You are on page 1of 36

TAJUK:PERBANDINGAN ADAT MEMINANG ANTARA BANGSA MELAYU

DAN BANGSA INDIA DI KAWASAN PERUMAHAN BANDAR PUTERI


JAYA,SUNGAI PETANI,KEDAH.

ABSTRAK
Tujuan kajian dijalankan untuk mengambil tahu tentang perbandingan adat meminang
antara bangsa Melayu dan bangsa India di kawasan perumahan Bandar Puteri
Jaya.Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian iaitu mengenal
pasti ciri-ciri adat meminang dan juga mengenal pasti perbandingan adat meminang
bagi kedua-dua bangsa.Kajian ini dilakukan di Bandar Puteri Jaya,Sungai
Petani.Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik,
pemerhatian, temu bual dan rujukan.Sampel kajian seramai 30 orang responden iaitu
di sekitar kawasan perumahan di Bandar Puteri Jaya.

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pendtadbir sekolah
SMK Dato Bijaya Setia khususnya kepada Pengetua iaitu Encik Krishnamurthy A/L
Suranna dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Encik Steven Anthony Xavier
kerana memberi kebenaran dan kelulusan untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan jutaan
penghargaan kepada Cikgu Pn.Sharonnizam bt Yaacob selaku guru Pengajian Am
saya.Beliau telah meluangkan banyak masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar
dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.
Penghargaan ini turut ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tercinta,iaitu
Encik Mohan A/L Bala dan Puan Jayanthee A/P Pakerisamy kerana memberi
sokongan dalam bentuk moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa saya
menjalankan kajian ini.
Seterusnya,penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu
Punethan,Mugguntan ,dan Ruban Rau serta semua rakan sekelas lain atas kesudian
membantu dan segala nasihat yang diberikan.Tidak lupa juga,terima kasih kepada
semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal-selidik dan
ditemu bual.
Akhir kata,seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus

PENGENALAN
Secara umumnya,sebelum perkhawinan berlangsung dalam sesuatu bangsa,
terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui. Di antaranya, meminang merupakan
salah satu langkah dalam peringkat pertama yang diamalkan oleh bangsa Melayu dan
India.
Menurut Wikipedia adat meminang bagi bangsa Melayu ialah sebegini .Ibu
bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat
untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa
anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan
atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka
(walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan
telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau
paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan
saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan
keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syaratsyarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan
sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi
orang-orang lelaki.
Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat
menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya
jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan.
Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya
bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda
itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan,
seperti kain, sarung atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.

Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua


keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain
dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan.

MEMINANG DI SISI SYARAK*


Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara
langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu
cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

Menurut Wikipedia adat meminang bagi bangsa India pula ialah


meminang(parisam) terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam(meminang dijalankan pada hari perkhawinan.). Parisam biasa adalah
pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, yang
sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat
India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam
akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami
sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal
pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada
masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam
dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai
puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang
dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum
sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih


dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang
mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta
restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh
melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh
mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali
sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad
jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat
ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang
sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka
yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

Mengenal pasti ciri-ciri adat meminang antara bangsa Melayu dan bangsa

India di kawasan sekitar perumahan Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani.


Mengenal pasti perbandingan(persamaan dan perbezaan) adat meminang
antara bangsa Melayu dan bangsa India di Bandar Puteri Jaya.

LOKASI KAJIAN
PETA:NEGERI KEDAH

Sumber: webjabatan.kedah.gov.my

Nama negeri Kedah berasal daripada perkataan Khedah bermaksud perangkap


gajah.Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam.Kadaram bermaksud kuali
besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam.Selain itu,negeri Kedah juga dikenali
sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri yang
membentuk Peseketuan Tanah Melayu(Malaysia).Kedah terletak di utara
Semananjung Malaysia dan memiliki 9425km.Tanah besar mempunyai rupa bumi
yang agak rata,yang digunakan untuk menanam padi.Di bahagian utara,Kedah
bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi
Songkhla dan Yala di wilayah Thailand.Ia juga bersempadanan dengan negeri Perak di
selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.Kawasan kajian saya ialah salah sebuah
daerah di negeri Kedah iaitu daerah Kuala Muda.

PETA 2:PETA DAERAH KUALA MUDA

SUMBER:PEJABAT DAERAH KUALA MUDA


Daerah Kuala Muda terletak di bahagian tengah Negeri Kedah,dengan jarak kira-kira
40km di selatan Bandaraya Alor Setar,iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan
kereta.Ia bersempadanan dengan Daerah Yan dan Daerah Pendang di sebelah
utara,Daerah Sik dan Daerah Baling di sebelah timur,serta Daerah Perai utara dan
Daerah Kulim di bahagian selatan.Nama Kuala Muda adalah bersempena Sungai
Muda yang merupakan fokus aktiviti dan nadi kehidupan penduduk di awal
pembukaanya.Ia bermula sebagai sebuah petempatan nelayan yang kemudiannya
menjadi salah satu pelabuhan utama Kerajaan Kedah pada kurun ke-18.Kawasan
kajian saya ialah Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani.

PETUNJUK:

Pelan 1 menunjukkan lokasi kajian.Lokasi yang dipilih ialah Bandar Puteri


Jaya,Sungai Petani.Bandar Puteri Jaya merupakan kawasan yang sedang berbagun
dengan pesat.Populasi penduduk di kawasan ini bertambah banding dengan kawasan
perumahan lain.Bandar Puteri Jaya ini adanya sekolah rendah dan juga sekolah
menengah yang baru.Pekerjaan penduduk di tempat ini ialah

FOTO

Jika pihak lelaki setuju untuk meminang pihak perempuan,maka tanda yang dihantar
oleh lelaki tersebut adalah sebentuk cincin sahaja mengikut citarasa dan kemampuan
ibu bapa lelaki.

FOTO

Hantaran yang disediakan oleh orang Melayu .

FOTO:

Hantaran yang disediakan oleh bangsa India sebelum upacara meminang dijalankan.

METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji


SOAL SELIDIK
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang
mewakili 2 orang dalam kategori umur 15 hingga 20,4 orang dalam kategori umur 2130,8 orang dalam kategori umur 31 hingga 40,manakala kategori umur 41 hingga 50
seramai 10 orang dan 6 orang dalam kategori umur 51 hingga 60.Tujuannya adalah
untuk melihat dan memudahkan pengkaji untuk mengkaji data yang diberikan sama
ada positif atau sebaliknya.Kesemua responden ini telah dipilih secara random dari
segi umur,jantina serta bangsa.Tiada masalah yang dialami sepanjang soal
selidik.Kesemua responden member kerjasama yang baik kepada pengkaji.Borang
soal selidik adalah untuk mengetahui ciri-ciri adat meminang bagi bangsa Melayu dan
India.

TEMU BUAL
Pengkaji menyediakan 8 soalan yang berkaitan tentang sifat-sifat(ciri-ciri)adat
meminang bagi bangsa Melayu dan India di kawasan Bandar Puteri Jaya.Pengkaji
memilih responden secara random seramai tiga orang dalam kalangan penduduk
sekitar.Dengan menggunakan kaedah ini pengkaji dapat mengukuhkan lagi dapatan
kajian yang diperoleh.Analisis bagi kaedah temu bual yang dilakukan oleh pengkaji
yang dipaparkan dalam jadual.
Bil

Tarikh

Informen

1
2
3

8/3/2015
8/3/2015
8/3/2015

Informen X
Informen Y
Informen Z

PEMERHATIAN

Pengkaji menyediakan borang pemerhatian untuk memerhati dan menganalisa


ciri-ciri adat meminang bagi bangsa India dan juga bangsa Melayu di kawasan
penduduk tinggi iaitu Bandar Puteri Jaya.Melalui kaedah pemerhati selama beberapa
hari,pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak ciri-ciri adat meminang bagi keduadua bangsa tersebut.Dalam pada itu,saya juga ambil ciri-ciri tersebut,untuk buat
perbandingan.

RUJUKAN
Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji,pengkaji telah membuat rujukan dengan
menggunakan pelbagai sumber seperti internet dan bahan ilmiah.Kebanyakan info
yang pengkaji dapati terdapat di dalam blog.Ini dapat memudahkan lagi kerja
pengkaji untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh
guru.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis tindak balas responden terhadap ciriciri adat meminang dan perbandingan adat meminang antara bangsa Melayu dan
bangsa India di kawasan perumahan Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani.

DEMOGRAFI RESPONDEN

JADUAL 1:LATAR BELAKANG RESPONDEN


Bil

Kategori

Bilangan

Peratusan(%)

15-20

6.67

21-30

13.33

31-40

26.67

41-50

10

33.33

51-60

20.00

Lelaki

12

40.00

Perempuan

18

60.00

Melayu

15

50.00

India

15

50.00

Umur

2
Jantina
3
Bangsa

SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015

RAJAH 1:DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR


Demografi Responden Berdasarkan Umur

20%

7%

15-20
13%

21-30
31-40
41-50

33%

27%

51-60

SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015

Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur


individu yang respons untuk soal selidik di kawasan Bandar Puteri Jaya .Daripada 30
orang individu yang telah di soal selidik,seramai 2 orang responden berumur 15
hingga 20 tahun bersamaan dengan 6.67%.Sementara itu,bagi yang berumur antara 21
hingga 30 tahun adalah seramai 4 responden bersamaan 13.33%.Seterusnya seramai 8
orang responden bersamaan dengan 26.67% bagi yang berumur antara 31 hingga 40
tahun.Manakala responden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun seramai 10 orang
responden bersamaan dengan 33.33%.Akhir sekali,responden yang berumur antara 51
hingga 60 tahun adalah seramai 6 orang dan bersamaan dengan 20%.

RAJAH 2:DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA


Demografi Responden Berdasarkan Jantina

40%

Lelaki
Perempuan

60%

SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015


Berdasarkan Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina
individu di Bandar Puteri Jaya.Daripada 30 orang pengunjung yang telah soal
selidik,seramai 12 orang responden adalah jantina lelaki bersamaan dengan
40%.Sementara itu,bagi jantina perempuan adalah seramai 18 orang responden
bersamaan 60%.

RAJAH 3:DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Melayu
India
50%

50%

SUMBER;KAJIAN LAPANGAN 2015

Berdasarkan Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa


individu yang disoal selidik.Daripada 30 orang individu yang telah disoal
selidik,seramai 15 orang responden berbangsa Melayu bersamaan dengan
50%.Sementara itu,bagi yang berbangsa India pula seramai 15 orang responden
bersamaan dengan 50%

Ciri-Ciri adat meminang bagi bangsa Melayu dan bangsa India di kawasan
sekitar perumahan Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani.
Ciri-ciri adat meminang bagi bangsa Melayu.
Berdasarkan soal selidik yang diperoleh,data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan.Analisis dapatan berkaitan ciri-ciri adat meminang bagi
bangsa Melayu ditunjukkan dalam jadual 2.
JADUAL 2:ANALISIS PERATUSAN ITEM KONSEP MEMINANG DI SISI
SYARAK DALAM ADAT MEMINANG MELAYU
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
13
5
3
5
4
SUMBER :KAJIAN LAPANGAN 2015

Peratus(%)
43.3
16.67
10
16.67
13.33

Seramai 13 orang sampel bersamaan dengan 43.3% sangat setuju bahawa adanya
segelintir orang meminang di sisi syarak .Manakala 5 orang setuju bersamaan dengan
16.67%,manakala 3 orang tidak pasti bersamaan dengan 10%.Seramai 5 orang
responden tidak setuju bersamaan dengan 10%.Ini menunjukkan bahawa responden
sangat setuju bahawa adanya segelintir orang meminang di sisi syarak pada zaman
sekarang iaitu seramai 18 orang(13 orang sangat setuju dan 6 orang setuju) atau
sejumlah 59.97%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
responden Z(bukan nama sebenar) dan menyatakan bahawa.
Pada pandangan saya,Konsep Menghantar tanda dalam adat meminang ialah satu ciri
dalam adat meminang Melayu yang menunjukkan pinangan dari pihak lelaki sudah
pun diterima oleh pihak perempuan.
(X ,temu bual pada 8/3/15)
(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara temubual)

Demikian juga aspek pemerhatian,bahawa lelaki zaman sekarang memberitahu


hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

JADUAL 3:ANALISIS PERATUSAN ITEM HANTARAN DIHIAS DENGAN


CANTIK DAN DIBALAS OLEH PIHAK PEREMPUAN.
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
25
2
2
0
0
SUMBER :KAJIAN 2015

Peratus(%)
83.33
6.67
6.67
0
0

Seramai 25 orang sampel bersamaan 83.33% sangat setuju bahawa hantaran dihias
dengan cantik dan dibalas oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki dalam adat
meminang Melayu.Manakala 2 orang setuju bersamaan 6.67% ,manakala 2 orang
tidak pasti bersamaan dengan 6.67%.Majoriti responden sangat setuju bahawa
hantaran dihias dengan cantik dan dibalas oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki
iaitu seramai 27 orang(25 orang sangat setuju dan 2 orang setuju)atau sejumlah 90%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
responden X(bukan nama sebenar)dan menyatakan bahawa.
Berdasarkan pandangan saya,salah satu ciri adat melayu dalam upacara meminang
ialah menghias hantaran dengan cantik dan dihias dengan pelbagai bunga dengan
corak oleh pihak perempuan dan dibalas kepada pihak lelaki.
(X,Temu bual pada 8/3/15)
(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara temubual)
Demikian juga aspek pemerhatian yang pengkaji lakukan menunjukkan bahawa
hantaran dihias dengan cantik oleh pihak perempuan bagi membalas kepada pihak
lelaki di salah sebuah rumah yang menjalankan upacara meminang berdasarkan
pemerhatian saya pada 13/3/2015(03.10 petang).

Pemerhatian pengkaji kali kedua turut menyimpulkan perkara yang sama.Demikian


juga pemerhatian kali ketiga yang telah pengkaji lakukan tidak menunjukkan sebarang
perubahan.Tegasnya,hal ini membuktikan bahawa salah satu ciri adat meminang
dalam bangsa Melayu ialah menghias hantaran dengan cantik.

JADUAL 4:ANALISIS PERATUSAN ITEM ADAT BERTANGGUH YANG


DILAKUKAN OLEH IBU BAPA ANAK DARA.
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
17
3
6
4
0
SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015

Peratus
56.67
10
20
13.33
0

Seramai 17 orang sampel bersamaan dengan 56.67% sangat setuju bahawa adat
bertangguh dilakukan oleh ibu bapa anak dara .Manakal 3 orang setuju bersamaan
dengan 10%,manakala 6 orang tidak setuju bersamaan dengan 20%.Selain itu,4 orang
responden tidak setuju bersamaan dengan 13.33%.Majoriti responden sangat setuju
bahawa adat bertangguh dilakukan oleh ibu bapa anak dara semasa hari meminang
iaitu seramai 20 orang(17 orang sangat setuju dan 3 orang setuju atau sejumlah
66.67%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
responden Y(bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa.
Berdasarkan pandangan saya,dalam upacara meminang orang Melayu terdapat juga
adat bertangguh yang dikatakan meminta tempoh untuk memberi jawapankepada
pihak lelaki yang meminang.Adat ini dikatakan sebagai salah satu ciri penting dalam
adat meminang bangsa Melayu.
(X,Temu bual pada 8/3/2015)
(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara temubual)
Demikian juga aspek pemerhatian yang pengkaji lakukan,adat bertangguh ini ramai
ibu bapa anak dara tidak mengikut semasa menjawab kepada ibu bapa pihak lelaki.

JADUAL 5:ANALISIS PERATUSAN ITEM HANTARAN YANG DIHANTAR


OLEH PIHAK LELAKI DIBUAT DALAM ANGKA GANJIL.

Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
13
5
7
4
1
SUMBER :KAJIAN 2015

Peratus(%)
43.33
16.67
23.33
13.33
3.33

Seramai 13 orang sampel bersamaan 43.33% sangat setuju bahawa hantaran yang
dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dalan ciri adat meminang
orang Melayu.Manakala 5 orang setuju bersamaan dengan 16.67%,manakala 7 orang
tidak pasti bersamaan dengan 23.33%.Seramai 4 orang responden tidak setuju
bersamaan sengan 13.33% dan sangat tidak setuju pula ialah 1 orang responden
bersamaan dengan 3.33%.Ini menunjukkan bahawa responden sangat setuju bahawa
hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki dibuat dalam angka ganjil iaitu seramai 18
orang.(13 orang sangat setuju dan 5 orang setuju)atau sejumlah 60%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
responden Z(bukan nama sebenar)dan menyatakan bahawa.
Berdasarkan pandangan saya,salah satu ciri adat melayu dalam upacara meminang
ialah hantaran yang dibuat dan dihantar oleh pihak lelaki ialah mesti dalam angka
ganjil.Adat in diikuti dari zaman dahulu lagi.
(Y,Temu bual pada 8/3/15)
(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara temubual)
Demikian juga aspek pemerhatian yang pengkaji lakukan menunjukkan bahawa
hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah dalam angka

ganjil di salah sebuah rumah orang Melayu yang pada hari itu adanya upacara
meminang di Bandar Puteri Jaya pada 13/3/2015(02.10 petang).
Pemerhatian pengkaji kali kedua turut menyimpulkan perkara yang sama.Demikian
juga pemerhatian kali ketiga yang telah pengkaji lakukan tidak menunjukkan sebarang
perubahan.Tegasnya,hal ini membuktikan bahawa salah satu ciri adat meminang
dalam bangsa Melayu ialah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki mesti dalam
angka ganjil..

JADUAL 6:CIRI-CIRI ADAT MEMINANG BANGSA MELAYU .(OBJEKTIF 1)

Bil

Soalan

Sangat

Setuju/

Tidak

Tidak

Sangat

setuju/

(%)

Pasti/(%)

setuju/

tidak

5(16.67)

3(10)

(%)
5(16.67)

setuju/(%)
4(13.33)

(%)
Meminang di sisi syarak dalam adat 13(43.3)
meminang melayu.

Hantaran dihias dengan cantik dan

25(83.33) 2(6.67)

2(6.67)

0(0)

0(0)

dibalas oleh pihak perempuan


Adat bertangguh yang dilakukan

17(56.67) 3(10)

6(20)

4(13.33)

0(0)

oleh ibu bapa anak dara


Hantaran yang dihantar oleh pihak

13(43.33) 5(16.67)

7(23.33)

4(13.33)

1(3.33)

lelaki dibuat dalam angka ganjil


SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015
Berdasarkan jadual 6,jadual menunjukkan ciri-ciri adat meminang bangsa Melayu
bagi objektif 1.

GRAF 1:ANALISIS CIRI-CIRI ADAT MEMINANG BANGSA MELAYU BAGI


PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN BANDAR PUTERI JAYA.

Chart Title
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%

Tidak setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat setuju

30%
20%
10%
0%
Konsep menghantar tanda iaitu(putus cakap)dalam adat meminang

SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015


Analisis Ciri-ciri adat meminang bagi bangsa Melayu bagi penduduk di kawasan
perumahan Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani.

Ciri-ciri adat meminang bangsa India


Berdasarkan soal selidik yang diperoleh,data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan.Analisis dapatan berkaitan dengan ciri-ciri adat meminang
bangsa India ditunjukkan dalam jadual 7.
Skala
Bilangan
Peratus(%)
Sangat setuju
17
56.67
Setuju
5
16.67
Tidak Pasti
5
16.67
Tidak Setuju
3
0
Sangat Tidak Setuju
0
0
JADUAL 7:ANALISIS PERATUSAN ITEM ALAT MUZIK SEPERTI
NAATASWARAM DAN MEELAM DIMAINKAN PADA HARI MEMINANG.
SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015
Seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.67% sangat setuju bahawa alat
muzik seperti naataswaram dan meelam dimainkan pada hari meminang.Manakala 5
orang setuju bersamaan dengan 16.67%,5 orang tidak pasti iaitu 16.67% ,manakala 3
orang tidak setuju bersamaan dengan 3.33%.Majoriti responden setuju bahawa
naataswaram dan meelam dimainkan pada hari meminang iaitu seramai 23 orang (17
orang sangat setuju dan 5 orang setuju)atau sejumlah73.34%
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
responden X(bukan nama sebenar) dan menyatakan bahawa.
Berdasarkan pandangan saya, adat meminang orang India mesti adanya alat muzik
sperti naataswaram dan meelam sebagai symbol adanya upacara meminang.Bagi
saya,alat muzik ini sangat sangat diutamakan oleh bangsa India dalam majilis
meminang ini.

(Y,Temu bual pada 8/3/15)


(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara temu bual)

Demikian juga aspek pemerhatian yang pengkaji lakukan menunjukkan bahawa alat
muzik seperti naataswaram dan meelam digunakan pada hari meminang di kawasan
perumahan Bandar Puteri Jaya berdasarkan catatan pemerhatian saya pada
(14/3/2015)

Skala
Bilangan
Peratus(%)
Sangat setuju
16
53.33
Setuju
3
10
Tidak Pasti
10
33.33
Tidak Setuju
1
3.33
Sangat Tidak Setuju
0
0
JADUAL 8:ANALISIS PERATUSAN ITEM MAJILIS MEMINANG MULA
DENGAN UPACARA SEMBAHYANG
SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015
Seramai 16 orang sampel bersamaan dengan 53.33% sangat setuju bahawa majlis
meminang mula dengan upacara sembahyang.Manakala 3 orang setuju bersamaan
dengan 10%,manakala 10 orang tidak pasti bersamaan dengan 33.33%dan1 orang
tidak setuju bersamaan dengan 3.33%.Majoriti responden sangat setuju bahawa majlis
meminang mula dengan upacara sembahyang iaitu seramai 19 orang(16 orang sangat
setuju dan 3 orang setuju)atau sejumlah 63.33%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama
responden Y(bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa.
Berdasarkan pandangan saya,majlis meminang orang India mesti dimulakan dengan
dengan upacara meminang.Adat meminang bangsa India memang lain daripada
bangsa lain.Kita mesti meminta restu daripada Tuhan supaya pengantin perempuan
dan lelaki tinggal dengan usia yang tinggi.
(Z,Temu bual pada 8/3/15)
Demikian juga aspek pemerhatian yang telah pengkaji lakukan menunjukkan bahawa
majlis meminang orang India dimulakan dengan upacara sembahyang.Hal ini saya
dapat tahu apabila saya melihat upacara sembahyang di salah sebuah rumah di
kawasan perumahan Bandar Puteri Jaya berdasarkan catatan pemerhatian pengkaji
pada 16/2/2015(12.05)tengah-hari.

JADUAL 9:ANALISIS PERATUSAN ITEM MEMBAWA HANTARAN YANG


MENGANDUNGI SARI DAN DIBERI KEPADA ANAK DARA OLEH BAPANYA.
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
15
3
2
10
0
SUMBER :KAJIAN LAPANGAN 2015

Peratus(%)
50.00
10
6.67
33.33
0

Seramai 15 orang sampel bersamaan dengan 50% sangat setuju bahawa ciri membawa
hantaran yang mengandungi sari dan diberi kepada anak dara oleh bapanya pada hari
meminang ialah ciri adat meminang orang India.Manakala 3 orang setuju bersamaan
dengan 10% dan 2 orang tidak pasti bersamaan dengan 6.67%.Akhirnya,seramai 10
orang tidak setuju bersamaan dengan 33.33%.Ini menunjukkan bahawa responden
sangat setuju bahawa membawa hantaran yang mengandungi sari dan diberi kepada
anak dara oleh bapanya iaitu seramai 18 orang(15 orang sangat setuju dan 3 orang
setuju)atau sejumlah 60%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama
responden Z(bukan nama sebenar)dan menyatakan bahawa.
Pada pandangan saya, memberi hantaran oleh kedua dua pihak sama ada dari pihak
perempuan atau pihak lelaki adalah sebagai satu tradisi dalam bangsa India.Bagi
bangsa India,hantaran bukan sahaja mengandungi sari tapi juga dengan alat
kelengkapan yang penting pada hari meminang seperti sikat,krim muka dan
sebagainya.
(Z ,temu bual pada 8/3/15)
Demikian juga aspek pemerhatian yang pengkaji lakukan menunjukkan adanya bapa
memberi hantaran yang mengandungi sari kepada anak daranya semasa upacara
meminang dijalankan di sebuah rumah saudara pada 13/2/2015(3.00 petang)

JADUAL 10:ANALISIS PERATUSAN ITEM PENGANTIN PEREMPUAN


MEMAKAI SARI PADA HARI MEMINANG.
Skala
Sangat setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Bilangan
16
5
1
0
0
SUMBER :KAJIAN LAPANGAN 2015

Peratus(%)
53.33
16.67
3.33
0
0

Seramai 16 orang sampel bersamaan dengan 53.33% sangat setuju bahawa pengantin
perempuan memakai sari pada hari meminang.Manakala 5 orang setuju bersamaan
dengan 16.67%.Selain itu,1 orang tidak pasti bersamaan dengan 3.33%.Majoriti
responden setuju bahawa pengantin perempuan memakai sari pada hari meminang
iaitu seramai 21 orang(16 orang sangat setuju dan 5 orang setuju) atau sejumlah 70%.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)
Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
responden Z(bukan nama sebenar).Sewaktu pengkaji mengadakan temubual bersama
beliau,beliau menyatakan saya tidak tahu pengantin perempuan dalam bangsa
Melayu dan Cina pakai pakaian apa pada hari meminang,tetapi saya sebagai orang
India,yang mengkhawinkan 1 orang perempuan,saya dapat tahu bahawa pada hari
meminang ,pengantin perempuan mesti memakai sari.
(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara temubual)
Demikian juga aspek pemerhatian yang pengkaji lakukan menunjukkan adanya
pengantin perempuan memakai sari pada hari meminang .Hal ini saya dapat
ketahui,apabila saya menghadiri upacara meminang di salah sebuah rumah saudara
saya pada 19/1/2015(9.00)malam.

JADUAL 11:CIRI-CIRI ADAT MEMINANG BANGSA INDIA.(OBJEKTIF 1)


Bil

Soalan

Sangat

Setuju/

Tidak

Tidak

Sangat

setuju/(%)

(%)

Pasti/(%)

setuju/(%)

tidak
setuju/(%)

Alat muzik seperti naataswaram

17(56.67)

5(16.67)

5(16.67)

0(0)

0(0)

dan meelam dimainkan pada hari


meminang.
2

Adat meminang mula dengan

16(53.33)

3(10)

10(33.33) 1(3.33)

0(0)

upacara sembahyang
Membawa hantaran yang

15(50)

3(10)

2(6.67)

10(33.33)

0(0)

16(53.33)

5(16.67)

1(3.33)

0(0)

0(0)

mengandungi sari dan diberi


kepada anak dara oleh bapanya
4

pada hari meminang.


Pengantin perempuan memakai

sari pada hari meminang.


SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015
Berdasarkan jadual 6,jadual menunjukkan ciri-ciri adat meminang bangsa India bagi
objektif 1.

GRAF 1:ANALISIS CIRI-CIRI ADAT MEMINANG BANGSA MELAYU BAGI


PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN BANDAR PUTERI JAYA.

100%
90%
80%
70%
60%

Tidak setuju

50%

Tidak Pasti

40%
30%

Setuju
Sangat setuju

20%
10%
0%
Alat muzik seperti naataswaram dan meelam dimainkan pada hari meminang.

SUMBER:KAJIAN LAPANGAN 2015


Analisis Ciri-ciri adat meminang bagi bangsa Melayu bagi penduduk di kawasan
perumahan Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani.

PERBANDINGAN ADAT MEMINANG ANTARA BANGSA MELAYU DAN


BANGSA INDIA.(OBJEKTIF 2)

Berdasarkan penyelidikan saya terhadap ciri-ciri adat meminang bangsa Melayu dan
India ,saya dapati adanya persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bangsa ini
dalam adat meminang.

JADUAL 12:MENUNJUKKAN PERSAMAAN ANTARA KEDUA-DUA BANGSA


INI DALAM ADAT MEMINANG
Bangsa

ASPEK

Hantaran disediakan oleh


kedua-dua bangsa

MELAYU DAN
INDIA

HURAIAN

JADUAL 13:MENUNJUKKAN PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA BANGSA


INI DALAM ADAT MEMINANG.
Bangsa

MELAYU

INDIA

ASPEK

HURAIAN

JADUAL 14:DAPATAN HASIL PEMERHATIAN YANG DICATATKAN.

KESIMPULAN.

You might also like