You are on page 1of 11

Tuntutan 18/20 Perkara Yang Dituntut Oleh Sabah dan Sarawak

Tuntutan 20 Perkara Sabah


Perkara 1 Tuntutan Sabah: Agama
Tuntutan ini meminta supaya tiada agama rasmi yang dikenakan ke atas Sabah walaupun
agama Islam menjadi agama rasmi di Malaya. 1 Hal ini untuk memberi jaminan kebebasan
beragama yang membolehkan setiap individu mahupun kumpulan berhak menguruskan hal-hal
agamanya sendiri seperti menguruskan dan mentadbir sesuatu yayasan bagi maksud agama.
Kerajaan Persekutuan juga memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau kerajaan
Islam disamping memberikan peruntukan yang seimbang bagi tujuan menjaga kebajikan
masyarakat di Sabah.
Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama dan tiap-tiap kumpulan agama
adalah berhak menguruskan hal-hal agama sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi
maksud-maksud agama dan memperoleh serta memegang dan mentadbir mengikut undangundang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlarutan
dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

Perkara 2 Tuntutan Sabah: Bahasa


"Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa Inggeris
akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris
hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri
mahupun Persekutuan had tempohnya.2
Berdasarkan perkara ini, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Persekutuan dan bahasa
Inggeris terus digunakan dalam tempoh sepuluh tahun selepas pembentukan Malaysia. Bahasa
Inggeris akan digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan di peringkat negeri mahupun
di peringkat Persekutuan bagi Sabah. Syarat ini telah diterima kerana bahasa boleh digunakan
sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan suku seperti di Sabah.
Perkara 3 Tuntutan Sabah: Perlembagaan
Perkara ini adalah perkara yang melibatkan perlembagaan. Sementara menerima
perlembagaan semasa Persekutuan Tanah Melayu yang akan membentuk asas perlembagaan
Malaysia, Perlembagaan Malaysia akan menjadi dokumen yang baru digubal dan dipersetujui
dalam persatuan bebas negeri dan tidak harus menjadi satu siri pindaan perlembagaan yang
digubal dan dipersetujui oleh negeri dalam keadaan sama sekali berbeza. Satu perlembagaan
baru untuk Borneo Utara (Sabah) sudah tentu penting. Oleh iu perlembagaan ini akan menjadi
titik rujukan untuk Borneo Utara.
1 Ibid., hlm. 12.

2 Ibid,.

Perkara 4 Tuntutan Sabah: Ketua Persekutuan


Ketua negeri di Borneo Utara seharusnya tidak layak untuk pemilihan menjadi Ketua
Persekutuan. Dengan itu, secara tidak langsung, sebarang penyertaan dalam mana-mana
pemilihan bagi ketua negeri dalam pemilihan ketua Persekutuan acdalah akan terbatal sama
sekali.
Perkara 5 Tuntutan Sabah: Nama Persekutuan Bukan Melayu Raya
Sebelum percantuman Sabah dan Sarawak, Tanah Melayu berdiri sebagai sebuah
persekutuan dan dikenali sebagai Melayu Raya. Namun selepas percantuman, nama
persekutuan ditukarkan kepada Malaysia bagi melambangkan penyertaan Sabah dan Sarawak.
Perkara 6 Tuntutan Sabah: Imigrasi
Dalam soal imegresen, tuntutan Sabah adalah segala hal berkaitan imegresen haruslah
mendapat kebenaran daripada kerajaan Negeri terlebih dahulu. Kawalan kemasukan orang ke
mana-mana kawasan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusat tetapi
kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan
tidak boleh menghalang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan kerajaan Negeri
kecuali atas sebab keselamatan.
Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk mengawal pergerakan
orang-orang dari kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara selain daripada yang berkerja
dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. 3 "Kawalan kemasukan orang ke mana-mana
kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusat tetapi kemasukan
ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh
mengahalang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan kerajaan Negeri kecuali atas
sebab keselamatan.
Perkara 7 Tuntutan Sabah: Hak Menarik Diri
Hak dalam penarikan diri dan pemisah dari persekutuan Tanah Melayu dikatakan tidak
seharusnya wujud. Singapura, Sabah dan Sarawak dinasihati tidak menarik menarik diri dari
persekutuan Malaysia. Perkara 7 ini merupakan satu nasihat agar persekutuan Malaysia diberi
peluang untuk bergerak dengan lancar oleh ahli-ahli negaranya.

3 W.A. Spradbrow, Colony Of North Borneo Annual Report, Government Printing Department, I.S.O., North Borneo:
Government Printer, 1962, hlm 24.

Perkara 8 Tuntutan Sabah: Borneonisasi


Proses perlantikan orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Sabah perlu
dilakukan dengan secepat mungkin dalam memborneosasikan Sabah. Orang Malaya tidak
mendapat keutamaan tinggi untuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan Sabah.

Perkara 9 Tuntutan Sabah: Pegawai-pegawai British


Sabah telah meminta agar pegawai-pegawai British akan terus menyumbang khidmat
mereka dalam bidang perkhidmatan awam sehinggalah penduduk tempatan bersedia dan
mempunyai pengalaman untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Hal ini bermaksud setiap
usaha perlu dilakukan bagi menggalakkan pegawai British terus kekal dalam perkhidmatan
awam di Sabah.

Perkara 10 Tuntutan Sabah: Kewarganegaraan


Melalui perkara ini, sesiapa sahaja tidak akan sewenang-wenangnya menjadi warganegara
Sabah. Syarat ini akan mengehadkan sesiapa sahaja untuk menjadi penduduk asli di Sabah.

Perkara 11 Tuntutan Sabah: Cukai dan Kewangan


Sabah haruslah diberikan kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri
di mana Sabah akan mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri serta mendapatkan
pinjaman pada kredit sendiri.

Perkara 12 Tuntutan Sabah: Kedudukan Istimewa Peribumi Sabah


Bangsa asli atau penduduk peribumi Sabah haruslah menikmati keistimewaan yang
dinikmati oleh bangsa Melayu di Semenanjung, tetapi formula yang digunakan di Semenanjung
tidak semestinya digunakan di Sabah. Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan
dalam Perkhidmatan Awam yang termaktub dalam artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Tuntutan Sabah: Kerajaan Negeri
Dalam perkara ini terdapat dua bahagian iaitu bahagian A dan juga bahagian B. Bahagian A
menyatakan bahawa Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Dewan
Perundangan. Bahagian B pula menyatakan hendaklah diwujudkan satu sistem kementerian
sebenar di Sabah oleh Kerajaan Persekutuan. Perkara 13 ini merupakan senarai tuntutan
Sabah yang telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia dan menjadi perkara 20
kerana bagi melindungi kepentingan Sabah yang telah menjadi anggota persekutuan baru bagi
Tanah Melayu agar tidak tertindas oleh politik dalaman Kerajaan Persekutuan dan
memperlihatkan Sabah yang boleh mentadbir sendiri wilayahnya tanpa bantuan sepenuhnya

oleh Kerajaan Pusat dan membolehkan kerajaan Negeri Sabah membuat keputusaan sendiri
berkenaan kepentingan masyarakat Sabah.
Perkara 14 Tuntutan Sabah: Tempoh Peralihan
Menerusi perkara 20 dalam tuntutan Sabah ini menyatakan bahawa selama tujuh tahun
kuasa Perundangan hendaklah dipegang oleh kerajaan Sabah melalui perlembagaan bukan
diwakilkan kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan. Hal ini bermaksud kuasa
perundangan tersebut dipegang oleh kerajaan Negeri Sabah selama tempoh tujuh tahun tanpa
dipengaruhi oleh kerajaan Persekutuan. Namun, tempoh tujuh tahun tersebut telahpun tamat.
Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan. Tempoh
peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan
Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik
dalam kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tanggungjawab mereka
sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri
sendiri sebelum penubuhan Malaysia.
Perkara 15Tuntutan Sabah: Pendidikan
Dalam perkara 15 ini iaitu dalam aspek pendidikan telah menggariskan bahawa sistem
pendidikan yang sedia ada di Sabah hendaklah di kekalkan dan untuk tujuan itu sistem
pendidikan ini hendaklah diletakkan di bawah kerajaan Negeri. Pada mulanya, sistem
pendidikan di Sabah tidak diintegrasikan dengan sistem kebangsaan yang diguna pakai di
Semenanjung Malaysia kerana negeri Sabah sendiri telah mempunyai sistem pendidikannya
semasa dibawah pemerintahan British dan untuk mengubah sistem pendidikan tersebut secara
langsung selepas sahaja Sabah masuk ke dalam Malaysia difikirkan adalah sangat mustahil
kerana pada masa itu, masyarakat Sabah telah terbiasa dengan sistem pendidikan yang sedia
ada. Namun sistem pendidikan di Sabah telah dintegrasikan sepenuhnya dengan sistem
kebangsaan pada tahun 1969.
Perkara 16 Tuntutan Sabah: Jaminan Perlembagaan
Menurut perkara 16 ini bahawa tidak akan ada sebarang pindaan, perubahan atau
pembatalan dapat dilakukan oleh kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang
diberikan khas kepada Sabah tanpa persetujuan kerajaan Sabah. Kuasa ini adalah hak mutlak
penduduk negeri Sabah. Perkara 16 ini menjadi tuntutan Sabah sebelum bersetuju untuk
menyertai Malaysia kerana pada ketika itu, pemimpin di Sabah cuba untuk menjaga dan
melindungi hak-hak kepentingan masyarakat Sabah sebagai penduduk Sabah yang sebenar
dan berkuasa terhadap keadaan negeri tersebut setelah menyertai Malaysia.
Perkara 17 Tuntutan Sabah: Perwakilan di Parlimen
Perkara bilangan 17 dalam tuntutan 20 Sabah adalah berkaitan dengan perwakilan di
parlimen. Sabah telah menuntut agar kerusi perwakilan di parlimen bagi negeri tersebut diambil
kira berdasarkan kepada jumlah populasi penduduk, saiz serta potensi Sabah. Selain itu,
mestilah tidak kurang daripada jumlah perwakilan bagi Singapura. Dalam hal tersebut Tunku
Abdul Rahman telah memperkenankan tuntutan tersebut dengan memberikan jumlah kerusi

sebanyak 44 buah bagi Sabah serta termasuk Sarawak. Dua perwakilan dari setiap negeri
ditempatkan ke dalam Dewan Negara, manakala bagi Dewan Rakyat pula Sabah memperolehi
16 buah kerusi dan sebahagiannya dimiliki oleh Sarawak. Walau bagaimanapun, jumlah kerusi
dalam parlimen dipinda semula dan kini Sabah mendapat jumlah kerusi sebanyak 25 buah
daripada jumlah kerusi sebanyak 56 buah bagi negeri negeri di Borneo. Berkaitan dengan hal
tersebut, ternyata menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak yang menyangkal keadaan
jumlah penduduk di Sabah yang ternyata jumlahnya adalah kurang berbanding dengan jumlah
penduduk di Semenanjung tetapi memperolehi kerusi yang lebih banyak dalam parlimen.
Namun begitu, tuntutan Sabah ini ternyata mempunyai kelebihannya memandangkan turut
mengambil kira keluasan negeri serta potensinya bagi memberikan keistimewaan negeri
tersebut dalam parlimen.

Perkara 18 Tuntutan Sabah: Gelaran Ketua Negeri


Tuntutan Sabah dalam perkara yang ke 18 adalah berkitan dengan gelaran bagi ketua
negeri Sabah. Memandangkan negeri Sabah tidak mempunyai raja, maka seperti negeri
negeri di Semenanjung iaitu bagi negeri Melaka dan Pulau Pinang gelaran yang diberikan
adalah Yang DiPertua Negeri atau bagi wilayahwilayah yang menyertai Malaysia pada
asalnya disebut sebagai Yang DiPertua Negara. Turut menggantikan gelaran Gabenor yang
sebelumnya merupakan ketua bagi negerinegeri tersebut. Dalam banyak hal berkaitan negeri
Sabah, Yang Dipertua Negeri merupakan kuasa utama dalam menentukan persetujuan bagi
manamana perubahan perlembagaan dalam negeri tersebut setelah mengikut nasihat Ketua
Menteri dan selagi tidak menyimpang daripada peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan
Persekutuan.

Perkara 19 Tuntutan Sabah: Nama Negeri


Perkara ke 19 yang tertakluk di bawah tuntutan 20 Sabah ialah berkaitan dengan nama negeri
atau negara pada masa tersebut. Nama North Borneo pada asalnya menurut tuntutan tersebut,
ditukar kepada nama negeri Sabah selepas penubuhan Malaysia.

Perkara 20 Tuntutan Sabah: Tanah, Perhutanan, Kerajaan Tempatan dan Lain-lain


Sabah telah membuat tuntutan bagi memastikan peruntukan yang telah ditetapkan dalam
Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan kuasa Majlis Tanah Negara serta Majlis Kerajaan
Tempatan Negara tidak terpakai di Sabah. Sabah mempunyai kuasa atau boleh menentukan
peruntukan bagi kawalan ke atas hal ehwal tanah dan perhutanan Sabah serta sistem Kerajaan
Tempatan yang tersendiri. Dalam hal ini, kerajaan Persekutuan sepatutnya tidak mempunyai
hak untuk masuk campur dalam hal hal seperti yang telah dituntut dalam perkara yang ke 20
tersebut.

Tuntutan 18 Perkara Sarawak


Ironinya, Sarawak turut menuntut 18 perkara. Tuntutan ini muncul semasa Suruhanjaya
Cobbold mengadakan pungutan suara daripada penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
persetujuan pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, majoriti daripada golongan yang
menyokong pembentukan ini adalah kaum Bumiputera Sarawak. Sokongan ini bukanlah
sokongan yang membuta tuli kerana para pemimpin kaum Bumiputera yang terbabit telah pun
mengadakan perbincangan bersama-sama anak-anak buah mereka.
Sokongan ini beralaskan beberapa tuntutan yang bermaksud hak-hak kaum Bumiputera
Sarawak terpelihara. Dengan kata lain, Malaysia bukanlah neo-koloneolisme seperti yang
dikatakan oleh Soekarno. Perkara ini dibuktikan dengan persidangan pemimpin Iban yang
berlangsung secara besar-besaran pada 15 Februari 1962 di Kapit, Sarawak. Persidangan ini
turut dikenali sebagai Aum. Di dalam persidangan ini, seramai 112 000 orang Iban berkumpul
dan keputusan persidangan ini membawa kepada beberapa tuntutan (Perkara 18) bagi
menjamin kedudukan Bumiputera di Sarawak. Keputusan ini dikemukakan kepada Suruhanjaya
Cobbold dan tidak semua persetujuan disepakati. Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan
kepada Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962.
Sebagaimana tuntutan perkara 20 yang telah dibuat oleh Sabah dalam menyertai Gagasan
Malaysia pada 16 September 1963, Sarawak sebagai negeri jiran dalam Kepulauan Borneo juga
turut menyuarakan perkara 18 dalam menyertai Malaysia. Perkara 18 yang digubal tersebut
oleh para pemimpin Sarawak ketika itu adalah bertujuan untuk menjaga hak-hak
keistimewaan rakyat Sarawak setelah menyertai Gagasan Malaysia secara rasminya pada
16 September 1963. Seperti yang kita sedia maklum, tuntutan perkara 18 atau 18 perkara yang
diutarakan oleh Sarawak jika dikaji dan ditelusuri adalah mempunyai beberapa persamaan
dengan tuntutan 20 perkara yang dibuat oleh Sabah ketika itu. Jadi tidak hairanlah jika
wujudnya beberapa persamaan dalam beberapa perkara yang dituntut oleh Sabah dan
Sarawak. Hal ini kerana, Sarawak juga mempunyai hasrat untuk turut sama memelihara dan
menuntut hak keistimewaan mereka dijaga dan ditunaikan seperti mana juga langkah yang di
ambil oleh Sabah untuk menjaga keistimewaan rakyat Sabah.

Perkara 1 Tuntutan Sarawak: Agama


Perkara satu yang terkandung di dalam perkara 18 yang diutarakan oleh Sarawak adalah
berkaitan hak agama. Perkara satu ini menyentuh tentang hak kebebasan beragama di
Sarawak. Maksudnya di sini, kebebasan beragama tersebut adalah hak rakyat untuk menganut
apa jua agama walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Namun begitu,
walaupun agama Islam adalah agama rasmi, tetapi segala peruntukan yang berkaitan dengan
agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia adalah tidak boleh diguna pakai di Borneo iaitu
merujuk Sarawak. Hal ini kerana rakyat Sarawak mempunyai kebebasan untuk menganut apa

jua agama dan tidak menafikan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi gagasan tersebut iaitu
Malaysia.

Perkara 2 Tuntutan Sarawak: Bahasa


Perkara yang kedua berkaitan bahasa. Di Sarawak, bahasa rasmi yang digunakan adalah
bahasa Inggeris. Oleh itu, walaupun Sarawak menyertai Malaysia setelah hari pengisytiharan
Malaysia pada 16 September 1963 tetapi Sarawak tetap menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar atau bahasa rasmi selama 10 tahun selepas Sarawak menyertai Malaysia.
Kini, setelah tamat tempoh selama 10 tahun itu, maka bahasa rasmi bagi Sarawak adalah
bahasa Malaysia.

Perkara 3 Tuntutan Sarawak: Perlembagaan


Perkara yang ketiga ialah berkaitan perlembagaan. Dalam sistem perlembagaan yang
digunakan, Perlembagaan Persekutuan adalah diterima pakai dan dipersetujui oleh ramai
sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, apa jua bentuk Perlembagaan Malaysia
yang baru haruslah dipersetujui oleh ramai iaitu merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah
dan Sarawak. Justeru itu, bagi Sarawak pula, satu perlembagaan baru adalah perkara penting
bagi Sarawak.

Perkara 4 Tuntutan Sarawak: Ketua Persekutuan


Seterusnya ialah menyentuh perkara keempat iaitu berkaitan Ketua Persekutuan. Di sini,
Ketua Negeri Sarawak tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5 Tuntutan Sarawak: Nama Persekutuan


Perkara yang kelima pula menyentuh tentang nama persekutuan. Bagi Sarawak, nama
persekutuan yang digunakan kelak ialah Malaysia dan bukan Melayu Raya. Hal ini kerana,
Malaysia merujuk persekutuan antara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak.
Perkara 6 Tuntutan Sarawak: Imigresen
Perkara yang keenam pula adalah berkaitan hal imigresen. Di Sarawak, kemasukan
penduduk luar ke Sarawak adalah dibawah kawalan dan jagaan Kerajaan Negeri Sarawak
sendiri. Namun tidak dinafikan tentang kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana
bahagian di Semenanjung Tanah Melayu adalah dibawah kawalan Kerajaan Pusat. Oleh sebab
Sarawak mengawal sendiri hal imigresen di dalam negerinya, maka Kerajaan Persekutuan tidak
mempunyai kuasa veto tentang kemasukan orang luar ke dalam Sarawak. Justeru itu, kini,
orang luar yang ingin ke Sarawak haruslah mempunyai pasport perjalanan.

Perkara 7 Tuntutan Sarawak: Hak Pemisahan


Perkara yang ketujuh pula ialah berkaitan hak pemisahan. Hak pemisahan ini merujuk
kepada Sarawak yang seharusnya tiada hak untuk menarik diri dari Persekutuan. Justeru itu,
apabila Sarawak telah menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963, maka Sarawak tidak lagi
dapat menarik diri dari Persekutuan.
Perkara 8 Tuntutan Sarawak: Borneonisasi
Seterusnya ialah berkaitan perkara kelapan iaitu borneonisasi. Borneonisasi ini merujuk
kepada memelihara hak keistimewaan penduduk Bumiputera Sarawak. Melalui borneonisasi ini,
hak-hak dan keistimewaan dalam perkhidmatan awam bagi golongan Bumiputera Sarawak
haruslah dipertingkatkan lagi.

Perkara 9 Tuntutan Sarawak: Pegawai-pegawai Inggeris


Seterusnya lagi ialah perkara kesembilan iaitu berkaitan pegawai Inggeris. Dalam perkara
kesembilan ini, satu usaha perlu dipertingkatkan bagi mengekalkan perkhidmatan pegawai
British dalam perkhidmatan awam di Sarawak. Pengekalan pegawai British dalam perkhidmatan
awam itu kelak adalah sehingga orang tempatan yang mengambil alih tempat atau jawatan
mereka mahir mengendalikannya sendiri. Tuntasnya, pegawai British dijadikan sebagai panduan
untuk orang Sarawak belajar mentadbir sebelum boleh mentadbir negeri sendiri.

Perkara 10 Tuntutan Sarawak: Kewarganegaraan


Seterusnya pula ialah mengenai perkara kesepuluh iaitu berkaitan kewarganegaraan. Di sini,
individu yang lahir di Sarawak selepas terbentuknya Malaysia akan secara automatiknya
menjadi warganegara Persekutuan.

Perkara 11 Tuntutan Sarawak: Tarif dan Kewangan


Seterusnya perkara kesebelas iaitu takrif dan kewangan. Sarawak mempunyai hak untuk
mengawal kewangan sendiri, pembangunan serta mempunyai hak menentukan cukai serta
mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.

Perkara 12 Tuntutan Sarawak: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli


Perkara kedua belas pula ialah kedudukan istimewa penduduk asli. Penduduk asli atau
Bumiputera Sarawak harus menerima layanan sama rata sebagaimana layanan istimewa yang
diterima oleh penduduk Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Perkara 13 Tuntutan Sarawak: Kerajaan Negeri

Perkara yang ketiga belas pula ialah berkaitan Kerajaan Negeri. Di sini rakyat Sarawak
menyarankan bahawa perlu adanya sistem menteri di Sarawak untuk menguruskan pentadbiran
di Sarawak. Hal ini demikian, supaya pentadbiran di Sarawak lebih stabil dan teratur jika
mempunyai sistemnya yang sendiri.

Perkara 14 Tuntutan Sarawak: Tempoh Peralihan


Seterusnya pula ialah perkara keempat belas. Perkara ini berkaitan dengan tempoh
peralihan. Tempoh peralihan ini sepatutnya menjadi tujuh tahun dan dalam masa itu, kuasa
perundangan mesti ditinggalkan dengan negeri Sarawak oleh Perlembagaan dan tidak boleh
semata-mata diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

Perkara 15 Tuntutan Sarawak: Pelajaran


Perkara yang kelima belas pula menyentuh hal pelajaran. Sistem pendidikan di Sarawak
yang sedia ada perlu dikekalkan. Oleh itu, bidang kuasa adalah dibawah kawalan kerajaan.

Perkara 16 Tuntutan Sarawak: Perlindungan Perlembagaan


Perkara yang keenam belas pula menyebut tentang perlindungan perlembagaan.
Perlindungan perlembagaan ini menyebut tentang tiada pengubahsuaian pindaan atau
penarikan balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada Sarawak. Bertujuan
untuk menjaga keselamatan bagi Sarawak daripada ancaman luar. Berkenaan kuasa meminda
Perlembagaan Negeri Sarawak haruslah dimiliki oleh rakyat Sarawak sendiri secara eksklusif.

Perkara 17 Tuntutan Sarawak: Wakil di Parlimen


Seterusnya ialah perkara ketujuh belas yang menyentuh tentang wakil di parlimen. Di sini
menyatakan bahawa Sarawak juga harus mempunyai wakil di parlimen bagi mewakili Sarawak
dalam persidangan parlimen seperti mana Singapura dan negeri persekutuan Malaysia yang
seumpamanya.

Perkara 18 Tuntutan Sarawak: Nama Ketua Negara


Perkara yang kelapan belas ialah berkaitan nama ketua negara. Nama bagi ketua negara
ialah Yang di-Pertua Negara.

KESIMPULAN
Perkara 18/20 yang telah dipersetujui dan diterima dalam Perlembagaan Malaysia

Sebagaimana yang kita sedia maklum mengenai sejarah pembentukan Malaysia,


Semenanjung Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada pihak British pada 31hb Ogos
1957 yang kemudiannya dibentuk menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Pada asalnya,
pembentukan gagasan ini sememangnya merangkumi Singapura dan Brunei namun telah
menarik diri pada saat akhir pembentukan Malaysia yang hanya disertai oleh Sabah dan
Sarawak. Hal ini terbukti apabila pada 16hb September 1963, penggabungan antara
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia. Namun,
Singapura menbentuk negara republik dan keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Dengan nama
baharu yang dibentuk menjadi Malaysia, hanya 3 negara iaitu Sabah, Sarawak dan juga
Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan penggabungan ini, maka Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu telah
bergerak seiring berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penduduk-penduduk
Sabah dan Sarawak sendiri. Syarat-syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang menjadi asas
kepada penyertaan kedua-kedua negeri tersebut dalam Malaysia. 4
Pada 29hb Ogos 1962, Sabah membuat 20 usul dan manakala Sarawak 18 usul. Sarawak
pada asalnya tidak mengemukakan sebarang usul terhadap pembentukkan Malaysia tetapi
menggunakan usul yang sama dengan Sabah cuma hanya 18 perkara. Setelah membuat
penyesuaian dan beberapa pindaan, maka lahirlah apa yang dinamakan sebagai Perkara
20 sebagai syarat penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Maka pada
9hb Julai 1963, telah ditandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963.
Pada 28hb Ogos 1963, satu pindaan dibuat untuk menentukan tarikh penubuhan Malaysia iaitu
pada 16hb September 1963.5
Namun, daripada 18 Perkara Sarawak dan 20 Perkara Sabah tersebut, perkara yang menjadi
usul kepada pembentukan Malaysia tidak dimasukkan ke dalam perlembagaan secara
keseluruhannya. Sememangnya usul tersebut diterima, tetapi terdapat usul yang hanya diterima
hanya secara lisan sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan penerimaan secara lisan adalah,
perkara hanya disebut sahaja tanpa ada hitam putih atau perjanjian yang sah yang menyatakan
bahawa perkara tersebut diterima. Perkara yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia
yang diguna pakai pada hari ini adalah seperti Agama, Bahasa, Imigresen, dan Hak Istimewa
Bumiputera.

4 Mohd. Noor Bin Andullah, Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, hlm. 89.

5 Ibid, hlm. 91.

Lampiran

Perlembagaan Malaysia
Sumber : Goggle Images

You might also like