You are on page 1of 9

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja kursus
pendek ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kerana memberi
peluang kepada saya untuk mengucapkan terima kasih di ruangan ini.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan
Jasmani,Encik Azhar Awang kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan
kerja kursus pendek ini. Tanpa bantuan dan dorongan daripada beliau, mungkin kerja
kursus pendek ini tidak dapat disiapkan mengikut prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan.
Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan pelatih yang turut
banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Dengan kerjasama dan
komitmen yang telah diberikan, kerja kursus ini juga dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang selalu memberi
kata-kata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Faktor
ini juga telah memberikan saya semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini
walaupun terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi.
Akhir sekali, ribuan terima kasih saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang telah
banyak membantu menyiapkan kerja kursus pendek ini.
Sekian, terima kasih.

Isi Kandungan

Penghargaan

...

Isi Kandungan

...

ii

Pengenalan

..

13

Matlamat

...

Objektif

Tarikh, Masa dan Tempat


Kumpulan Sasaran
Panduan Pelaksanaan Pergerakan
i.
ii.
iii.
iv.

Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi


Pelan Kedudukan

Senarai Peralatan Berat

Senarai Alatan Tangan

5 25
26
27

Rumusan

27
27

Rujukan

28

Lampiran

29

KERTAS KERJA PERGERAKAN ASAS

1.0 TAJUK
Pergerakan asas lokomotor, pergerakan asas bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
2.0 PENGENALAN
Kemahiran asas dapat dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu pergerakan
asas, kemahiran manipulatif, kemahiran asas sukan dan kemahiran asas fizikal.
Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang itu yang
menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan asas pula
bermaksud membimbing pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi
teknik-teknik menyelesaikan masalah.
Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan
gimnastik. Pergerakan asas merupakan satu pergerakan yang penting untuk
kecerdasan fizikal, Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu
pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

2.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN LOKOMOTOR


Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapak
sokongan bagi pergerakan lokomotor berubah. Terdapat dua jenis pergerakan
lokomotor iaitu lokomotor ritma sekata dan lokomotor ritma tidak sekata.
Berikut adalah contoh bagi pergerakan lokomotor ritma sekata :

Berjalan
Berlari
Melompat
Melompat laying (Leap)
Melonjak (Hop)
Melonjak panjang

Merangkak
Mengguling
Memanjat

Berikut pula adalah contoh bagi pergerakan lokomotor ritma tidak sekata :
Melongsor
Skip
Galop
Polka
Chasse
Grapevine
Do-si-do
2.2 KEMAHIRAN PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan
tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak
mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Tapak sokongan bagi pergerakan
ini tidak berubah. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan
statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Berikut merupakan jenis-jenis
pergerakan bukan lokomotor :

Imbangan
Membongkok
Menegak
Melentik
Melengkung
Mengilas
Memusing
Mengayun
Melunjur
Bangkit
Rebah
Menyokong
Mengelak

2.3 KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN

Kemahiran manipulatif alatan merupakan kemahiran asas yang menyediakan muridmurid sekolah rendah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pergerakan ini boleh
dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling,
menggolek dan menampar. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti
gelung rotan, tali, kayu, pundi kacang dan bola.

3.0 MATLAMAT
Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang
pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman bahawa tubuh badan berperanan
sebagai perantaraan untuk pergerakan. Pengetahuan pergerakan asas ini juga penting
bagi :

Memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan tubuh badan sebagai alat

untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan.


Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.
Mengembangkan kebolehan pergerakan motor.
Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.
Meningkatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 OBJEKTIF
Pergerakan asas bertujuan untuk membantu para pelajar mencapai perkembangan
yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Objektif pergerakan asas
ini adalah bertujuan untuk :

Membantu pelajar membina pergerakan asas.


Memberi pengetahuan tentang jenis-jenis pergerkan yang sedia ada.
Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para
pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah.

Menggalakkan pelajar menggunakan idea bagi melaksanakan pergerakan asas

dalam pelbagai jenis pergerakan.


Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan

suatu pergerakan.
Memupuk imej kendiri, kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri

pelajar.
Para pelajar dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian
dengan berkesan.

5.0 TARIKH
23 September 2013

6.0 JANGKA MASA


10.00 pagi hingga 11.30 pagi

7.0 TEMPAT
Gimnasium IPG Kampus Ipoh

8.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Sekolah Rendah
9.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

9.1 PROSEDUR PELAKSANAAN


Setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dikehendaki mencipta 20
pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor dalam
amali pergerakan asas ini. Setiap kumpulan mestilah mempunyai 20 perlakuan yang
berbeza-beza. Semasa melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak

memenuhi ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan seperti bola, reben, gelung
rotan, belantan dan tali. Pelajar perlu menyusun pergerakan dengan mudah dan kreatif.

9.3 SENARAI PERALATAN BERAT


Peralatan berat yang digunakan semasa menjalankan amali pergerakan asas ini
adalah:

Tilam
Bangku Panjang
Skitel
Peti Lombol.

9.4 ALATAN TANGAN YANG DIPILIH

ALATAN

BILANGAN

POM POM

PAYUNG

KAIN

RUMUSAN
Pembelajaran pergerakan asas ini merupakan salah satu topik yang sangat
penting dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui perlaksanaan pergerakan
asas ini, pelajar dapat mempelajari pelbagai kemahiran yang terdapat dalam
pergerakan asas. Pergerakan asas juga memerlukan pelajar untuk berfikir untuk
menggunakan daya kreativiti bagi mencipta pergerakan yang kreatif. Kemahiran ini
penting bagi pelajar supaya pertumbuhan dan perkembangan pelajar dari segi kognitif
dapat berkembang dengan baik. Kemahiran

pergerakan ini, sama ada pergerakan

lokomotor atau bukan lokomotor adalah merupakan pergerakan yang kita amat
perlukan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini,

murid-murid dapat menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang
tertentu.
Tidak dapat dinafikan bahawa pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti
berjalan,berlari,melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanakkanak lagi. Pergerakan asas ini juga membantu pelajar untuk menjadi lebih fokus. Hal
ini kerana pelajar perlu menumpukan perhatian mereka semasa melaksanakan sesuatu
pergerakan untuk membolehkan pergerakan kelihatan kemas dan cantik. Perlaksanaan
amali ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar kerana pelajar akan
saling

berbincang

dan

saling

memberi

pendapat

tentang

pergerakan

yang

dilaksanakan.
Apabila dilihat secara teliti, terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan.
Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan,peluang dan pengalaman
berkaitan

pergerakan

asas

kepada

individu.

Tujuan

utama

pengajaran

dan

pembelajaran pergerakan asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai


sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini.
Kesimpulannya, pergerakan asas ini perlu dilaksanakan supaya pelajar-pelajar menjadi
lebih cergas dan cerdas. Di samping itu, perlaksanaan pergerakan asas dapat
melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

You might also like