You are on page 1of 2

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya


terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama,
bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan
satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf
baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat
majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di
Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum
dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik
inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan
adat

resam.

Corak

masyarakat

Malaysia

seperti

ini

berlaku

disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang


berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke18

dan

ke-19,

masyarakat

Malaysia

tidak

begini

coraknya.

Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu


ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama
sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah
berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial
masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab
atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Tanggal 13 Mei 1969
tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana
pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara
kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai
kaitan rapat dengan
Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu
banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan,

kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan


melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi
majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP
yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di
Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini
memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO
telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap
penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka
tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu. Kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang
kepada peristiwa 13 Mei .
Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh
dilihat

sebagai

punca

kepada

peristiwa

tersebut.

Amalan

diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan


lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi,
peristiwa 13 Mei banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap
masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang
jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang
nyata

selepas

penjajahan

British.Dasar

ekonomi

baru

yang

dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha


bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan
hubungan antara kaum di Malaysia.

You might also like