You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-40 TAHUN 2015
Tarikh
: 7 Mac 2015
Masa
: 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Hari
: Sabtu
Tempat: Dewan Al Mutaqqin Al Muthaqaffin

AGENDA MESYUARAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ucapan Pengerusi Mesyuarat


Ucapan Penasihat PIBG ( Pengetua )
Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke- 40
Memaklumkan dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2014
Laporan Kewangan PIBG
Pemilihan AJK baru bagi sesi 2015/2016
Ucapan Pengerusi PIBG yang baharu
Perbahasan Cadangan dan Usul PIBG 2015.
Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG

Kehadiran : 134 Orang

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat


1.1 Beliau mengucapkan kesyukuran kerana dapat bersama-sama berkumpul pada
hari ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari ini. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir.
1

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana anak-anak terpilih
memasuki sekolah ini. Beliau memaklumkan bahawa sekolah ini merupakan
sekolah berprestasi tinggi dan pelajar yang cemerlang sahaja akan dipilih.
Oleh itu, beliau berharap ibu bapa dan pelajar bersyukur kerana anak-anak
terpilih memasuki Kolej Islam Sultan Alam Shah.
1.3 Beliau berharap anak ibu bapa yang telah dipilih akan mengambil peluang
untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengambil peluang untuk menjadi
pelajar yang cemerlang.
1.4 Beliau memaklumkan bahawa Kolej Islam Sultan Alam Shah merupakan
antara sekolah yang mendapat keputusan yang terbaik seluruh Malaysia bagi
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Manakala bagi keputusan Sijil
Peperiksaan Malaysia, Kolej Islam Sultan Alam Syah telah mendapat
kedudukan ke 4 dalam kalangan SBP di Malaysia.
1.5 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK 2014 yang dibarisi ibu bapa,
pengetua dan guru-guru kerana telah merancang dan melibatkan diri dalam
aktiviti anjuran PIBG. Beliau menjelaskan aktiviti-aktiviti telah dijalankan
dengan sempurna dan dapat memberi hasil yang baik untuk pelajar.
1.6 Beliau berharap pemilihan AJK PIBG yang baharu dibentuk akan memberi
sumbangan yang lebih baik dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan
anak-anak di Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Tindakan : Makluman
2. Ucapan Penasihat PIBG ( Pengetua )
2.1 Tuan Pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua
yang hadir pada mesyuarat kali ini, walaupun kehadiran ibu bapa sangat
sedikit. Beliau berharap untuk mesyuarat akan datang perlu difikirkan cara
untuk menggalakkan kehadiran ibu bapa.
2.2 Beliau juga bersyukur kerana Mesyuarat Agung Tahunan dapat dilksanakan
pada hari ini. Beliau menerangkan bahawa mesyuarat mesti dilaksanakan
sebelum 31 Mac dan laporan dihantar ke PPD. Sekiranya tidak dihantar pihak
sekolah perlu memberi surat tunjuk sebab kepada PPD.
2.3 Beliau menjelaskan pelbagai program telah dilaksanakan pada tahun lepas dan
akan diteruskan pada tahun ini. Oleh itu, beliau berharap pihak PIBG dan ibu
bapa memberi sokongan termasuklah sokongan kewangan untuk menjayakan
program yang akan dilaksanakan.
2.4 Beliau memaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
di Kolej Islam Sultan Alam Shah sentiasa unggul di peringkat kebangsaan
walaupun kriteria pelajar yang dipilih ke tingkatan 6 sama dengan sekolah
harian. Menurut beliau perbezaannya hanyalah pelajar dipilih oleh Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.5 Beliau turut menjelaskan bahawa sekolah ini sentiasa mendapat keputusan
membanggakan dalam peperiksaan STAM, walaupun bilangan pelajarnya
sedikit. Sebahagian besar pelajar STAM mendapat skor Mumtaz. Sekolah ini
juga masih dalam kalangan sekolah terbaik STAM di Malaysia.
2

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

2.6 Menurut beliau, keputusan SPM yang baru-baru ini diumumkan mengalami
kejatuhan di seluruh negara. Sekolah Berasrama Penuh juga mengalami
kejatuhan kecuali beberapa buah sekolah. Gred purata sekolah juga mengalami
kejatuhan, tetapi kedudukan masih ke 4 SBP dan dalam kalangan 10 terbaik
dalam senarai MRSM. Menurutnya, sekolah masih mengekalkan sifar E dan
pelajar lulus 100 peratus dalam semua subjek.
2.7 Beliau menyatakan bahawa ibu bapa juga boleh membantu sekolah dalam
meningkatkan kecemerlangan sekolah. Ibu bapa yang mempunyai kepakaran
dalam bidang tertentu boleh menyumbang tenaga pada hujung minggu
persekolahan.
2.8 Beliau turut memaklumkan peperiksaan pada tahun ini dan akan datang
menggunakan soalan KBAT. Oleh itu, guru-guru perlu mengubah cara atau
teknik pengajaran kepada pemikiran aras tinggi.
2.9 Beliau juga turut memaklumkan 42 pelajar akan dipilih untuk menduduki
peperiksaan PISA. Bentuk soalan KBAT yang akan diuji dalam peperiksaan
ini. Sasaran KPM dalam peperiksaan PISA ialah 500 mata, supaya ranking
Malaysia dapat ditingkatkan.
2.10
Beliau menjelaskan bahawa peperiksaan SPM 2015, Kolej Islam
Sultan Alam Shah menyasarkan gred purata keseluruhan 1.27. Ibu bapa dapat
membantu sekolah dengan mengingatkan pelajar sasaran yang perlu dicapai
pelajar. Manakala STPM, sekolah menyasarkan gred purata keseluruhan 3.5.
2.11
Beliau juga memaklumkan pada waktu petang pelajar diwajibkan hadir
kelas tambahan wajib atau KTW. Kelas tersebut akan dibimbing oleh guru
sekolah. Kelas ini juga wajib untuk pelajar tingkatan 4. Beliau mengucap
berbanyak-banyak terima kasih kepada komitmen guru dan berharap pihak
PIBG dapat memberikan sesuatu ganjaran untuk mengenang jasa guru-guru.
2.12Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK yang ada dan berharap AJK
yang akan dilantik dapat menyumbang kearah kecemerlangan Kolej Islam
Sultan Alam Shah.
Tindakan : Makluman

3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali


ke- 39
3.1 Pengerusi YDP PIBG iaitu En. Shamsul Azham bin Mohd Isa membentangkan
dan mengesahkan minit mesyuarat tahun lepas.
3.2 Beliau memaklumkan minit mesyuarat dapat diihat pada muka surat 9.
Menurut beliau lagi, minit mesyuarat tidak perlu disahkan ( AJM )
Tindakan : Makluman
3

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

4. Memaklumkan dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2014


4.1 Encik Mohd Noor bin Abd Rahman selaku Setiausaha Kehormat
membentangkan Laporan aktiviti 2014 ( rujuk muka surat 27 - 29 ).
4.2 Puan Haliza Hanum binti Mohideen mencadangkan pengesahan laporan
aktiviti dijalankan serta disokong oleh Mohd Ramli Bolkiah.
Tindakan : Makluman
5. Laporan Kewangan PIBG
5.1 Pengerusi YDP PIBG meminta ibu bapa menyemak kembali laporan
kewangan PIBG pada muka surat 49 - 57.
5.2 Pengerusi sementara PIBG meminta agar Laporan Kewangan Bendahari dan
sumbangan PIBG disahkan.
5.3 En. Sahar bin Hj Jaafar telah mencadangkan agar Laporan Kewangan
Bendahari disahkan dan telah disokong En Rosli.
5.4 En Rosidin bin Kassim membangkitkan isu jumlah keseluruhan sumbangan
lain-lain berbeza muka surat 49 dan 51. Perkara tersebut akan disemak balik
semula. Pengerusi majlis memberitahu bendahari tidak dapat hadir kerana ada
kematian.
5.5 Pengetua memaklumkan yuran PIBG setakat ini tidak ada masalah walaupun
sumbangan PIBG tinggi. Beliau juga berharap agar ibu bapa teliti betul-betul
untuk memudahkan pembayaran pada masa akan datang. Beliau juga
memberitahu terdapat ahli PIBG tidak mampu membayar yuran akan
ditanggung separuh daripada yuran tersebut.
5.6 En. Ahmad Rafin mencadangkan Laporan Kewangan PIBG disahkan
termasuklah ganjaran untuk guru dan berpendapat program High Flyer perlu
dibuka kepada semua pelajar. Pengetua memberitahu setiap murid dibahagibahagikan mengikut program yang bersesuai dengan kemampuan pelajar
untuk mengelakkan pelajar terbeban sekiranya semua aktiviti disertai. En
Sahar bin Haji Jaafar menyokong laporan kewangan disahkan.
5.7 Pengetua menjelaskan bahawa sebahagian aktiviti yang dijalankan pihak
sekolah merupakan anjuran pihak luar. Kos aktiviti tersebut ditanggung oleh
SBP dan selebihnya sumbangan PIBG. Program High Flyer hanya dikhaskan
untuk pelajar yang diramalkan mendapat score penuh sahaja. Manakala pelajar
lain diserapkan ke dalam program lain yang sesuai.
Cadangan Kutipan Sumbangan PIBG Tahun 2015
PENGGAL 1
PERKARA
SUM. AHLI
KOKURIKULUM

TING
4
75.00
20.00

LELAKI
TING TG 6A & 6B
5
75.00 75.00
20.00 20.00
4

PEREMPUAN
TING TING 5
TG 6A
4
& 6B
75.00 75.00
75.00
20.00 20.00
20.00

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

UNIT
KECEMERLANGA
N
AKADEMIK
( UKA)
UNIT HAL EHWAL
MURID ( HEM )
KELAB
KOMPUTER
SANITARI
JUMLAH

PERKARA
SUM. AHLI
KOKURIKULUM
UNIT
KECEMERLANGA
N
AKADEMIK
( UKA)
UNIT HAL EHWAL
MURID ( HEM )
KELAB
KOMPUTER
SANITARI
JUMLAH

120.00

300.00 120.00 (A)


60.00 (B)

120.0
0

300.00

20.00

20.00

20.00

20.00

20.00

120.00
(A)
60.00
(B)
20.00

40.00

40.00

30.00

40.00

40.00

30.00

275.00

455.00 265.00 (A)


205.00 (B)

10.00
285.0
0

10.00
465.00

10.00
275.00
(A)
215.00
(B)

PENGGAL 1
LELAKI
TING 4 TING TG 6A & 6B TIN
5
G4
-

PEREMPUAN
TING 5
TG 6A &
6B
-

40.00

40.00

40.00

10.00
50.00

10.00
10.00

10.00
10.00

Bayaran Tambahan :
1) Bayaran Dobi RM 80.00 seorang
2) Bayaran Sijil Khas Kolej ( Jika ambil sahaja ) :
a. Tingkatan 4 - RM 30 seorang
b. Tingkatan 5 - RM 60 seorang
c.
5.8 Pengetua juga memaklumkan bahawa kelas petang dijalankan oleh guru.
Terdapat juga guru yang mengadakan kelas pada malam hari. Prep malam
bermula 8.30 malam hingga 10.30 atau 11.00 malam. Beliau berharap pihak
ibu bapa dapat menyediakan makanan tambahan seperti vitamin bagi pelajar
untuk mengelakkan pelajar mengantuk dalam kelas.
Tindakan : Makluman / AJK PIBG
5

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

6. Pemilihan AJK baru bagi sesi 2015/2016


6.1 Pemilihan pengerusi sementara PIBG iaitu Cik Noorhilma binti Yem bagi sesi
pemilihan dan pelantikan AJK baru sesi 2015/2016.
6.2 En Shamsul Azham bin Mohd Isa mencadangkan agar En Sahar bin Haji
Jaafar dilantik sebagai YDP PIBG yang baharu. Cadangan disokong oleh En
Farid Md Said.
6.3 Sidang mesyuarat sebulat suara melantik En Sahar Bin Haji Jaafar sebagai
YDP PIBG KISAS bagi tahun 2015.
6.4 Sidang mesyuarat juga bersetuju sebulat suara melantik AJK PIBG KISAS
sesi 2015 seperti dibawah :
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG
SESI 2014 / 2015
1. YANG DIPERTUA PIBG
: EN. SAHAR BIN HJ JAAFAR
2. TIMBALAN YANG DIPERTUA PIBG: EN. ZAMRI BIN JEMAIN
3. SETIAUSAHA KEHORMAT
: EN. MOHD NOOR BIN
ABDUL RAHMAN
4. Bendahari Kehormat
: PN. SITI NOR SUHAIDAH
BINTI AZMI
5. Ahli Jawatankuasa
1. Hj Muhamad Farid bin Samaes
2. Mohamad Ramli bin Mokiat
3. Ahmad Refaei bin Saibon
4. Salmah bin Salman
5. Noriwan binti Merican
6. Mohd Nordin bin Mohd Tohir
7. Pn. Farhanah binti Abdullah ( Guru )
8. Pn. Hjh Zalina binti Mohamed ( Guru )
8. Pemeriksa Kira-kira
1. En Shamsul Azham bin Mohd Isa
2. Pn. Noraida Salmiah binti Mohamed (Guru)
7. Ucapan Pengerusi PIBG yang baharu
7.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi
kepercayaan kepadanya. Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK yang
baharu dan diharapkan dapat bekerjasama dengan baik.
Tindakan : Makluman
8. Perbahasan Cadangan dan Usul PIBG 2015.
8.1 Pn Nik Suhaila binti Zakaria mencadangkan waktu persekolahan diubahsuai
agar solat zohor dapat dilakukan di awal waktu. Penjualan buku rujukan dan
6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

buku latihan dijual di koperasi sekolah dibawah penyeliaan guru yang


mengajar subjek yang berkenaan.
8.1.1 Pengetua menjelaskan Akta Pendidikan mewajibkan waktu pengajaran dan
pembelajaran 40 minit setiap waktu dan 14 subjek sehari atau 13 waktu. Di
Kolej Islam Alam Shah waktu dikurangkan 5 minit. Penggantian 5 minit itu
akan dilakukan pada waktu Kelas Tambahan Wajib ( KTW ). Waktu
persekolahan tidak boleh diawalkan kerana waktu solat Zuhur berubah-ubah
dan ini melibatkan masa.
8.1.2 Pn Kamisah bt Arbain menjelaskan isu penjualan buku rujukan di koperasi
tidak dapat dilakukan kerana guru mata pelajaran lebih mengetahui keperluan
pelajar dalam kelas masing-masing. Beliau juga memaklumkan pelajarpelajar yang bertugas di koperasi hanya pada waktu rehat sahaja.
8.2 En Mohd Khalid bin Mustafa mengemukakan usul memohon pihak sekolah
menyediakan bas ke tempat outing dari satu trip bagi keselesaan pelajar
kerana keadaan bas yang terlalu padat.
8.2.1 Pengetua menjelaskan keperluan perkhidmatan bas bukan tanggungjawab
sekolah. Pihak sekolah menyediakan bas sebagai insiatif sekolah untuk
kemudahan pelajar. Beliau menjelaskan setiap hari Sabtu pelajar akan dibawa
ke tempat yang berbeza-beza. Sekiranya pihak PIBG bersetuju, pihak sekolah
boleh menyewa bas untuk keperluan pelajar.
8.2.2 Pengerusi PIBG menjelaskan perkara ini akan dibincang dalam mesyuarat
akan datang dan sekiranya ada keperluan mendesak akan dipertimbangkan.
8.3 En Omarruddin bin Ibrahim mencadangkan disediakan kemudahan tandas di
kawasan asrama putera khusus untuk ibu bapa / penjaga yang berkunjung
melawat anak - anak di asrama.
8.3.Pengetua berterima kasih kepada pencadang usul dan ini merupakan usul
yang baik. Beliau menjelaskan cadangan ini dapat dilaksanakan sekiranya
pihak PIBG menghulurkan bantuan kewangan.
8.4 Pn Maslina bt Jasman guru SBPT mencadangkan denda kerosakan buku teks
dinaikkan. Pada masa sekarang denda minimum RM 1.00.
8.4.1Pengetua bersetuju denda dinaikkan maksimun RM 5.00 Jumlah dendaan
tersebut bergantung kepada penilaian Pengetua.
8.5 En Azri bin Razak mencadangkan tarikh mesyuarat PIBG pada masa akan
datang disesuaikan dengan jadual pelajar balik bermalam.

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 40 TAHUN 2015

8.5.1 Pengetua menjelaskan pihak sekolah pernah meminda tarikh mengikut


tarikh pelajar balik. Walau bagaimanapun jumlah kehadiran ibu bapa masih
kurang. Keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai faktor. Perkara ini akan
dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG dan pihak sekolah.
8.6 Pn Nazrah membangkitkan sijil penyertaan dalam sesetengah program tidak
diberikan kepada pelajar.
8.6.1 Pengetua menjelaskan pelajar yang hadir sesuatu program akan diberikan
sijil penyertaan. Berkaitan semua pelajar perlu diberikan sijil penyertaan
akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
8.7 Puan Shahrom Md Zin mengucapkan tahniah kepada pelajar SPM. Beliau
meminta gambaran penilaian kemasukan ke tingkatan 4.
8.7.1 Pengetua menjelaskan penilaian tertakluk dalam kawalan SBP.
9. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG
9.1 Pengerusi PIBG menjelaskan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan
boleh difikirkan bersama demi kebaikan pelajar.
9.2 Pengerusi PIBG memaklumkan pihak PIBG hanya membantu sekolah dan
berasa yakin dengan kemampuan guru yang mempunyai kepakaran.
9.3 Pengetua mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK baharu yang
dilantik. Beliau memaklumkan bermula 27 Mac surau aspuri akan digunakan
untuk solat jumaat. Masjid Diraja Sultan Suleiman akan dibaik pulih dan
mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2015 ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari
dengan Tasbih Kaffarah dan Surah AlAsr.

Disediakan oleh,
.................................................
( MOHD FAIZAL BIN ISMAIL )
Pencatat Sidang 1

.............................................................
( PN HANIZA BINTI ZAINOL ABIDIN )
Pencatat Sidang 2

Diperakui oleh,
....................................................

You might also like