You are on page 1of 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


WAJ 3143 BINA INSAN GURU
FASA 3

NAMA PELAJAR

: LIM CHING YEE

NO. K.P.

: 941114-01-5070

OPSYEN

: 3 PISMP BM/PJ/SJ

NAMA MENTOR

: PUAN HAJAH ROHAYA A. RAZAK

TARIKH PROGRAM BIG : 22 JANUARI 2015 & 5 FEBRUARI 2015


LOKASI PELAKSANAAN : IPGKTI

SENARAI KANDUNGAN
BIL

KANDUNGAN
PROFORMA KURSUS
SENARAI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2.0

OBJEKTIF

3.0

KERTAS KERJA
3.1 Khidmat Kemasyarakatan
3.2 Bengkel

4.0

LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN


4.1 Laporan Aktiviti
4.2 Isu/Masalah
4.3 Analisis SWOT
4.4 Refleksi Kendiri

5.0

LAPORAN BENGKEL
5.1 Laporan Aktiviti
5.2 Isu/Masalah
5.3 Analisis SWOT
5.4 Refleksi Kendiri

6.0

PENUTUP
LAMPIRAN

1.0

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Tiga merupakan suatu program yang

mencakupi satu aktiviti khidmat kemasyarakatan dan satu aktiviti bengkel tentang etiket

sosial dan protokol. Melalui program ini, pelajar diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan
citra diri seseorang insan guru, pembinaan jati diri, membina daya saing yang tinggi di
samping mampu membuat refleksi kendiri dalam menghadapi cabaran dalam profesion
perguruan.
Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi
kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa. Elemen-elemen intelek, jasmani,
rohani dan emosi telah diberi penekanan dalam proses pembentukan insan guru yang
menyeluruh dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Menurut Bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah
Badawi, ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah
menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan modal insan haruslah secara
holistik iaitu menyeluruh dan bersepadu. Beliau menekankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan nilai etika
serta moral yang tinggi. Justeru, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh
untuk melahirkan modal insan yang digelar guru.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang
kepentingan khidmat kemasyarakatan serta etiket sosial dan protokol. Bakal-bakal guru
akan dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya
keguruan di samping dapat mengikut dan mematuhi etiket sosial dan protokol demi
menjaga imej sebagai seorang warga pendidik. Melalui program BIG ini, mereka akan
didedahkan

dengan

kepentingan

semangat

berpasukan,

kerjasama

dan

bertanggungjawab terhadap profesion perguruan, masyarakat dan negara yang dicintai


sementara meningkatkan motivasi kerjaya keguruan melalui penghayatan etiket sosial
dan protokol dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu, diharapkan bahawa semua guru
pelatih akan mendapat manfaat daripada program BIG ini dan mengaplikasikan apa
yang dipelajari sepanjang program ini pada masa yang akan datang.

2.0

OBJEKTIF
Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar dapat:

i.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan


situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan
masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan

ii.

penambahbaikan secara berterusan.


menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

iii.

komuniti dan kepentingan etiket sosial dan protokol.


Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

iv.

keguruan.
Merancang, melaksanakan, memimpin program, bekerjasama dan

v.

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.


Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan

vi.

berkesan.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi,
rohani dan sosial.

3.0

KERTAS KERJA

4.0 LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN


4.1 LAPORAN AKTIVITI

Pada 22 Januari 2015, kelas kami 3 PISMP BM yang terdiri daripada 21 orang
siswa-siswi telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Rumah Cheshire yang terletak
di Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Pada pukul 8.30 pagi, kami telah berkumpul
bersama-sama mentor kami, Puan Rohaya di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus
Temenggong Ibrahim untuk menaiki bas ke Rumah Cheshire. Kami juga telah
menyediakan buah tangan seperti beras, biskut dan limau untuk dihadiahkan kepada
Ruah Cheshire. Setelah memastikan kehadiran siswa-siswi mencukupi, kami pun
bertolak dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menabur bakti kepada
masyarakat.

Semua guru pelatih berkumpul di


Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) sambil
menanti ketibaan bas

Guru-guru pelatih bekerjasama


membawa buah tangan untuk
dihadiahkan kepada Rumah Cheshire

Dalam masa lebih kurang 15 minit, kami tiba di Rumah Cheshire. Ketibaan kami
di sana disambut oleh Encik Singh, pengurus Rumah Cheshire dengan senyuman yang
mesra. Kami menghadiahkan buah tangan yang dibawa kepada beliau dan beliau
kelihatan sangat gembira sekali. Encik Singh kemudiannya telah membahagikan kami
kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan perempuan dan kumpulan lelaki. Kumpulan
perempuan dipertanggungjawabkan untuk membersihkan dorm penghuni perempuan
sementara kumpulan lelaki pula membersihkan dorm penghuni lelaki. Peralatan
membersih seperti baldi, mop, penyapu dan kain pula telah disediakan oleh pekerjapekerja di sana. Dengan itu, tanpa melengahkan masa lagi, kami pun bergerak menuju
ke dorm-dorm tersebut untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.

Guru-guru pelatih tekun mendengar


arahan Encik Singh semasa
pembahagian tugas pembersihan

Guru-guru pelatih meninjau keadaan


dorm sebelum memulakan kerja-kerja
pembersihan

Kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan mengelap kipas dan tingkap-tingkap


kaca di dalam dorm. Kami dapat melakukan kerja dengan lancar sekali. Semasa
membersihkan dorm, kami sempat bergaul dengan penghuni-penghuni dorm tersebut.
Walaupun pertama kali bertemu, penghuni-penghuni dorm tidak segan untuk bertegur
sapa dengan kami. Malah, ada penghuni yang sempat mengucapkan selamat tahun
baharu kepada kami menyebabkan kami berasa sungguh terharu. Mereka juga sangat
bertimbang rasa dan langsung tidak mengganggu kerja-kerja pembersihan yang kami
lakukan. Hasilnya, dalam masa yang singkat sahaja, kesemua kipas dan tingkap telah
habis dilap.

Guru-guru pelatih sedang mengisi air di


dalam baldi untuk memulakan kerjakerja mengelap tingkap dan kipas

Guru-guru pelatih mengelap tingkap


kaca dengan teliti dan cermat supaya
tangan tidak terluka

Seterusnya, kami meneruskan kerja-kerja pembersihan dengan menyapu dan


mengemop lantai di dalam dorm dan ruang koridor di luar dorm. Kami mendapati lantai
di dalam dorm sangat bersih dan tidak banyak sampah. Senario ini menunjukkan

bahawa pihak pengurusan di Rumah Cheshire sangat menjaga kebersihan dan


keselesaan penghuni-penghuni di sini. Tugas menyapu dan mengemop lantai juga
disiapkan dengan pantas kerana wujudnyanya kerjasama yang baik dalam kalangan
kami. Kami berasa gembira dan berpuas hati melihat lantai yang bersih dan berkilat
selepas selesainya tugas-tugas pembersihan.
Seterusnya, kami dipelawa oleh Encik Singh untuk berehat dan melepaskan
penat di dewan Rumah Cheshire. Kami turut dijamu biskut dan minuman untuk mengisi
perut. Semasa berehat di dalam dewan, kami mengambil kesempatan untuk beramah
mesra dengan penghuni-penghuni Rumah Cheshire. Mereka kelihatan sangat gembira
dengan lawatan kami ke rumah mereka. Dalam masa yang singkat sahaja, kami telah
menjadi rapat dengan penghuni-penghuni rumah tersebut. Topik perbualan kami juga
semakin banyak dan pelbagai. Ada pula rakan-rakan yang mengambil gambar bersamasama dengan penghuni Rumah Cheshire sebagai kenang-kenangan.

Guru-guru pelatih sedang beramah


Guru-guru pelatih bergambar dengan
mesra dengan penghuni Rumah penghuni Rumah Cheshire yang ceria
Cheshire
dan gembira

Sementara menunggu ketibaan bas, kami sempat mengunjungi koperasi Rumah


Cheshire. Kami berasa kagum melihat pelbagai jenis barang yang dijual di sana dengan
harga yang murah. Antara barangan yang dijual adalah seperti novel, pakaian, barang
perhiasan dan sebagainya. Kami difahamkan bahawa sebarang pembelian yang kami
lakukan merupakan derma kepada Rumah Cheshire. Oleh itu, ramai di antara kami yang
berpusu-pusu membeli barangan yang diminati oleh mereka. Hal ini membuatkan
penghuni-penghuni Rumah Cheshire berasa sangat gembira.

Guru-guru pelatih sedang


membelek buku-buku yang
dijual dengan harga yang
murah di koperasi Rumah
Cheshire

Sesi penggambaran antara Encik Singh


dengan guru-guru pelatih sebagai kenangkenangan sebelum berpisah.

Akhirnya sebelum bertolak pulang ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim, kami


telah bergambar dengan Encik Singh. Ketua Opsyen kami, Chew Chin Joo telah
menghadiahkan cenderamata kepada beliau sebagai kenangan. Setelah selesainya sesi
penggambaran, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada penghuni-penghuni
Rumah Cheshire dan Encik Singh. Aktiviti kemasyarakatan di Rumah Cheshire telah
menjadi pengalaman baru dalam hidup kami yang tak mungkin dapat kami lupakan.

4.2

ISU/ MASALAH
Antara masalah yang kami hadapi adalah seperti berikut:
Kesuntukan masa
Kekurangan peralatan

4.3

ANALISIS SWOT
4.3.1 KEKUATAN
1. Saling bekerjasama dalam menyiapkan kerja-kerja pembersihan.
2. Memahami tugasan yang diberi oleh pihak pengurusan
3. Mempunyai sikap kolaboratif dalam membahagikan tugasan yang
diagihkan oleh pihak pengurusan Rumah Cheshire.
4. Menunjukkan kasih sayang dan empati terhadap warga-warga Rumah
Cheshire.
4.3.2

KELEMAHAN
1. Guru pelatih tidak begitu cekap dalam melakukan kerja-kerja
pembersihan.
2. Guru

pelatih

mudah

berasa

penat

dan

lesu

dalam

aktiviti

kemasyarakatan tersebut.
3. Berlaku masalah pengagihan tugasan atas kekurangan peralatan.
4.3.3

PELUANG
1. Berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
2. Berpeluang untuk memahami kesusahan dalam menguruskan rumah
kediaman untuk golongan istimewa.
3. Berpeluang untuk cuba memahami dan menghargai golongan
istimewa sebagai insan yang berguna kepada masyarakat.

4.3.4

ANCAMAN
-Tiada-

4.4

REFLEKSI KENDIRI
Bagi program Bina Insan Guru Fasa 3, opsyen kami, 3 PISMP BM telah

mengambil keputusan untuk menganjurkannya di Rumah Cheshire Johor pada 22


Januari 2015. Aktiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk memupuk sifat keprihatinan
guru pelatih dan kesedaran tentang kepentingan untuk berkhidmat kepada komuniti.
Pada zaman globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat menyebabkan generasi
muda termasuk guru-guru pelatih semakin mengabaikan golongan yang tidak bernasib
baik serta kurang upaya di sekitar kita. Program khidmat masyarakat kali ini memberi
kesempatan baik kepada kami semua untuk menyumbangkan sedikit tenaga dan kasih
sayang kepada m ereka yang kurang bernasib baik.
Saya

selaku

AJK

persembahan

telah

melaksanakan

tugas

dengan

bertanggungjawab bersama dengan rakan sekumpulan saya, Chong Shu Ting. Setelah
berbincang, kami telah merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti yang akan
dijanlankan pada hari tersebut. Kami juga berhubung dengan pihak pengurus Rumah
Cheshire sebelum mengunjung ke sana untuk memastikan tarikh dan masa yang kami
tetapkan betul. Hal ini dapat memastikan aktiviti yang kami rancangkan dapat
dilaksanakan dengan lancar pada hari berkenaan. Kami juga mendapat komitmen yang
tinggi daripada semua pihak.
Aktiviti kemasyarakatan pada hari ini cukup bermakna dan memberi pengalaman
yang berfaedah kepada saya. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya tidak berasa
penat atau jemu. Sebaliknya, saya bersemangat dan rela hati untuk berkhidmat kepada
mereka. Saya bekerjasama dengan rakan-rakan sekuliah untuk membersihkaan tempat
penginapan warga-warga Rumah Cheshire serta mengemaskan barang-barang lama
dalam stor mereka. Saya juga membeli bukan dan kraf tangan hasil penghuni Rumah
Cheshire sebagai galakan dan sokongan kepada mereka. Dengan berinteraksi dengan
warga-warga Rumah Cheshire, saya berasa bersyukur kerana jika berbanding dengan
mereka, kehidupan saya sekarang adalah lebih bahagia. Saya telah dikurnia Tuhan
mental dan fizikal yang sempurna. Kini, saya lebih menghargai apa yang saya ada buat
masa ini dan sentiasa berterima kasih kepada Tuhan dan ibu bapa.
Objektif progrom kemasyarakatan ini telah dicapai kerana saya dapat menimbul
rasa empati dan kasih sayang terhadap warga-warga Rumah Cheshire apabila
berkomunikasi

dengan

mereka.

Ketidaksempurnaan

yang

ada

pada

mereka

meyebabkan

mereka hanya dapat melakukan aktiviti yang senang dan sesetengah

yang tidak dapat menyampaikan mesej dengan jelas. Antara penghuni yang paling
mempengaruhui saya ialah Tay yang menghadapi penyakit Down Sindram. Dia beramah
mesra dengan kami dan suka mengulangi isi yang sama semasa percakapannya. Walau
bagaimanapun, saya dan kawan-kawan mendengar kata-katanya dengan penuh
kesabaran dan memberi respon kepadanya. Pengalaman ini merupakan satu peluang
bagi saya untuk meningkat kualiti diri sendiri di samping membina jati diri yang
berhemah tinggi.
Melalui aktiviti ini, saya mendapati bahawa saya menjadi semakin tabah semasa
menghadapi cabaran dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa
golongan kurang upaya juga mampu meneruskan kehidupan mereka dengan penuh
bersemangat apatah lagi saya yang dikurniai otak yang sempurna. Dengan memegang
jawatan sebagai AJK persembahan, saya turut dapat belajar membahagaikan masa dan
tugasan kepada setiap orang secara adil dan berkesan. Saya sentiasa memastikan
aktiviti dijalankan dengan lancar serta mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
Nilai- nilai murni yang dapat disemai dalam diri saya selepas menyertai program ini ialah
bertoleransi, bekerjasama, sabar, bersopan santun dan menepati masa.
Sepanjang program khidmat masyarakat ini dijalankan, saya telah memerhatikan
dan mendapati beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Guru-guru pelatih tidak
cekap melakukan kerja- kerja pembersihan terutamanya golongan lelaki. Di samping itu,
bilangan peralatan untuk kerja pembersihan seperti mop dan penyapu tidak cukup. Saya
sepatutnya bertanya kepada pihak pengurus Rumah Cheshire tentang perkara ini
sebelum mengunjung ke sana. Dengan mengetahui keadaan ini, kami boleh membawa
peralatan yang mencukupi ke sana. Hal ini dapat menjamin kerja-kerja dilaksankan
dengan lebih cepat dan efektif. Seterusnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mengambil
masa yang agak panjang untuk menyelesaikan kerja-kerja yang diamanahkan. Hal ini
demikian kerana kesuntukan sumber tenaga. Pada pendapat saya, sekiranya masa
yang lebih panjang diberi kepada kami untuk berinteraksi dengan penghuni Rumah
Cheshire, maka kami akan lebih memahami situasi mereka dan menyemai sifat empati
terhadap mereka.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan trima kasih kepada mentor kami, Puan
Rohaya yang sentiasa membimbing kami sepanjang Program BIG matlamat kami

berjaya dicapai.

Program sedemikian memang bermanfaat kepada seseorang guru

kerana ia memberi pengalaman baharu serta kenangaan yang tidak ternilai kepada saya
buat sepanjang hayat. Saya berjanji akan mengunjungi rumah-rumah orang kurang
upaya dan melakukan kerja-kerja sukarela untuk mereka pada masa akan datang. Pada
hemat saya, perkara-perkara ini adalah cukup bermakna dan akan membawa kepuasan
kepada saya selepas melakukannya.

5.0

LAPORAN BENGKEL

5.1

LAPORAN AKTIVITI
Pada 5 Februari 2015, sebanyak 98 orang guru pelatih yang terdiri daripada

opsyen Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Bimbingan dan Kaunseling
dan TESL telah mengikuti program bengkel Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan
Etiket Sosial dan Protokol. Kami telah berkumpul di Dewan Dato Khairuddin Ashari
(DDKA) pada pukul 2.00 petang untuk pendaftaran. Setelah semua guru pelatih
berkumpul, program telah bermula pada pukul 2.30 petang.

Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki


sebagai penceramah bengkel
Etiket Sosial dan Protokol.

Kami telah menjemput Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki, pensyarah Jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasional, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim sebagai penceramah bengkel. Skop bengkel meliputi tajuk pengucapan awam,
kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara aktif, tertib di meja makan,
pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian. Beliau telah menyampaikan pelbagai
maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami. Dr Ros telah
membincangkan tentang setiap skop bengkel Etiket Sosial dan Protokol secara jelas
dan terperinci agar guru pelatih dapat memahami dan menghayati etiket-etiket sosial
yang disampaikan.

Dr Ros juga menyampaikan ilmu


tentang kemahiran pengucapan
awam.

Dr Ros juga menyampaikan cara untuk berucap di tempat awam dengan


berkesan termasuklah persembahan ucapan yang baik seperti mengawal gagap,
menganalisis diri, mengumpul bahan, menyusun bahan, merancang pengenalan,
merancang penutup dan berlatih sebelum menyampaikan ucapan. Kemahiran
pengucapan awam amat penting kepada kita sebagai guru kerana guru perlu
menyampaikan pengajaran dengan penuh keyakinan. Oleh itu, melalui bengkel ini, kami
telah memahami ciri-ciri untuk menjadi seorang pengucap yang baik.

Beberapa orang guru pelatih dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri


positif yang ada pada diri sendiri mengikut nama mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini ialah kami diminta menulis
nama panggilan atau nama yang pendek untuk memikirkan ciri-ciri positif bermula
dengan huruf nama sendiri. Contohnya, Dr Ros (R-responsible, O-Obedient, S-Special).
Selepas itu, beberapa orang dipanggil untuk menyatakan ciri-ciri positif yang ada pada
mereka. Guru-guru pelatih amat seronok dan gembira akan slot ini kerana dapat lebih
mengenali dan memahami ciri-ciri positif yang terpendam pada diri sendiri.

Dr Ros membincangkan isu etika

berpakaian dalam kalangan guru


pelatih.

Di samping itu, Dr Ros juga menyentuh tentang kesantunan berbahasa agar


kami dapat berkomunikasi dengan bertatasusila dan bersopan. Selain itu, beliau juga
mendedahkan etika berpakaian yan sopan dalam kalangan guru pelatih. Beberapa
contoh siswa guru lelaki dan perempuan yang berpakaian dengan sopan dijadikan
teladan. Beliau juga menunjukkan satu video tentang etika ketika makan. Melalui video
tersebut, kami telah mempelajari cara yang betul semasa makan, cara duduk dengan
betul dan sebagainya.

Pengerusi Program Bengkel


memberikan cenderamata kepada Dr
Ros Eliana binti Ahmad Zuki.

Akhir sekali, Pengerusi Program Bengkel ini telah memberikan cenderamata


kepada Dr Ros Eliana binti Ahmad Zuki sebagai penghargaan.

5.2

ISU/ MASALAH
Dr Ros melontarkan isu tentang kekurangan pengetahuan etiket sosial dan

protokol seperti tidak mempunyai kemahiran pengucapan awam. Selain itu, generasi
muda yang kurang mengambil berat tentang kesantunan berbahasa dan selalu biadab
semasa bercakap.

5.3

ANALISIS SWOT
5.3.1 KEKUATAN
1

Menguasai kemahiran pengucapan awam yang memanfaatkan para


guru pelatih

Memahami dan mengenali kelebihan diri serta mengasahkan


kelebihan tersebut dalam bidang pendidikan

Mengetahui etika makan dan menjaga tatatertib semasa berada di


meja makan

Membina keyakinan diri dari segi mental dan fizikal

Meningkatkan kreativiti diri sebagai seorang guru supaya dapat


membuka minda murid-murid.

5.3.2

KELEMAHAN
1

Suasana dewan agak suram oleh sebab cahaya yang tidak


mencukupi.

Guru pelatih berasa letih kerana bengkel diadakan pada waktu


petang.

Berlakunya gangguan semasa kebanyakan guru pelatih keluar dari


dewan semasa bengkel berlangsung

5.3.3

PELUANG
1

Berpeluang untuk mengembangkan kemahiran pengucapan awam


sendiri

2
5.3.4

Dapat memastikan kekuatan diri serta membina keyakinan diri

ANCAMAN
-Tiada-

5.4

REFLEKSI KENDIRI
Pada 5 Februari 2015 , guru pelatih 3 PISMP berjaya menganjurkan Program

Bengkel Etika Sosial dan Protokol di Dewan Dato Khairuddin Ashari, IPGKTI. Program
ini bertujuan untuk membentuk kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Dengan
menyertai bengkel ini, saya betul-betul dapat membuka minda dan lebih memahami
etika yang sesuai dan sopan sebagai seorang guru yang profesional dalam pelbagai
situasi. Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan role model kepada anak murid
di sekolah. Imej dan keterampilan guru sering menjadi faktor penting bagi seseorang
guru dihormati oleh muridnya. Sekiranya guru sendiri mengamalkan sikap dan akhlak
yang mulia, murid secara automatik akan menjadi sopan dan berdisiplin. Justeru, saya
akan sentiasa mengingati diri sendiri supaya mematuhi etika dan protokol seseorang
guru serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pengucapan awam,
kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara aktif, tertib di meja makan,
pengendalian majlis rasmi, dan etika pemakaian.
Guru-guru pelatih telah memberi komitmen yang baik dan memasang telinga
semasa Dr. Ros berkongsi idea dan pengalamannya dengan kami. Dr. Ros memang
seorang pensyarah yang berpengalaman dan tidak bersikap kedekut untuk berkongsi
ilmunya. Ucapan beliau yang mengandungi unsur kecindan menyebabkan saya berasa
seronok dan tidak membosankan. Antara kata-katanya yang paling menarik perhatian
saya ialah semasa beliau menceritakan pengalaman sebenarnya tentang bagaimana
beliau berjaya dalam kehidupannya. Pada pendapat saya, ini merupakan ilmu yang
berharga dan tidak dapat dipelajari dalam buku. Menurut beliau, langkah yang paling
berkesan untuk mengasah kemahiran pengucapan awan ialah berlatih. Saya memang
bersetuju dengan ucapan beliau kerana saya merupakan seorang yang mudah cemas
semasa berhadapan dengan orang ramai pada satu ketika dahulu. Namun, setelah
beberapa kali dipilih oleh cikgu untuk menyertai pertandingan bercerita, bersyarahan
dan berpidato di sekolah menengah, akhirnya saya dapat berutur dengan yakin di
hadapan khalayak.
Saya telah mempelajari beberapa teknik pengucapan awam seperti melakukan
gerakan tarik nafas semasa cemas dan memahami latar belakang pendengar sebelum

berucap serta menguasai tajuk yang akan disampaikan. Saya percaya bahawa dengan
tip-tip yang diberi oleh Dr. Ros, maka saya dapat memperbaiki lagi kemahiran
pengucapan awam saya. Selain itu, saya juga dapat menonton video tentang etika
pemakanan yang sopan. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari cara yang betul
untuk memegang dan meletak sudu dan garpu, cara duduk, cara makan dan minum.
Dengan menguasai etika-etika tersebut, saya percaya bahawa imej guru dapat
dipertingkatkan dan mendapat sanjungan daripada murid serta rakan sejawat.
Objektif bengkel ini berjaya dicapai kerana para guru pelatih dapat mempelajari
ilmu pengetahuan tentang etika pemakaian, pengucapan dan pemakanan di samping
meningkatkan kualiti keperibadian dan profesionalisme seorang guru. Sebagai seorang
guru profesional, pakaian yang sopan adalah sangat penting. Misalnya, baju kemeja
yang kemas. Di samping itu, etika pemakanan juga amat peting bagi seseorang guru
kerana segala gerakan guru sering diperhatikan oleh anak murid. Etika pemakanan
yang buruk akan menjejaskan imej guru dan berkemungkinan akan dihina oleh murid.
Saya mendapati bahawa cara saya menggunakan garpu dan pisau kecil adalah salah.
Oleh itu, saya akan mengamalkan etika pemakanan yang sopan dan memperbaiki
kelemahan saya selepas bengkel ini.
Pada hemat saya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki supaya
bengkel ini dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Keadaan dewan yang agak suram
boleh menjejaskan tumpuan pelajar semasa mendengar. Selain itu, ramai guru pelatih
berasa penat dan mula kehilangan fokus kerana bengkel ini dijalankan pada waktu
petang. Jika keadaan dibenarkan, bengkel ini sepatutnya dilaksanakan pada waktu pagi
supaya guru-guru pelatih lebih bersemangat untuk mempelajari apa yang disampaikan
oleh penceramah. Dengan ini, objektif bengkel ini akan dicapai dengan lebih efisen.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang
sudi memberikan ceramah kepada kami, iaitu Dr. Ros. Program ini amat berguna bagi
seorang guru buat masa kini dan masa hadapan kerana ia membina pengalaman baru
kepada kami untuk menonjolkan imej sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Saya
akan mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari dalam bengkel ini sepanjang
kehidupan saya. Bukan itu sahaja, saya akan sentiasa mempelajari etika lain untuk
melengkapkan diri serta meningkat imej diri.

6.0

PENUTUP
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Fasa Tiga ini berupaya melahirkan

warga pendidik yang berkarisma dan berketerampilan dalam semua aspek, iaitu
jasmani, rohani, sosial dan intelek. Tambahan pula, program ini memberi pengalaman
dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada guru pelatih. Hal ini melahirkan para
pendidik yang dapat memberi sumbangan besar terhadap masyarakat dan negara.
Segala aktiviti yang dijalankan dalam program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan
sistematik atas bimbingan pensyarah-pensyarah serta komitmen yang menyeluruh
dalam kalangan guru pelatih terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

LAMPIRAN
AKTIVITI KEMASYARAKATAN
22 JAN 2015 (KHAMIS)
NO
.
1.

GAMBAR

KETERANGAN
Guru pelatih mula mengisi air di dalam
baldi untuk memulakan kerja-kerja
pembersihan.

2.

Guru-guru pelatih mengambil gambar


di

kebun

bunga

selepas

selesai

beramah

mesra

mengemas dorm.

3.

Guru-guru

pelatih

dengan penghuni Rumah Cheshire.

4.

Sesi penggambaran guru pelatih dan


mentor bersama-sama dengan Encik
Singh

sebagai

berpisah

kenangan

sebelum

LAMPIRAN
BENGKEL
5 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)
NO.
1.

GAMBAR

KETERANGAN
Dr Ros juga menyampaikan ilmu
tentang kemahiran pengucapan awam.

2.

Beberapa orang guru pelatih dipanggil


untuk menyatakan ciri-ciri positif yang
ada pada diri sendiri mengikut nama
mereka.

3.

Pengerusi
Program
Bengkel
memberikan cenderamata kepada Dr
Ros Eliana binti Ahmad Zuki.

You might also like