You are on page 1of 3

Konsep Perlembagaan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perlembagaan bermaksud undang-undang


atau peraturan negara yang menjadi dasar pemerintahan negara. Secara umumnya,
perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama
ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian
kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasakuasa tersebut dilaksanakan.
Sebagai contohnya, negara Malaysia menjalankan dasar pemerintahan demokrasi
berperlembagaan dan Yang Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi di
Malaysia. Di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat 3 badan tertinggi
iaitu badan perundangan (legislatif), badan kehakiman (judisiari) dan badan
pelaksanaan (eksekutif). Ketiga-tiga badan tertinggi beroperasi mengikut fungsi
masing-masing berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tanpa campur
tangan ke atas pentadbiran badan lain.
Bagi Malaysia yang merupakan sesebuah negara moden yang berdaulat,
perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi dan tiada apa-apa
undang-undang yang dapat mengatasi ketinggiannya. Keluhuran Perlembagaan
adalah wajib untuk dipatuhi oleh setip orang termasuk pemerintah tertinggi negara,
Yang Dipertuan Agong. Perlembagaan adalah undang-undang asas pemerintahan
negara. Selain itu, Perlembagaan turut menjadi asas dan panduan bagi membentuk
undang-undang sama ada pihak kerajaan ataupun rakyat di Parlimen sehingga ke
Pihak Berkuasa Tempatan.
Secara umumnya, perlembagaan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu perlembagaan
bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis (seperti Perlembagaan Malaysia)
ialah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.
Manakala perlembagaan yang tidak bertulis (seperti di Britain) pula merangkumi
semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti
undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.1

1 Abdul Aziz Bari (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Balakong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Arah Publications.

Perlembagaan yang utuh dan mempunyai keluhuran adalah keperluan yang mustahak
untuk setiap negara bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan
negara yang cekap lagi adil. Keperluan sesuatu perlembagaan menjadi lebih ketara di
Malaysia atas sebab masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia seperti melayu,
cina, india, bumiputera dan bangsa-bangsa yang lain. Perlembagaan diperlukan untuk
mewujudkan satu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan
perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan juga diperlukan bagi
melindungi kepentingan dan mengelakkan hak semua kumpulan etnik tidak terhakis.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara
kita. Badan perundangan (legislatif), badan kehakiman (judisiari) dan badan
pelaksanaan (eksekutif) memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan
Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkas,
Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman,
kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
orang melayu, bumiputera Sabah & Sarawak dan lain-lain. Oleh itu, perlembagaan
mengandungi satu set peratran tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab
pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti
lain serta antara autoriti dengan rakyat awam (Nazaruddin Mohd. Jali et al. 2001).
Di Malaysia, setiap institusi yang bertapak di negara kita tertakluk kepada kuasa
yang diberikan oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak terdapat institusi yang
mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan
kerajaan (perundangan, kehakiman dan eksekutif) mahupun Yang di-Pertuan Agong
(Ketua Negara) juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia (Mohaned Suffian
Hashim, 1987).
Sebagai contoh, Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara
yang berada di luar bidang kuasanya. Sebagai contohnya, badan perundangan hanya
boleh membuat dasar-dasar pentadbiran tetapi pelaksanaan dasar-dasar tersebut
hanya boleh dilakukan oleh badan pelaksanaan, badan kehakiman tidak membuat dan
melaksanakan sebarang dasar dan hanya berkuasa untuk membicarakan kesahihan
dan kesesuaian sesebuah dasar. Begitu juga kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan hendaklah dijalankan berlandaskan kepada
tahap dan sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.

Selain itu, undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh
diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana undang-undang itu bercanggah. Hal ini
kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan tetapi berlawanan dengan perlembagaan ini terbatal
setakat mana yang berlawanan itu. Hal ini dikatakan keluhuran perlembagaan yang
tertera di Rukun Negara Malaysia.
Keluhuran Perlembagaan menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara yang merupakan
sumber perundangan yang tertinggi. Setiap warga negara Malaysia termasuk rakyat
jelata hingga kepada Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menghormati, menghargai,
serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan
semua kaum dan semua pihak di negara ini semasa pemimpin-pemimpin kita
berusaha untuk mencapai kemerdekaan dari tangan British pada masa dahulu. Oleh
itu, Perlembagaan merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan
sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.2

2 Dicapai di laman web


http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara#Keluhuran_Perlembagaan ,pada April
7, 2013.

You might also like