You are on page 1of 4

Asas Memanaskan dan Menyejukkan badan

Memanaskan Badan, Kelonggaran dan Regangan


Aktiviti ini akan membentuk kesediaan mental dan fizikal bagi menghadapi satu
gerak kerja aktif yang akan dilakukan nanti. Tindakan ini akan menyediakan tubuh
badan untuk bersenam tanpa menghadapi ancaman bahaya akibat kecederaan dan
kerengsaan dengan melenturkan otot, tendon dan ligamen yang kejap serta
mampat serta meningkatkan kelenturan atau kelembutan.

Faedah sesi memanaskan badan seperti berikut:

a) Meningkatkan suhu badan:


Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan
menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari
mendapat kecederaan otot.

b) Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot:


Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen
dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

c) Meningkatkan pengaliran darah ke jantung

d) Menambahbaiki proses pengecutan otot:


Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan
yang lebih lasak.

e) Merangsang transmisi atau pengaliran saraf:


Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu
pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

f) Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal:


Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman
seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi
gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

g) Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan:


Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan
darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih
mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.

Antara contoh aktiviti ketika memanaskan dan menyejukkan badan:

a) Senaman Ringan
Berlari-lari anak, berjalan setempat

b) Senaman Kelonggaran
Ulangan: 5-10 kali
Pusingkan bahu dan pergelangan tangan/ kaki

Senaman Kelonggaran

c) Senaman Regangan
Jangka masa: 8 hingga 10 saat setiap regangan
Regangan sisi, duduk dan jangkau
Senaman regangan

You might also like