You are on page 1of 4

ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA

Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina
terlalu mengambil berat tentang nama ,
keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si
gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan
perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik
terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya
ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan
dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si
gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoranrestoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam
masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga.
Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.
Pinangan
Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan
bakal menantu perempuan, mereka akan
mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk
mengurangkan konflik kepentingan serta rasa
malu ketika membincangkan kemungkinan

perkahwinan antara dua buah keluarga yang


biasanya tidak rapat atau langsung dikenali.
Pembandingan Hari Jadi
Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak
membantah terhadap pinangan, tukang risik
akan membandingkan hari jadi pasangan
tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai
menurut
astrologi
Cina,
mereka
akan
meneruskan ke langkah yang berikut.
Harga pengantin perempuan (Hadiah
Pertunangan)
Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik
untuk
menyampaikan
harga
pengantin
perempuan (hadiah pertunangan), termasuk
surat pertunangan) kepada keluarga bakal
pengantin perempuan.
Penyampaian Hadiah Perkahwinan
Hadiah
perkahwinan
berbeza-berbeza,
bergantung kepada adat resam tempatan serta
kekayaan keluarga. Makanan dan makanan
istimewa merupakan hadiah yang biasa.
Pemilihan Hari Perkahwinan
Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari
yang bertuah.

Upacara Perkahwinan
Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan
sebenar yang menjadikan pengantin perempuan
dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan
terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:
Perarakan Perkahwinan
Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin
perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki.
Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu
pengantin perempuan, sebuah pancaragam
tradisional,
sepasukan
pengapit
pengantin
perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin
pengantin perempuan dalam bentuk wang.
Penyambutan Pengantin Perempuan
Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan
pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacaraupacara
tertentu
yang
dipatuhi
untuk
menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli
perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki.
Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari
tempat ke tempat.
Upacara Perkahwinan Sebenar
Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan
di
Barat,
pasangan
akan
memberi

penghormatan-penghormatan kepada Syurga


dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara
satu sama lain.
Jamuan Perkahwinan
Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan
dikenali sebagai x-ju yang secara harfiahnya
bermaksud "wain kegembiraan" dan kekadang
adalah jauh lebih penting daripada majlis
perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacaraupacara seperti menuang wain atau teh untuk
ibu bapa, pasangan, dan para tetamu

You might also like