You are on page 1of 20

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

1.0

SCE 3112

Pengenalan
Sebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains, kita perlu tahu apakah

yang dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains
biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (PDP)
sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan
Guru) dan universiti.
Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau
segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini
dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan
dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.
Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai
makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk PDP
sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.Bilik sains ini kebiasaannya
akan mempunyai meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid
pula sesuai untuk melakukan eksperimen.Meja dan kerusi adalah bersifat mudah alih agar
ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk PDP sains.Pada bahagian belakang bilik sains
dilengkapi dengan almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth:
bikar plastik).Suasana sekitar bilik sains akan dihiasi dengan poster, carta, model dan hasil
kerja murid dipamerkan.
Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.Biasanya, terdapat hanya satu
sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.Berbanding di sekolah menengah yang
mempunyai beberapa makmal sains yang disediakan. Seterusnya kita beralih pula kepada
apakah yang perlu guru sains tahu mengenai pengurusan makmal sains. Terdapat beberapa
perkara yang perlu kita ketahui dalam pengurusan makmal sains yang ideal dan memenuhi
garis panduan kementerian.

2.0

Latar Belakang Sekolah Dilawati.


1

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

Saya dan rakan Rosmawati Bt Ismail telah bersepakat untuk melawat makmal sains di
Sek. Men. Keb. Raja Lope Nur Rashid di Tanjung Piandang, Perak.Kami telah melawat ke
makmal sekolah ini pada 18 Feb 2014 yang lalu.Kami diberi kebenaran untuk melawat makmalmakmal yang terdapat di sekolah ini seterusnya mengambil beberapa keping gambar untuk
tugasan ini.
Guru Kanan Sains ialah Pn. Rosnamilah Bt Hj. Mohamed Noor yang telah memulakan
tugas beliau pada 1 November 2002 hingga sekarang.Menurut beliau sekolah ini mempunyai
sebanyak 5 buah makmal iaitu 2 buah makmal sains teras, sebuah makmal sains fizik , sebuah
makmal kimia dan sebuah makmal biologi.Makmal-makmal tersebut di uruskan oleh 5 orang
pembantu makmal dan seorang pembantu am rendah.
Sebagai persediaan untuk langkah keselamatan makmal pihak jabatan sains telah
mengadakan 2 kali latihan kebakaran.Di samping itu ,segala urusan stok makmal di sekolah ini
adalah berada dalam keadaan baik.
Di sepanjang lawatan dan temubual yang dilaksanakan ketika lawatan dapat
memberikan kami banyak maklumat berkaitan pengurusan makmal sains bagi melengkapkan
tugasan subjek ini.

3.0

Carta Organisasi Jabatan Sains Di Sek.Men.Keb Raja Lope Nur Rashid.


2

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

Jabatan Sains merupakan satu daripada beberapa jabatan yang terdapat dalam struktur
organisasi di sekolah menengah.Jabatan ini bertanggungjawab dalam hal [pengurusan
pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum sains.Setiap anggota dalam jabatan
ini perlu mengetahuidan mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mentadbirkan Jabatan
Sains dengan berkesan.Setiap anggota dalam jabatan ini mempunyai tugastugas tertentu
dalam menguruskan jabatan ini.

Jabatan Sains dianggotai oleh semua guru sains dan staf sokongan makmal sains yang
diketuai oleh Guru Kanan Sains. Mereka bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua
aspek yang berkaitan dengan pengurusan Jabatan Sains termasuk hal pengurusan pengajaran
dan pembelajaran serta kegiatan kokuriklulum sains.
3.1

Tugas Ketua Bidang /Guru Kanan Sains

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains

dalam pengurusan makmal sains

adalah seperti :
a.

Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti

sistem bekalan

elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
b.

Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan


bersih dan selamat digunakan.

c.

Merancang dan menyediakan :


3

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan


ii.Peraturan keselamatan
iii.Latihan kecemasan dan kebakaran
iv.Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v.Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya
d.

Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi
sepenuhnya peraturan makmal.

e.

Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan


makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.

f.

Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurangkurangnya enam bulan sekali.

g.

Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains
dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.

h.

Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran


dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.

i.

Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains


mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.

j.

Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan
yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.

k.

Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali


Sains (PEKA Sains).

l.

Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.

m.

Merancang,

mengenal

pasti

dan

melaksanakan

program

atau

aktiviti

perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.


n.

Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan


mengikut jadual yang ditetapkan.
4

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

o.

SCE 3112

Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya


menepati ciri-ciri keselamatan.

p.
3.2

Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
Tugas Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
seperti

a.

berikut :

Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan


bahan sains.

b.

Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan
peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.

c.

Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus
kira dan pelupusan.

d.

Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi


peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

e.

Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti
berikut :
i.
ii.

Stok makmal sains

iii.

Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains

iv.

Kerosakan dan kehilangan

v.

f.

Pesanan peralatan dan bahan sains

Penyelenggaraan dan pemeriksaan

vi.

Kemalangan

vii.

Rekod penggunaan makmal sains

Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

g.

SCE 3112

Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas,
perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.

h.

Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan


diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.

i.

Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.

j.

Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

k.

Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan


kakitangan makmal dan bilik sains.

l.

Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.

m.

Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.

n.

Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.

o.

Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains
di bawah jagaannya.

p.

Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.

q.

Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains


dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
i.

Pengurusan makmal dan bilik sains

ii.

Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan

iii.

Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan


berbahaya yang lain

r.

Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan


dengan makmal dan bilik sains.

s.

Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.

t.

Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

u.

SCE 3112

Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari
masa ke semasa.

3.3

Tugas Pembantu Makmal


2.4.1

a.

Tugas Harian

Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu
sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi
pembelajaran makmal berakhir.

b.

Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam


keadaan bersih.

c.

Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

d.

Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains
dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.

e.

Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali
dijalankan.

f.

Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja
amali.

g.

Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan


bahan sains.

h.

Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti


kebakaran dan kecederaan.

i.

Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang
telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

j.

Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu
setelah selesai setiap kerja amali.

k.

Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot,


bekalan elektrik, air dan gas.
7

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

l.

SCE 3112

Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan


dan bahan sains semasa amali.

m.

Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada
setiap hari :

n.

i.

Membersihkan makmal sains

ii.

Menutup bekalan gas ,air dan elektrik

iii.

Menutup tingkap,dan mengunci bilik makmal sains.

iv.

Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan Pengetua.

Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang


kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua
Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

o.

Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini


stok dan sebagainya.

p.

Mencuci peralatan sains yang kotor.

q.

Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan


serta radas daripada pihak pembekal.

r.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke


semasa.

4.0

Pengurusan Keselamatan Makmal Sains


Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen.

Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan


jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru bartanggungjawab
menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan
serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL

Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja


yang selamat.
GURU

Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah
keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan.
PELAJAR

Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia,
peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.

Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan


semasa di makmal

3.1

Langkah-langkah keselamatan dalam makmal

Peraturan makmal Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa
bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami
peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar pertama
kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat
oleh pelajar.

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

Kemahiran manipulatif Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul


semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan
guru tentang prosedur amali.

Kotak pertolongan cemas Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan
mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.

Peralatan keselamatan Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat


pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di
tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan
peralatan berkenaan.

Petunjuk Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang


mudah dilihat dalam setiap makmal.

Kebersihan Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah
hendaklah disediakan

10

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

Rancangan untuk keadaan kecemasan Pastikan pelajar tahu prosedur


menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

Pencahayaan dan pengudaraan Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di


dalam makmal.

Panduan keselamatan Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru


dan kakitangan makmal

memahami isi kandungannya serta dapat mengambil

langkah-langkah keselamatan bila perlu.

Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik


berada dalam keadaan baik.

Pelupusan bahan sisa Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang
betul.

Rawatan kecemasan Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara
memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.

11

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab


tambahan, iaitu:

Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,

Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.

3.2

Rawatan Kecemasan
Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi

rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam
rawatan kecemasan ialah:

5.0

AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.

JANGAN CEMAS.

TAHU PUNCA KEMALANGAN.

TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL.

Prosedur Pembelian Alatan Sains


4.1

Peruntukan Makmal Sains

Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.


PERUNTUKAN
SUBSIDI

DARI

KERAJAAN

SEKOLAH

PERUNTUKAN
SAINS

FIZIK

KIMIA

BIOLOGI

SAINS

12

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

4.2

SCE 3112

Belanjawan Makmal Sains


Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan
sejumlah

wang

yang

diperuntukkan.

Proses

ini

memerlukan

kebijaksanaan

perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan


tersebut.
4.3

Bagaimana membuat belanjawan


Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan
pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.

Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata
pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.

4.4

Saranan membuat belanjawan makmal

1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.
2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.
5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun
hadapan.
6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah
menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan
kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi:

(a) bahan-bahan pakai

habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d)
13

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g)
perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll.
7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk
menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
4.5

Garis panduan menyediakan senarai keperluan


1. Apakah item-item yang:

sangat diperlukan?

boleh diubahsuaikan?

boleh dibeli dengan murah?

boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran?

boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?

2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar.


4.6

Pesanan dan pembelian


Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan.
Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua.

4.7

Pertimbangan sebelum pembelian:

1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik
oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.
2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:
. Kuantiti banyak, lebih murah.
. Bahan kimia, jangan beli banyak.
3. Masa pembelian:
. Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan segar.
. Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
4. Cari pembekal yang murah:
. Harga mahal dari pembekal alatan sains.
. Beli dari syarikat yang belum terkenal.
. Beli dari kedai biasa.
14

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

4.8

SCE 3112

Prosedur pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut
harga. Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:
1. Meminta Sebut harga
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal
meminta sebut harga.
Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
Simpan salinan surat.

Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan.
Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu

2. Borang pesanan
. Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.
. Simpan salinan pesanan
3. Surat/nota tanda terima
. Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
4. Nota hantaran
. Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan
dihantar ke sekolah
seperti dinyatakan dalam borang pesanan.
. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan
. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.
. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
5.

Penerimaan barangan
. Pembekal menghantar barangan.

15

dihantar.

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran,


semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani
dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.
6. Invois
. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah
ditandatangani.
. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat.
. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran
5.0

Penyelenggaraan Stok
5.1

Jenis stor

Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.
STOR UTAMA
Menyimpan semua alat dan bahan
pengajaran sains.

Bahan/alat

dari

STOR AGIHAN
Di setiap makmal.

stor

ini

tidak

Agihan/pengeluaran

bahan/alat

kepada pelajar di makmal berkenaan.

diagihkan kepada individu.

Bahan/alat diagihka kepada stor di


setiap makmal.
5.2

Ciri-ciri stor utama


Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan
hantaran bahan/alat.

Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli.

Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara
lorong dan antara rak.

5.3

Sistem penyimpanan item-item sains


Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,

rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan
padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari
bahan/item semasa pemeriksaan stok.
16

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

SCE 3112

Contoh:
Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal
Fizik II.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.
Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok
biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item
dalam bentuk kod.
Contoh:
Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen

disimpan di

makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.


Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan.
Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.

5.4

Dokumen-dokumen penting di dalam makmal

Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci.

Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains.

Jangan dibawa keluar dari makmal.


Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga,
Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog,
Risalah dan Kad-kad stok.

5.5

Kad-kad Stok

Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang


disimpan di dalam stor.

17

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

Mesti

mengandungi

SCE 3112

maklumat

secukupnya

tentang

setiap

item,

untuk

memudahkan pemeriksaan stok.

Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis)
dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama)

Contoh kad stok:


(a) Item-item tahan lama.
(Nama sekolah)
Item: Kelalang,volumetrik
Lokasi : K8
Tarikh

1996

Stok

Tari

Kuantiti

Masuk

kh

Dibeli

Harga

500ml

Jumlah

Tarikh

Stok

Dipinjam,

Baki

Tanda

Rosak, dll.

tangan

1 pecah

25/3
26/
4

RM12

(b) Bahan pakai habis.


(Nama sekolah)
STOK

Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)

STOK

MAKSIMUM

Lokasi : K3

MINIMUM

2 kg
Tarikh

0.5kg
Stok

Tarikh

Masuk

Kuanti

Harga

Pembekal

ti

Jumlah

Digunakan

Baki

Stok

tangan

Diterm
a

1996

1.5kg

1.5k

19/3

g
26/4

0.5kg

RM3

R&R

18

2.0kg

Tanda

0.5kg

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

5.6

SCE 3112

Penyimpanan Bahan/Radas
1. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia

Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah


dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang
beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.

Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.

Gunakan stok yang lama dahulu.

Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.

Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

19

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

6.0

SCE 3112

Kesimpulan.

Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Sesuai dengan status tersebut,

makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan seperti radas,


peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains. Di sekolah
rendah, bilik sains disediakan di samping sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk
menjalankan aktiviti makmal bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan
peralatan sains.
Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan
bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang mungkin
membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti
makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus dengan bahan
semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik pengumpulan data,
model, konsep, prinsip serta teori dalam sains.
Di samping itu, guru juga perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan
persekitaran yang sesuai sama ada makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah
mahupun di luar sekolah untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

20

You might also like