You are on page 1of 10

HPA 104 ETIKA

MASYARAKAT LESTARI

NAMA PEMBENTANG
1.
2.

NORHUSNA BINTI OMAR


NORAZILA BINTI AZMI

NAMA PENSYARAH

DR. SHOHANA HAJI HUSSIN

ARKIB : 19/09/2014

UPSR bocor: Mungkin wujud rangkaian antara guru

Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Hazim Atallah (tiga dari kiri) di Pejabat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya, semalam. Turut sama Duta Palestin ke Malaysia, H. E. Dr. Anwar Hamadto Qasem Al-Agha (dua dari kiri). - UTUSAN/RASHID MAHFOF

Advertisement

PUTRAJAYA 18 Sept. - Polis sedang melakukan siasatan mengenai kemungkinan terdapat rangkaian antara warga pendidik sekolah rendah berhubung
kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis juga dijangka menahan lebih banyak individu untuk membantu siasatan
kebocoran soalan peperiksaan tersebut.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kes kebocoran soalan UPSR 2014 dilakukan oleh sindiket.

"Walaupun (yang ditahan) hanya melibatkan individu, tetapi mungkin juga terdapat rangkaian dalam kalangan mereka untuk memberikan kemudahan
menjawab soalan UPSR kepada murid.

"Polis juga akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti sama ada individu yang ditahan pernah melakukan benda yang sama pada tahun-tahun
sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Palestin, Mejar Jeneral Hazim Attallah di pejabatnya, di sini
hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Zahid telah menawarkan kemudahan latihan kepolisan di negara ini untuk polis-polis Palestin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, polis telah memulakan siasatan berhubung pengiriman wang tidak diisytihar berjumlah RM110,300
oleh Bisotel Rieh Global Money Transfer, Australia kepada individu tidak dikenali di negara ini.

"Kita beri jaminan kepada Australia bahawa Malaysia tidak berkompromi di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) supaya wang
haram tidak disalurkan untuk tujuan keganasan.

"Kita telah mulakan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat polis Australia, kerjasama akan dijalankan dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk
mengenal pasti kesahihan maklumat ini.

"Jika maklumat ini betul, kita akan maklumkan pihak Australia untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Pengiriman wang tidak diisytihar ke Malaysia didedahkan selepas polis Australia melakukan siasatan ke atas pengiriman berjumlah RM26 juta oleh
Bisotel Rieh Global Money Transfer, sebahagiannya dilaporkan dikirimkan kepada individu di Malaysia.

Media Australia melaporkan mengenai kemungkinan wang tersebut telah dikirimkan kepada Mohamed Elomar, iaitu rakan kepada pengganas bernama
Khaled Sharrouf.

Kedua-duanya dilaporkan merupakan pejuang Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan pergi ke Syria secara bersama-sama melalui transit di
Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140919/je_05/UPSR-bocor-Mungkin-wujud-rangkaian-antara-guru#ixzz3FBwhUm89


Utusan Melayu (M) Bhd

BERMORAL DAN BERETIKAKAH KES


KEBOCORAN SOALAN UPSR INI BERLAKU ?

SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN KE ATAS KES INI ?


Kita semua sudah mengetahui bahawa menjadi pegawai
kerajaan adalah terikat dengan peraturan dan etika yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan .
Peraturan dan etika yang biasa diperkatakan adalah jujur dan
berintergriti .
Jadi sepatutnya kes seperti ini seharusnya tidak harus terjadi
kerana jujur adalah tunggak kejayaan segala pekerjaan .
Adakah guru yang harus dipersalahkan atas kejadian ?
Sudah kita ketahui sifat guru yang sanggup melakukan apa
sahaja untuk kejayaan anak muridnya .
Namun seharusnya guru tidak boleh menggunakan alasan
dalam mencapai matlamat dengan menghalalkan segala
perbuatan yang salah mnjadi benar .

Guru

seharusnya menjadi contoh kepada anak murid


mereka bukannya melakukan tindakan seperti ini yang
akan menyebabkan anak murid mereka pada suatu hari
nanti akan melakukan kesalahan yang sama.
Bukan guru sahaja yang harus dipersalahkan namun
pihak yang bertanggung jawab menggubal soalan serta
Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM) juga
turut harus dipersalahkan .
Integriti dan sikap amanah pihak yang terlibat dalam
setiap peringkat penyediaan kertas peperiksaan, yang
bermula daripada proses menggubal soalan,
mengumpul, mencetak, membungkus, menyimpan di
bilik kebal dan menghantar ke pusat peperiksaan.

Penggubal

soalan bukan terdiri daripada guru


sahaja namun pelbagai pihak termasuk
pegawai pendidikan daerah dan soalan-soalan
dikumpul akan ditapis di bawah satu
jawatankuasa.
Kebocoran soalan boleh berlaku. Contohnya
ketika proses percetakan, kita cetak beriburibu kertas soalan dan kita edarkan di banyak
pusat peperiksaan, tidak mustahil kebocoran
boleh berlaku ketika proses itu,

Ini

kerana , mengikut logik hanya melalui pihak-pihak


ini sahaja yang akan menyebabkan kes kebocoran
soalan UPSR ini berlaku .
Jadi persoalannya siapa yang harus dipersalahkan
melalui kes ini ?
Bagi pendapat saya , semua pihak harus dipersalahkan
kerana jika semua pihak ini amanah dan bertanggung
jawab serta tidak bersubahat dalam membocorkan
soalan ini maka kes seperti ini tidak akan berlaku .

PENGAJARAN DARI KES INI


AMANAH

Setiap pekerja yang memegang amanah seperti pihak


menggubal soalan peperiksaan seharusnya menjadi
seorang yang amanah dengan tidak membocorkan
soalan tersebut demi kejayaan anak bangsa mereka
sendiri .

Intergriti

Dalam segala pekerjaan nilai intergriti juga sangat


penting . Oleh itu , semua pihak harus menerapkan
semangat integriti yang utuh supaya kejadian seperti
kes kebocoran maklumat ini tidak akan berulang
kembali .
Sediakan payung sebelum hujan
Seharusnya lembaga peperiksaan Malaysia harus
bersedia menyediakan soalan alternatif sekiranya
masalah seperti ini berlaku .

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like