You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM

IMAN, KUFUR DAN IMPLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Tempat
Kehadiran
Jam
Tarikh

: Musolla Ar Raudhah Sk
Ledang
: 74 Orang
: 11.00
Pagi-1.10
Tengahari
: 26 Ogos 2014

Pada tarikh 26 Ogos 2014, kami telah menjalankan program yang


ditugaskan dengan jayanya. Tajuk program kami ialah, Iman, Kufur dan
Implikasinya Dalam Kehidupan Muslim. Sasaran utama kami pada program
ini ialah murid tahap 2. Memandangkan usia mereka yang sedang meningkat
remaja, maka bertepatan kami memilih mereka sebagai sasaran utama
program.

Alhamdulillah

dengan

kerjasama

pihak

pentadbir

Sekolah

Kebangsaan Ledang iaitu guru besar, Puan Noraini Hayati binti Ahmad kami
dibenarkan berkolaborasi menjalankan program. Program ini juga mendapat
sokongan daripada Panitia Pendidikan Islam SK Ledang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid bahawa
pentingnya akidah dalam kehidupan manusia sebagai muslim yang mukmin.
Berbeza pendapat dan pandangan adalah lumrah bagi manusia, berbeza dalam pekara
yang berkaitan dengan fekah diharuskan dalan Islam namun berbeza fahaman aqidah
menyebabkan munculnya beberapa aliran Mazhab dalam Ilmu Kalam,memahami
Islam,Iman yang sebenar, menjaga dan memantapkanya serta menganalisis perkara
yang merosakkan dan membatalkan adalah tanggungjawab setiap muslim. Oleh itu,
sebagai daie, kami berperanan untuk menyampaikan asas ini kepada mereka.
Kami mendahului program dengan pengenalan yang dipengerusikan oleh Cik
Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali. Menggunakan teknik fokus dalam program adalah salah

satu elemen daya tarikan murid kepada penyampaian yang hendak disampaikan.
Aturcara program berjalan sepertimana yang dirancang :
Aturcara pelaksanaan:
11.00 pagi : Murid berkumpul di tempat taklimat
11.10 pagi : Ucapan aluan pengenalan diri.
11.20 pagi: Slot

Pertama- Pengenalan Akidah

( En. Abdul Hanan)


12.00 tengahari: Slot kedua- Slot Semangat ( Cik
Nurul Ain Anisha dan Cik Nurul Iklimah)
12.20 tengahari: Slot ketiga-Kesan Iman dan IsuIsunya. ( En. Mohammad Alif Haiqal dan En.
Mohamad Arif bin Masri)
1.00 tengahari: Penutup
1.10 tengahari: Bersurai

Diantara isi-isi yang disampaika ialah, pengenalan akidah islamiah, kesan


iman dan isu-isu akidah yang sedang hangat disekeliling kita. Pendekatan
yang dijalankan ialah nasyid dan juga aktiviti ice-breaking murid-murid
bersama kami.
Selain itu, pengukuhan dan penilaian juga dijalankan dengan
menguji kefahaman murid tentang penyampaian-penyampaian isi yang
disampaikan oleh Encik Abdul Hanan, Encik Mohammad Alif Haiqal dan Encik
Mohd Arif Masri. Soalan-soalan diutarakan dan pemberian kupon sahsiah baik
kepada murid dijalankan bagi yang menjawab dengan betul.Respon yang
baik daripada murid kami perolehi dengan jayanya sepanjang program
berlangsung.

Tambahan lagi, sebagai bakal guru Pendidikan Islam yang bakal


berjuang di medan dakwah satu hari nanti, kami sangat berpuashati kerana
diberi peluang menjalankan tugasan seperti ini. Ini kerana, program seperti
ini banyak membantu kami dalam mengorganisasi dan menguruskan
persediaan menghadapi penerimaan murid. Ini kerana, mereka merupakan
klien yang kami tidak kenali dan dari situ kami belajar bagaimana untuk
mengadaptasikan suasana baru dalam dakwah.
Program

tamat

pada

jam

1.00

tenghari

dan

digulung

kesimpulannya oleh Cik Siti Nurul Iklimah binti Sazali. Murid-murid bersurai
pada jam 1.10 tengahari.
Alhamdulillah, program kami berjalan dengan jayanya. Kami berterima kasih
kepada pihak sekolah

Yang menjalankan tugas,

__________________
(Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali)
Setiausaha,
Program Iman, Kufur dan Implikasinya.

You might also like