You are on page 1of 5

TEKS EMCEE MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER


TAHUN 2013
Yang dihormati Puan Habshah bt Mohamed, Penolong Kanan Akademik,
Yang dihormati Puan Che Suppiah binti Che Awang, Penolong Kanan HEM
Yang dihormati Puan Ng Sie Fong, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Nor Asiah bt Baharin, Penolong Kanan Ting 6,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Para kaunselor, Barisan pendidik,
barisan pemimpin pelajar serta
anak2 didik yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bubuh lada berulam pegaga
Hidangan desa membuka selera
Hidup selalu bersyukur pada-Nya
Agar dikurnia rahmat Yang Esa.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana atas kurniaan rahmat dari-Nya
dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi yang indah ini untuk
menyempurnakan majlis penyampaian watikah Pengawas & Pengawas Pusat
Sumber bagi tahun 2013.
Hadirin sekalian,
Untuk makluman semua, pada tahun ini julung2 kalinya diadakan perlantikan
Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber dalam satu majlis yang sama. Hal ini
bertujuan untuk melahirkan semangat kolaborasi dalam kalangan pemimpin
pelajar. Mudah2an dengan kerjasama sebegini mampu membentuk
keperibadian dan sahsiah yang tinggi dalam kalangan anak-anak didik SMK
Cyberjaya.

Warga dewan yang dihormati,


1 | Page

Lembaga Pengawas merupakan satu organisasi yang penting di sekolah.


Selain membantu pihak guru dan sekolah dalam menangani masalah disiplin
pelajar, Lembaga Pengawas juga menjadi tulang belakang
dalam
kebanyakan majlis rasmi di sekolah.
Pengawas Pusat Sumber Sekolah pula merupakan satu badan yang terdiri
drp murid2 yang ditubuhkan untuk membantu pengurusan dalam mencapai
matlamat dan objektif Pusat Sumber Sekolah. Pengawas PSS mestilah
murid yang mempunyai ciri-ciri berminat, boleh bekerja, berdisiplin, ada
personaliti, sanggup bekerjasama dan bertanggungjawab. Mereka juga
berperanan dalam memastikan kekemasan bilik PSS, koleksi PSS dan
menjayakan setiap aktiviti PSS.
Untuk makluman semua,
Sejumlah 59 orang ahli Lembaga Pengawas akan menerima watikah lantikan
mereka pada hari ini. Beberapa orang pengawas yang terpilih akan turut
diberikan amanat dan tanggungjawab untuk menerajui Majlis Tertinggi
Lembaga Pengawas Sesi 2013 ke arah yang lebih mantap dan
berketrampilan.
Pada hari ini juga, seramai 50 orang Pengawas Pusat Sumber akan turut
menerima watikah lantikan mereka secara rasmi. 18 orang daripada mereka
akan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi untuk memimpin badan
ini dengan lebih efektif dan dinamik.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan
keyakinan kepada pemimpin-pemimpin pelajar SMK Cyberjaya dalam
melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Secara tidak langsung,
diharapkan agar pengawas2 yg dilantik secara rasmi ini sentiasa sedar akan
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dan memikul
amanah ini dengan penuh dedikasi, jujur dan ikhlas.

Majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan
Hajah Habshah bt Mohamed, Penolong Kanan Akademik untuk
2 | Page

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian


Watikah Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2013. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.
:::::::::::::::::::::::::::::::: UCAPAN OLEH PK AKADEMIK :::::::::::::::::::::::::::::::
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Habshah bt
Mohamed kerana sudi merasmikan majlis pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Majlis ini akan diteruskan lagi dengan upacara Angkat Sumpah oleh saudari
Nurul Syaqirah bt Zain, Ketua Pengawas sesi 2013 dan saudari Afeefah
Afeeqah bt Maidin, Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2013. Bagi
menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan Puan Hajah Habshah
bt Mohamed, diringi oleh Puan Norliza bt Karim, Guru Perpustakaan dan
Media bersama-sama Puan Che Supiah binti Che Awang selaku PK HEM
diiringi oleh Pn. Norafizah bt Nawang selaku Ketua Guru Pengawas untuk
berada di atas pentas. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

::::: ANGKAT SUMPAH KETUA PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER :::::

Maka dengan ini, saudari Nurul Syaqirah bt Zain dan saudari Afeefah
Afeeqah bt Maidin telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pengawas
serta Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2013. Tahniah diucapkan.
Hadirin sekalian,
Majlis bakal diteruskan lagi dengan penyampaian watikah kepada barisan
Lembaga Pengawas 2013. Bagi menyempurnakan acara ini majlis menjemput
Puan Che Supiah bt Che Awang, PK HEM diiringi oleh Puan Norafizah bt
Nawang, Ketua Guru Pengawas untuk menyampaikan watikah. Dengan
setulus takzim dan kasih, majlis mempersilakan.
**RUJUK SENARAI NAMA
::::::::::::::::::: PENYERAHAN WATIKAH LEMBAGA PENGAWAS ::::::::::::
3 | Page

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Che Supiah bt Che
Awang dan Puan Norafizah bt Nawang atas kesudian menyampaikan watikah
kepada para pengawas.
Dari Daik pulang ke Daik,
Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.
Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dgn bacaan ikrar oleh barisan
Lembaga Pengawas SMK Cyberjaya sesi 2013. Dipersilakan.
:::::::::::::::::::::::::::: BACAAN IKRAR LEMBAGA PENGAWAS ::::::::::::::::::::::
Begitulah tadi laungan ikrar oleh para pengawas yang telah menyatakan
sumpah setia mereka dalam melaksanakan tugas & amanah yang
dipertanggungjawabkan. Semoga mereka akan sentiasa menunaikan sumpah
& janji ini selagi mereka bergelar ahli Lembaga Pengawas SMK Cyberjaya.
:::::::::::::::::::::: PERBARISAN KELUAR LEMBAGA PENGAWAS :::::::::::::::
Hadirin sekalian,
Majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan penyampaian Watikah
kepada barisan Pengawas Pusat Sumber. Untuk itu, majlis menjemput Puan
Hajah Habshah bt Mohamed, PK Akademik diiringi oleh Puan Norliza bt
Karim, Guru Perpustakaan dan Media untuk menyampaikan watikah kepada
barisan Pengawas Pusat Sumber. Dengan setulus kasih, majlis
mempersilakan.
**RUJUK SENARAI NAMA
::::::::::::: PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER ::::::::::::
Majlis mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah
Habshah bt Mohamed dan Puan Norliza bt Karim atas kesudian
menyampaikan watikah sebentar tadi.
4 | Page

Hadirin semua,
Majlis akan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh barisan Pengawas
Pusat Sumber 2013. Dipersilakan.

::::::::::::::::::: BACAAN IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER ::::::::::::::::::::::


Demikian tadi laungan ikrar oleh pengawas-pengawas pusat sumber yang
bergema di dewan SMK Cyberjaya pagi ini. Harapan dan doa agar barisan
pemimpin pelajar ini akan terus menggembleng tenaga dan keringat demi
sekolah yang tercinta.
Hadirin sekalian,
Dengan ini, maka berakhirlah Majlis Penyampaian Watikah Lembaga
Pengawas & Pengawas Pusat Sumber Sesi 2013. Jika ada sebarang
kekurangan sepanjang saya mengendalikan majlis ini, harap dimaafkan. Saya
mewakili rakan-rakan yang lain mengucapkan jutaan terima kasih atas
kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih, daun
keladi.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt...

:::::::::::: PENYERAHAN MAJLIS KEPADA EMCEE PENGAWAS ::::::::::::::

5 | Page

You might also like