You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

3-4

2.0

Fungsi Bahasa Kebangsaan Dalam Pendidikan

45

3.0

Fungsi Bahasa Ilmu Dalam Pendidikan

6-7

4.0

Fungsi Bahasa Rasmi Dalam Pendidikan

5.0

Kepentingan Bahasa Perpaduan

8-9

6.0

Kepentingan Bahasa Jiwa Bangsa

9 - 10

7.0

Kepentingan Bahasa Komunikasi

10 - 11

8.0

Kesimpulan

11 - 12

9.0

Bibliografi

13

1.0

Pendahuluan
Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa itu akan dapat dikecapi

apabila bangsa itu menggunakan bahasanya sendiri. Bahasa memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia. Dengan adanya bahasa sesuatu bangsa itu akan dapat
berkomunikasi. Menurut [Bloch dan Trager ] mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang
pertuturan yang arbitari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Setiap
bahasa yang digunakan akan dapat berfungsi menjadi penghubung dalam memberi interaksi
yang jelas dengan penyataan perasaan dan juga fikiran melalui bahasa yang digunakan.
Semua negara mempunyai bahasanya sendiri. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa
Melayu. Sebagai warga Malaysia kita seharusnya berbangga kerana mempunyai bahasa
sendiri sebagai lambang jati diri. Oleh itu semua warga Malaysia perlu menghormati dan
mempertahankan bahasa Melayu kerana bahasa itu adalah bahasa kebangsaan kita.
Sebelum mencapai kemardekaan bahasa Melayu hanyalah sebagai bahasa pinggiran
di negeri sendiri. Dilihat semasa zaman penjajahan British bahasa Melayu terhad
penggunaannya, hanya dapat digunakan sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah
Melayu sehingga darjah empat [4] sahaja. Sehinggalah Penyata Razak 1956 diperkenalkan
telah mula mengangkat mertabat bahasa Melayu di guna dalam sistem pendidikan negara.
Melalui Penyata Razak penggunaan bahasa Melayu akan di guna sebagai bahasa pengantara
bagi semua Sekolah Rendah Kebangsaan [ SRK ]. Penyataan ini juga telah menjadi asas
kepada pembentukkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Di ambang menuju kemardekaan, kesedaran wujud di kalangan pemimpin dan rakyat
akan perlunya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akan memenuhi keperluan
dan kehendak negara dalam politik, ekonomi dan sosial bagi menggantikan sistem pendidikan
penjajah. Sistem pendidikan semasa zaman penjajahan telah berkembang tanpa
mempertimbangkan kepada keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Melalui objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dinyatakan di dalam
pendahuluan Akta Pendidikan 1961, Bahawa dasar pendidikan seperti yang diisytiharkan
dalam Ordinan Pendidikan 1957, adalah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik

Medium pengantara yang menggunakan bahasa Melayu di sekolah dirujuk sebagai


sekolah kebangsaan dan sekolah yang lain disebut sebagai sekolah jenis kebangsaan .
Namun kurikulum kebangsaan digunakan di semua jenis sekolah
Kepengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam bidang pendidikan
pada hari ini menjadi keutamaan melalui dasar pendidikan negara baik di peringkat sekolah
rendah, menengah dan universiti. Perkembangan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantara dalam bidang pendidikan telah terbukti. Dimana bahasa Melayu sudah
mampu berperanan sebagai bahasa akademik dengan dapat memperkatakan pelbagai aspek
ilmu dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, kedoktoran, dan undang-undang serta sastera,
kemasyarakatan dan agama. Kesimpulannya bahasa Melayu sudah mencapai taraf bahasa
ilmu yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan dalam pelbagai bidang
ilmu.
2.0

Fungsi Bahasa Kebangsaan Dalam Pendidikan


Kerajaan telah memainkan peranan dalam mengmbil langkah yang lebih berkesan

dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam semua bidang, sesuai
dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara 152
Perlambagaan Persekutuan, menyatakan bahasa Melayu dimartabatkan sebagai Bahasa
Kebangsaan dan asas pembinaan negara. Selain itu ianya juga dapat dilihat melalui Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang telah disemak dalam tahun 1971 dan begitu juga dalam
Pemberitahuan Undang-Undang No.410, 1967.
Bermula pada tahun 1970 kerajaan telah mengambil langkah yang lebih tegas dalam
memperkasakan bahasa Melayu. Dengan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantara di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat bagi menggantikan
bahasa Inggeris, di setiap peringkat sekolah rendah dan menegah. Penyataan ini dapat dilihat
melalui Laporan Hussen Onn 1971, Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk
memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi
dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris
secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah aliran
Inggeris.

Pemerkasaan bahasa Melayu adalah usaha yang berani dan tindakan yang wajar yang
perlu diambil oleh kerajaan dalam memastikan bahasa kebangsaan itu dapat diterima oleh
semua masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.Menurut [ Ismail Deraman ] permakasaan
bahasa Melayu ialah peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat
terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan dan Perlaksanaan Dasar bahasa tersebut.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam pendidikan dapat
dilihat melalui Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 menyatakan Bahasa Kebangsaan
hendaklah menjadi bahasa pengantara utama di semua institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi
pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini
Melihat kepada tujuan peranan bahasa kebangsaan digunakan dalam bidang
pendidikan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan
dalam melahirkan bangsa Malaysia yang intelek. Kesungguhan ini telah diterjemahkan
melalui usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam bidang
pendidikan . Begitu juga halnya dengan kurikulum pendidikan. Sepertimana yang telah
dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu
mengikuti kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah [KBSR] di sekolah-sekolah sepenuhnya menitikberatkan penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira menggunakan bahasa pengantara bahasa
Melayu. Selain daripada itu juga menerapkan pembinaan sahsiah diri dan kemahiran berfikir.
Penerapan nilai-nilai murni ini akan dapat melahirkan pelajar yang aktif, berketerampilan,
berbahasa, bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.
Kesinambungan ini dilangsungkan lagi seterusnya diperingkat sekolah menengah
pula.

Dimana

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Menengah

[KBSM]

melaksanakan

pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantaranya. Melalui sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSM memberi penekanan kepada
penguasaan bahasa Melayu yang bermutu berdasarkan ketetapan tatabahasa, kecekapan
berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem
bahasa, dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Menurut
Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz [1999], tumpuan dan penekanan adalah untuk
membimbing pelajar ke arah pemupukkan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan
nilai murni masyarakat Malaysia yang universal.
4

Bahasa kebangsaan juga melambangkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara


mardeka. Kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara itu akan dapat memberi kemajuan
kepada sesebuah negara. Pengalaman lalu telah mengajar kita akan bertapa perlunya
perpaduan antara kalangan kaum yang ada itu perlu dikekalkan. Oleh itu bahasa memainkan
peranan penting dalam mengujudkan perpaduan tersebut. Dalam mencapai hasrat yang
diinginkan oleh negara institusi-institusi pendidikan khususnya sekolah memainkan peranan
yang amat penting dalam memupuk perpaduan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantara utama.
3.0

Fungsi Bahasa Ilmu Dalam Pendidikan


Dengan memperkasakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara,

memperlihatkan bahawa bahasa Melayu akan mampu menjadi bahasa ilmu. Bahasa ilmu
adalah bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantara dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan di peringkat sekolah rendah, menegah dan pengajian tinggi dengan seiring
menekankan terhadap membudayakan ilmu. Secara langsung peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu telah dapat mengujudkan pendemokrasian dalam pendidikan.
Semuanya ini dapat dilihat apabila sejumlah besar generasi muda dapat belajar dalam
mendapatkan ilmu dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga telah
terbukti berkeupayaan dan mampu mengendalikan penyampaian ilmu dengan menggunakan
bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi. Sebagai contoh Universiti Kebangsaan
Malaysia telah ditubuhkan dalam tahun 1970 telah mampu menerima pelajar-pelajar dalam
aliran bahasa Melayu. Pada hari ini semua pusat penajian tinggi telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Menyedari akan kepentingan bahasa ilmu ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mencetak dan menyediakan keperluan-keperluan buku teks dalam
bahasa Melayu dengan usaha dan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memenuhi
keperluan pembelajaran.
Menurut Abdul Hamid Mahmood [2002], misalnya memperkatakan konsep ekonomi,
maka perlulah bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah, dan laras bahasa
yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal
perdagangan, perindustrian ringan dan berat, perniagaan, saham, pengurusan perakuanan
dan perangkaan. Penyataan ini adalah bermaksud bahasa Melayu perlu mempunyai kekuatan

setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran
ilmu moden.
Penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti dalam sisitem pendidikan negara telah
membuka ruang kepada semua golongan masyarakat, untuk berpeluang belajar di pusat
pengajian tinggi. Banyak sudah anak bangsa kita yang berupaya memajukan diri dan
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Menurut Tan Sri Dato Haji
Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin [ 2011 ], Kemajuan pesat negara kita dicapai selepas
bahasa kebangsaan menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sisitem
pendidikan negara kita. Bukankah ini satu bukti yang terang lagi nyata tentang kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.
Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasabahasa lain. Untuk mencapai taraf bahasa ilmu, ianya perlu memiliki dua ciri penting iaitu
keintelektualan bahasa, dan kesempurnaan bahasa. Menurut Dato Hj.Hassan Ahmad [1986],
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai dua
peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan
pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat perpaduan dalam negara
berbilang bangsa dan agama.
Melalui Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia [KPM] memberi penekanan kepada peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Ianya telah menggariskan enam teras utama iaitu;
membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan,
merapatkan jurang pendidikan,memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan.
Bahasa Melayu dilihat mampu menjadi bahasa ilmu yang baik Adalah penting untuk
rakyat Malaysia sendiri menaruh keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu sebagaimana bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Perancis yang kukuh keyakinan
terhadap bahasa mereka [ Datuk Raslin Abu Bakar 2011 ]
Pada hari ini bahasa Melayu telah diajar dan dikaji oleh 108 buah pusat pengajian
tinggi di serata dunia. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berfungsi sebagai
bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa dalam ilmu moden. Sejarah telah
membuktikan kehebatan bahasa Melayu telah pernah mengunkapkan bahasa ilmu semenjak
6

abad ke-6 lagi, sebagai sebuah bangsa yang mempunyai tamadun yang tinggi. Bahasa Melayu
perlu terus dimertabatkan dan diberi kepercayaan akan mampu menjadi bahasa imu di
peringkat tinggi yang dapat menjana minda bangsanya.
4.0

Fungsi Bahasa Rasmi Dalam Pendidikan.


Dalam pendidikan bahasa rasmi yang digunakan sebagai bahasa pengantara dalam

penyampaian ilmu adalah bahasa Melayu. Bahasa rasmi itu adalah bermaksud bahasa yang
digunakan dalam keadaan rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, dalam
pendidikan negara dan upacara rasmi dan sebagainya. Oleh itu, kita sebagai warganegara
Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu dengan mempelajari, mengamalkan, dan
membudayakannya. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
adalah kerana sifat kebersamaan dan kesejagatan yang dimiliki oleh bahasa Melayu. Sifat
kesejagatan bahasa Melayu itu menjadi asas membentuk perpaduan, berdasarkan kepada
kebolehan kaum berbilang bangsa menguasai dan bertutur bahasa Melayu itu menjadikannya
dipilih sebagai bahasa rasmi negara.
Bahasa rasmi adalah bahasa yang telah diisytiharkan sebagai bahasa utama yang akan
digunakan secara meluas dalam semua bidang urusan sesebuah negara. Dengan itu negara
kita telah meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan teratas berbanding bahasa-bahasa lain
yang ada. Menurut Awang Sariyan [ 2011 ], sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah
menjadi wahana komunikasi rasmi yang menggerakkan jentera pentadbiraan kerajaan dalam
membangunkan negara dalam pelbagai sektor. Sektor utama negara seperti pentadbiran,
pendidikkan, undang-undang dan kehakiman serta media massa menjadi lancar dan mencapai
tahap kecekapan melalui bahasa Melayu sebagai wahana utamanya.
5.0

Kepentingan Bahasa Perpaduan.


Negara kita Malaysia mempunyai berbagai etnik kaum di dalamnya, juga dikenali

sebagai masyarakat majmuk. Kepelbagaian kaum yang ada, sudah pasti Malaysia mempunyai
berbagai bahasa dan budaya yang mewakili kaum yang ada. Oleh itu keperluan mengujudkan
perpaduan dan membentuk identiti bangsa menjadi agenda utama negara. Melalui hasil kajian
menurut Hasmah Hj.Omar:[1985], peranan bahasa Melayu atau disebut bahasa Malaysia
sebagai bahasa perpaduan perlu dipandang lebih serius. Dalam konteks negara Malaysia,
menurut Syed Hussein Alatas: [1981], bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa dalam pendidikan di Malaysia, yang telah
7

dipilih dan dipersetujui secara bersama-sama kerana memiliki kekuatan dan sejarahnya
yang tersendiri. Kepentingan utama bahasa itu adalah untuk mewujudkan perpaduan. Dengan
menggunakan satu bahasa dapat menggambarkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang
harmoni kerana kesatuan pelbagai etinik dalam menuturkan satu bahasa itu dapat
melambangkan perpaduan sejagat. Dalam konteks ini kita dapat melihat bahawa kepentingan
bahasa Melayu itu adalah dalam mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum.
Penerapan nilai-nilai murni dikalangan pelajar dengan mengamalkan sikap toleransi,
berkerjasama dan hormat menghormati dapat dilihat melalui Falsafah Pendidikan Negara.
Nilai-nilai murni ini perlu menjadi amalan pelajar, dalam usaha melahirkan masyarakat
Malaysia yang rela berbakti dan berkorban bagi mengujudkan perpaduan kaum. Bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa pengantara dalam penyampaian ilmu dan mata pelajaran
Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib. Melihat kembali kepada Penyata Razak
1956, menyatakan bahawa tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan
murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara. Walau bagaimanapun,
kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh
dipaksa secara mendadak. Berdasarkan kenyataan ini jelas bahawa dasar pendidikan yang
dilaksanakan telah dapat membentuk perpaduan di negara ini.
Dengan itu semua pelajar tanpa mengira kaum akan meningkatkan penguasaan
berbahasa berkomunikasi, fasih, lancar dalam pertuturan, cekap, kritis dan analisis dalam
pembacaan serta kreatif dan produktif dalam menghasilkan penulisan. Dengan itu akan dapat
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara seperti yang diinginkan.
6.0

Kepentingan Bahasa Jiwa Bangsa.


Menurut Kamus Dewan, bahasa adalah sistem lambang bunyi yang diguna sebagai

satu alat untuk berkomunikasi. Pengertian jiwa adalah bermaksud nyawa atau roh.
Manakala bangsa pula adalah bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan. Melihat kepada konsep bahasa dan bangsa akan menjurus kepada pengertian
bangsa Malaysia dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa Malaysia yang
digunakan sebagai bahasa pertuturan. Masyarakat Malaysia dikenali sebagai masyarakat
majmuk, yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat tiga kaum utama yang membentuk
bangsa Malaysia, iaitu Melayu, China dan India.

Kepelbagaian kaum sudah pasti mewujudkan kepelbagaian bahasa berdasarkan kaum


yang sedia ada di negara kita. Dalam usaha negara mengujudkan keamanan, agenda utama
yang sering diberi penekanan adalah perpaduan. Perpaduan memainkan peranan yang amat
penting dalam kemajuan sesebuah negara. Keamanan dan keharmonian tidak akan tercapai
seandainya perbalahan antara kaum itu wujud dalam kalangan masyarakat. Oleh itu
masyarakat Malaysia perlu menghayati, mengamalkan serta menghargai bahasa Melayu
sebagai wadah perpaduan sejagat. Sesuai dengan motonya Bahasa Jiwa Bangsa.
Bahasa Melayu di Malaysia bukan sahaja menjadi milik kaum Melayu, tetapi juga
adalah milik kaum China dan India. Perkongsian yang wujud dan berlaku di Malaysia bukan
sahaja dari aspek menduduki satu kawasan bersama, tetapi juga berkongsi dalam penggunaan
bahasa yang sama. Perpaduan yang wujud di Malaysia ini sesuatu yang unik, serta amat
jarang sekali terdapat di negara lain, masyarakat yang berbilang kaum boleh bersatu di bawah
satu bahasa satu bangsa dan satu negara.
Menyedari hakikat kepentingan perpaduan itu perlu dikekalkan masyarakat harus
diterapkan dengan semangat yang sentiasa menjiwa bahasa dan bangsanya. Nilai kesedaran
ini perlu bermula sedari awal, oleh itu institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam
melaksanakan agenda ini. Dengan adanya penerapan nilai menghormati dan menghargai
perpaduan diawal alam persekolahan, semangat mencintai bangsa dan negara itu akan dapat
menjadi satu pegangan yang akan menjadi ikatan mewujudkan perpaduan dan menjadi
lambang jati diri anak Malaysia.
7.0

Kepentingan Bahasa Komunikasi


Bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya

bahasa manusia akan dapat berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun tulisan. Di negara
kita bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua urusan rasmi
negara. Bahasa Melayu juga dapat dituturkan dan difahami oleh semua kaum yang ada di
Malaysia. Bahasa Melayu juga kaya dengan nilai murni dan kesopanannya. Budi bahasa
adalah sesuatu yang penting apabila bertutur dan berkomunikasi. Peranan bahasa dalam
komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Menyampaikan sesuatu maksud, memerlukan
penggunaan bahasa yang betul dan tepat dalam memberikan makna.
Penggunaan bahasa Melayu yang semangkin meluas peranan dan fungsinya,
memerlukan pengamal yang bermutu tinggi dalam penguasaan dan penggunaan bahasa
9

Melayu. Oleh itu bahasa komunikasi ini telah menjadi bahasa utama dalam penyampian ilmu.
Pelajar di sekolah bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan kecekapan
berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sisitem bahasa Melayu. Kerana bahasa Melayu
mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya
sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang
mencerminkan akal budi rakyat Malaysia.
Peranan utama menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa melayu sebagai
bahasa komunikasi yang akan dapat mengwujudkan perpaduan melalui pendidikan.
Sesungguhnya pendidikan hari ini telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan
aspirasi negara dalam membentuk perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan
bahawa negara berjaya mengimbangi kewujudan integrasi nasional yang menjamin
kesejahteraan dan keamanan negara. Perpaduan rakyat juga dikenali sebagai pembentukan
satu negara bangsa dapat dicapai melalui pendidikan.
Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun
1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang
sama. Dimana bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantara di semua sekolah bagi
membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi
pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
8.0

Kesimpulan
Peranan dan kepentingan bahasa Melayu dalam arus perdana pendidikan negara

sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantara
di sekolah dalam penyampaian ilmu. Bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa Malaysia,
yang menjadi lambang bahawa, bahasa ini adalah bahasa untuk semua tanpa mengira kaum.
Penggunaan bahasa Malaysia dalam pendidikan negara adalah bertujuan untuk membentuk
perpaduan di kalangan semua kaum. Pelaksanaan hasrat negara dalam mengujudkan
perpaduan akan lebih berkesan dengan menerapkannya dalam sistem pendidikan negara.
Bahasa Malaysia adalah bahasa yang dapat dipertuturkan dan difahami oleh semua kaum
tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama.
Mewujudkan satu konsep kebudayaan Malaysia dicipta berdasarkan satu bahasa
kebangsaan iaitu bahasa Malaysia. Hasrat negara ini adalah bertujuan untuk mencipta dan
membetuk keperibadian sendiri sebagai lambang jati diri. Lambang keperibadian ini tidak
10

akan bererti sekiranya bahasa kebangsaannya bukan daripada bahasa bumiputera. Walaupun
bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan, namun masyarakat dari berbilang kaum dan
bahasa di Malaysia terus diberi kebebasan menganut kepercayaan agama, budaya dan bahasa
masing-masing.
Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sisitem pendidikan
negara adalah usaha ke arah memertabatkan bahasa Melayu. Bahasa merupakan nilai dan
budaya bangsa. Kemajuan yang dihasratkan oleh negara akan tercapai seandainya kita rakyat
Malaysia bersatu dan terus memelihara budaya bangsa tersebut. Pembinaan negara bangsa
bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting. Kemajuan
globalisasi masa kini mendedahkan kita kepada kepelbagaian sistem nilai budaya luar. Oleh
itu peranan bahasa Malaysia sebagai wadah menwujudkan keamanan dan perpaduan perlu
dikekalkan dan dipulihara melalui pendidikan yang akan dapat melahirkan kecemerlangan
modal insan yang akan menyumbang kepada kemajuan negara.
Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar semasa berada di alam
persekolahan. Para pelajar perlu digalak berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan
bangsa dan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara yang
berupaya mengwujudkan perpaduan dan bahasa dalam pelbagai disiplin ilmu. [ Jumlah
perkataan 2,959 ]

11

Rujukan
01. Rohaida Mashudi dan J. Sham Wahid, Julai 2010. Fungsi Bahasa Melayu dalam
Sistem Pendidikan. Majalah Dewan Masyarakat.
02. Hassan Ahmad, April 2011. Pemarkasaan dan Pemartabatan Bahasa Melayu.
Majalah Dewan Masyarakat.
03. Zaiton Darois, September 2010. Bahasa Melayu Hak Rakyat Malaysia. Makalah
Dewan Masyaraakat.
04. Abd Kadir Mohd Ayub, Disember 2011. Usaha Berterusan Memertabatkan Bahasa
Kebangsaan. Majalah Dewan Masyarakat.
05. Abang Patdeli Abang Muhi, Oktober 2012. Bulan Bahasa Kebangsaan Agenda
Nasional. Majalah Pelita Bahasa.
06. Mohd Helmi Ahmad, Oktober 2012. Bahasa Ibunda Tidak Dilupakan. Majalah Pelita
Bahasa.
07. Nawi Ismail, August 2012. Bahasa Melayu Bahasa Ilmu. Majalah Pelita Bahasa.
08. Siti Khariah Mohd Zubir, August 2012. Pemarkasaan Bahasa Melayu Dalam
Pembangunan Teknologi dan Budaya. Majalah Pelita Bahasa.
09. http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/10/ucapan-timbalan-perdana-menterimajlis.html
10. http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/03/peranan-bahasa-melayu-dalampembinaan.htm

12

13

You might also like