertingkatkan
melalui proses visualisasi. Proses ini berlaku apabila murid membuat pemerhatian,
menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat terhadap bahan konkrit seperti
papan geo, gambar dan gambar rajah serta perwakilan dalam bentuk jadual dan
graf. Komunikasi dalam matematik melalui aktiviti menulis pula berlaku semasa
pelajar membuat latihan di lembaran kerja, buku aktiviti dan di papan tulis.
Seterusnya, komunikasi dalam matematik dapat dipertingkatkan melalui aktiviti
verbal yang berlaku semasa murid melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan
dan sesi soal jawab semasa penerangan guru.

Rajah: Hierarki komunikasi matematik KSSR


Hierarki ini membuktikan terdapat amalan behaviorisme dalam KSSR.
Behaviorisme percaya bahawa pembelajaran hanya telah berlaku jika kelihatan
perubahan tingkah laku yang jelas. Fahaman ini berpendapat bahawa boleh berlaku
tanpa sebarang konteks. Antara pelopor teori pembelajaran tingkah laku ialah Pavlov
(1849-1936) dan Skinner (1904-1936).
Terdapat tiga kemahiran pada komunikasi matematik yang perlu dikuasai
oleh murid. Pertama, murid mesti boleh berkomunikasi secara jelas dan tepat
tentang sesuatu idea matematik. Seterusnya, mereka mereka perlu menggunakan
bahasa matematik untuk pertanyaan idea. Selain itu, komunikasi matematik
memerlukan kemahiran menganalisis dan menilai pemikiran serta strategi
matematik. Contoh komunikasi dalam matematik adalah:

o Komunikasi secara lisan: Murid dikehendaki menamakan bentuk 3D yang


ditunjukkan oleh guru.
o Komunikasi bertulis (bukan lisan): Murid dikehendaki menulis bilangan
permukaan rata bagi setiap bentuk 3D yang diberi.

TONGGAK KETIGA: PENAAKULAN MATEMATIK


Penaakulan matematik (mathematical reasoning) adalah satu aspek yang
penting dalam matematik. Salah satu cara bagi membincangkan peranan matematik
sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana melalui penaakulan
matematik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan
bukannya nombor-nombor. Penaakulan matematik berasaskan logik yang mana
berperanan penting untuk menjadikan minda kita berfikiran sistematik dan
menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat keputusan. Ia merupakan bidang
dalam matematik, yang juga dikenali sebagai penaakulan mantik, di mana ianya
adalah satu cara membezakan pernyataan yang benar dan pernyataan yang palsu.
Dalam proses pembelajaran, penaakulan merupakan asas penting untuk memahami
matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian matematik menjadi
lebih

bermakna.

Perkembangan

penaakulan

matematik

berkaitan

dengan

perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan membantu meningkatkan


kemampuan pemikiran logikal dan pemikiran kritis yang menjadi asas kepada
pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna.
Penaakulan penting dalam proses pembelajaran bagi mengelakkan murid dari
menganggap

matematik

menyelesaikan
sebenarnya.

masalah,

Penaakulan

sebagai
tanpa

satu
perlu

matematik

prosedur

yang

memahami

adalah

antara

perlu

konsep

diikuti

untuk

matematik

yang

kognitif

dalam

amalan

pembelajaran dan pengajaran matematik. Pelaksanaan penaakulan matematik di


sekolah rendah perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan murid-murid
pada kumpulan umur demikian memerlukan proses pemeringkatan.
Murid perlu dilatih menggunakan model-model, fakta-fakta, ciri-ciri dan
hubungan untuk menyiasat serta menerangkan tekaan, telahan mereka serta hujah
matematik. Contohnya, murid-murid dapat mengaitkan idea pendaraban dengan
menggunakan segiempat tepat.

Murid dapat mengaitkan jumlah bilangan petak dalam segiempat tepat bersamaan
hasil darab panjang dan lebar iaitu luas segiempat tepat tersebut. Oleh itu, luas
segiempat tepat ialah panjang darab lebar.
Penaakulan matematik membantu mengubah paradigma murid dari sekadar
belajar kepada berfikir. Di samping itu juga, ia meningkatkan keupayaan intelektual
seperti menganalisis, membuktikan, menilai dan memberi justifikasi terhadap aktiviti
matematik. Latihan sedemikian membentuk murid yang tabah dan yakin diri selaras
dengan hasrat membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan tinggi. Misalnya,
semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung,

guru

akan

mengemukakan soalan dan meminta murid menyelesaikannya. Kemudian, guru


akan meminta pelajar memberi sebab, alasan dan bukti mengenai pemilihan
jawapan. Seterusnya, pernyataan atau proses yang terlibat dalam tonggak ketiga ini
bergantung kepada tahap kesukaran dan kerumitan pernyataan dan hujah yang
terlibat. Pernyataan akan dapat dibuktikan dengan menggunakan prinsip matematik
tertentu bagi membuktikan kesahihannya. Terdapat ayat-ayat atau pernyataan
tertentu yang ditukarkan kepada bentuk simbol matematik bagi memudahkan proses
pembuktian kebenaran pernyataan tersebut.
Sebagai contoh,
A: Jumlah pelajar dalam sebuah kelas ialah 30 orang.
B: Jumlah pelajar dalam lima buah kelas ialah 150 orang.
A

B (Jika jumlah pelajar dalam sebuah kelas ialah 30 orang, maka jumlah
pelajar dalam lima buah kelas ialah 150 orang)

Pernyataan di atas boleh dituliskan dalam bentuk simbol

yang bermaksud

implikasi.
Kemahiran penaakulan ini jga digunakan dalam bidang penyelidikan, sains
komputer dan perundangan. Hal ini bemakna aplikasi penaakulan ini tidak hanya
terhad pada matematik sahaja bahkan juga ianya perlu dilihat sebagai alat untuk
berfikir secara sistematik dalam kehidupan seharian.
TONGGAK KEEMPAT: PERKAITAN MATEMATIK
Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan
supaya murid-murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural,
serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain
secara amnya dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat tiga perkaitan dalam
matematik iaitu perkaitan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari, perkaitan
antara matematik dengan mata pelajaran lain dan perkaitan antara matematik yang
dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.
a) Perkaitan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari
Kurikulum matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang
diskrit seperti perhitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian
masalah. Murid akan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran
secara berasingan sekiranya tidak membuat perkaitan antara bidang-bidang
ini. Oleh yang demikian, proses menghubungkait sesuatu topik dengan topik
lain dalam matematik penting dan merupakan satu perkara asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di mana pembelajaran terbaik adalah
dimulakan dengan menghubungkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan
pengetahuan baru yang akan dipelajari mereka.
Contohnya ialah menghubungkaitkan idea operasi tambah yang telah
dipelajari sebelum ini dengan topik baru seperti darab. Perkaitan antara topik
tambah dan darab ini ialah darab merupakan pengulangan proses tambah.
Perkaitan inilah yang perlu diajar kepada para pelajar supaya mereka dapat
melihat kesinambungan pembelajaran mereka dari ilmu atau pembelajaran
mereka yang lepas. Hal ini pastinya akan menjadikan proses pembelajaran
dan pengajaran menjadi lebih menarik perhatian murid dan mudah.
b) Perkaitan antara matematik dengan mata pelajaran lain

Proses

membuat

kaitan

dalam

matematik

memang

dapat

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan


pelajar sekolah. Matematik merentasi kurikulum ini merupakan antara proses
membuat kaitan dalam matematik dimana topik dalam subjek lain di
hubungkan dengan topik matematik.
Misalnya, guru boleh menghubungkaitkan matematik dengan seni
ketika mengajar tambah dalam perpuluhan. Aktiviti yang boleh

dilakukan

ialah dengan mencampurkan air berwarna biru dengan warna kuning dan
seterusnya menghasilkan warna hijau. Para pelajar akan merasa seronok dan
mudah mempelajari mengenai topik tambah perpuluhan ini kerana mereka
melakukan eksperimen dan menerokanya sendiri. Perkaitan matematik
dengan mata pelajaran lain di sekolah penting supaya guru dapat
memaksimakan pembelajaran pelajar ke tahap optimum.
c) Perkaitan antara matematik dengan pengalaman di luar bilik darjah
Matematik juga boleh dikaitkan dengan persekitaran di luar bilik darjah.
Seperti yang kita sedia maklum, matematik berada di sekeliling kita walau di
mana jua. Kita boleh menjumpai konsep matematik di dalam hampir segenap
aspek kehidupan. Ianya terdapat di dalam alam semula jadi di sekeliling kita
bahkan juga di dalam teknologi masa kini.
Misalnya Nombor Triple Pitagoras terdapat pada semua segitiga
bersudut tepat dan Pola Nombor Fibonacci pula terdapat pada pembiakan
arnab dan tumbuh-tumbuhan. Sebarang nombor Fibonacci adalah hasil
tambah dua nombor sebelumnya. Jujukan nombor ini boleh didapati di dalam
banyak susunan semula jadi seperti nenas dan kon pain, bunga matahari dan
ruang kerang nautilus. Oleh itu, perkaitan matematik juga penting agar idea
matematik dapat dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam mahupun
di luar sekolah sekaligus murid dapat meyedari kegunaan matematik.
Ramai yang mentakrifkan matematik sebagai kajian tentang pola nombor. Hal
ini kerana pola matematik boleh dicerap pada kebanyakkan konsep matematik dan
juga alam semulajadi. Justeru, pencarian pola nombor digunakan sebagai kaedah
utama pelaksanaan tonggak keempat ini iaitu perkaitan matematik dalam
pembelajaran dan pengajaran. Berikut merupakan contoh pencarian pola:
Contoh 1:

999 x 10 = 9990

999 x 11 = 10989
999 x 12 = 11988
999 x 13 = 12987
Contoh 2:

1, 4, 16, 64, ...

Pola nombor diperoleh dengan mendarabkan (multiplying) nombor dalam urutan


sebelumnya dengan 4.

3, 5, 7, 9, 11, ...

Pola nombor diperoleh dengan menambah (adding) nombor dalam urutan


sebelumnya dengan 2.

144, 72, 36, 18, ...

Pola nombor diperoleh dengan membahagikan (dividing) nombor dalam urutan


sebelumnya dengan 2.
Contoh 3:
Pola nombor Fibonacci

1,1,2,3,5,8,13...

TONGGAK KELIMA: APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


(TMK)
Dunia pada masa kini semakin moden. Oleh itu, pendidikan matematik
seharusnya menggunakan teknologi terkini untuk membantu murid memahami

konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna, terperinci dan tepat serta


membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Apabila teknologi wujud dalam
proses pembelajaran murid-murid, mereka akan dapat menumpukan lebih perhatian
ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, membuat refleksi,
menaakul dan menyelesaikan masalah.
Penggunaan teknologi elektronik seperti kalkulator, komputer, perisian
pendidikan, laman-laman web dalam internet serta pakej-pakej pembelajaran yang
sedia ada boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik. Alatan seperti ini memberi imej visual bagi idea-idea
matematik di samping memudahkan jalan kerja bagi mendapatkan dan menganalisis
data. Kalkulator misalnya, membolehkan murid mengkaji perwakilan matematikal
daripada kemungkinan dengan hanya melaksanakannya dengan tangan sahaja.
Ianya juga membantu murid menyelesaiakan prosedur pengiraan matematik yang
rutin dengan lebih pantas dan tepat. Justeru, murid akan mempunyai lebih banyak
masa untuk memberi fokus kepada konsep matematik.
Selain itu, alatan teknologi ini dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan
yang dijalankan oleh murid-murid dalam segenap aspek matematik, termasuklah
geometri, statistik, algebra dan nombor. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
dibantu dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan
pastinya akan dapat meningkatkan pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran
yang dikehendaki. Hal ini kerana teknolgi memberi peluang kepada guru untuk
memilih dan mengubahsuai kaedah pmbelajaran mengikut kehendak dan rentak
murid khususnya kepada murid yang mudah hilang fokus dalam bilik darjah. Murid
sedemikian pasti akan dapat menumpukan perhatian yang lebih berfokus untuk
menyelesaikan tugasan matematik dengan menggunakan teknologi.
Teknologi tidak akan menggantikan seseorang guru matematik. Hal ini
bermaksud teknologi hanya menjadi bahan bantu mengajar untuk guru dan guru
tetap berperanan sebagai penyampai ilmu. Guru yang akan menentukan masa dan
keadaan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Sebagaimana alat bantu
mengajar yang lain, teknologi boleh digunakan sama ada secara optimum ataupun
dengan

serba

kekurangan.

Guru

patut

menggunakan

teknologi

untuk

mempertingkatkan lagi peluang pembelajaran murid-murid dengan memilih atau

membina tugasan-tugasan matematik yang bernas serta yang dapat mengambil


kesempatan untuk mengeksploitkan kepentingan teknologi itu dengan berkesan
seperti dalam melukis graf, membuat visualisasi dan menjalan komputasi. Ketika
murid-murid menggunakan teknologi seperti kalkulator ataupun komputer dalam bilik
darjah, guru pula dapat menggunakan peluang ini untuk memantau dan mencerap
murid-murid serta meningkatkan pemikiran dan penaakulan murid-murid.
Oleh itu, melalui tonggak ini guru seharusnya menggunakan sumber yang
tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan kemahiran
matematik tertentu secara berterusan. Kewujudan teknologi dalam pendidikan
matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi
turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid.

RUJUKAN
Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik, diperoleh pada 01
April 2013, daripada http://www.scribd.com/doc/62371616/Lima-TonggakDalam-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Matematik#archive
Tajuk 3: Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik, diperoleh
pada 01 April 2013, daripada http://www.slideshare.net/azrJun/tajuk-3

REFLEKSI (SUSANNA CHONG)


Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing iaitu Puan Hajah Ton Pah Chah Sareh Isa kerana atas
tunjuk ajar dan nasihat-nasihat beliau saya dan rakan sekumpulan dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan baik.
Untuk melaksanakan tugasan ini saya dan rakan sekerja saya pergi ke pusat
sumber untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan yang telah diberi. Pertama
kali saya mendapat kerja kursus ini, saya merasakan ianya sangat susah. Hal ini
kerana apabila kami hendak mendapatkan maklumat di pusat sumber, semua buku
telah dipinjam. Oleh itu, kami terpaksa bertanya kepada beberapa rakan lain untuk
meminjam buku mereka untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk kami. Selain
daripada itu, kami juga ada membuat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk
membahagi-bahagikan

tugas serta berbincangan tentang tajuk kamu. Setelah

melakukan perbincangan, saya mendapat bayangan bagaiman untuk menyelesaikan


tugasan kami. Semasa melakukan kerja kursus ini, saya dan rakan setugas telah
menggunakan

beberapa

buku

dan

juga

rujukan

daripada

internet

untuk

menghasilkan esei kami. Kami juga merujuk kembali persembahan grafik kami yang
telah kami buat sebelum ini untuk menyiapkan esei kami.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya mendapati tugasan ini tidaklah sesukar
yang disangkakan. Banyak input yang telah saya dapat. Berdasarkan tajuk yang
kami buat iaitu tentang pengaruh kurikulum Matematik Negara lain terhadap
kurikulum Matematik di Malaysia dan juga lima tonggak dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik, saya memperolehi banyak input melalui tajuk ini.

Sebagai seorang bakal menjadi guru, saya dapati bahawa untuk menjadi
seorang guru bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Untuk mendidik seseorang
insan juga tidak mudah seperti yang dikatakan oleh orang. Untuk menjadi guru harus
mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan bermotivasi tinggi. Jika dibandingkan
dengan diri saya, saya berasa diri saya masih banyak lagi yang perlu saya pelajari.
Untuk mengajar murid dalam mata pelajaran matematik, guru harus menggunakan
teknik dan pendekatan yang sesuai dan berkesan seperti strategi-strategi yang

harus digunakan semasa mengajar. Saya berasa profesion keguruan ini bukanlah
suatu bidang yang mudah kerana saya harus bijak untuk mempelbagaikan strategi
utnuk mengajar murid agar mereka memahami pengajaran.

BIODATA DIRI

NAMA PENUH

:SUSANNA CHONG VUN SIEW

NO. K/P

:920623-12-6454

PROGRAM

:PISMP SEMESTER TIGA (3)

KURSUS

:PENDIDIKAN PEMULIHAN BM/MT/BI - 1

UMUR

:21 TAHUN

TEMPAT ASAL

:KENINGAU, SABAH

ALAMAT SEMASA

:NO. 72 BUKIT INDAH


06000, JITRA KEDAH

ALAMAT TETAP

:NO 14, RUMAH MURAH, JALAN


TUARID TAUD, 89008 KENINGAU SABAH

AGAMA

:KRISTIAN

BANGSA

:SINODUSUN

NO. HP

:013-8562516

EMAIL

:SUEZANCHONG@HOTMAIL.COM

You might also like