You are on page 1of 16

HBEF3203

SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

MEI /

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

HBEF3203
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

m.s.
2

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

2.1 Pengenalan
2.2 Konsep JSU
2.3 Fungsi JSU

2.4 Kepentingan JSU


2.5 Ciri-ciri JSU
2.6 Penggunaan Taksonomi Bloom dalam JSU

3.0 INDEKS KESUKARAN ITEM

4.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

5.0 Analisis Item

13

6.0

Maklumat Pentadbiran Ujian

14

7.0

Item yang diubah

8.0

Impak

9.0

Kesimpulan

15

RUJUKAN / REFERENSI

HBEF3203
1.0

PENGENALAN
Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya

dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat
penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,
merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan
susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian
adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh
maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau
kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan
jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di
mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan
adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat
membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian
dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat
untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan.
Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya,
yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.
Selepas

membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi

menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini
akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item,
Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu
dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

HBEF3203
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya perlu membentuk satu Jadual
Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran, melalui JPU berkenaan saya
perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan (Bahagian A) sebanyak 30 soalan
dengan item-item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan seterusnya mentadbirkannya
kepada sebuah kelas. Kemudiannya saya perlu menentukan indeks kesukaran, indeks
diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.
Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih subjek Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Berdasarkan subjek ini saya telah membina satu unit JPU bagi
memudahkan saya untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan dan soalan-soalan
subjektif berjawapan pendek yang akan saya tadbirkan di sekolah. Setelah soalan ini siap dibina,
saya telah mentadbirkan soalan ini kepada murid-murid Tahun 4 Dahlia yang terdiri daripada 30
orang murid dari Sekolah Kebangsaan Sri Delima, Kuala Lumpur.

2.0

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

2.1

Pengenalan
Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk

terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan satu
pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkesan. DIsamping itu ia juga disebut sebagai
test print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JPU dibina
hanya setelah Pembina ujian menetapkan jenis dankandungan ujian yang hendak dibina.

2.2

Konsep JSU
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian

(JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan
menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia
juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendakdiukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.
3

HBEF3203

2.3

Fungsi JSU
Fungsi utama pembinaan JSu adalah untuk :

2.4

mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian

menjadi garis panduankepada penggubal soalan

membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain

menentukan pemberatan terhadap bidang/topic tertentu

membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain

menyelaraskan aras kesukaran ujian

menstabilkan taraf dan mutu ujian

Kepentingan JSU

kertas ujian dapat digubal secara sistematik

kesahan dari segi perampelan sukatan pelajaran adalah terjamin

taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina
oleh pembina lain

2.5

Ciri-ciri JSU
Ciri-ciri utama JSU ialah :

penentuan tajuk

aras kemahiran yang hendak duji

paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran

paksi mendatar adalah kemahiran atau konstrak, bilangan soalan, dan


menentukan kesahan setiap ujian

HBEF3203
2.6

Penggunaan Taksonomi Bloom dalam JSU


Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada

domain kognitif yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DELIMA
KG. BATU, JLN. IPOH,

KUALA LUMPUR
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Nama Kertas: Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
Ujian
: PKSR 1
Rujukan
dalam
Sukatan
pelajaran

Tajuk

Daya Tahan
Kardiovaskular
Fleksibiliti
Kordinasi
1.Kecergasan
Imbangan
Fizikal
Ketangkasan
Daya Tahan otot
Kekuatan
Masa Tindak balas
Permainan
2.Kemahiran
Pendidikan Pergerakan
3.Kesukanan
Keselamatan
Pengurusan
4.Kesihatan Diri Kesihatan diri
dan Keluarga
Perasaan
Kekeluargaan
5.Pemakanan
Piramid makanan
Penyalahgunaan bahan
6.Kebersihan
Keselamatan
Penyakit berjangkit
Jumlah soalan / peratusan

Peringkat Kemahiran
II
III

M P S M P S M P S

Bilangan
soalan

Peratusan
Bilangan
soalan

12

30

10

12.5

12.5

20

15

40

100

I : Pengetahuan/Pemahaman
M - Mudah
II : Pemahaman dan Aplikasi
P - Pertengahan
III: Analisis, Sintisis, dan Penilaian
S - Sukar

HBEF3203
3.0

INDEKS KESUKARAN ITEM


Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks

Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk
soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.
Nilai (p)

Pengkelasan Item

0.00 0.20

Terlalu Sukar

0.21 0.40

Sukar

0.41 0.60

Sederhana Sukar

0.61 0.80

Mudah

0.81 1.00

Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa
soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi
maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang
terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu
sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat
membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi
keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti
konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai murid yang tidak dapat
menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan
kelemahan bahagianbahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada murid bagi setiap
6

HBEF3203
tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu
kandungan.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh murid selepas melaksanakan ujian di
sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah
diperolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada
jadual berikut :
Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa indeks kesukaran:
Contoh soalan 3 :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
p = 15
30
= 0.5
Indeks kesukaran = 0.50 sederhana sukar
Contoh soalan 18 :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
p = 19
30
= 0.63
Indeks kesukaran = 0.63 mudah

HBEF3203
No.Soalan
Nilai (p) / Aras Kesukaran
BAHAGIAN A
1
0.73
2
0.66
3
0.50
4
0.60
5
0.86
6
0.83
7
0.73
8
0.56
9
0.53
10
0.40
11
0.50
12
0.43
13
0.86
14
0.60
15
0.56
16
0.53
17
0.06
18
0.63
19
0.43
20
0.93
21
0.36
22
0.26
23
0.20
24
0.06
25
0.60
26
0.36
27
0.33
28
0.60
29
0.56
30
0.20
BAHAGIAN B
1a
0.50
1b
0.60
1c
0.53
1d
0.56
2a
0.60
2b
0.60
2c
0.80
2d
0.86
2e
0.80
2f
0.76
Jadual : Indeks Kesukaran Item Bahagian A dan B
8

Pengkelasan Item
Mudah
Mudah
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Terlalu mudah
Terlalu mudah
Mudah
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Terlalu mudah
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Terlalu Sukar
Mudah
Sederhana Sukar
Terlalu mudah
Sukar
Sukar
Terlalu Sukar
Terlalu Sukar
Sederhana Sukar
Sukar
Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Terlalu Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Sederhana Sukar
Mudah
Terlalu Mudah
Mudah
Mudah

HBEF3203
4.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM
Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara
murid yang berkeupayaan rendah dengan murid yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi
boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U). RU adalah
bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid yang berpencapaian tinggi. RL
pula ialah bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berkeupayaan
rendah.T(L+ U) adalah jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks
diskriminasi item adalah seperti yang berikut :
Indeks Diskriminasi (d) =

(RU RL)

(1/2 T (L+U) )
Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :
Nilai ( d )
0.00 0.10
0.11 0.20
0.21 0.30
0.31 0.40
0.41 1.00

Pengkelasan Item
Tidak Baik
Kurang Baik
Sederhana Baik
Baik
Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN)
kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri
0.0, soalan soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan
murid pandai dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi
negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang
membezakan murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat
menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding murid pandai.
Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar
semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian
9

HBEF3203
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada murid pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu
kandungan dan mengenalpasti murid yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian
dalam bidang bidang tertentu.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh murid selepas melaksanakan ujian di
sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah
diperolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat
pada jadual di bawah.
Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa adalah sepeerti berikut:
Indeks Diskriminasi (d) =

(RU RL)

(1/2 T (L+U) )
Contoh soalan 5 : Markah Tinggi (RU)

(RU-RL)
T(L+U)

= 8 orang

Markah Rendah (RL)

= 5 orang

T(L+U)

= 8 orang

=85

= 0.37 Baik

Contoh soalan 25 : Markah Tinggi (RU)

(RU-RL)
T(L+U)

= 7 orang

Markah Rendah (RL)

= 2 orang

T(L+U)

= 8 orang

=72

= 0.62 Sangat Baik

10

No.Soalan
Nilai (d) / Aras Diskriminasi
BAHAGIAN A
1
0.37
2
0.37
3
0.37
4
0.25
5
0.37
6
0.62
7
0.62
8
0.37
9
0.25
10
0.37
11
0.50
12
0.25
13
0.37
14
0.50
15
0.75
16
0.75
17
0.12
18
0.62
19
0.62
20
0.25
21
0.87
22
0.75
23
0.37
24
0.00
25
0.62
26
0.75
27
0.37
28
0.25
29
0.25
30
0.00
BAHAGIAN B
1a
1.00
1b
1.00
1c
0.87
1d
0.87
2a
0.75
2b
0.87
2c
0.50
2d
0.37
2e
0.62
2f
0.62
Jadual : Indeks Diskriminasi Item
11

Pengkelasan Item
Baik
Baik
Baik
Sederhana Baik
Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Baik
Sederhana Baik
Baik
Sangat Baik
Sederhana Baik
Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Kurang Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sederhana Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Baik
Tidak Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Baik
Sederhana Baik
Sederhana Baik
Tidak Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Sangat Baik
Baik
Sangat Baik
Sangat Baik

HBEF3203

HBEF3203
5.0 Analisis Item
Soalan/ Item 1, 2 & 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 1, 2 dan 3 adalah 0.37. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan betul. Manakala untuk soalan 2 seramai 7 orang kumpulan tinggi dan 4 orang
dari kumpulan rendah dapat menjawabnya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai
dengan murid yang lemah.
-Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/ Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 4 adalah 0.25. Seramai 5 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 3 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini
dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sederhana baik untuk Penilaian
Rujukan Norman (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/ Item 24 & 30
-Indeks diskriminasi item bagi soalan 24 dan 30 adalah 0.00. Bilangan murid yang
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama
bilangannya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian
Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
-Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai.

12

HBEF3203
6.0

Maklumat Pentadbiran Ujian


6.1

Jenis ujian

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


-pertengahan penggal

6.2

Subjek

6.3

Bentuk soalan :

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan


Aneka pilihan ( 30 soalan ) dan
subjektif berjawapan pendek ( 10 soalan )

6.4

Masa

Satu jam

6.5

Kelas / Tahap :

Tahun 4 / Tahap 2

6.6

Purata Umur :

10 tahun

6.7

Bil. Murid

30 orang ( L = 14 orang, P = 16 orang )

6.8

Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sri Delima


Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

7.0

Item yang diubah

Soalan asal no.24


24. ________________ ialah jenis dadah yang boleh meningkatkan kekuatan dan
keupayaan otot seseorang.
A.
Amphetamines
C.
Ephedrine
B.
Oxymetholone
D.
Steroids Anabolic
Soalan baru
Perkhidmatan doktor pakar boleh didapati di _______________ kerajaan.
A.
B.

klinik
pusat kebajikan

C.
D.

13

wad
hospital

HBEF3203
Soalan asal no.30
30. Vitamin K mempercepatkan ____________ darah dan menghentikannya daripada terus
keluar dari tempat luka.
A.
menghentikan
C.
pencairan
B.
pengaliran
D.
pembekuan
Soalan baru
Mangsa yang diberikan pertolongan cemas perlu dihantar ke _____________
atau hospital yang berdekatan.
A.
B.

8.0

balai polis
rumah guru

C.
D.

klinik
pusat pemulihan

Impak
Setelah menyiapkan tugasan ini memberi peluang kepada kita untuk lebih mendalami

lagi tentang perlunya dan pentingnya menggunakan Jadual Spesikasi Ujian (JSU) di dalam
menyediakan sesuatu ujian. Di mana ianya lebih menampakkan keberkesanannya ke atas apa
yang hendak kita uji terhadap pencapaian murid-murid.
Indeks kesukaran item dan pengiraan indeks diskriminasi item juga berguna dan amat
berkesan di dalam menentukan sesuatu soalan atau ujian itu memenuhi objektif yang
dikehendaki. Kita dapat belajar dan mempraktikan cara-cara mengira dengan berpandukan
formula yang betul.

9.0

Kesimpulan
JSU, indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item sememangnya amat berguna

dan kaedah ,menganalisis soalan dan ujian yang perlu dibuat untuk memastikan soalan dan ujian
sesuai digunakan. Analisis soalan dibuat bagi mengesan kesesuaian soalan tersebut, terutama
dari segi aras kesukaran dan kuasa diskriminasinya. Seterusnya, ujian yang terdiri daripada
soalan-soalan tertentu, perlu dianalisis untuk menilai kesesuaiannya bagi sesuatu tujuan tertentu.
Selain menjelaskan analisis-analisis di atas, tugasan ini juga menurunkan beberapa kaedah
pengiraan untuk mendapatkan indeks kesukaran, dan diskriminasi.
14

HBEF3203
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Azizi Ahmad, (2011), Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan, Open Universiti
Malaysia(OUM)
Dzulkifli Ismail, (2008)Pendidikan Jasmani & Kesihatan Th.4, Sasbadi Sdn. Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997, PJPK. Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum
http://www.scribd.com/doc/45098352/Final-Assignment-2009-Hbef-3203-Pp
http://www.scribd.com/
http://www.scribd.com/doc/50185973/JSU-UPPM12006

15

You might also like