You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pertama

sekali, saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan, kerana Dia saya dapat
melaksanakan tugas saya dengan sempurna tanpa adanya masalah yang besar.
Selain itu, saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada

pensyarah

Hubungan Etnik saya iaitu, En.Wan Azhar yang telah mengajar dan menunjukkan
teladan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah mengajar saya
dengan penuh bertanggungjawab, sabar dan kasih sayang. Beliau juga selalu
mengambil berat tentang akan pelajaran saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
memberi sokongan moral dan dorongan untuk menyelesaikan tugasan ini tanpa
sebarang masalah dan kesukaran.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
lain yang telah membantu saya dengan memberi idea dan maklumat mereka kepada
saya. Mereka juga meluangkan masa mereka untuk membincang tentang tugasan
ini bersama-sama dengan saya dan mencari penyelesaian untuk masalah yang telah
timbul sewaktu saya menyiapkan kerja ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkenaan
untuk membantu saya menyiapkan tugasan saya. Saya dapat menyiapkan tugasan
saya dengan jayanya dengan bantuan daripada pelbagai pihak. Sekian, terima
kasih.

(i)

You might also like