You are on page 1of 12

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033
PJJ
APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
TUGASAN INDIVIDU 25%
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
MOHD NOOR AZAM BIN AYUB

NO. MATRIK
D20112055134

PROGRAM
A132PJJ

PENSYARAH E-LEARNING

DR ADENAN AYOB

TARIKH

4 MEI 2014
MARKAH

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

1.0.1

FASA PERANCANGAN

1.0.2

FASA PELAKSANAAN

1.0.3

FASA PENILAIAN

2.0

MODEL ADDIE

3.0

ALIRAN KERJA MODEL ADDIE

4.0

3.0.1

Analisis

3.0.2

Reka bentuk Perisian

3.0.3

Pembangunan Perisian

3.0.4

Pelaksanaan Perisian

3.0.5

Penilaian

RUMUSAN

RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0

PENGENALAN

Penggunaan multimedia dalam pendidikan telah mengubah proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P) yang dahulunya berpusatkan guru, tetapi kini lebih banyak memberi
peluang kepada pelajar untuk menerokai alam baru dunia pendidikan yang semakin hebat,
menarik, canggih serta moden. Bagi mengaplikasikan kecanggihan komputer dalam proses
P&P ini, satu kaedah pengajaran direka cipta dengan menggunakan alat pengarangan untuk
menghasilkan perisian multimedia dan kini lebih dikenali sebagai Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK). Guru sentiasa mencari pendekatan baharu
bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melalui penyelidikan,
menelaah, menulis, mencari kaitan antara bidang pengetahuan dan merangsang murid mencari
inisiatif serta berdikari mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Dalam pembangunan sesuatu perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
terdapat tiga fasa utama yang perlu diberikan fokus. Pertama ialah fasa perancangan. Kedua
ialah fasa pelaksanaan. Ketiga pula ialah fasa penilaian.
Terdapat tiga fasa utama dalam pembangunan sesuatu perisian pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Fasa pertama ialah fasa perancangan, kedua ialah fasa
pelaksanaan dan ketiga pula ialah fasa penilaian. Perbincangan tentang ketiga-tiga fasa
pembangunan perisian adalah seperti berikut:
1.0.1 FASA PERANCANGAN

Pembangun melaksanakan proses menganalisis terhadap keperluan perisian bagi memastikan


pembangunan perisian lebih sistematik dan terancang. Pereka bentuk akan membina
kefahaman mengenai pengguna persekitaran perisian yang akan digunakan, objektif dan
matlamat yang cuba dicapai oleh perisian, alatan atau bahan pengukuran sejauh mana objektif
dan matlamat dipenuhi, kekangan dan kekuatan perisian. Fasa ini mengandungi tiga aktiviti
utama iaitu pembinaan konsep perisian, menyatakan tujuan dan mengenalpasti kumpulan
sasaran.
Fasa ini melibatkan kerja-kerja seperti berikut:
a. Mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan.
b. Menentukan cara penyelesaian ke atas masalah berkenaan.
1

c. Membuat kajian ke atas masalah yang dikenalpasti untuk mengumpulkan data


berkaitan dan menyenaraikan bahan rujukan yang akan digunakan.

d. Menentukan objektif yang ingin dicapai melalui perisian tersebut.


e. Menentukan ciri-ciri pengguna yang akan menggunakan perisian itu.
f. Memilih pendekatan pengajaran yang akan digunakan dalam perisian.
g. Menentukan kesesuaian reka bentuk perisian.
h. Menentukan persekitaran bagi perisian yang dibangunkan akan digunakan.
i. Menentukan langkah kerja pembinaan sesebuah perisian.
Reka bentuk sesebuah perisian boleh dijalankan dengan terancang dan teratur apabila
kesemua aktiviti di atas dapat diselesaikan.
Pembinaan konsep perisian adalah proses menjana idea dapat diperolehi melalui cara
yang tidak berstruktur seperti senarai semak dan sesi sumbangsaran. Pendapat boleh
digunakan untuk menetapkan visi namun mesti disampaikan dalam bentuk panduan
pembangunan. Idea mesti jelas, dapat diukur dan mempunyai objektif yang mampu dicapai.
Kemudian, menyatakan tujuan berdasarkan matlamat dan objektif pembangunan perisian.
Matlamat adalah sesuatu yang ingin dicapai dalam jangka masa yang panjang. Contohnya
mewujudkan sebuah perisian yang dapat mengurangkan kos latihan secara tradisi. Objektif
pula merupakan sesuatu yang ingin dicapai dalam tempoh yang pendek. Contohnya
memasukkan elemen audio ke dalam perisian
pada fasa pembangunan. Seterusnya, mengenalpasti kumpulan sasaran iaitu pembangun
perisian perlu menentukan maklumat yang diperlukan, jenis pengguna dan kaedah yang
bersesuaian dengan para pengguna.
1.0.2 FASA PELAKSANAAN

Terdapat tiga langkah kerja utama yang sering dilaksanakan dalam reka bentuk perisian. Tiga
aktiviti utama yang terlibat adalah menentukan cara pelaksanaan, menentukan spesifikasi dan
menghasilkan papan cerita dan navigasi. Aktiviti pertama adalah menentukan cara
pelaksanaan perisian. Projek yang dipersembahkan kepada pengguna harus mengambil kira
objektif, konsep dan kumpulan pengguna perisian.

2
Perkara yang perlu diserapkan ke dalam perisian ialah corak perisian, pendekatan,
metafora dan keutamaan. Corak perisian kebanyakkan perisian yang dibangunkan untuk

kegunaan permainan dan hiburan biasanya memiliki unsur jenaka dan tidak formal. Perisian
untuk tujuan latihan atau perniagaan pula biasanya menggunakan corak yang lebih serius dan
formal. Corak perisian juga dipengaruhi oleh media yang digunakan. Pendekatan perisian
untuk kanak-kanak sering menggunakan pendekatan penjelajahan dan klikan grafik-grafik
tertentu. Sebaliknya, perisian untuk pengguna dewasa pula biasanya dalam pendekatan
panduan atau arahan penggunaan yang lengkap. Terdapat juga pendekatan berpandu atau hos
yang menggunakan butang pertolongan yang mengeluarkan skrin bantuan apabila diklik.
Metafora adalah persembahan maklumat dalam bentuk lokasi atau objek yang membawa
navigasi ke atau peringkat yang lebih khusus daripada sebuah skrin yang menggunakan
konsep metafora. Keutamaan setiap elemen perisian perlu dipertimbangkan berdasarkan
objektif, konsep dan pengguna. Tetapi peruntukkan masa dan kewangan juga mempengaruhi
faktor ini.
Aktiviti kedua adalah menentukan spesifikasi yang terdiri daripada sistem main
semula, elemen yang dimasukkan, kebolehfungsian dan antaramuka pengguna. Sistem main
semula merupakan keupayaan sistem komputer daripada sudut kepantasan, ingatan utama,
ruang storan dan sebagainya perlu ditentukan sejak awal untuk memastikan supaya perisian
yang dibina boleh dimainkan pada sistem komputer yang dicadangkan tanpa sebarang
masalah. Elemen yang dimasukkan adalah sekiranya audio dimasukkan, saiz dan cara
rakamannya perlu dikira. Bagi
video, saiz kerangka sesaat perlu diukur. Saiz setiap objek yang digunakan seperti grafik,
imej, butang, teks, font, saiz font, stail font dan warna perlu ditentukan dan ditetapkan dalam
spesifikasinya. Kebolehfungsian tentang pembangunan perlu memastikan kaedah sesuatu
objek berinteraksi berasaskan reaksi pengguna. Antaramuka pengguna melibatkan rekabentuk
skrin susunan objek pada setiap skrin, interaksi objek-objek pengguna dan kaedah penerokaan
pengguna.
Aktiviti ketiga adalah menghasilkan papan cerita dan navigasi. Proses pembangunan
perisian memerlukan penggunaan papan cerita yang diwakili oleh perkara yang akan
dipaparkan pada setiap skrin dan cara setiap skrin dihubungkan antara satu dengan lain. Papan
cerita dapat
3

digunakan untuk memberi gambaran kasar projek, panduan kepada pembangun program,
gambaran cara setiap skrin dihubungkan, dan gambaran kaedah setiap objek berfungsi.

Perkara penting dalam menyediakan papan cerita ialah merancang sistem penerokaan atau
navigasi untuk setiap skrin dalam papan cerita tersebut. Perkaitan antara skrin melalui
penggunaan butang, hiperteks dan imej berangkaian membenarkan pengguna berpindah dari
satu skrin ke skrin yang lain. Pembinaan perisian akan menentukan cara setiap skrin
dihubungkait melalui penggunaan papan cerita. Sistem navigasi dapat dilaksanakan dalam
pelbagai cara seperti mengikut susunan berturutan, mengikut tajuk seperti dalam
ensaiklopedia dan kiosk maklumat, melalui konsep perjelajahan dan sebagainya.
Pembangunan projek perisian melibatkan proses kerja berubah berperingkat-peringkat
daripada fasa merancang dan melaksana termasuklah pembangunan perisian. Proses ini
melibatkan dua aktiviti utama iaitu pembinaan isi kandungan dan aktiviti mengarang atau
mengaturcara perisian. Pembangunan isi kandungan melibatkan persoalan tentang tahap
kualiti isi kandungan perisian seperti grafik, audio, video dan sebagainya. Kemudian, kaedah
isi kandungan dijana atau dihasilkan sama ada menggunakan semula kandungan sedia ada,
mengupah pakar untuk menulis teks menggunakan khidmat pelukis grafik dan sebagainya.
Seterusnya, orang yang bertanggungjawab dalam mendapatkan hak cipta dan perjanjian
perlesenan. Akhirnya, kaedah isi kandungan perisian disimpan dan didokumentasikan.
Seandainya sesebuah perisian dibangunkan dengan menggunakan semula isi kandungan sedia
ada seperti daripada buku atau katalog maka proses membina isi kandungan perisian akan
menjadi lebih mudah. Tetapi proses pembangunan kandungan akan menjadi susah dan
memakan masa jika maklumat untuk dimasukkan adalah kurang atau tidak ada. Seandainya,
perisian memerlukan elemen audio, video, animasi dan grafik yang baru maka ia juga akan
melewatkan proses pembangunan perisian tersebut.
Andainya fasa perancangan dan fasa pelaksanaan dilakukan dengan sempurna, proses
mengarang dan mengaturcara akan menjadi senang dan cepat. Mengarang atau mengaturcara
perisian boleh menjadi semudah membuat slaid elektronik seperti menggunakan perisian
Microsoft Power Point 2000 atau yang lebih kompleks. Terdapat banyak perisian yang dapat
digunakan bagi proses pengarangan dan pengaturcaraan pada masa yang sama. Andainya
perisian yang dibangunkan bertujuan untuk dikomersialkan dan memerlukan interaktiviti
yang tinggi maka jenis perisian yang digunakan mesti ditekankan daripada segi kesesuaian
proses
pengarangan dan bahasa pengaturcaraan yang dapat dimuatkan seperti ASP, Javascript, PHP,
HTML dan sebagainya. Kerjasama antara pengarang perisian, pengaturcara perisian, pembina
4
isi kandungan dan pembangun antaramuka amat penting dalam aktiviti ini untuk menjamin

spesifikasi projek yang dirancang mampu dipenuhi.


1.0.3 FASA PENILAIAN

Fasa ini merujuk kepada menilai perisian yang terhasil supaya menepati spesifikasi yang
ditetapkan. Perisian yang telah siap dinilai adalah diharapkan akan menjadi lebih berkualiti
dan menepati kehendak pengguna sebenar apabila ia digunakan oleh kumpulan pengguna
sasaran. Fasa ini melibatkan aktiviti utamanya iaitu proses penilaian.
Penilaian merupakan proses membuat penilaian terhadap aktiviti pengujian. Aktiviti
pengujian berkaitan rapat dengan aktiviti penilaian. Setiap perkara yang diuji pada perisian
yang telah dibangunkan akan disusuli dengan laporan penilaian yang melibatkan pihak
pembangun dengan pihak pengguna. Isu-isu yang diambil kira dalam proses penilaian ini
adalah seperti:
a. Adakah dengan mengklik setiap objek atau butang pada skrin akan menghasilkan
tindakbalas sepatutnya?
b. Bolehkah klip video, animasi dan audio dikawal oleh pengguna?
c. Adakah elemen-elemen perisian diletakkan di lokasi yang betul?
d. Adakah pengguna memahami sistem penerokaan, ikon-ikon, istilah-istilah dan
metafora yang digunakan?
Aktiviti penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilakukan ketika proses pembinaan
perisian sedang berjalan. Pengubahsuaian pada peringkat ini tidak melibatkan kos yang
mahal. Penilaian sumatif adalah penilaian terhadap perisian yang telah lengkap dan siap untuk
menyemak sama ada ia telah dibina menepati kehendak dan keperluan pelanggan.
2.0
MODEL ADDIE
Salah satu model pembangunan perisian yang sesuai untuk menyokong ketiga-tiga fasa ini
adalah berdasarkan Model ADDIE seperti berikut.

5
MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE.


Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini
diwakili oleh aliran kerja.
3.0

ALIRAN KERJA MODEL ADDIE


3.0.1

Analisis

Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan
cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,
tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,
pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut.
Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan
objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap
perkara-perkara berikut:
a. Analisa
b. Reka bentuk
c. Pembangunan
d. Pelaksanaan
e. Penilaian
Selain daripada itu, pembangunan perisian juga mengandungi perkara-perkara di bawah ini:
a. Matlamat perisian
b. Objektif perisian
c. Kumpulan sasaran
d. Kandungan perisian
e. Pendekatan pedagogi
f. Strategi penggunaan perisian

6
Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang
dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

3.0.2

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu
lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan
dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk
perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a. Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka
dalam fasa analisis.
b. Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif
pembinaan perisian.
c. Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian
dengan pengguna.
d. Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan
strategi pembelajaran yang telah dirancang.
3.0.3

Pembangunan Perisian

Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan


mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu
dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses
membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.
3.0.4

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan
perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini
perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.P roses kerja dalam
fasa ini ialah:
a. Membangunkan perisian.
b. Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan.
c. Menguji kestabilan perisian.
d. Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan
meningkatkan. lagi kualiti perisian.

7
3.0.5

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi

memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini
juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi
menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian harus
dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan
sumatif.
4.0

RUMUSAN

Guru hendaklah dibekalkan dengan kemahiran pedagogi integrasi teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan tahap inovatif. Satu
sistem latihan dan pemantauan yang lebih terancang dan sistematik perlu dilaksanakan
daripada bermulanya pembangunan perisian hingga ke tahap pelaksanaan pengintegrasian
perisian dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Selain daripada itu, dicadangkan satu
polisi pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi yang jelas dan tegas seperti
keselarasan pengajaran dan pembelajaran integrasi teknologi maklumat dan komunikasi
dengan sistem peperiksaan dan sistem insentif guru yang membudayakan penggunaan dan
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan penggunaan dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dinafikan malah merupakan satu kemestian
terutamanya dalam era pendidikan terkini dan masa depan. Hampir sedekad sekolah bestari
dilaksanakan dan usaha-usaha penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah juga
diimplementasikan di sekolah-sekolah lain dalam pelbagai bentuk.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa penggunaan perisian tidak memenuhi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah melainkan guru sendiri mengambil inisiatif membuat
innovasi. Guru hendaklah dibekalkan dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
menggalakkan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang lebih berdaya
maju dan menarik seperti yang dicadangkan. Contohnya, penggunaan bahan teknologi
maklumat dan komunikasi yang berlandaskan laman sesawang, e-bahan dan bahan pengajaran
dan pembelajaran atas talian. Satu polisi yang menyeluruh perlu diadakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia yang mewajibkan guru untuk menggunakan bahan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, insentif untuk guru
yang membudayakan penggunaan ICT dalam P&P perlu disediakan. Latihan guru bagi
mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam mengintegrasikan bahan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diadakan secara
8
konsisten dan efektif. Latihan yang diperlukan merupakan latihan yang bersinambungan, iaitu
yang membolehkan guru-guru berkongsi kemahiran dan ilmu yang telah diperolehi dalam
latihan/bengkel di peringkat negeri/daerah dengan warga sekolah. Dari segi sistem

pemantauan pula, satu sistem pemantauan yang terancang dan sistematik perlu diwujudkan
dan dikendalikan oleh satu badan bebas supaya pemantauan dapat dijalankan secara efektif
dan profesional. Sistem pemantauan ini perlu merupakan satu sistem yang komprehensif yang
melibatkan pemantauan daripada tahap pembangunan bahan teknologi maklumat dan
komunikasi sehingga ke tahap pelaksanaan penggunaannya.
( 2 523 patah perkataan )

9
Rujukan
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai S. (2002). Reka bentuk perisian

multimedia.Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.


Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distribution Sdn Bhd.
Jusang, B., Narimah Ismail, Musa A.H. & Zamree Yaakob. (2001). ICT dan pendidikan:
Kesediaan menerima dan mengguna komputer di kalangan pelajar. International
Education Conference. 27-28 Ogos 2001. Petaling Jaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM.
Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan
komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993. Pengujian dan Penilaian Perisian .
Media ComiL.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001.
Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka
atau fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa
berbantukan komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.

You might also like