You are on page 1of 1

4/3/2015

Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan


Kejayaan Dalam Pelajaran
Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk
memastikan kejayaan dalam pelajaran.
*** *** *** *** ***
Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Pelajaran dapat menjamin masa depan pelajar dalam apa juga
bidang yang mereka minati. Oleh itu, pelajar haruslah belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan
mereka berjaya pada masa hadapan.
Antara langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran ialah berniat atau berazam
memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Keazaman yang tinggi akan mendorong pelajar berusaha dengan
lebih gigih bagi mencapai kejayaan.
Seterusnya pelajar hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar bagi memastikan mereka
faham akan apa yang dipelajari di kelas. Mereka juga mestilah segera bertanya guru jika tidak faham akan
sesuatu topik pelajaran supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.
Selain itu, pelajar haruslah membuat jadual waktu di rumah bagi memastikan mereka dapat menggunakan
masa seperti yang dirancang. Apabila pelajar pandai membahagikan masa, ini akan membantu mereka
berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, jagalah kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya
pelajar sentiasa berkeadaan cergas dan cerdas. Kesihatan yang baik akan memudahkan pelajar
memahami apa yang dipelajari.
Dalam pada itu, disiplin diri juga menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran. Pelajar yang
berdisiplin akan membolehkan mereka berjaya dalam pelajaran kerana mereka tidak terjerat dengan
pelbagai masalah disiplin yang boleh menggangu mereka dalam pelajaran.
Kesimpulannya pelajaran amat penting kepada para pelajar. Orang yang berilmu sudah tentu akan
dipandang mulia. Oleh itu, kita mestilah mengikut langkah-langkah yang betul untuk berjaya dalam
pelajaran.

data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%

1/1

You might also like