You are on page 1of 27
I2C LCD DISPLAY TRAINER KIT FOR PIC 16F877 MICROCONTROLLER ANIS NIZA BINTI RAMANI Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Fakulti Kejuruteraan Elektrik Kole} Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia November 2005 ABSTRAK Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis modul latihan yang berasaskan pengawal mikro terdapat di pasaran. Pengawal mikro merupakan cip berteknologi tinggi yang boleh menyimpan dan melaksanakan aturcara. Projek ini bertujuan untuk merekabentuk modul latihan yang terdiri daripada perkakasan, perisian dan modul pembelajaran, Modul latihan ini berfungsi untuk mengawal paparan pada Liquid Crystal Display (LCD) dengan menggunakan pengawal mikro Peripheral Interface Controller (PIC 16F877). Bentuk paparan pada led ditentukan oleh pengawal mikro mengikut is. Led dan pengawal mikro akan berkomunikasi secara mod perhubungan Inter-Integrated Circuits (I2C) antara satu sama lain. Mod ini pula dikawal oleh dua input dari pengawal mikro iaitu SDA untuk penghantaran data dan SCL untuk kawalan masa. Pengawal mikro akan menjana signal jam mengikut spesifikasi led yang diberikan dan mengawal penghantaran data untuk 8 bit pada satu masa schinggalah penghantaran data itu selesai. Selain itu, mod kehendak pengguna dan atureara yang telah ditul pethubungan 12C juga mempunyai protokol tertentu yang perlu dituruti semasa ‘menulis aturcara. Selepas itu, keluaran akan dipaparkan pada skrin led. vi ABSTRACT Nowadays, there are many training kit based on microcontroller in market. A microcontroller is a high technology chip that capable to storing and running a program. This project purposes to design training kit that including hardware, software and learning module. The function of training kit is to control Liquid Crystal Display (LCD) display using by microcontroller Peripheral Interface Controller (PIC 16F877). The form of display is decided by microcontroller followed the user needs and the writing programming. Led and microcontroller will be communicate with them using 12C communications. This mode will control by two ports from microcontroller that are SDA for data line and SCL for clock line. A microcontroller is responsible for generating the clock signal to linked led specification and control all data transfer for eights bit at a time until finished. Other than that, I2C will have a software protocol to follow when writing the programming. After that, the output will appear at led screen. BABI PENGENALAN Bab ini menerangkan mengenai kepentingan projek, pernyataan masalah yang berlaku pada masa kini, skop projek, objektif projek dan yang terakhir ialah struktur laporan. Kini, terdapat pelbagai jenis modul latihan di pasaran yang kebanyakkannya ‘menggunakan pengawal mikro. Modul latihan merupakan salah satu daripada alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang banyak digunakan terutama sekali di institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti dan sebagainya. Ia juga biasanya digunakan untuk subjek yang memerlukan praktikal dan pengaplikasian daripada Pengguna atau pelajar. Justeru itu, pelbagai penciptaan modul latihan telah dilakukan namun ia tidak tethenti setakat itu sahaja kerana pembangunan teknologi yang tiada sempadan masa kini telah mendorong jurutera-jurutera untuk terus menjalankan kajian terhadap kepentingannya. Kajian-kajian yang dilakukan adalah bermotifkan teknologi canggih yang sentiasa mengikut perkembangan terkini. Setiap hasil penemuan baru merupakan perkembangan terkini yang dapat memudahkan lagi proses pembelajaran. Dalam menyampaikan data dan maklumat dengan lebih berkesan dan cepat, Liquid Crystal Display (LCD) merupakan peralatan yang paling baik untuk digunakan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengguna menghadapi kesulitan dalam memahami proses led bekerja dan cara penggunaannya. Sehubungan dengan itu, ‘I2C LCD Display Trainer Kit for PIC 16F877’ direkacipta untuk memudahkan lagi proses pembelajaran pengguna terhadap led dan pengawal mikro. Pengawal mikro telah dapat meminimumkan penggunaan komponen yang lain selain dapat mengurangkan kos pembelian komponen-komponen tersebut. Penggunaan pengawal mikro ini juga memudahkan lagi pengawalan paparan pada led kerana menggunakan mod perhubungan secara Inter-Integrated Circuits (I2C). 12C merupakan rangkaian yang menghubungkan antara pengawal mikro dengan led dengan menggunakan dua input iaitu SDA dan SCL. SDA digunakan untuk penghantaran data manakala SCL untuk kawalan masa, Kajian-kajian yang dilakukan di dalam projek ini lebih banyak merujuk kepada arahan-arahan PIC 16F877 terhadap mod perhubungan I2C dan hasil kajian tersebut digunakan untuk menghasilkan keluaran dalam litar Jed display. 1.1 Kepentingan Projek ‘2C LCD Display Trainer Kit for PIC 16F877 Microcontroller’ ini direkacipta untuk memudahkan lagi pengguna mempelajari mengenai _mikro pengawal dan led. Projek ini juga dilengkapi dengan perkakasan, perisian dan modul pembelajaran. Selain itu modul latihan ini dapat membantu terutama sekali kepada pelajar dalam meningkatkan lagi pemahaman dalam subjek praktikal dan mengaplikasikannya, Di samping itu, ia juga dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran dan bersifat_mesra pengguna kerana disertakan sekali dengan perisian dan modul pembelajaran. Projek ini juga bertepatan dengan perancangan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) untuk memperkenalkan subjek baru pada 2007 iaitu “Teknologi Mikropengawal’. Oleh itu, modul latihan ini diharap dapat memudahkan lagi pensyarah dalam penyediaan silibus pengajaran. 1.2 Pernyataan Masalah Masalah yang lazimnya berlaku ialah modul latihan yang biasanya dapat diperolehi di pasaran Iuar negara dan kebanyakkannya perlu ditempah secara atas talian (on-line). Ini akan menaikkan kos perbelanjaan yang lebih kerana terpaksa ‘menampung sekali kos penghantaran. Di samping itu apabila modul latihan tersebut telah dibeli, ia juga sukar untuk mendapatkan servis selepas jualan yang baik jika terdapat sebarang masalah yang timbul. Selain itu, kebanyakkan modul latihan yang dibeli tidak menetapi kehendak pengguna, silibus dan kaedah pengajaran pensyarah. Bagi pengguna baru pula, mereka biasanya sukar untuk memahami carakerja dan menggunakan led apatah lagi jika untuk dihubungkan pada pengawal mikro. Oleh itu dengan adanya masalah seperti ini, ia bertujuan untuk menyelidik dan memahami fungsi dan bagaimana cara led itu bekerja. Selain tu, ia bertujuan untuk menyelidik bagaimana untuk menyediakan modul pembelajaran dalam bahasa yang mudah untuk difahami fokus kepada pengguna baru. 13 Skop Skop bagi projek ini adalah untuk:- a) Menghasilkan perkakasan bagi modul latihan dengan menggunakan PIC 16F877 bagi mengawal paparan pada led. b) Menulis aturcara untuk memaparkan huruf dan nombor dengan menggunakan perisian Hitech PIC 16. ©) Menghasilkan modul pembelajaran yang mudah difahami untuk memaparkan huruf dan nombor. 1.4 Objektif Bagi mencapai matlamat projek ini, beberapa objektif telah ditetapkan sebagai garis panduan perlaksanaan. Objektif-objektif tersebut ialah:- ) Merekabentuk dan melaksanakan litar skematik paparan ed dengan menggunakan PIC 16F877. b) Mempelajari pengaturcaraan PIC dengan menggunakan mod komunikasi secara 12C untuk mengawal paparan led. ©) Menghasilkan prototaip modul latihan yang mengandungi perkakasan, perisian dan modul pembelajaran. 1.5 Struktur Laporan Pada keseluruhannya, laporan ini mengandungi 8 bab. Kandungan laporan ini bermula dengan Bab 1 yang menerangkan mengenai pengenalan projek, kepentingan projek, pernyataan masalah, skop dan objektif projek. Bab 2 pula membineangkan mengenai latar belakang projek yang terdiri daripada kajian mengenai PIC 16F877, LCDO2 dan 12C. Bab 3 menerangkan mengenai kajian latar belakang modul latihan di mana projek-projek yang terdahulu diselidik ciri-cirinya, konsep yang berkaitan, teknologi yang digunakan dan kaitan permasalahan dengan kajian. Seterusnya bab 4 menerangkan mengenai kaedah-kaedah penyelesaian yang digunakan dalam menjalankan projek ini, Bab 5 pula membincangkan mengenai hasil penemuan projek dan keputusan kajian kes yang dijalankan. Hipotesis kajian dilakukan untuk memastikan keberkesanan projek yang dijalankan di samping dapat memastikan matlamat projek direalisasikan. Perbincangan diterangkan pada bab 6 untuk mengenalpasti kesesuaiannya dengan objektif dan masalah semasa perlaksanaan projek. Kesimpulan untuk projek ini dinyatakan dalam Bab 7. Di akhir laporan iaitu Bab 8 diterangkan mengenai cadangan-cadangan yang telah dikenalpasti dalam meningkatkan lagi kualiti projek ini BAB2 LATAR BELAKANG PROJEK Dalam bab ini menerangkan mengenai latar belakang yang mempunyai kaitan dengan projek ini iaitu sejarah pengawal mikro, pengawal mikro PIC 16F877, LCDO02 dan mod perhubungan yang digunakan untuk memaparkan paparan pada led iaitu 12C. 2.1 Sejarah Pengawal Mikro Bidang pengawal mikro bermula dengan kemajuan teknologi litar bersepadu. Kemajuan ini memungkinkan tersimpan beratus-ratus transistor di dalam satu cip. Sesuatu yang diperlukan dalam pembuatan mikropemproses iaitu komputer pertama yang dibina dengan penambahan persisian luaran seperti memori, masukan dan keluaran, pemasa dan lain-lain [9]. Inj ditambah pula dengan peningkatan permintaan dalam pembuatan litar bersepadu yang menjadikan ia semakin popular. Litar-litar bersepadu ini mengandungi kedua-dua pemproses dan persisian. Di sini, bermulanya era cip yang pertama terkandung di dalam mikrokomputer yang akhimya dikenali sebagai pengawal mikro, Pengawal mikro ialah komputer pada cip yang telah diprogramkan untuk melaksanakan pelbagai pengawal, penjujukan, pengawasan dan fungsi paparan [9]. Oleh kerana ia memerlukan kos yang rendah, ia selalu dipilih untuk rekaan sesuatu alat elektronik. [a melaksanakan banyak fungsi-fungsi yang lazimnya dilakukan oleh litar logik ringkas, pemasa atau komputer mikro kecil. Pada tahun 1969, kumpulan jurutera-jurutera Jepun daripada syarikat BUSICOM sampai ke Amerika Syarikat dengan permohonan kalkulator litar bersepadu yang digunakan dalam projek mereka. Saranan tersebut telah diusulkan kepada INTEL dan Marcian Hoff yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut (9). Sejak beliau berpengalaman bekerja dengan komputer (PC) PDP8, beliau mendapatkan penyelesaian perbezaan yang terkandung dalam menghasilkan permohonan tersebut. Penyelesaian ini dianggarkan bahawa fungsi litar bersepadu boleh dicari dengan menyimpan program di dalamnya. Ini bermaksud bahawa rupabentuk yang terhasil lebih ringkas, tetapi ia akan memerlukan memori yang lebih luas daripada projek yang dicadangkan oleh jurutera-jurutera Jepun. Walau bagaimanapun, jurutera-jurutera Jepun cuba mencari penyelesaian yang lebih mudah dan akhimya cadangan Marcian dipilih dan pemproses mikro dihasilkan. Di Amerika Syarikat juga, syarikat Motorola telah menyedari perkembangan yang berlaku dan telah memasarkan produk pemproses mikro 8 bit dengan nama 6800. Motorola merupakan syarikat pertama mengeluarkan produk pemproses mikro yang lain seperti 6820 dan 6850. Pada masa itu, banyak syarikat menyedari kepentingan dan kebaikan pemproses mikro serta memulakan pembangunan mereka dalam bidang ini. Pada tahun 1975, MOS Technology telah meluaskan pemasaran pemproses mikro 6051 dan 6052. MOS Technology telah memberhentikan pembuatan 6501 tetapi masih meneruskan 6502. 6502 adalah pemproses mikro & bit dengan 56 arahan dan kebolehan memori 64Kb alamat secara terus menerus. Pada tahun 1976, Zilog telah memperkenalkan Z80. Semasa dalam proses menghasilkan pemproses mikro, Faggin telah membuat satu keputusan, Beliau mengetahui kebaikan daripada program tersebut telah tersedia dimajukan dalam 8080. Faggin juga menyedari terlalu banyak pembuatan pemproses mikro kerana belanjawan yang baik. Jadi, beliau memastikan bahawa pemproses yang baru ini akan sesuai dengan 8080 atau ia akan lebih cekap untuk melaksanakan semua program yang telah tersedia ditulis untuk 8080. 780 semakin maju dan banyak komponen baru yang telah ditambah, jadi Z80 merupakan pemproses mikro yang sangat berkuasa pada masa itu. Ia membenarkan memori 64Kb alamat secara terus menerus, 176 arahan, nombor pendaftar yang besar, dibina dalam pemilihan untuk mengingat semula memori dinamik RAM, ‘mempunyai satu bekalan dan kelajuan yang baik. 80 merupakan kejayaan yang cemerlang dan setiap orang menukarkan 8080 ke Z80. Ia boleh dikatakan bahawa Z80 tanpa keraguan diperkenalkan sebagai pemproses mikro 8 bit yang paling berjaya pada masa itu. Z80 merupakan nadi kepada banyak komputer seperti Spectrum, Partner, TRS703 dan Z-3. Pada tahun 1976, INTEL bangun semula dengan kemajuan versi pemproses mikro 8 bit dinamakan 8085. Walau bagaimanapun, Z80 lebih baik setelah INTEL kehilangan punca kemajuan. Terdapat juga pemproses yang telah muncul dalam pasaran seperti 6809, 2650 dan SC/MP. Pengawal mikro PIC merupakan pengawal mikro yang sangat terkenal. PIC mempunyai pengaturcaraan yang sangat mudah dan harganya yang murah. PIC merupakan kumpulan cip pengawal mikro (MCU) yang mengandungi pemproses mikro, masukan dan keluaran, pemasa dan pelbagai komponen bersepadu [9]. Kebaikannya ialah bilangan komponen luaran yang rendah, julat saiz cip yang lebar (dari 8 pin ke atas), kebolchan yang tinggi terhadap penyusun dan kod sumber serta pengaturcaraan yang mudah. 2.2 Ciri-ciri PIC 16F877 PIC 16F877 mengandungi memori program 8K perkataan, memori data RAM ialah 368 bait dan data EEPROM ialah 256 bait. la mempunyai tiga jenis pemasa iaitu TIMERO, TIMER! dan TIMER2. PIC jenis ini juga mempunyai dua CCP (Capture/Compare/PWM), penukar analog ke digital, keluaran dan masukan (1/0), pengayun dan penerima pemancar umum segerak dan tidak segerak (USART) dan Synchronous Serial Port (SSP) (6]. Lampiran B menunjukkan data sheet mengenai PIC 16F877 untuk keterangan lanjut. Gambarajah yang menunjukkan simbol-simbol yang terdapat pada setiap pin PIC 16F877 boleh dilihat pada Rajah 2.1 manakala bagi Rajah 2.2 pula menunjukkan pandangan atas PIC 16F877. Ts 5 3 x x z ued: £3 ReVTRane = (| & 2 nacav -—q go woe eg » md? & & evem—qs 3 Senor ws 8 2 5 = 2 5 Rajah 2.1: Gambarajah pin PICI6F877 Rajah 2.2: Pandangan atas PIC 16F877 Berikut adalah penerangan simbol yang terdapat pada setiap pin PIC 16877: a) MLCR/Vpp Reset yang aktif pada kadar rendah b) RAO-S Masukan/Keluaran A c) RBO-7 Masukan/Keluaran B d) ROOT Masukan/Keluaran C ©) RDO-7 Masukan/Keluaran D 10 ) REO-2 8) Vdd h) Vs i) OSCI/CLKIN j) OSC2/CLKOUT kK) ANO-7 ) RX m) 1X n) DT 0) CK p) CCPI aq) ccP2 1) TOCKI s) TICKI ) TIOsI u) TIOSO vy) PGM w) PGC x) PGD y) INT 2) SDA aa) SCL bb) PSPO-7 23° Cirieiri LCD02 Ml : Masukan/Keluaran E Bekalan positif untuk logik dan pin /O : Rujukan ke tamatan untuk logik dan pin 1/0 : Masukan pengayun/ Masukan jam luaran Keluaran pengayun/ Keluaran jam luaran : Masukan Analog : USART penerima tidak segerak USART pemancar tidak segerak : Data segerak : Jam segerak : Masukan CCP : Keluaran CCP : Masukan jam untuk Timer : Masukan jam untuk Timerl : Masukan pengayun Timerl : Keluaran pengayun Timer! : Masukan pengaturcaraan voltan rendah : Pengaturcaraan jam secara sesiri : Pengaturcaraan jam secara sesiri : Sampukan luar : Masukan data : Masukan jam. : Masukan/keluaran hamba secara selari LCD02 mempunyai 20 darab 4 paparan teks pada skrin dan memerlukan voltan masukan arus terus sebanyak SV. Selain itu, LCD02 mempunyai dua sambungan data iaitu Serial Data (SDA/TX) dan Serial Clock (SCL/RX) dan boleh berfungsi pada dua mod iaitu perhubungan secara 12C dan sesiri. Pemilihan mod 12 perhubungan bergantung pada keadaan pelompat di mana apabila pelompat itu tidak ditanggalkan, ia dalam perhubungan secara sesiri. Manakala apabila pelompat ditanggalkan, ia akan menjadi perhubungan secara I2C [8] Bagi perhubungan secara I2C, data yang dihantar akan diletakkan pada buffer First In, First Out (FIFO) terlebih dahulu, Oleh itu, data yang dihantar pada paparan akan diterima secepat yang dihantar padanya. Buffer FIFO ini mengandungi 64 bait dan ia tidak akan mengendahkan apabila menerima bait yang berlebihan [8]. Mod perhubungan 12C terletak pada 12C bas pada alamat OxC6 dan digunakan semasa penghantaran alamat I2C Slave, Selain itu, LCD02 mempunyai ‘empat pendaftar (register) di mana tiga daripadanya digunakan untuk menerima maklumat, Pendaftar 0 merupakan pendaftar dwi fungsi di mana kesemua arahan tertentu telah dihantar apabila berfungsi untuk menghantar data. Namun apabila berfungsi untuk menerima data, ia bermaksud bait yang berlebihan pada buffer FIFO dikembalikan, Arahan-arahan yang diperlukan bagi LCD02 ini boleh dirujuk pada Lampiran C. Rajah 2.3: Pandangan hadapan LCD02 13 2.4 Perhubungan Secara I2C 12C merupakan akronim kepada Inter-Integrated Circuits yang berfungsi sebagai penghantaran data di antara litar bersepadu dengan peralatan elektronik yang. Jain. Lampiran D menunjukkan Master 12C Communications Data Sheet. 12C telah dibangunkan oleh Philips Semiconductors pada sekitar tahun 1980-an yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyambungkan CPU pada cip Iuaran pada set televisyen, 12C merupakan perhubungan pelbagai tuan (Multi Master Bus) di mana lebih dari satu litar bersepadu yang boleh memulakan penghantaran data, Mengikut protokol I2C menyatakan cip yang memulakan penghantaran data disebut Master. Oleh itu, Komponen- Komponen yang lain seperti contoh led, motor, sensor diibaratkan sebagai Slave, Slave tidak dibenarkan untuk memulakan penghantaran data melainkan Master sahaja. Data boleh dihantar antara Master dan Slave tetapi ia penghantaran tersebut tetap dikawal oleh Master. Walaupun Master dan Slave boleh berkomunikasi secara dua hala antara satu sama lain akan tetapi Master akan diberikan keutamaan untuk memberikan arahan [5]. 12C mempunyai dua sambungan input yang membawa maklumat iaitu SDA untuk penghantaran data dan SCL digunakan untuk kawalan masa. Master akan memandu data jam, SCL manakala Slave pula akan bertindakbalas terhadapnya. SCL digunakan untuk segerakkan semua penghantaran data pada setiap 12C bas. Kebanyakan teknologi yang terkini membangunkan perhubungan SCL and SDA menjadi open drain, oleh itu ia perlu disambungkan dengan perintang ke voltan SV untuk membolehkan keluaran tinggi dihasilkan [5] seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4. 14 Re} | | IRE Device 1 Device 2 Device 3 SCL SDA Rajah 2.4: Struktur perkakasan I2C Apabila Master memberikan arahan kepada Slave, arahan mula akan diberikan pada bas I2C. Pada arahan mula ini, Master akan menyenggerakkan keluaran SDA menjadi rendah sementara itu SCL masih lagi dalam keadaan tinggi Semasa proses penghantaran, data SDA akan menjadi stabil dan tidak berubah sementara itu keluaran SCL tinggi. Untuk menamatkan arahan, Master juga akan memberikan arahan tamat kepada Slave, Pada ketika ini, keluaran SDA akan menjadi tinggi sementara itu SCL juga tinggi dan proses penghantaran akan ditamatkan, Proses bagi turutan arahan mula dan tamat tersebut boleh dilihat dalam Rajah 2.5. Start sequence Stop sequence SDA, scL Rajah 2.5: Turutan arahan mula dan tamat Data akan dihantar pada 8 bit dan dimulakan dengan MSB (Most Significant Bit) seperti dalam Rajah 2.6. Pada setiap penghantaran 8 bit, Slave akan menerima data dan menghantar kembali acknowlegde bit (ACK) untuk menunjukkan data tersebut samaada berjaya diterima atau sebaliknya. Manakala jika data tidak berjaya diterima, non acknowlegde bit (NACK) akan menghantar signal dan penghantaran data dihentikan. 15 SDA D7 | 06] D5] 04] D3} 02] 01] Do lact se. _J1LI2L3Li4LisLieLi7LisLis Rajah 2.6: Proses penghantaran data Kebanyakkan modul dan cip mempunyai 7 bit alamat. Apabila 7 bit dihantar, data akan selesai dihantar pada bit yang ke 8 kerana bit yang lebih ini digunakan untuk memberitahu Slave samaada Master sedang menulis atau menerima data daripadanya, Jika bit ke 8 itu bernilai 1 maka ia bermaksud Master sedang membaca data daripada Slave. Sebaliknya jika 0, bermaksud Master sedang menghantar data kepada Slave. Selepas penghantaran setiap 8 bit ini, isyarat jam ke 9 akan dihantar oleh Master untuk memastikan penghantaran tersebut berjaya atau sebaliknya. Rajah 2.7 di bawah menunjukkan proses penghantran alamat bagi & bit. spa _[A6T AST A4 a3 TA2T Ai TAO [RWIACH sc. _/7_Lf2Lfs_la_ie_teLt7_le_ist__ Rajah 2.7: Proses penghantaran alamat Untuk memastikan Master berada dalam mod perhubungan I2C, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu: a) SSP Control Register (SSPCON) b) SSP Address Register (SSPADD) ©) SSP Status Register (SSPSTAT) 4) Pin Direction Control (TRISC) 16 Berikut ialah gambarajah blok mengenai protokol untuk menulis aturcara bagi perhubungan secara I2C. Penghantaran Penghantaran alamat Penghantaran alamat arahan mula [— 12C Slave [>| pendaftar pada Slave Penghantaran Penghantaran arahan tamat_ + databit f+ Rajah 2.8: Gambarajah blok protokol penulisan aturcara 12C BAB3 KAJIAN LITERATUR Kajian latar belakang ini dilakukan untuk membuat perbandingan projek ini dengan projek yang dihasilkan oleh orang lain. Antara yang dibincangkan dalam bab ini adalah Microcontrollers in Education:A Case-Study, Sistem Perolehan Data Menggunakan Mikropengawal Hitachi 8-bit 18/3005, PIC Microcontroller Training and Development Kit dan PIC Trainer with 5 Functions. Projek-projek ini dipilih kerana mempunyai persamaan dari segi penggunaan pengawal mikro dan led. Ini dapat memberikan gambaran mengenai kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan yang diperlukan bagi menjayakan projek ini. 31 : A Case-Study Andres Santos, Eduardo Boemo, Julio Fauro dan Juan Meneses [1] dari School of Telecommunication Engineering of Madrid telah mereka pengawal mikro menggunakan Motorola 68HC11 dengan 8 bit. Pengawal mikro ini digunakan untuk membantu para pelajar mempelajari subjek Mikropemproses di samping itu dapat mengatasi masalah kekurangan peralatan makmal. 18 Pengawal mikro ini mempunyai EPROM, EEPROM, RAM, peranti inpuVoutput, pemasa, pengantaramukaan bersiri dan penukar analog ke digital. Projek ini telah dianggap berjaya menetapi objektif dan matlamat dan di antara eksperimen yang telah dijalankan pada pelajar yang berkenaan ialah Digital Voltmeter, Electronic Piano dan Time of Date Clock. 3.2 Sistem Perolehan Data Menggunakan Pengawal Mikro Hitachi 8-bit 18/3005 Dr. Ahmad Faizal bin Mohd. Zain [2] dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghasilkan pengawal mikro Hitachi 8-bit H8/3005 dengan menggunakan H8/300H Hitachi. Projek ini merupakan projek dalaman Hitachi Semikonduktor (M) Sdn. Bhd., Pulau Pinang yang bertyjuan untuk merekabentuk terminal _mikrokomputer yang dapat mengambil maklumat mengenai produk pengeluaran daripada operator pengeluaran dan menghantarkan data ini kepada terminal utama (PC) [2]. Pengawal mikro 18/3005 mempunyai 32-bit dengan enam belas daftar umum 16-bit dengan set arahan yang direkabentuk untuk kelajuan optimum, a dapat mengalamatkan suatu ruang alamat linear 16Mbyte [2]. Set arahan pengawal mikro ini adalah hampir sepadan dengan pengawal mikro H8/300 pada paras kod objek [2]. Ini membolehkan perisian mudah dipindahkan dari siri 18/300. 19 Kelemahan yang terdapat pada pengawal mikro ini ialah ia mempunyai satu pangkalan input komunikasi sesiri sahaja. Jika pangkalan ini telah digunakan untuk ‘mendapatkan data dari pengimbas bar kod maka ia tidak dapat digunakan untuk menerima maklumat dari PC. Oleh itu, beberapa komponen tambahan diperlukan membolehkan data diterima dari PC. 3.3 PIC Microcontroller Training and Development Kit Modul Jatihan ini merangkumi topik untuk penukaran analog ke digital, RS232, perhubungan secara SPI dan I2C, Pulse Width Modulation (PWM), pengendalian paparan dan sambungan periferal ke Infra Red. Sambungan litar ke Komponen telah disediakan sekali dan sesuai untuk pengawal mikro PIC yang mempunyai 40 pin seperti PIC16F87x, PICI6F7x dan PICI8Fxx. Manual dan contoh juga turut disediakan untuk memudahkan pengguna memahami modul tersebut [3] Rajah 3.1: PIC Microcontroller Training and Development Kit Modu! latihan ini didapati sesuai dengan silibus pembelajaran untuk institusi seperti pelajar Kolej dan universiti dan juga tahap diploma dan ijazah. Namum begitu, pengguna tidak didedahkan dengan penyambungan litar dari pengawal mikro ke Komponen lain secara sendiri. Ini kerana litar tersebut telah siap dipasang oleh pengeluar dan pengguna hanya perlu mengaplikasinya sahaja, Selain itu, oleh kerana 20 modul latihan ini perlu ditempah secara on-line, maka kualiti dan servis sclepas jualan tidak dijamin, Harga modul latihan ini juga agak mahal iaitu RM 960.90 dan boleh mencapai nilai ribuan setelah kos penghantaran telah diambil kira. Rajah 3.1 ‘menunjukkan PIC Microcontroller Training and Development Kit. 34 PIC Trainer with 5 Functions Modu! Jatihan ini mempunyai lima papan modul yang berasingan iaitu modul untuk pengesan suhu dan kelembapan, modul untuk paparan suhu dan kelembapan, modul pemasa dan pembilang dan modul penukaran dari analog ke digital. Pemasangan litar pada papan utama dan modul-modul telah siap disediakan. Modul ini mempunyai papan litar utama iaitu mengandungi pengawal mikro PIC 16C711, komponen-komponen yang lain dan sumber voltan bateri 9V. Selepas itu, papan utama itu akan dipasang pada ed manakala modul yang hendak digunakan pula akan disambungkan pada papan utama. Modul latihan ini disertakan sekali manual cara- cara pemasangan dari papan litar utama manakala contoh perisian yang digunakan pula perlu dimuat turun dari internet [4]. ing modul latihan di atas iaitu RM 239.90 akan tetapi berpatutan kerana fungsinya terhad kepada lima modul sahaja, Walaubagaimanapun, modul latihan ini lebih sesuai digunakan bagi pengguna yang baru belajar sebagai pengenalan kepada fungsi dan cara pengawal mikro bekerja. Modul latihan ini tidak bersifat mesra pengguna kerana hanya disertakan manual cara pemasangan papan modul ke papan utama sahaja dan bukannya penerangan mengenai modul-modul tersebut. Modul latihan ini juga tidak kemas kerana diletakkan dalam casing dan boleh menyebabkan kualiti modul tersebut terjejas. Rajah 3.2 menunjukkan PIC Trainer with 5 Functions. 21 Papan Utama Modul Pengesan Suhu dan Paparan Led dan Kelembapan Modul Pemasa Modul Penukaran dan Pembilang Analog ke Digital Rajah 3.2: PIC Trainer with 5 Functions 3.5 Kesimpulan Daripada Kajian Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati jenis pengawal mikro yang digunakan pada setiap projek adalah berlainan antara satu sama lain. Konsep yang digunakan pada PIC Microcontroller Training and Development Kit [3] mempunyai sedikit persamaan dengan projek ini, Walaubagaimanapun rekabentuk perkakasan dan kaedah pengajaran modul latihan ini telah diubah suai agar dapat memenuhi objektif projek. BAB 4 METODOLOGI Bab ini menerangkan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjayakan perlaksanaan projek ini seperti kajian maklumat dan bahan, fabrikasi perkakasan modul latihan, menjalankan eksperimen yang berkaitan seperti menyalakan satu LED mengikut lengah masa yang ditetapkan, menyalakan lapan LED mengikut lengah masa yang berlainan, memaparkan nombor dengan menggunakan 7-segment, menggerakkan de motor dan servo motor serta memaparkan huruf dan nombor pada paparan led. Selain itu, penulisan modul pembelajaran mengenai LCD02 dan /2C Communications dilakukan. Selepas itu, satu kajian kes telah dijalankan ke atas pelajar 4 BEKP 2 untuk menguji dan mengenalpasti keberkesanan projek ini, 4.1 Kajian Maklumat dan Bahan Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk merekabentuk litar dikumpulkan dan kajian konsep dilakukan untuk mendapatkan hubung kait di antara teori dengan perlaksanaan projek. 23 Kaedah ini digunakan untuk memastikan konsep yang digunakan adalah bertepatan dengan keperluan litar yang direkabentuk. Perkakasan modul latihan ini menggunakan dua konsep utama iaitu penggunaan led untuk paparan dan pengaturcaraan bagi PIC 16F877 bagi mengawal paparan tersebut. Bagi melancarkan lagi perlaksanaan projek ini, pengetahuan dan kemahiran- kemahiran asas dalam bidang elektronik diaplikasikan untuk memilih komponen- komponen yang sesuai dengan litar. Antara lain ialah mengkaji ciri-ciri pengawal mikro PIC 16F877 dan led LCD02. Selain itu, penggunaan perisian MPLAB v7 dan Hitech PIC16 juga dipelajari untuk menyusun bahasa himpunan, manakala IC Prog digunakan untuk menukarkan bahasa hexadecimal kepada bahasa mesin dan merekabentuk litar untuk papan litar bercetak dengan menggunakan Protel 99 SE. 42 Fabrikasi Perkakasan Modul Latihan dan Membaik Puli Litar bagi perkakasan direkabentuk berdasarkan kepada keperluan dan ciri- citi yang diperlukan untuk modul latihan. Ini merupakan gambarajah blok yang menunjukkan susunan setiap litar yang telah dibahagikan kepada lapan bahagian untuk diletakkan pada papan litar bercetak 24 Votan _Litar Bekalan Kuasa dan Litar led Tetap __-Pengatur Voltan SV DC5V ag Multipurpose | Buzzer Running T-segment —_Potentiometer Switch Lights Rajah 4.1: Gambarajah blok perkakasan modul latihan 42.1 Litar Bekalan Kuasa Voltan arus terus penting dalam menjalankan eksperimen. Ini kerana kebanyakan komponen yang digunakan mempunyai voltan kadaran 5 voltan arus terus. Oleh itu, pengubah kecil diperlukan untuk penukaran voltan arus ulang-alik 230Vac kepada 6V. Tetiti diod digunakan untuk menghasilkan gelombang penuh pada voltan arus ulang-alik. Pengatur voltan 7805 digunakan untuk mengatur voltan arus ferus menjadi SV untuk membekalkan voltan ke LCDO02 dan komponen yang lain. Litar bekalan kuasa ini direkabentuk dengan menggunakan perisian Protel 99 SE.

You might also like