You are on page 1of 3

Berikut adalah soalan yang perlu dijawab oleh pelajar semasa menjawab kertas sejarah

islam.
1.Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan :
ISNIN 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah=20 april 571M
Catatan:
Berlaku perselisihan antara th Hijrah dan Masihi
a.20 April 571m sepatutnya 6 Rabiul Awal=hari sabtu)-52 Sh
b.Jika 12 Rabiul awwal sepatutnya 26 April 571m=hari jumaat-52Sh
Kesimpulan :Walaupun tarikh ini dibetulkan ia tetap tidak menepati hari ISNIN.
2.Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw Ibrahim wafat, telah berlaku
gerhana matahari pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia
63 tahun.

Berdasarkan kaedah kiraan falak,gerhana matahari yang berlaku pada tahun


10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi
Catatan:
(converter =tarikh ini jatuh pada hari sabtu 7 Januari 632m/5 shawal 10 hijrah)

Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya diundurkan 63 tahun ke belakang


mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada 1hb. Rabiul Awwal
menepati 12 April 571M.
Catatan:
Berlaku kecacatan antara tarikh Hijrah dan Masihi di atas dan perlu dibetulkan seperti
berikut.
a.12 April 571m ialah hari Jumaat/27 safar tahun gajah=-52Sh
b.1 Rabiul Awwal -52Sh ialah hari isnin /15 April 571m
3.Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan;
Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masehi usia 63 tahun
Catatan:
Perlu dibetulkan seperti berikut.
1. 8 jun 632 masehi =11 rabiul awwal tahun ke10 hijrah=hari jumaat
2. 12 rabiul awwal =14 Januari 632m(tahun lompat)=hari sabtu.
Setelah dibetulkan ia tetap tidak menepati hari isnin.

4.Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau


bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan
Rabiul Awwal. Ahli Falak Mahmud Pasya berpendapat hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul
Awwal bersamaan 20hb. April 571M.
Catatan:
Pendapat Mahmud Pasya ini boleh dibaiki seperti berikut
(converter =9 rabiul Awwal sebenarnya hari Selasa
**Sekiranya hari isnin tarikhnya ialah 22 april 571 m/8 rabiul awwal 52Sh
KESIMPULAN
1.TARIKH KELAHIRAN NABI
a) Isnin=1 Rabiul Awwal/15 April 571m atau
b) Isnin=8 Rabiul Awwal/22 april 571m( tarikh ini lebih kuat kerana lebih hampir kepada
pendapat ulama iaitu 9 Rabiul Awal.)
HURAIAN
c) Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin,
9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah
Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa AlKhuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir,
Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)
(converter =menyatakan tarikh ini jatuh pada hari selasa sekiranya hari isnin tarikhnya
ialah 22 april 571 m/8 rabiul awwal 52Sh)

2.TARIKH KEWAFATAN NABI


a) Isnin=6 Rabiul Awwal 11 h/4jun632m
HURAIAN
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang
telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk
menentukan tarikhnya iaitu:

Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H

Dalam bulan Rabiul Awwal

Antara 1hb. Hingga 12hb

Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)

Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada
hari Jumaat.(converter=9 Zulhijjah bukan hari jumaat tetapi hari sabtu) (Tafsir Al
Quraanul Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).


Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW
adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir,
Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).Huraian: sekiranya 81 hari sepatutnya nabi wafat pada hari ISNIN 21 safar 11 h
sekiranya diterima pakai ia menyalahi hari Isnin dan Bulan Rabiul Awwal yang
disepakati.Untuk menepati jangkaan hari Wukuf dan wafat ia sepatutnya 95 hari.
a) Berhubung dengan 1 Rabiul Awwal 11h pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama
sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu
Nuaim Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili
dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, Ar Raudhul Unuf, jilid 7, hal. 579).
Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi
kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan
dengan 25hb. Mei 632M. (converter=tarikh ini bukan hari isnin tetapi hari rabu.1 Rabiul
Awwal 11h bersamaan 30 may 632m bersamaan hari rabu)
b) Antara 1hb. Hingga 12hb Rabiul Awwal- tiada hari Isnin kecuali pada 6 Rabiul Awwal
11h.Selepas 95 hari nabi wukuf di arafah pada 9 zulhijjah 10h)
*SH=sebelum hijrah.
Alat=Calender Converter.
KESIMPULAN
>>Lahir=

a) Isnin=1 Rabiul Awwal/15 April 571m


b) Isnin=8 Rabiul Awwal/22 april 571m

>>Wafat=

a) Isnin=6 Rabiul Awwal 11 h/4jun632m

Walau bagaimanapun manusia dan alat yang diciptakan mempunyai kelemahan.Allah


sahaja yang mengetahui hakikatnya.Manusia bila mati tidak akan ditanya golongan
atau kelompok mana yang diikutnya tetapi sejauh mana ketaatan kepada Allah dan
sunah nabi yang telah diamalkan-wallah hu alam
*SH=sebelum hijrah.
Converter=Calender Converter ( ada di internet)

You might also like