You are on page 1of 3

Pada 15 Oktober yang lepas, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Raja Melewar, dan juga IPG

Kampus Tun Abdul Razak Samarahan Sarawak telah diberikan gelaran IPG KEBITARAAN
SUKAN. Majlis perasmian yang telah diadakan di IPG Kampus Raja Melewar Negeri
Sembilan pada 15-16 Oktober adalah satu tarikh bersejarah bagi ketiga-tiga IPG ini apabila
Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah
merasmikan majlis yang gilang gemilang tersebut. Sempena dengan pelancaran ini, ketigatiga buah IPG ini telah mengadakan beberapa aktiviti seperti Karnival Sukan dan
sebagainya di IPG masing-masing dengan melibatkan semua IPG di Malaysia. Beberapa
sukan telah dipertandingkan semasa Karnival ini termasuklah Bola Sepak, Tenis, Bola Jaring
dan banyak lagi. Semasa ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Muhyidin Yasin,
beliau menyatakan bahawa semua pelajar Opsyen Pendidikan Jasmani bagi ketiga-tiga
buah IPG ini mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 sijil kepegawaian dan pengadilan
yang diiktiraf kebangsaan.

You might also like