You are on page 1of 34

DRAF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN LIMA

DRAF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN LIMA

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DRAF

Cetakan Pertama 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.

DRAF

DRAF

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

MATLAMAT

OBJEKTIF

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STARNDARD

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

FOKUS MATA PELAJARAN

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PENTAKSIRAN

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

11

DOKUMEN STANDARD PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

13

DRAF
pendidikan berkualiti
untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas


(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan
bersepadu,
perkembangan
individu
secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran


di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i.
mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii.
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii.
menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv.
mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v.
menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:


i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan

DRAF
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian


bagi yang beragama Islam
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
menghargai keindahan alam dan warisan budaya
menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG


Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD


KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

DRAF
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan


kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

KBAT

Penerangan

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan


nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis

Menilai

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian


kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.

Menghasilkan idea atau produk atau kaedah


yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun


Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis


(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

DRAF
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.

KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran


inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah


diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi


Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

Mengamalkan sikap keusahawanan;


Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap


kebolehan murid sekolah rendah.

DRAF
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

i. Pemikiran Moral
Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni

Teknologi

merupakan

memperkukuhkan

satu

wadah

pembelajaran

yang

sesuatu

berkesan
mata

untuk

berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan

pelajaran.

pertimbangan moral

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,


perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

ii. Perasaan Moral

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul

mempelajari

danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak

konsep

yang

sukar

dan

abstrak,

dan

boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

betul

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan


dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iii. Perlakuan Moral

iaitu:

Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

bertanggungjawab dan bermoral

Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilainilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat

FOKUS MATA PELAJARAN

mengamal dan menyesuaikan diri dalam

masyarakat majmuk.

Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat


Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam


kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan

Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha

tindakan yang dibuat.

melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu:

DRAF

Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni

Hormat

dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati

yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah:

peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang


bersopan

Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun


Negara

Baik hati

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan

orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral

tabah

Kejujuran

Bertanggungjawab

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta

perlakuan

Kerajinan

Berterima kasih

Usaha

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan

bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau


pemberian

Keberanian

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan

kewajipan dengan sempurna

Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

secara tulus ikhlas

Kasih Sayang

yang

berterusan,

bersungguh-sungguh

dan

Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian

DRAF

Kesederhanaan
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan


dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan

orang lain

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Toleransi

Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

kesejahteraan hidup

Antaranya adalah:

Inkuiri

Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral

Analisis Tugasan

Modul Pengajaran Pendidikan Moral:

Belajar Melalui Bermain

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

Pengajaran Bertema

Kurikulum

guru

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru

Konstruktivisme

boleh

Pendidikan

mengubahsuai

Moral

atau

untuk

membantu

membina

modul

yang

Multi Sensori

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid

yang

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Interaktif

aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.


Modul Pembelajaran Pendidikan Moral:

Pembelajaran Koperatif

Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk

Simulasi

kegunaan murid. Modul ini

mengandungi lembaran kerja

Pembelajaran Masteri

untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk

Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

mencapai

Standard

Kandungan

dan

Standard

Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk


mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilainilai murni.

DRAF
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan


yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,


adalah....suatu

rekod

yang

mengandungi

butiran

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

murid berkeperluan pendidikan khas.

sokongan lain.

(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan


Khas) 2013).

RPI memperincikan antara lain:


i.

Tahap prestasi sedia ada murid

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

ii.

Perancangan akademik dan bukan akademik

perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

iii.

Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

iv.

Objektif pendidikan yang boleh diukur

proses

v.

Objektif,

pengajaran

dan

pembelajaran

dan

boleh

menyatakan tahap pencapaian murid.

prosedur

dan

urutan

pentaksiran

bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

vi.

Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

vii.

Perancangan,

2000)

jangkamasa

dan

tarikh

sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan


viii.

Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi

mereka.

keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu


murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

DRAF

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Merujuk

standard

prestasi

yang

dibina

berdasarkan standard kurikulum.


Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

PS boleh dilaksanakan secara:

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan


pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula

pembelajaran, semester atau tahun.

dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,


pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga

Pentaksiran Rujukan Standard

pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan

Standard

pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut

murid.

komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

berdasarkan

pernyataan

standard

Pentaksiran

sedemikian

tidak

Iaitu

mampu

memberi

maklumat

tentang penguasaan, pengetahuan,

menyeluruh

kemahiran,

dan

Prestasi

Pentaksiran

diguna

untuk

Rujukan

melihat

Standard

kemajuan

merupakan

prestasi yang

membandingkan

dan

proses

ditetapkan.
pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

pengamalan nilai murni;

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dalam pembelajaran.

dengan PdP;

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

Fleksibel iaitu

kaedah

pentaksiran

yang

Murid dinilai secara adil dan saksama

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum


balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

DRAF
Maklumat

yang

diperolehi

membolehkan

pihak

yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

Murid menggunakan pengetahuan


untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan


negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu


yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu


kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
sistematik.
Murid
melaksanakan
sesuatu
kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal, dan bersikap
positif.

TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna


Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran


Pendidikan Moral.
Tafsiran Umum
MAKSUD

Tahu

Tahu dan
Faham

TAHAP
PENGUASAAN

Murid berupaya menggunakan


pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta boleh
dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

TAFSIRAN UMUM
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.

10

DRAF
Tafsiran mata pelajaran
TAHAP
PENGUASAAN
1

TAFSIRAN
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah

Mengetahui perkara asas tentang perlakuan


dan nilai yang baik.
Memahami perlakuan dan nilai yang baik
dengan menyatakan kefahaman tersebut
dengan apa-apa cara.
Mengaplikasikan perlakuan dan nilai yang
mengikut kemampuan pada suatu situasi.
Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai
yang diberikan pada suatu situasi dengan
beradab dan bersistematik.
Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai
yang diberikan pada suatu situasi dengan
beradab dan bersistematik serta menjadi
amalan dalam kehidupan
Murid berkeupayaan menjadikan perlakuan
dan nilai sebagai satu amalan dalam
kehidupannya serta menyampaikan
maklumat menggunakan ayat yang sesuai
secara bertatasusila dan menjadi contoh
secara tekal.

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada


Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard
kurikulum
dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran


Pendidikan Moral

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek


kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.

11

DRAF

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau


lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei:

Esei

mempamerkan

tentang

kemahiran

murid

untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik

12

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing -masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

1.1 Mengamalkan
ibadat mengikut
kepercayaan
agama

1.1

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

1.1.1 Menamakan tempattempat ibadat setiap


agama anutan

Menyebut tempat ibadat sendiri dan tempat ibadat agama lain.

1.1.2 Menyatakan peraturan


ketika berada di tempat
ibadat

Menyatakan peraturan tempat ibadat sendiri dan tempat ibadat


agama lain.

1.1.3 Menunjukkan amalan


yang baik ketika berada
di tempat ibadat

Menunjukcara mematuhi peraturan ketika berada di tempat


ibadat.

Mematuhi peraturan ketika berada di tempat ibadat.

Mengamalkan sikap mematuhi peraturan ketika berada di


tempat ibadat.

Membimbing rakan mematuhi peraturan ketika berada di


tempat ibadat.

13

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

2. Baik Hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing
2.1 Membantu warga
sekolah

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya
2.1.1 Menyebut perlakuan
yang menunjukkan
sikap baik hati
2.1.2 Menyatakan kepentingan
membantu warga
sekolah
2.1.3 Menunjukkan sikap baik
hati semasa membantu
warga sekolah

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan perlakuan membantu warga sekolah.

Menyatakan kepentingan membantu warga sekolah.

Menunjukcara membantu warga sekolah.

Menunjukkan sikap baik hati terhadap warga sekolah mengikut


situasi dan kemampuan.

Mengamalkan sikap baik hati terhadap warga sekolah.

Membimbing rakan mengamalkan sikap baik hati terhadap


warga sekolah.

14

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

3.1 Tanggungjawab
diri terhadap guru

3.1.1 Menyatakan
tanggungjawab diri
terhadap guru

Menyatakan tanggungjawab diri terhadap guru.

3.1.2 Melaksanakan
tanggungjawab diri
terhadap guru

Menyatakan kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri


terhadap guru.

Melakukan tanggungjawab diri terhadap guru.

Melaksanakan tanggungjawab diri terhadap guru.

Mengamalkan tanggungjawab diri terhadap guru.

Membimbing rakan
terhadap guru.

TAHAP
PENGUASAAN

15

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

melaksanakan

tanggungjawab

diri

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

4. Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

4.1 Menghargai jasa


orang sekeliling kita

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

4.1.1 Menyatakan pelbagai


cara memberi
penghargaan
4.1.2 Menunjukkan pelbagai
cara memberi
penghargaan

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan cara memberi penghargaan.

Menyatakan kebaikan memberi penghargaan kepada orang di


sekeliling.

Memberi penghargaan kepada orang di sekeliling melalui


pelbagai cara.

Memberi penghargaan kepada orang di sekeliling dengan


pelbagai cara mengikut situasi.

Mengamalkan sikap memberi penghargaan kepada orang di


sekeliling dengan pelbagai cara.

Membimbing rakan menghargai jasa orang di sekeliling.

16

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

5. Hemah Tinggi
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

5.1 Mengamalkan budi


pekerti mulia

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

5.1.1 Menyenaraikan budi


pekerti mulia dengan
ahli keluarga

Menyatakan perlakuan berbudi pekerti mulia terhadap ahli


keluarga.

5.1.2 Menyatakan
kepentingan berbudi
pekerti mulia bersama
ahli keluarga

Menyatakan kepentingan berbudi pekerti mulia terhadap ahli


keluarga.

Melakukan aktiviti yang menunjukkan perlakuan berbudi pekerti


mulia terhadap ahli keluarga.

Menunjukkan sikap berbudi pekerti mulia terhadap ahli keluarga.

Mengamalkan perlakuan berbudi pekerti mulia terhadap ahli


keluarga.

Menyatakan perasaan setelah mengamalkan perlakuan berbudi


pekerti mulia terhadap ahli keluarga.

5.1.3 Menyatakan perasaan


setelah mengamalkan
budi pekerti mulia
dengan ahli keluarga

17

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

6.1 Menghormati
peraturan sekolah

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

6.1.1 Menyatakan peraturan


sekolah
6.1.2 Melakukan sikap
mematuhi peraturan
sekolah

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menamakan peraturan sekolah.

Menyatakan kepentingan mematuhi peraturan sekolah.

Menunjukcara mematuhi peraturan sekolah dengan bimbingan.

Menunjukkan sikap mematuhi peraturan sekolah dengan cara


yang betul.

Mengamalkan sikap mematuhi peraturan sekolah.

Membimbing rakan menghormati peraturan sekolah.

18

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

7.1 Menyayangi ahli


keluarga
`

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

7.1.1 Mengenalpasti ahli


keluarga

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan ahli keluarga sendiri.

7.1.2 Menyatakan cara-cara


menyayangi ahli
keluarga

Menyatakan cara-cara menyayangi ahli keluarga.

7.1.3 Mengamalkan sikap


menyayangi ahli
keluarga

Menunjukkan perlakuan menyayangi ahli keluarga melalui


aktiviti yang dijalankan.

Menunjukkan sikap menyayangi ahli keluarga dengan cara yang


betul.

Mengamalkan sikap menyayangi ahli keluarga.

Membimbing rakan untuk menyayangi ahli keluarga.

19

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

8.1 Bersikap adil


terhadap jiran

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

8.1.1 Menyatakan sikap adil


dalam perlakuan
seharian terhadap jiran

Menyatakan perlakuan bersikap adil terhadap jiran.

8.1.2 Menyenaraikan sikap


adil dalam perlakuan
seharian terhadap jiran

Menyatakan kepentingan bersikap adil terhadap jiran.

8.1.3 Menunjukkan cara


bersikap adil terhadap
jiran

Menunjukkan perlakuan bersikap adil terhadap jiran melalui


aktiviti yang dijalankan.

Menunjukkan sikap adil terhadap jiran mengikut masa dan


situasi yang sesuai.

Mengamalkan perlakuan sikap adil terhadap jiran.

Menjadikan amalan bersikap adil terhadap jiran sebagai ikutan.

20

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

9.1 Berani dalam


mempertahankan
maruah diri

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

9.1.1 Menyebut perlakuan


berani
mempertahankan
maruah diri
9.1.2 Menyatakan
kepentingan berani
dalam
mempertahankan
maruah diri
9.1.3 Menunjukkan cara
mempertahankan
maruah diri

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan perlakuan berani dalam mempertahankan maruah


diri.

Menyatakan kebaikan berani dalam mempertahankan maruah


diri.

Menunjuk perlakuan berani mempertahankan maruah diri.

Menunjukkan sikap berani mempertahankan maruah diri dalam


pergaulan seharian.

Mengamalkan sikap berani mempertahankan maruah diri dalam


pergaulan seharian.

Membimbing rakan lain dalam mempertahankan maruah diri.

21

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

10.1 Bersikap jujur


dengan jiran

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

10.1.1 Menyatakan perlakuan


jujur terhadap jiran.
10.1.2 Memberi contoh
kepentingan sikap jujur
dalam pergaulan
terhadap jiran
10.1.3 Menyenaraikan sikap
jujur dalam pergaulan
terhadap jiran
.

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan perlakuan jujur terhadap jiran.

Menyatakan kepentingan bersikap jujur terhadap jiran.

Menunjukcara bersikap jujur terhadap jiran.

Menunjukkan perlakuan bersikap jujur terhadap jiran mengikut


situasi.

Mengamalkan perlakuan bersikap jujur terhadap jiran.

Menjadikan amalan bersikap jujur terhadap jiran sebagai ikutan.

22

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh, dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

11.1 Bersikap rajin


ketika berada di
rumah

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

11.1.1 Menamakan aktiviti


yang perlu dilakukan
di rumah pada setiap
hari

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan aktiviti bersikap rajin ketika di rumah.

Menyatakan kepentingan bersikap rajin ketika di rumah.

Menunjukcara bersikap rajin di rumah melalui aktiviti.

Menunjukkan perlakuan bersikap rajin di rumah.

Mengamalkan perlakuan bersikap rajin ketika di rumah.

Membimbing rakan bersikap rajin ketika di rumah.

11.1.2 Menyatakan
kepentingan bersikap
rajin ketika di rumah
11.1.3 Menunjukkan contoh
bersikap rajin ketika
berada di rumah

23

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

12.1 Kesanggupan
bekerjasama
dengan keluarga

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

12.1.1 Menyatakan aktiviti


bekerjasama yang
boleh dilakukan
bersama keluarga
12.1.2 Menyatakan
kepentingan
bekerjasama
terhadap keluarga
12.1.3 Menunjukkan
perasaan setelah
melaksanakan aktiviti
bersama keluarga

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan aktiviti bekerjasama bersama keluarga.

Menyatakan kepentingan bekerjasama dengan keluarga.

Menunjukcara perlakuan bekerjasama dengan keluarga melalui


aktiviti.

Melakukan aktiviti bekerjasama dengan keluarga mengikut


situasi.

Mengamalkan sikap bekerjasama dengan keluarga.

Menyatakan
perasaan
setelah
bekerjasama dengan keluarga.

24

melaksanakan

aktiviti

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

13.1 Bersederhana
semasa
menggunakan
kemudahan
awam di sekolah

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

13.1.1 Menyatakan
perlakuan sederhana
dalam penggunaan
kemudahan awam di
sekolah
13.1.2 Menyatakan
kepentingan bersikap
sederhana dalam
penggunaan alatan
dan kemudahan awam
di sekolah
13.1.3 Menyenaraikan
perlakuan sederhana
dalam penggunaan
kemudahan awam di
sekolah

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan perlakuan bersederhana semasa menggunakan


kemudahan awam di sekolah.

Menyatakan kepentingan bersikap sederhana


menggunakan kemudahan awam di sekolah.

Menunjukcara perlakuan bersederhana dalam penggunaan


alatan dan kemudahan awam di sekolah.

Menggunakan alatan dan kemudahan awam di sekolah secara


bersederhana.

Mengamalkan perlakuan bersederhana dalam penggunaan


alatan dan kemudahan awam di sekolah.

Membimbing rakan mengamalkan perlakuan bersederhana


semasa menggunakan kemudahan awam di sekolah.

25

semasa

DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF

14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing

14.1 Bertoleransi
terhadap ahli
keluarga

STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya

14.1.1 Menyatakan cara


bertoleransi terhadap
ahli keluarga

14.1.2 Menyenaraikan
kebaikan bersikap
tolak ansur terhadap
ahli keluarga
14.1.3 Memberi contoh
bersikap tolak ansur
terhadap ahli keluarga

TAHAP
PENGUASAAN

STANDARD PRESTASI
Murid boleh

Menyatakan cara bertoleransi terhadap ahli keluarga.

Menyatakan kepentingan bertoleransi terhadap ahli keluarga.

Menunjukkan perlakuan bertolak ansur terhadap ahli keluarga.

Menunjukkan sikap bertolak ansur terhadap ahli keluarga


mengikut situasi.

Mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap ahli keluarga.

Menjadikan sikap bertoleransi terhadap ahli keluarga sebagai


amalan dalam kehidupan.

26

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

You might also like