You are on page 1of 27

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

EKONOMI RUMAH TANGGA 77

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)


BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH
TINGKATAN 1

LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Cetakan 2011

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PERNYATAAN STANDARD

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, serta Perniagaan
dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan
keusahawanan dalam usaha membangunkan modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran
formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang
perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4

Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5

Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.

OM6

Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7

Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri
dan antarabangsa.

OM8

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM9

Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

OM10

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM11

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia 2003)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga, Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. 2005)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor.

Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PERNYATAAN STANDARD
BAND

PERNYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi
rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,


ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi
rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi
rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan

2
(Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta
perniagaan dan keusahawanan

1
(Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan
keusahawanan

STANDARD PRESTASI
KHB EKONOMI RUMAH TANGGA
TINGKATAN 1

BAND 1
9

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND
1
Tahu

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengetahui tentang reka
bentuk dan teknologi,
ekonomi rumah tangga
serta perniagaan dan
keusahawanan.

DESCRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B1D1
Mengetahui tentang pengurusan
organisasi bengkel.

B1D1E1
Menyatakan tiga jawatan dalam struktur
organisasi bengkel.

B1D2
Mengetahui tentang reka bentuk
dan teknologi serta proses
penghasilan projek.

B1D2E1
Menyatakan lima faktor utama reka bentuk.
B1D2E2
Menyatakan tujuh alatan tangan termasuk
mesin.
B1D2E3
Menyatakan pernyataan masalah yang hendak
diselesaikan.

B1D3
Mengetahui tentang asas elektrik.

B1D3E1
Menyatakan tiga sumber elektrik dan tiga jenis
wayar.

B1D4
Mengetahui tentang kerja paip.

B1D4E1
Menyatakan dua sistem bekalan air di rumah
dan tiga jenis paip.

10

B1D5
Mengetahui tentang mesin jahit.

B1D5E1
Menyatakan tiga jenis mesin jahit.

B1D6
Mengetahui tentang kaedah
pembiakan tanaman hiasan.

B1D6E1
Menyatakan dua jenis keratan batang.

B1D7
Mengetahui tentang pakaian.

B1D7E1
Menyatakan dua jenis fabrik asli.

B1D8
Mengetahui tentang jahitan.

B1D8E1
Menyatakan dua jenis kelim.

B1D9
Mengetahui tentang perniagaan.

B1D9E1
Menyatakan empat alat pembayaran masa kini.

Menyatakan secara lisan atau bertulis

11

BAND 2

12

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND
2
Tahu dan Faham

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengetahui dan memahami
tentang reka bentuk dan
teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan
dan keusahawanan.

DESCRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B2D1
Mengetahui dan memahami
tentang keselamatan di bengkel.

B2D1E1
Menerangkan amalan 4M.

B2D2
Mengetahui dan memahami
tentang proses penghasilan projek.

B2D2E1
Menerangkan proses kemasan menggunakan
syelek.

B2D3
Mengetahui dan memahami
tentang asas elektrik.

B2D3E1
Menerangkan fungsi tiga alatan tangan
termasuk pena ujian.

B2D4
Mengetahui dan memahami
tentang kerja paip.

B2D4E1
Menerangkan fungsi tiga paip yang
disambung ke tangki simpanan air.
B2D4E2
Menerangkan fungsi enam jenis penyambung
paip.

B2D5
Mengetahui dan memahami
tentang mesin jahit.

B2D5E1
Menerangkan fungsi enam bahagian mesin
jahit.

13

B2D6
Mengetahui dan memahami
tentang medium semaian tanaman
hiasan.

B2D6E1
Menerangkan nisbah campuran medium
semaian.

B2D7
Mengetahui dan memahami
tentang pakaian.

B2D7E1
Menerangkan dua ciri fabrik asli.

B2D8
Mengetahui dan memahami
tentang jahitan.

B2D8E1
Menerangkan langkah menjahit kelim belah
kangkung.
B2D8E2
Menerangkan langkah menjahit kelepet.
B2D8E3
Menerangkan langkah memendek pola skirt
berkasing.

B2D9
Mengetahui dan memahami
tentang perniagaan.

B2D9E1
Menerangkan perniagaan runcit, borong dan
antarabangsa.

Menerangkan secara lisan atau bertulis

14

BAND 3

15

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND
3
Tahu, Faham dan Boleh
Buat

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
ekonomi rumah tangga
serta perniagaan dan
keusahawanan.

DESCRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B3D1
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang reka
bentuk projek.

B3D1E1
Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
pernyataan masalah.

B3D2
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang asas
elektrik.

B3D2E1
Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B3D3
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang kerja
penyenggaraan perpaipan.

B3D3E1
Membuat penyenggaraan perangkap P.

B3D4
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang mesin
jahit.

B3D4E1
Menjahit kertas tanpa benang pada garisan
lurus, berpenjuru dan melengkung.

B3D5
Mengaplikasikan pengetahuan

B3D5E1
Menyemai keratan batang dalam medium

16

dan kefahaman tentang


penyemaian tanaman hiasan.
B3D6
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang pemakanan
dan pengurusan sajian.

semaian.
B3D6E1
Menyediakan rancangan kerja untuk
sarapan.

B3D7
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang bater.

B3D7E1
Memasak sejenis makanan daripada bater
cair.

B3D8
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang kuih
tempatan.

B3D8E1
Memasak sejenis kuih tempatan.

B3D9
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang pakaian.

B3D9E1
Memilih stail dan corak pakaian yang sesuai
dengan bentuk badan.

B3D10
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang jahitan.

B3D10E1
Menjahit contoh jahitan kelim belah
kangkung.
B3D10E2
Menjahit contoh jahitan kelepet.
B3D10E3
Memendek pola skirt berkasing.

17

BAND 4

18

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND
4
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab

* Peraturan
* Prosedur
* Urutan

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
ekonomi rumah tangga
serta perniagaan dan
keusahawanan secara
sistematik

DESCRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B4D1
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang reka
bentuk projek secara sistematik.

B4D1E1
Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
pernyataan masalah mengikut *peraturan.

B4D2
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang asas
elektrik secara sistematik.

B4D2E1
Membuat pendawaian plag 3 pin 13A
mengikut *prosedur.

B4D3
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang kerja
penyenggaraan perpaipan secara
sistematik.

B4D3E1
Membuat penyenggaraan perangkap P
mengikut *urutan.

B4D4
B4D4E1
Mengaplikasi pengetahuan dan
Memasak sejenis kuih tempatan mengikut
kefahaman tentang kuih tempatan * prosedur.
secara sistematik.
: Lakaran mesti menggunakan pensel, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik
: Mengikut langkah kerja yang betul
: Susunan yang teratur

19

BAND 5

20

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

BAND
5
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab
Terpuji

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
ekonomi rumah tangga
serta perniagaan dan
keusahawanan.
secara berinisiatif.

DESCRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B5D1
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang reka
bentuk projek secara berinisiatif.

B5D1E1
Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
pernyataan masalah dengan *daya usaha.

B5D2
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang kuih tempatan
secara berinisiatif.

B5D2E1
Memasak sejenis kuih tempatan
dengan *daya usaha.

*daya usaha : lakaran kemas dan bersih


: rasa ,tekstur, warna dan hiasan

21

BAND 6

22

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND
6
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab
Mithali

STANDARD
Penerangan generik tentang
tahap pertumbuhan
pembelajaran
Mengaplikasikan
pengetahuan dan
kefahaman tentang reka
bentuk dan teknologi,
ekonomi rumah tangga
serta perniagaan dan
keusahawanan
secara kreatif dan inovatif.

DESCRIPTOR
APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE
BAGAIMANA murid persembahkan APA
murid tahu dan boleh buat

Murid boleh:

Murid boleh:

B6D1
Mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman tentang reka
bentuk projek secara kreatif dan
inovatif.

B6D1E1
Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
pernyataan masalah dan melahirkan idea
baharu dengan nilai tambah.

B6D2
Mengaplikasi pengetahuan dan
kefahaman tentang kuih tempatan
secara kreatif dan inovatif.

B6D2E1
Memasak sejenis kuih tempatan dan
melahirkan idea baharu dengan nilai tambah

23

Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web http://www.moe.gov.my/lp
e-mel weblpm@moe.gov.my

24

You might also like