You are on page 1of 13

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2.0 Kaedah Fonetik


Menurut Husin bin Fateh Din (2011), fonetik bermaksud kajian terhadap bunyi fizikal
percakapan manusia. Fonetik berkait rapat dengan sifat fizikal bunyi (fon) atau
penghasilan fisiologi, penerimaan auditori dan persepsi neurofizika. Satu hal yang perlu
diingati ialah fonetik tidak memungkinkan kita mengaitkan bunyi bahasa dengan makna.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa sebagai gerakan-gerakan otot atau sebagai kekacauan
pada udara tanpa menghitungkan gunanya dari segi perhubungan.
Kaedah fonetik merupakan salah satu kaedah membaca. Kaedah fonetik juga
dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform yang mempunyai kaitan dengan
kaedah terus. Langkah pengajaran menggunakan keadah ini dimulakan dengan latihan
pendengaran. Selepas itu diikuti dengan latihan menyebut di mana dimulakan dengan
sebutan bunyi, kata, frasa dan ayat. Seterusnya ayat ini akan disambung untuk
dijadikan suatu dialog atau pun cerita. Terdapat beberapa jenis fonetik yang sering
dibincangkan oleh ahli bahasa iaitu :
a. Fonetik artikulasi / penghasilan bunyi berkaitan dengan penghasilan bunyi
percakapan, kedudukan atau bentuk alat dan daerah artikulasi ketika bunyi
dihasilkan.
b. Fonetik akustik berkaitan dengan gelombang bunyi, frekuensi, kekerapan dan
harmoni bunyi.
c. Fonetik auditori berkenaan dengan persepsi bunyi yang diterima masuk ke
gegendang telinga seterusnya ditakrifkan oleh otak.
d. Fonetik forensik - kegunaan ilmu fonetik bagi tujuan forensik (perundangan).

Kaedah

fonetik

melibatkan

suatu

proses

yang

mana

dimulakan

dengan

memperkenalkan bunyi secara sistematik :


a. Murid-murid perlulah mengetahui bunyi-bunyi huruf. Mereka mengingati bunyi
huruf yang dipelajari.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

b. Murid-murid juga perlu mengenali huruf dari segi bentuk, rupa dan cara
menulisnya.
c. Murid murid dapat menghubungkan bunyi dengan huruf yang mewakili bunyi
tersebut.
Kaedah ini mementingkan hububg kait antara huruf-huruf atau bunyi-bunyi huruf
yang mewakili sesuatu objek kata. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa
otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf bukan membunyikan huruf
itu. Kaedah fonetik merupakan antara cara terbaik untuk mengajar membaca kerana di
dalam bahasa Melayu sebutan suku kata terbit secara langsung daripada gabungan
bunyi-bunyi huruf. Di dalam kaedah ini murid disyaratkan untuk mengingat bunyi 26
vokal dan konsonan iaitu :

/a/ = eee

/b/ = beh

/c/ = ceh

/d/ = deh

/e/ = iii

/f/ = feh

/g/ = geh

/h/ = heh

/i/ = eeh

/j/ = jeh

/k/ = keh

/l/ = leh

/m/ = meh

/n/ = neh

/o/ = ooo

/p/ = peh

/q/ = qeh

/r/ = reh

/s/ = seh

/t/ = the

/u/ = uuu

/v/ = veh

/w/ = weh

/x/ = xeh

/y/ = yeh

/z/ = zeh

Rasional Kaedah Fonetik


1. Kaedah ini amat bersesuaian dengansistem ejaan bahasa Melayu.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2. Murid mampu mengenal huruf serta membunyikan vokal dan konsonan dengan
baik.
3. Memberi asas dan binaan yang kukuh dalam kemahiran membaca.
4. Murid-murid akan lebih cekap membaca.

Kelemahan Kaedah Fonetik


1. Murid cuma lancar membaca tanpa memahami maksud perkataan atau perkara
yang dibaca.
2. Murid akan membaca tersekat-sekat kerana

terbawa-bawa tabiat membaca

sambil mengeja.
3. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi
kanak-kanak kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
4. Murid cepat bosan terutama jika diberi latih tubi yang banyak.

3.0 Kaedah Abjad


Kaedah abjad merupakan kaedah yang tertua di mana digunakan sejak kerajaan
Greek dan Rom lagi. Kaedah ini juga dipanggil kaedah huruf dan mengeja. Asas

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

kepada kaedah ini ialah kanak-kanak perlulah mengenal, menyebut dan menghafal
huruf a hingga z mengikut susunannya. Diikuti dengan mengeja suku kata dan
perkataan. Di dalam kaedah ini, murid akan dimulakan untuk mengenal nama huruf :
a. vokal ( a,e,i,o,u )
b. a hingga z ( huruf kecil ), diikuti A hingga Z ( huruf besar ).
c. Konsonan ( selain huruf vokal )
Apabila murid sudah mengenal abjad a hingga z, murid akan dibimbing untuk
menyebut suku kata. Kemahiran ini biasanya dimulakan dengan suku kata tertutup satu
abjad vokal yang mudah seperti /a/ untuk a + yam = ayam, /e/ untuk e + mak = emak, /i/
untuk i + kan = ikan, /o/ untuk o + bor = obor dan /u/ untuk u + lar = ular. Selepas itu,
murid didedahkan kepada bunyi huruf konsonan + vokal pula. Contohnya :
VOKAL
KONSONAN

ba

be

bi

bo

bu

ca

ce

ci

co

cu

da

de

di

do

du

fa

fe

fi

fo

fu

Bunyi suku kata yang telah dipelajari akan dicantumkan dengan bunyi suku kata
lain untuk dijadikan satu perkataan. Sebagai contoh :
da + gu = dagu
ba + ju = baju
sa + tu = satu
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, frasa bermaksud unit yang terdiri daripada
satu atau lebih kata yang berpotensi untuk dikembangkan atau diperluaskan. Frasa

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

sudah boleh difahami walaupun belum menjadi ayat. Berikut adalah contoh frasa yang
mudah kita fahami :
ikan
seekor ikan
ikan kelisa
seekor anak ikan
seekor anak ikan kelisa
Peringkat seterusnya dalam kaedah ini ialah membina dan membaca ayat. Di
dalam bahasa Melayu, ayat merupakan peringkat susunan tertinggi dalam tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap. Di dalam ayat mengandungi unsure klausa,
manakala klausa terbentuk daripada unsure frasa dan frasa terdiri daripada perkataan.
Sebagai contoh :
Ayat

: Rumah orang itu sangat besar

Klausa

: rumah orang itu sangat besar

Frasa

: rumah orang itu/ sangat besar

- 2 frasa

Perkataan

: rumah/orang/itu/sangat/besar

- 5 kata

Bagi memudahkan murid menguasai kemahiran membaca dengan mudah, guru


disarankan untuk membimbing murid membentuk ayat dasar atau ayat tunggal yang
mempunyai satu subjek dan predikat.

Rasional Kaedah Abjad


1. Oleh sebab perkataan mengandungi huruf atau lambang, murid hendaklah diajar
mengenal nama huruf / lambang sebelum membaca.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2. Mengikut Walker : lambang (huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak


yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan
membaca.
3. Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk
suku kata dan akhirnya perkataan.
4. Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.

Kelemahan Kaedah Abjad


1. Menurut Prof Atan Long, kaedah abjad akan melambatkan murid membaca
kerana penekanan kepada hafalan huruf dan boleh menghilangkan minat.
2. Kaedah abjad menegaskan hafalan-hafalan yang kurang bermakna dan boleh
membosankan murid.

4.0 Kaedah Pandang dan Sebut


Menurut Abd. Aziz Abd. Talib, 2000 kaedah pandang dan sebut merupakan kaedah
moden dan baik dikalangan ahli-ahli bahasa. Kaedah ini telah digunakan dalam

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

pengajaran bermula pada tahun 1970-an lagi. Secara dasarnya kaedah pandang dan
sebut merupakan satu kaedah yang memerlukan murid untuk menyebut perkataan
yang telah disebutkan oleh guru setelah ditunjukkan gambar atau perkataan tersebut.
Di dalam kaedah ini murid diperkenalkan dengan perkataan dan bukannya huruf atau
suku kata. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan. Pnggunaan
kaedah ini biasanya melibatkan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, gambar,
paparan slaid yang mana murid akan murid akan menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali semasa kad diimbas. Penggunaan pelbagai kad imbasan, gambar yang
menarik akan dapat membantu mewujudkan proses pembelajaran yang menarik.
Pada peringkat permulaan kaedah ini, guru biasanya akan membimbing murid untuk
menyebut perkataan terlebih dahulu. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menyebut
perkataan yang tertera pada kad imbasan tersebut dan murid-murid akan mengikut
menyebutnya secara beramai-ramai atau kumpulan. Semasa menyebut perkataan ini
juga murid akan diajar menyebut dan membacanya.
Peringkat seterusnya ialah mencerakinkan perkataan menjadi suku kata. Setelah
guru mengajar murid menyebut perkataan itu, guru bolehlah mencerakinkan perkatan
itu menjadi suku kata supaya murid lebih mudah memahaminya. Kebiasaannya guru
akan memulakan dengan perkataan yang mudah dahulu. Sebagai contoh :
ba + ja = baja
mu + ka = muka
ga + lah = galah
kek + wa = kekwa
bang + ku = bangku

Rasional Kaedah Pandang dan Sebut

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1. Oleh sebab murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran
prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut.
2. Pengajaran tidak akan menyeronokkan sekiranya tidak menghubungkan dengan
pengalaman murid.
3. Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid telah
menguasai sejumlah perkataan.
4. Menurut Goodman, pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika
perkara yang dibaca merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui
mereka.

Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut


1. Kaedah ini akan membentuk murid-murid seperti burung nuri dan mereka akan

mendapati sukar untuk menyebut perkataan-perkataan baharu.


2. Kad imbasan bergambar boleh mengganggu tumpuan murid membunyikan
lambang, suku kata dan perkataan.

1.0 PENGENALAN

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Membaca merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
dalam pembelajaran. Kemahiran membaca adalah amat penting supaya murid dapat
memahami apa yang akan dipelajari. Terdapat pelbagai kaedah yang biasa digunakan
untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca. Di dalam zaman yang serba
canggih kini, kemajuan teknologi dapat membantu guru-guru dalam menyampaikan
kaedah membaca dengan lebih berkesan. Kemudahan teknologi juga dapat membantu
guru untuk menarik minat murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedahkaedah membaca yang biasa digunakan ialah kaedah fonetik, kaedah abjad dan
kaedah pandang serta sebut. Setiap keadah mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Sebagai guru kita perlulah lebih kreatif untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah berikut
mengikut kesesuaian murid. Kemampuan murid untuk menguasai kemahiran membaca
memerlukan banyak latih tubi dan usaha bukan sahaja daripada guru malah daya
usaha murid itu sendiri.

5.0 KESIMPULAN

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Penguasaan murid dalam kemahiran membaca memang amat penting dalam


proses pembelajaran dan pengajaran. Berdasarkan kaedah-kaedah yang selalunya
digunakan, guru-guru dapat meningkatkan kemahiran membaca murid. Penggunaan
keadah-kaedah tersebut terbukti amat berkesan. Ada juga dikalangan guru yang kreatif
dapat menggabungkan kaedah-kaedah tersebut untuk memberikan impak yang lebih
besar kepada murid-murid. Keberkesanan kaedah yang telah digunakan bukan sahaja
bergantung kepada kemampuan guru semata-mata tetapi murid juga perlulah
memainkan peranan penting dengan usaha dan minat yang mendalam. Kemahiran
membaca merupakan kemahiran yang perlu dikuasai sepenuhnya oleh setiap orang
murid bukan sahaja untuk keperluan dalam pelajaran malahan berguna untuk keperluan
harian mereka. Guru-guru pelulah menggunakan teknik yang lebih menarik di dalam
pengajaran untuk menarik minat murid.

6.0 BIBLIOGRAFI

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Kamaruddin Hj. Husin (1993). Perkaedahan Mengajaran Bahasa Melayu. Kuala


Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abd Aziz, Arbie B. Sujud (1996). Ilmu Bahasa
Dan Kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Nor Hashimah Jalaludin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Juriah Long et. al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti.

LAMPIRAN

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Tajuk

Muka surat

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Pengenalan

Kaedah Fonetik

2-4

Kaedah Abjad

5-7

Kaedah Pandang dan Sebut

8-9

Bahan Bantu Belajar

10-25

Kesimpulan

26

Biliografi
Lampiran

You might also like