You are on page 1of 1

4/3/2015

Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar


Kemalangan Jalan Raya
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan
Raya di Negara Kita".
Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturanperaturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu,
mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga
keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah
tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa
dalam pemanduan.
Hadirin sekalian,
Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini
kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan
dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak
disangka atau mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa
memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".
Sekian, terima kasih.

data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%

1/1

You might also like