You are on page 1of 3

REFLEKSI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

Bagi guru pelatih semester 5 Institut Pendidikan Guru, kami wajib menganjurkan
kejohanan olahraga tahunan sejajar dengan kehendak silibus subjek kokurikulum. Bagi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, kejohanan ini dinamakan Kejohanan
Olahraga Tahunan, namun pada tahun 2015, nama kejohanan ini telah ditransformasikan
kepada Kejohanan Balapan dan Padang. Tugas-tugas untuk menjayakan kejohanan ini
dibahagikan sama rata kepada semua kelas semester 5. Kelas kami iaitu kelas TESL 2 telah
mendapat tugas ahli jawatankausa majlis perasmian dan majlis penutup dan ahli
jawatankuasa tugas-tugas khas. Sepanjang proses menjayakan kejohanan ini, terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat kami simpulkan.
Secara amnya, tugas utama kami ialah bertanggungjawab dalam menganjurkan
majlis perasmian Kejohanan Balapan dan Padang di Dewan Wawasan dan di padang IPG
Kampus Kota Bharu. Bagi majlis perasmian di Dewan Wawasan, kami telah menyediakan
gimik pentas berunsurkan tema utama kejohanan kali ini iaitu Avatar. Kami juga
bertanggungjawab dalam menyediakan video gimik dan lagu tema kejohanan. Bagi majlis di
padang pula, kami menggunakan khidmat professional daripada syarikat luar iaitu Ja Magic
untuk menyempurnakan majlis perasmian yang lebih gah menggunakan teknologi yang
disediakan oleh syarikat tersebut. Bagi tugas-tugas khas pula, kami telah menyediakan
bendera logo Kejohanan Balapan dan Padang untuk dinaikkan di padang ketika waktu
perasmian.
Kekuatan kami yang boleh dibanggakan ialah kerjasama antara guru pelatih yang
diberikan ketika menjalankan tugas kami sebagai ahli jawatankuasa majlis perasmian dan
majlis penutup dan ahli jawatankuasa tugas-tugas khas sangat utuh. Menggalas
tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa majlis perasmian dan majlis penutup bukanlah
sesuatu tugas yang mudah. Kami telah memulakan tugas tiga minggu lebih awal sebelum
tarikh gimik sebenar berlangsung. Pada minggu pertama, kami mula merakam video gimik
untuk kejohanan ini. Bagi menjayakan video gimik, kami perlu membahagikan pelbagai
tugas seperti kostum, penata bunyi dan skrip secara sama rata. Ketika proses
penggambaran video, semua ahli kelas kami telah turun padang untuk bersama-sama
membantu menjayakannya. Oleh kerana penggambaran dijalankan di padang, keadaan
agak mencabar oleh faktor angin. Namun dengan kudrat seramai 21 orang, separuh
daripada kami telah memegang kain hijau atau green screen pada setiap bucu untuk
mengelakkan daripada kain itu terbang. Kerjasama ini sememangnya sangat kuat dan tiada
siapa yang mengeluh. Kami sendiri tidak menyangka kami mampu menyumbangkan

kredibiliti sebegini effisien. Kerjasama kami juga jelas kelihatan ketika proses menyiapkan
pentas. Pada minggu kedua, kami telah turun setiap malam di Dewan Wawasan untuk
menyiapkan prop pentas. Kami bekerjasama dengan kelas TESL 3 selaku ahli jawatankuasa
persiapan tempat. Kami semua telah menjalankan tugas masing-masing dengan efisien dan
mampu menggalas bahu membantu antara satu sama lain.
Namun begitu, kami juga tidak ketinggalan dalam mempunyai kelemahan.
Kelemahan kami yang paling ketara ialah dari segi pengurusan masa. Ungkapan melayu
dahulu kala sering mengaitkan masa dengan emas. Masa itu emas. Mungkin pada masa
dahulu, emas ini tampak berharga dari segalanya. Walaupun hanya segelintir daripada kami
yang tidak mematuhi masa, namun sikap segelintir pihak ini telah sedikit sebanyak
mengganggu kelicinan program. Memanglah realitinya terlewat melaksanakan sesuatu
tindakan adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Namun hanya segelintir yang
betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup
bermakna untuk melakukan tugas-tugas yang telah diberikan. Kelemahan dalam
pengurusan masa telah menyebabkan beberapa tugas kecil kami tertunda. Tanpa tugastugas kecil, tugas-tugas besar tidak dapat disempurnakan.
Penambahbaikan yang boleh diambil bagi mengatasi kelemahan ini pada masa
hadapan ialah dengan menyediakan jadual tugas. Seharusnya kami perlu menyiapkan
jadual dan sudah menetapkan apa yang perlu disiapkan setiap kali kami berjumpa. Salah
satu faktor utama orang suka melengah-lengahkan

dalam melakukan sesuatu perkara

adalah kerana tidak tahu tugasan seterusnya yang perlu dibuat oleh mereka. Ataupun
tugasan

yang

diberikan

terlalu

samar-samar. Pada

masa

hadapan,

kami

perlu

membahagikan setiap tugasan besar yang ada kepada beberapa tugasan kecil.
Kemudiannya mengenal pasti tindakan yang perlu dibuat untuk setiap masa tersebut.
Dengan menjalan inisiatif seperti ini, kami mampu mengemudikan sesuatu program dengan
lebih teratur.
Pengalaman yang paling berharga saya timba sepanjang program kejohanan ini
berlangsung ialah pengalaman dalam bertoleransi. Dalam satu komuniti yang besar, kami
perlu berhubung dengan ajk-ajk yang lain daripada kelas-kelas yang lain. Sebelum ini, kami
tidak pernah berganding bahu dalam menjayakan sesuatu program yang besar. Oleh kerana
terlalu ramai pihak, kadangkala tercetus sedikit perselisihan faham antara kami semua.
Kami telah belajar cara mengawal emosi dalam menyelesaikan masalah. Sikap toleransi
yang tinggi perlu diamalkan dalam hidup bermasyarakat. Program ini sememangnya telah
banyak mengajar erti kemanusiaan.

Kesimpulannya, penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang sememangnya satu


usaha yang murni. Selain dapat dapat menyihatkan tubuh badan, kami sebagai guru pelatih
juga telah banyak menimba ilmu pengetahuan dalam menganjurkan program. Semua
pengalaman ini sangat berguna untuk kami praktikkan nanti apabila sudah bertugas sebagai
guru sebenar di sekolah. Program ini juga telah mengeratkan hubungan kami sesama guru
pelatih semester 5.

You might also like