You are on page 1of 3

Profil dan Latar Belakang Subjek

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Nama
Jantina
Bangsa
Agama
Tarikh Lahir
Ketidakupayaa

:
:
:
:
:
:

7.

n
Bilangan

: 1 orang

8.
9.

beradik
Nama Bapa
Pekerjaan Bapa

: Ku Hidayatullah bin Ahmad


: Pengurus

10.
11.

Nama Ibu
Pekerjaan ibu

: Rosminag Azman binti Kamaruzaman


: Suri rumah

12.

Alamat rumah

: No.4 Taman seri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor

adik-

Eiqbal Shaqban bin Hidayatullah


Lelaki
Melayu
Islam
22 oktorber 2004
Autisme

Pengenalan Autistik
Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah masalah yang berlaku semasa perkembangan
kanak-kanak. ASD terdiri daripada sekumpulan masalah dan Austistik ialah satu
daripadanya. Individuals With Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan autistic
sebagai masalah perkembangan yang mengakibatkan masalah komunikasi lisan dan
bukan lisan serta interaksi sosial seseorang indvidu. Austistik mengganggu bahagian
perkembangan otak yang memberikan kesan kepada tingkah laku, Bahasa dan interaksi
sosial individu. Masalah ini menyukarkan keupayaan individu berkomunikasi dan
berhubung dengan orang lain.
Ciri-ciri masalah yang dihadapi oleh murid Eiqbal Shaqban bin Hidayatullah dalam
kelas
Semasa waktu Bahasa Melayu, Cikgu Siti Noharizah binti Othman telah
menggunakan teknik tunjuk ajar untuk membimbing murid Shaqban menulis huruf a
dan b. Murid Shaqban tidak bertentang mata dengan guru apabila cikgu Siti sedang
mengajar dia. Budak tersebut asyik memandang ke tempat lain seperti dinding kelas.
Sepanjang pemerhatian saya pada murid ini, saya mendapati Shaqzan
cenderung melakukan pergerakan yang berulang iaitu mengetuk pemadam atas meja.
Oleh sebab dia asyik mengetuk meja dan tidak membuat kerja yang diberikan, cikgu Siti
telah merampas pembaris itu. Selepas itu, Shaqzan terus menjerit dan merampas balik
pemadam tersebut dan mengulangi pergerakan tersebut. Ini selaras dengan ciri-ciri
kanak autistisk yang menunjukkan perasaan terlampau suka terhadap sesuatu objek
atau mainan dan tidak mahu dipisahkan darinya. (Haliza, 2009)
Murid Shaqzan merupakan kanak yang kurang berminat dalam sukan. Semasa
sesi waktu Pendidikan Jasmani (PJ), Shaqzan enggan melibatkan diri dalam aktiviti
sukan yang diadakan di sesebuah bilik darjah dan menyembunyikan diri di bahagian
sudut kelas. Sekiranya cikgu Siti menasihati dan memberi galakan kepada Shaqzan, dia
tetap duduk di sudut kelas dan enggan bercakap dengan cikgu. Tingkah laku
pengasingan diri merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri
daripada berkomunikasi dengan orang lain.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, Shaqzan telah menunjukkan
masalah kemahiran sosial dan komunikasi yang lemah. Shaqzan selalu menggunakan

masa yang panjang atau lambat memberi jawapan kepada guru. Sekiranya Shaqzan
memberikan jawapan, nada suara yang dikeluarkan agar pelik. Contohnya, cikgu Siti
bertanya Shaqzan, kamu faham tak? dan Shaqzan menjawab ahhhh, faham! dalam
nada suara yang tinggi. Selain itu, Shaqzan juga akan mengulangkan perkataan yang
sama tetapi tidak faham maksudnya seperti waooooorre dengan suka hatinya.
Sepanjang 4 kali pemerhatian budak Syaqzan tersebut, terdapat 1 peristiwa
berlaku di dalam kelas. Shaqzan tiba-tiba mengamuk di dalam kelas kerana
pemadamnya hilang dan sekiranya cikgu Siti menangkap dia, dia terus membalas
dengan memukul tangan cikgu. Selepas 5 minit, rakannya mengembalikan pemadam
kepadanya dan Shaqzan baru menyenangkan diri. Cikgu mendapat tahu pemadamnya
disembunyi oleh rakannya.
Selain itu, Shaqzan kadangkala akan meniru perkataan atau pembicaraan orang
lain dalam kelas. Sebagai contoh, apabila saya menyuruh Shaqzan seyum semasa
mengambil gambar dalam kelas dan dia telah meniru dan mengulangi perkataan
seyum semasa makan sarapan pagi. Selepas 10-15 minit, tingkah laku tersebut telah
berhenti.

You might also like