You are on page 1of 17

Kepelbagaian sosiobudaya dari

aspek

KEPERCAYAAN
definisi
 Kepercayaan bermaksud akuan akan benar
akan sesuatu perkara . Seseorang yang
menaruh kepercayaan akan berasa ‘pasti’
terhadap sesuatu perkara yang berkenaan.
 Menurut kamus dewan (1994)
• Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan
diterima secara turun-temurun
 Dalam konteks agama:
• Adalah sebahagian daripada asas pembangunan moral,
dikenali sebagai akidah ataupun iman, yang akan
membentuk nilai dan menjadi amalan dalam kehidupan
masyrakat.
 Dalam konteks psikologi:
• Seuatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan memihak (propotional attitude)
KEPERCAYAAN MELAYU
 Masyarakat Melayu dahulu banyak
meninggalkan bermacam-macam kepercayaan.
 Mengandungi pelbagai pelbagai pantang
larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna
kepada anak cucunya.
 Kepercayaan dan pantang larang tersebut
bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan
secara halus.
Contoh:

 Duduk di atas bantal

• Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal


kerana dipercayai boleh naik bisul.
• Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana
hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak.
Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek
kepala diletakkan di bawah punggung.
 Bergendang dalam rumah
• Mendengar anak cucu mereka
bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding,
lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-
tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam
rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.”
• Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi
bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan
merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang
bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.
 Menjahit pada waktu senja
• Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam
pada waktu senja dengan segeranya akan berkata,
“Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru
engkau akan buta.”
• Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga
kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan
rosak atau jarum tercucuk tangan.
 Makan dengan menggunakan bekas retak
atau sumbing
• Apabila si isu melihat anaknya makan dengan
menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si
ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan
menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau
suami yang telah berkahwin dua atau tiga.”
• Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya
anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan
itu.
 Bersiul atau bernyanyi di dapur
• Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi
ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua.
• Anak gadis akan berhenti berbuat demikian kerana
anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan
seorang lelaki yang tua.
• Larangan ini adalah mengelakkan
berlakunya kecelakaan supaya
sebarang kerja di dapur mesti
dibuat dengan sempurna.
Tikus tidak boleh di seranah
 Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah.
Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan
barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas
lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu
benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana
sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu
tidak boleh digunakan lagi.
 Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar
jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh
menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak
disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah
manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar
tidak menyinggung perasaan orang lain.
KEPERCAYAAN INDIA
 Masyarakat india pula dikaitkan dengan dewa-
dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh
dan penunggu serta kesan negatif
 Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya
akan menerima nasib buruk atau kesan negatif.
 Contoh: perbuatan bersiul pada waktu malam
mengundang ular masuk ke dalam rumah.
 upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara
menyusun beras atau hampas kelapa yang telah
diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.

 Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana


perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi
juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut
sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
 Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap
ahli keluarga.
 Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak
bijan adalah upacara yang diwajibkan. Kebaikannya
bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat
dengki.
 Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan
perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini
bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan
kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad dengki
dan tamak.
KEPERCAYAAN CINA
 Masyarakat Cina percaya bahawa alam semesta dikuasai
semangat luar biasa.
 Semangat itu berada dalam fenomena alam seperti langit,
matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang
dan fenomena alam.
 Fenomena alam: dilkasifikasikan kepada yang dan yin.

 Contoh: ‘yang’ prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah


selatan, segala bentuk keaktifan. ‘yin’ prinsip untuk wanita,
bulan, arah utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang
bersifat pasif.
 (kubur dibersihkan dan dihiasi dengan kertas-kertas berwarna-warni
melambangkan kesetiaan anak-anak, cucu-cicit kepada simati)
 Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum April
4 dan sepuluh hari selepas April 4. Ini bermakna kaum Cina ada dua
puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Tanggung
jawab apa? Tanggung jawab memberi kerhormatan dan peringatan
kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah
meninggal dunia.
 Pantang Larang Semasa Perkahwinan
• Pengantin perempuan harus memakai kasut yang biasa
dipakainya bila meninggalkan rumahnya menuju ke kereta
pihak lelaki kerana ia menggambarkan bahawa pengantin
perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya
walaupun nasib baik ibu bapanya.
• Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin
lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak seharusnya
mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuan
masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi
menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan
datang.
ImPLikasi KEPERCAYAAN SALING
BERKAITAN
 Kepercayaan memberi halatuju manusia
tentang kehidupan.
 Nilai merupakan prinsip-prinsip yang
menentukan apakah yang sesuai dan bermoral
dalam sesebuah masyarakat.
 Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi
norma masyarakat tersebut.

You might also like