You are on page 1of 13

1.

PENGENALAN

Kebudayaan

merupakan

satu

keseluruhan

cara

hidup

manusia

yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ia merupakan peranan


penting

dalam

proses

pembangunan

negara

di

Malaysia

di

mana

keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke


arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini sudah
tentunya memerlukan kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat
dalam satu proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat ketimuran. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat
yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Selain

itu,

perubahan

juga

merupakan

sifat

penting

bagi

seseuatu

kebudayaan. Perubahan dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu


masyarakat.

Melalui

konteks

ini,

pendidikan

dalam

mengetahu

dan

memahami pelbagi budaya di Malaysia merupakan perkara yang amat


penting. Hal ini boleh dipupuk dari kecil lagi, ibarat kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh itu, melalui tugasan yang diberikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan
ini saya dikehendaki untuk menganalisis video The Journey dan video
Beyond the Blackboard. Kajian yang dilakukan melalui video ini memberi
kesan kepada saya dalam mengetahui segala perkara mengenai budaya dan
amalan serta kepercayaan bagi suatu kaum serta peluang pendidikan yang
sama rata kepada semua murid tanpa ada rasa pilih kasih antara muridmurid di sekolah.

2.0

ANALISIS VIDEO THE JOURNEY

2.1 Perkaitan plot cerita dengan konsep budaya


2.1.1 Definisi budaya
Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah
yang terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai
hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Berdasarkan Kamus
Dewan (2005), budaya menunjukkan kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Pengertian budaya melalui pemikiran
ilmuwan pula, iaitu Nik Safiah Hj Abdul Karim mengatakan bahawa budaya
merupakan tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa serta
merupakan satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi

sistem

sosial,

susunan

organisasi

ekonomi,

politik,

agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Namun definisi yang lebih mudah
ialah dari segi bahasa iaitu cara hidup dan dari segi istilahnya ialah satu cara
hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan
tabiat berfikir.
Berdasarkan video The Journey, dapatlah disenaraikan antara
budaya yang diamalkan ialah budaya mengadakan atur cara perkahwinan
secara tradisional, kehidupan yang tradisional iaitu tidur berasingan antara
lelaki dan perempuan yang tidak ada hubungan perkahwinan atau talian
persaudaraan

dan

contoh-contoh

lain

yang

akan

dihuraikan

dalam

perbincangan yang seterusnya. Selain itu, kepercayaan yang dipegang teguh


oleh Unlce Chuan iaitu apabila Benji memberi kepala ayam kepada Uncle
Chuan ia seakan-akan membawa nasib yang buruk di malam Tahun Baru
Cina.
2.1.2 Unsur-unsur budaya
1. Sistem pengetahuan.
2

Setiap masyarakat mempunyai sistem pengetahuan yang mungkin berbezabeza pada setiap masyarakatnya. Unsur pengetahuan yang dapat dijelaskan
melalui video ini ialah apabila Benji ingin mengetahui dan mempelajari
bagaimana perasaan untuk menjadi seorang ayah daripada anak Ah Heng,
Rambo. Rambo ada menyatakan bahawa perasaan teruja menjadi seorang
ayah adalah perkara yang terbaik baginya dan masyarakat Cina juga
berpegang kepada pepatah mereka bahawa apabila orang lain memberi
makan kamu, kamu pula akan memberi makan kepada orang lain. Sama erti
kepada seorang bapa yang memberi makan dan sara hidup anaknya, dan
anaknya juga akan membuat perkara yang sama terhadapnya anaknya yang
akan lahir nanti.
Antara pengetahuan baru yang dipelajari oleh Benji sebelum bertolak
pulang dari Pulau Pinang ialah dia mendapat seutas tali yang diperbuat
daripada benang yang dikatakan dapat membawa nasib yang baik kepada si
pemakai. Jadi, Benji menghadiahkan benang tersebut kepada Uncle Chuan
yang kononnya akan melindungi Uncle Chuan walau di mana dia berada.
Pengetahuan juga dapat dikaitkan dalam video ini iaitu, salah seorang
rakan kepada Uncle Chuan, Ah Choo, mempunyai semangat untuk membuat
sebuah belon panas yang diperbuat daripada plastik. Melalui sedikit kajian
yang dilakukan oleh Benji, dia cuba sedaya upaya untuk mencapai hasrat Ah
Choo tersebut untuk menerbangkan belon panas tersebut walaupun dia
sudah meninggal.
Begitu juga bahagian video yang ditunjukkan oleh Uncle Khor Soon
Choy, yang sangat mementingkan pengetahuan dan dapat menguasai
pelbagai bahasa serta berjaya dalam bidang kejuruteraan. Disebabkan oleh
terlampau pentingkan pengetahuan terhadap anaknya, anaknya membunuh
diri kerana tidak memuaskan hati ayahnya dengan mendapat keputusan
yang baik pada hari graduasi.
Di samping itu, pengetahuan baru yang dipelajari oleh Benji juga
bahawa hari jadi Uncle Chuan dan Ah Bee adalah pada hari yang sama
mengikut kalendar tahun Cina.

Sebagai tambahan untuk pengetahuan baru iaitu kepada ibu bapa


Benji yang datang ke majlis perkahwinan anak mereka, iaitu mereka cuba
belajar bahasa Cina untuk bertanyakan khabar, iaitu Ni Hao Ma.
2. Sistem kepercayaan (sistem keagamaan).
Setiap masyarakat memiliki keyakinan terhadap hal-hal bersifat keagamaan.
Begitu juga dengan jalan penceritaan The Journey yang menceritakan
tentang hal-hal keagamaan dan kepercayaan yang dipegang oleh keluarga
Uncle Chuan. Sebagai contoh, kepercayaannya terhadap memenuhi sesuatu
janji, jika tidak individu tersebut akan dipanah petir. Selain itu, kepercayaan
Uncle Chuan kepada sesuatu nasib malang apabila Benji dengan tidak
sengaja meletakkan kepala ayam yang terhidang di atas meja makan kepada
bakal bapa mertuanya, dan perkara tersebut mendatangkan kemarahan
Uncle Chuan kerana ia dikatakan tidak beradab dan membawa nasib malang
apabila Benji membuat sedemikian.
Perayaan Tahun Baru Cina sinonim dengan pemberian angpau kepada
individu yang belum berkahwin. Begitu juga dengan Uncle Chuan, walaupun
dia masih berasa marah dan kecewa dengan tindakan anaknya, Ah Bee yang
tiba-tiba membawa orang asing ke rumah dan menyatakan bahawa dia ingin
berkahwin, namun Uncle Chuan tetap memberikan angpau kepada anaknya
dan Benji pada awal pagi Tahun Baru Cina.
Tambahan lagi, apabila Makcik Ah Gao menasihati Ah Bee yang
memarahi bapanya kerana tidak menjaganya ketika dia kecil dan menghantar
Ah Bee ke England untuk belajar. Makcik Ah Gao memberi teguran kepada Ah
Bee dengan mengatakan bahawa pepatah Cina ada menyatakan, walaupun
ibu bapa tidak dapat mencukupkan segala keperluan yang diperlukan oleh
anak, anak tersebut tetap perlu menghormati dan taat kepada ibu bapanya.
Tidak dilupakan juga bahagian cerita yang jelas menunjukkan unsur
keagamaan yang dilakukan oleh masyarakat Cina di Pulau Pinang apabila
tibanya hari kelapan pada upacara perayaan Tahun Baru Cina, mereka akan
mengadakan

upacara

sembahyang

kepada

Tuhan

Syurga

dengan

menghidangkan pelbagai makanan termasuklah buah-buahan, khinzir dan


sebagainya untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka.
Plot cerita lain yang menonjolkan tentang isu keagamaan ialah apabila
mereka iaitu masyarakat Cina membeli sesuatu benda yang baru, mereka
akan membuat satu upacara keagamaan sebagai langkah melindungi orang
yang membawa kenderaan tersebut. upacara yang dilakukan ialah dengan
terdapat cap khas di kenderaan tersebut setelah upacara tersebut dilakukan.
Hal ini kerana mereka mempercayai bahawa tuhan mereka mempunyai kuasa
yang hebat sehingga dapat melindungi kenderaan tersebut daripada nasib
buruk dan kecelakaan.
Anak Ah Heng juga menunjukkan kepercayaan yang dipegangnya iaitu
apabila dia telah berkahwin sekian lama dan tidak mendapat anak, lalu dia
bersembahyang kepada sky gong kau kau iaitu berdoa bersungguhsungguh kepada Tuhan Syurga untuk mendapat zuriat. Setelah sekian lama,
isterinya pun mengandungkan seorang anak dan dia menghadiahkan seekor
khinzir kepada Tuhan Syurga sebagai tanda terima kasih kepadanya.
Selain itu, kepercayaan yang dipegang oleh Uncle Chuan apabila
ditimpa malang iaitu ketika dia dan Benji ditangkap oleh polis kerana telah
menginap di sebuah hotel murahan, dan Uncle Chuan ingin membuang nasib
malang itu dengan mandi dengan daun limau barli dan memakai pakaian
yang baru.
Kepercayaan yang dipercayai oleh Uncle Chuan iaitu apabila rakannya,
Ah Choo meninggal, dia tidak mahu masuk ke upacara pengembumian
tersebut kerana mempercayai ia kana membawa nasib malang kepada ahli
keluarganya yang akan mengadakan upacara perkahwinan tidak lama lagi.
Tetapi ia mendapat tentangan hebat daripada Ah Bee bahawa kepercayaan
itu karut dan tidak patut diikut lagi. Benji yang ingin merapatkan hubungan
dengan bapa mertuanya, beliau turut menjelaskan bahawa perkara tersebut
tidak patut berlaku dan Ah Choo adalah merupakan rakan mereka yang
teramat baik, jadi, tidak patut jika Uncle Chuan tidak datang ke upacara
tersebut.

Hal ini sama dengan ketika upacara perkahwinan antara Benji dan Ah
Bee sedang dilakukan, isteri kepada Ah Choo telah datang, dan jiran-jiran
yang melihat itu mengatakan bahawa bukan kah itu suatu pantang dalam
masyarakat Cina, tetapi atas sikap keterbukaan yang dipercayai oleh Uncle
Chuan, dia tetap menjemput mereka untuk datang ke majlis tersebut.
Setiap masyarakat juga memiliki pakaian, perumahan, alat-alat rumah
tangga, alat-alat produksi, senjata, dan sebagainya.
3. Sistem kemasyarakatan.
Setiap masyarakat biasanya memiliki kemasyarakatan, di antaranya, sistem
kekerabatan, organisasi politik, sistem hukum, dan sistem perkahwinan.
Huraian yang dapat dikaitkan dalam video ini ialah sistem kemasyarakatan
dalam Kaum Cina tradisional yang dipegang oleh Uncle Chuan iaitu dalam
sistem perkahwinan. Apabila ingin melaksanakan perkahwinan, kad jemputan
sepatutnya diberikan secara terus kepada orang yang ingin dijemput tetapi
pemikiran dan budaya moden hanya dengan melalui pos kad jemputan
tersebut, menghantar mesej pesanan ringkas, menghantar email dan perkara
ini amat ditentang oleh anak Uncle Chuan juga iaitu Ah Bee. Hal ini kerana
Bee ingin menunaikan permintaan ayahnya yang ingin menghantar kad
jemputan perkahwinannya dengan Benji walaupun sejauh mana tempat
tinggal sahabat-sahabat lamanya.
Sebagai

tambahan,

Uncle

Chuan

ingin

mengadakan

jamuan

perkahwinan secara tradisional. Hal ini kerana apabila dia menghadiri


perkahwinan anak kawannya, Ah Dong, yang terlampau moden dan jauh
tersasar dari kebudayaan masyarakat Cina, dia merasakan bahawa adat dan
kebudayaan perkahwinan yang diadakan itu tidak senonoh dan tidak beradab
kerana tidak menampakkan kebudayaan masyarakat Cina yang asli.
Selain itu, sistem kemasyarakatan atau peraturan dalam masyarakat
Cina yang tidak membenarkan lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan yang
sah untuk tinggal dan duduk sebilik. Sebagaimana contoh, Benji yang masuk
ke bilik Ah Bee dan ingin tidur dengannya tetapi dilarang oleh Uncle Chuan.
Hal ini sama dengan agama-agama lain juga termasuklah agama Islam.
6

Walaupun pemikiran moden masyarakat yang bukan beragama Islam melihat


perkara itu adalah perkara biasa, namun bagi Uncle Chuan perkara itu adalah
salah dan perlu ditegur. Oleh itu, Benji terpaksa tidur di bilik bawah walaupun
bilik itu seperti stor yang menyimpan segala perkakas rumah dan gambargambar yang tidak digunakan lagi.
4. Bahasa, baik lisan mahupun tulisan.
Masyarakat

mana

yang

tidak

memiliki

bahasa?

Tentunya

tidak

ada

masyarakat yang tidak memiliki bahasa, baik bahasa lisan mahupun tulisan.
Berdasarkan

cerita

The

Journey

ini,

masyarakat

Cina

yang

mempunyai bahasa mereka sendiri dan Benji yang berasal dari England
bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini amat berlawanan kerana Benji tidak
faham bahasa Cina yang dipertuturkan oleh masyarakat di situ. Namun itu
bukan penghalang kepada Benji untuk cuba merapatkan hubungannya
dengan bakal bapa mertuanya dan yang paling penting Benji cuba untuk
faham dan berinteraksi dengan Uncle Chuan dan rakan-rakannya dalam
bahasa Cina walaupun sukar.
Kesopanan dalam bertutur adalah penting dalam mana-mana budaya
di Malaysia termasuklah dalam kebudayaan masyarakat Cina. Semasa Uncle
Chuan melawat rakannya di Pulau Pinang, iaitu Ah Heng, beliau ada
mendengar bahawa pertuturan antara Ah Heng dengan anaknya amat kasar.
Anaknya

menggunakan

perkataan-perkataan

yang

tidak

sepatutnya

dikatakan kepada orang tua, tetapi rakannya menerangkan bahawa itu


bukanlah suatu perkara yang perlu dibahaskan kerana sifat sayangmenyayangi dan hormat-menghormati serta faham antara satu sama lain
adalah lebih penting kerana sikap anaknya bukanlah seperti yang dilihat oleh
Uncle Chuan.
2.1.3 Pembahagian Budaya
Pembahagian budaya terbahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan
budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan merangkumi peralatan dan
kelengkapan hidup, apa yang diperlukan dalam kehidupan serta budaya ini

berbeza mengikut bangsa. Sebagai contoh, keperluan rumah, kereta,


pakaian, makanan, teknologi dan sebagainya.
Melalui cerita The Journey antara budaya kebendaan yang dapat
dilihat ialah segala kelengkapan hidup telah disediakan oleh Uncle Chuan
kepada anaknya walaupun dia terpaksa berpisah dengan anaknya setelah
isterinya meninggal dunia. Termasuk lah juga kelengkapan hidup sedia ada
yang dipunyai oleh Benji iaitu dia mempunyai motor dan kehidupan sendiri di
England.
Budaya bukan kebendaan pula merangkumi kepercayaan, adat istiadat
dan undang-undang serta peraturan. Hal ini termasuklah segala kepercayaan
yang

dipegang

oleh

Uncle

Chuan

seperti

perkara-perkara

yang

mendatangkan nasib malang, dan upacara serta adat istiadat masyarakat


Cina yang mementingkan upacara keagamaan seperti memberi makan
kepada

Tuhan

Syurga

sebagai

tanda

terima

kasih

dan

upacara

menyembahyangkan kenderaan baru untuk dilindungi daripada berlaku


kecelakaan kepada si pemandu.
2.1.4 Peranan Pembentukan Budaya
Pembentukan budaya juga merupakan salah satu faktor dalam membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti yang melibatkan
unsur norma masyarakat, nilai, simbol atau lambang, bahasa dan pemupukan
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan.
Jalan penceritaan yang menonjolkan peranan pembentukan budaya
ialah apabila norma masyarakat iaitu peraturan sosial yang khusus yang
menetapkan perangai atau sifat yang sesuai bagi seseorang individu itu
diambil kira dalam sebuah institusi kemasyarakatan. Sebagai contoh, Uncle
Chuan melihat bahawa perangai Rambo yang kurang beradab dikira kurang
ajar terhadap orang tua. Tetapi bagi bapanya, ia adalah perkara yang biasa
selagi dia tidak berlaku kasar terhadap keluarganya kerana ia merupakan
norma masyarakat mengikut peredaran zaman.

Nilai-nilai yang diperlukan dalam masyarakat dan perlu dikongsi


bersama iaitu sifat sayang-menyayangi antara satu sama lain, hormatmenghormati dan sebagainya membantu memupuk nilai diri seseorang untuk
lebih beradab dan mempunyai nilai-nilai murni yang positif untuk dicontohi
oleh golongan yang lebih muda. Biar kita ambil contoh, dalam kisah ini iaitu
kasih sayang seorang ayah kepada anaknya walaupun terdapat sedikit rasa
kecewa dan sedih dalam diri Uncle Chuan yang anaknya tiba-tiba pulang dari
England dan terus menyatakan hasratnya ingin berkahwin dengan orang
yang bukan dari bangsa Cina.
Antara contoh peranan pembentukan budaya dari segi simbol pula
dapat dijelaskan melalui hadiah seutas tali yang kononnya dapat membawa
nasib baik kepada seseorang itu iaitu di mana Rambo telah memberikan tali
bertuah itu kepada Benji tetapi Benji memberi tali tersebut kepada bakal
bapa mertuanya sebagai tali yang membawa tuah dan membawa kebaikan
kepada dirinya.
Bahasa melambangkan bangsa. Begitu juga dengan jalan penceritaan
kisah ini iaitu Uncle Chuan yang mementingkan penggunaan bahasa Cina
terhadap anaknya, Ah Bee. Benji yang faham terhadap sikap Uncle Chuan,
cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dia pertuturkan dan cuba
untuk mempelajari bahasa Cina dan bercakap dalam bahasa Cina walaupun
tidak fasih.
Pemupukan
ditonjolkan

dalam

kesedaran
video

kebangsaan
ini

iaitu

dan

kenegaraan

berasaskan

ciri-ciri

juga

dapat

kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. Terdapat banyak contoh yang dapat


dilihat dalam video ini seperti pemupukan rasa kasih sayang antara satu
sama lain, unsur-unsur kepercayaan kepada tuhan, serta mementingkan
pendidikan dalam kehidupan.
2.1.5 Ciri-ciri Budaya
Budaya amat penting dalam sesebuah institusi kemasyarakatan. Budaya
yang baik perlu dipelajari, dikongsi, diwarisi, berubah-ubah, bersifat sejagat,
mempunyai unsur simbolik, mempunyai pandangan semesta, diwarisi dari
9

generasi ke generasi, berlaku perubahan tetapi tidak ketara, berlaku dalam


keadaan sosialisasi,

serta mempunyai kuasa moral yang menimbulkan

kesefahaman dalam masyarakat (normatif).


Kesemua perkara-perkara ini melambangkan ciri-ciri budaya yang
perlu wujud untuk menampakkan bahawa pentingnya budaya dan amalan
dalam kehidupan seharian. Melalui kisah ini, kita dapat ringkaskan bahawa
Benji iaitu seorang anak muda dari negara barat, England, yang datang ke
Malaysia bertujuan untuk berjumpa dengan Ah Bee untuk mendapat
persetujuan untuk berkahwin. Benji terpaksa menghadapi segala masalah
dan cabaran untuk belajar tentang ciri-ciri budaya masyarakat Cina supaya
dia dapat bergaul dan mengadakan hubungan yang baik dengan bakal bapa
mertuanya. Sedikit sebanyak dia berubah dan belajar bahasa Cina untuk
cuba faham apa yang dikatakan oleh Uncle Chuan dan masyarakat sekeliling.
Perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah tetapi atas dasar sayangnya
kepada hubungan dia dan Ah Bee, dia tetap berusaha untuk menawan hati
Uncle Chuan untuk menerimanya sebagai menantu.
2.1.6 Kategori Pola Budaya
Budaya juga mempunyai pola yang tersendiri iaitu wajib, pilihan yang
digemari, tipikal, alternatif dan terhad. Kesemua kategori ini mempunyai
kebaikan dan sebab-sebabnya yang tersendiri. Kategori wajib iaitu tiada
pilihan perlu patuh kepada pola yang sedia ada. Sebagai contoh, Benji tetap
tidak boleh tidur sebilik dengan Ah Bee selagi tidak berkahwin.
Keduanya ialah pilihan yang lebih digemari iaitu ada beberapa pilihan
tetapi satu daripadanya lebih digemari. Contohnya, Uncle Chuan lebih
memilih untuk menghantar kad jemputan kahwin anaknya kepada rakanrakannya walaupun terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk
menjemput rakan-rakannya itu seperti menggunakan email, pesanan mesej
ringkas dan lain-lain kemudahan yang menyenangkan mereka.
Ketiga iaitu kategori tipikal. Perkara ini membawa maksud tiada satu
pun yang digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan. Isi yang
keempat iaitu pilihan alternatif dalam ciri-ciri budaya, membawa maksud ada
10

beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari. Ciri yang
terakhir ialah kategori terhad iaitu cara melaksanakan sesuatu itu dibenarkan
tetapi untuk orang-orang tertentu sahaja.
Perkara-perkara ini boleh diambil contoh melalui sikap Uncle Chuan
yang begitu mementingkan budaya dan amalan tradisional sehinggakan
pengebumian rakan baiknya sendiri dia tidak mahu hadiri hanya kerana
mempercayai bahawa ia akan membawa nasib malang sewaktu perkahwinan
anaknya nanti. Tidak dilupakan juga, ciri-ciri budaya yang ditunjukkan iaitu
kononnya membuang nasib malang dengan menukar pakaian baru dan
mandi air daun limau barli. Walaupun perkara ini tidak disukai oleh Uncle
Chuan tapi dia tetap melakukannya.
2.1.7 Kelompok
Huraian

bagi

kelompok

pula

ialah

apabila

dua

individu

atau

lebih,

berinteraksi, saling bergantung dan bergabung untuk mencapai sasaran


tertentu. Hal ini dapat dicontohi melalui jemputan perkahwinan Benji dan Ah
Bee. Ah Bee memaksa Benji untuk menemani ayahnya untuk menghantar
kad

jemputan

perkahwinan

mereka

di

luar

negeri

walaupun

Benji

membantah. Setelah dipujuk barulah Benji setuju atas sebab sayangnya


kepada Ah Bee. Namun di akhir cerita, Ah Bee turut sama untuk
menyampaikan kad kepada rakan-rakan ayahnya.
Begitu juga dengan hasrat mendiang Ah Choo yang ingin membuat
sebuah belon panas daripada plastik-plastik buangan. Walaupun rakanrakannya seakan-akan tidak percaya bahawa benda itu akan terjadi, namun
dengan

sedikit

pengetahuan

dan

kajian

dari

Benji,

mereka

dapat

menghasilkan belon panas tersebut dan Uncle Chuan dapat menaikinya


dengan penuh teruja walaupun di akhirnya belon tersebut tersangkut di
sebuah pokok besar.
2.1.8 Perpaduan dan Integrasi
Sebagai ringkasan dalam isi perpaduan dan integrasi ini ialah ia membantu
dalam menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap

11

anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air. Tanpa amalan budaya dan
kepercayaan dalam sesuatu masyarakat, apa lah ertinya erti sebuah bangsa.
Integrasi pula bermaksud mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik.
Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya-budaya yang terdapat di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang sedikit
sebanyak membantu perpaduan dan integrasi dalam negara. Sebagai contoh,
amalan budaya tradisional yang diamalkan oleh Uncle Chuan dalam isu
perkahwinan Ah Bee. Tidak dikatakan salah jika Uncle Chuan ingin
menghantar sendiri kad-kad jemputan tersebut kepada rakan-rakannya
secara bersemuka serta mengadakan jamuan makan besar-besaran kerana ia
melambangkan sebuah adat dan amalan yang baik untuk dijadikan contoh
kepada generasi akan datang supaya budaya tersebut tidak hilang begitu
sahaja.
Malah dari segi akomodasi pula ialah penyesuaian antara satu etnik
dengan etnik yang lain. Hal ini juga termasuklah unsur akulturasi yang
bermaksud penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza serta unsur asimilasi
iaitu percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik
majoriti. Sebagai contoh, Benji cuba untuk belajar adat dan budaya
masyarakat Cina supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ahli
keluarga Ah Bee. Walaupun pada hakikatnya, budaya masyarakat England
dan masyarakat Cina amat berbeza sekali.
Perkahwinan antara Ah Bee dan Benji pula dapat dilihat dari segi
amalgamasi iaitu budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya
dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. Benji yang
berketurunan dari masyarakat Barat dan Ah Bee dari masyarakat Cina yang
12

sedikit sebanyak mengamalkan budaya ketimuran. Hal ini juga dapat


mewujudkan unsur pluraliti iaitu interaksi antara pelbagai budaya seperti
budaya Barat dan budaya masyarakat Cina.

13

You might also like