You are on page 1of 1

Holding Hands with Dinosaurs Berpegangan Tangan dengan Raksasa

oleh Stuart Carter


Telah terbukti: manusia lebih suka kepada dinosaur berbanding wang. Dalam
beberapa bulan yang lalu, dua siri televisyen telah menakluki populariti kaca
televisyen. Unsur suspen dalam rancangan Who Wants to be A Millionaire telah
menempatkannya di tempat tertinggi rating di US dan juga UK kerana keasyikan dan
keghairahan menontonnya. Penerbit-penerbit rancangan tersebut mungkin
berpendapat bahawa formula menonton para peserta memenangi beribu dolar dan
paun dapat menjadi siri rancangan terbaik dalam dekad ini. Namun, pastinya ramai
yang tidak menyangka bahawa dalam senyap, siri sains animasi mengenai makhlukmakluk yang telah lama pupus akan menjadi tontonan kegemaran ramai.
Siri dokumentari sains BBC Walking with Dinosaurs telah memecah rekod
televisyen seantero dunia. Di Britain sahaja, jumlah para penonton telah mencecai
19 juta, iaitu hampir satu pertiga jumlah populasi negara tersebut. Kejayaan
menakjubkan yang diperoleh pastinya

You might also like