You are on page 1of 2

PUSAT PERMATApintar NEGARA

Pengenalan
Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai keperluan
khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak istimewa. Kajian ke
atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa terdapat seorang pelajar pintar
cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell, 1980). Malaysia mempunyai seramai
3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga 15 tahun. Ini menjadikan bilangan pelajar
pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000 orang. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat
dalam kalangan pelajar-pelajar khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran,
masalah fizikal, masalah pembelajaran, masalah emosi dan tingkah laku serta dalam
kalangan pelajar pemulihan. Mereka dikategorikan golongan keistimewaan pelbagai (multiple
exceptionalities). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset negara yang perlu dicari, digilap dan
ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara.
Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di Malaysia
untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau dikategorikan
sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi
kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan bermula pada bulan
Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun).
Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang
pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5.
Pusat PERMATApintar Negara, UKM menguruskan empat program utama yang terdiri
daripada:
1.

Pencarian dan Pengurusan Bakat: mencari dan mengurus bakat pelajar-pelajar pintar

cerdas melalui ujian-ujian saringan PERMATApintar UKM1 dan UKM2; membangun dan
melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian; membangun dan melaksanakan modulmodul kursus susulan dan baru secara dalam talian; pengurusan Persatuan Alumni
PERMATApintar UKM.
2.

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara: merancang dan

melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan pengajar, pembantu pengajar, pembantu pelajar


dan pengurus perkhemahan; melaksanakan kurikulum pengayaan dan pecutan.
3. Program Pendidikan PERMATApintar UKM: program khas yang pertama di Malaysia untuk
pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajian pada tahun 2011.
4. Program ASASIpintar UKM: merupakan program pra-universiti yang mengambil masa
selama setahun di UKM untuk membolehkan pelajar pra-siswazah menamatkan pengajian
dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana
muda dan sarjana dalam tempoh 4 tahun.
Tujuan Penubuhan

1.

Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran kondusif khusus


untuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik.

2.

Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai

dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi
intelek yang
3.

tinggi.

Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi

pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik.
4.

Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi peluang

kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan bagi


membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar berkenaan.
5.

Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian kurikulum

pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi.


6.

Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara industri,

institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap melengkapi bagi
menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan
holistik pelajar pintar cerdas akademik.
Objektif Penubuhan
Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap potensi
dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif. Sehubungan itu,
objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah untuk melahirkan pelajarpelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1.

Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan

dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


2.

Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah,

dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru berhubung ilmu yang
dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritikal
3.

Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri
yang

4.

matang

dan

bijaksana.

Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan

boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai


baik
5.

dan

beretika.

Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap

yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

You might also like