You are on page 1of 3

LAPORAN PENGERUSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 16

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-16 IPG Kampus Perlis telah berjaya
dilaksanakan dengan penglibatan menyeluruh semua guru pelatih semester 5
dengan

kerjasama

Unit

Kokurikulum

IPG

Kampus

Perlis.

Saya

telah

dipertanggungjawabkan untuk meneraju organisasi KOT pada tahun ini dan


alhamdulillah pelbagai perkara baru telah saya pelajari sepanjang proses untuk
melaksanakan KOT ini. KOT merupakan aktiviti tahunan ipg yang mana ia diuruskan
oleh guru pelatih semester 5 bagi melengkapkan kursus WAJ3112 KokurikulumOlahraga . Secara langsung, ia memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kami
untuk menguruskan kejohanan sebegini pada masa akan hadapan.
Pada peringkat awal kejohanan, semua biro bergerak agak perlahan kerana
mereka tidak mengetahui skop atau bidang tugas setiap biro dengan jelas. Oleh
sebab itu, semua persediaan yang hendak dilakukan sentiasa tersekat kerana
mereka tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan dan dengan siapa mereka perlu
berhubung. Namun begitu, sedikit perubahan dapat dilihat apabila mesyuarat kali
pertama bersama pensyarah penasihat diadakan bagi memperincikan bidang tugas
setiap biro. Setiap biro dapat bergerak dengan lebih lancar. Penganjuran KOT pada
tahun ini memerlukan komitmen yang lebih daripada biro persiapan tempat dan
alatan kerana terdapat venue pertandingan yang perlu dibaik pulih terutamanya
venue lompat jauh kerana tempat lari landasnya telah rosak. Tidak ketinggalan juga
beberapa alatan yang mengalami kerosakan terutamanya tilam lompat tinggi yang
telah pun dibaik pulih. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan pada penganjuran kali
ini bagi memastikan kemeriahan KOT lebih dirasai. Satu video promosi KOT kali ke15 telah berjaya dihasilkan bagi mempromosikan KOT yang bakal berkunjung tiba
kepada semua guru pelatih. Selain itu, kami juga membuat satu perubahan di mana
kami telah menyediakan sebuah khemah bagi setiap rumah sukan. Khemah rumah
sukan adalah sinonim dengan kejohanan olaharaga tahunan, oleh sebab demikian
kami menyediakan khemah tersebut bagi meriahkan lagi KOT 2015. Ini merupakan
satu usaha untuk menarik minat guru pelatih untuk melibatkan diri pada kejohanan
ini walaupun sebagai penonton.

Pelbagai masalah timbul sepanjang kami menguruskan kejohanan ini. Hal ini
telah memaksa ahli majlis tertinggi KOT untuk duduk semeja bagi memerah idea
untuk mendapatkan penyelesaian yang yang terbaik melibatkan beberapa perkara
seperti isu baju KOT, kehadiran guru pelatih dan sebagainya. Terdapat juga
beberapa masalah melibatkan biro yang mana mereka tidak mengambil tindakan
yang cepat setelah menerima arahan atau teguran di dalam mensyuarat dan ini
sedikit sebanyak merencatkan proses penganjuran. Selain daripada itu, kurangnya
komunikasi di antara biro menyebabkan berlaku sedikit salah faham dalam
penyampaian

maklumat-maklumat

penting

dan

akibatnya

kerja-kerja

yang

dilaksanakan tidak selari. Penganjuran KOT pada tahun ini terlalu dekat dengan cuti
Tahun Baru Cina dan ini juga menjadi masalah bagi sesetengah guru pelatih yang
masih lagi berada dalam mood raya. Penyampaian maklumat agak terbatas kepada
semua guru pelatih kerana perhimpunan mingguan tidak lagi diadakan dan ini
menyukarkan kami untuk menyalurkan maklumat mengikut rumah sukan. Medium
penyampaian seperti facebook tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana
rangkaian internet ipg tidak berfungsi sepenuhnya terutama di beberapa blok asrama
perempuan.
Hari kejohanan berlangsung dengan sedikit kerencatan kerana cuaca yang
teramat panas sepanjang hari saringan. Terdapat satu acara yang terpaksa ditunda
pada hari ketiga kejonanan iaitu 800m kerana mengambil kira faktor peserta yang
tidak ramai menyertai acara tersebut. Perjalanan acara kejohanan pada hari pertama
amat memuaskan kerana semua menjalankan tugas masing-masing dengan
baiknya. Hal yang sama berlaku pada hari kedua dan seterusnya menjadikan
kejohanan ini semakin baik dan lancar. Raptai juga dapat dilaksanakan dengan baik
kerana sehari sebelum itu, kami telah mengadakan praraptai yang bertujuan
memberi maklumat tentang perjalanan dan proses yang berlaku sepanjang raptai
penuh nanti. Segala kepincangan pihak pengurusan pada praraptai dapat diperbaiki
terus dan hasilnya raptai penuh berjalan dengan sempurna.
Hari terakhir kejohanan berlangsung dengan sempurna yang mana setiap biro
bergerak dengan baik cuma terdapat sedikit kesilapan namun ia berjaya di atasi
dengan cekap tanpa pengetahuan umum. Ini menunjukkan proses pembelajaran di
hari-hari sebelum ini telah berjaya membentuk kami untuk mengurus dengan lebih
cekap dan berkesan.

Konklusinya, melalui penganjuran KOT pada kali ini, saya dan rakan-rakan
yang lain telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru khususnya yang berkaitan
dengan pengurusan kejohanan sukan. Saya berharap agar penganjuran KOT pada
masa hadapan akan menjadi lebih baik dan berharap agar budaya sukan dapat
dijadikan sebagai amalan oleh para guru pelatih di sini. Saya juga ingin ambil
peluang ini untuk berterima kasih yang teramat sangat kepada Pn Mariani bt Ali dan
Pn Hayati yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang sangat berguna
kepada saya.
Sekian.

Disediakan oleh,
....................................................
(MUHAMMAD FAISAL BIN OMAR)
Pengerusi
KOT Kali Ke-16,
IPG Kampus Perlis.

You might also like