You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

BAHASA MELAYU TAHUN 3


________________________________________________________________
Mata pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3 UKM

Tarikh

: 13 Mac 2015

Masa

: 12.05 1.05 tengah hari

Bilangan pelajar

: 38 orang

Tema

: Perpaduan

Tajuk

: Amalan Murni Hidup Sejahtera

Fokus Utama

: 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada


pelbagai sumber.

Objektif

: Pada akhir pengajaran murid dapat:


i)
ii)

Mencatat maklumat yang betul dari pelbagai sumber


Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada
pelbagai sumber.

Ilmu

: Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam

Nilai

: Bekerjasama,Bertolak Ansur, Menghormati, Bantu Membantu

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir- Menjana idea, mengaitkan maklumat,


mencatat maklumat, kecerdasan pelbagai- verbal
linguistik, logik matematik
Pengetahuan sedia ada

: Murid-murid mengetahui dan mengamalkan amalan murni setiap


hari di rumah dan di sekolah.

Langkah/
Masa

Isi Pelajaran

Set Induksi Amalan Murni Hidup


(5 minit)
Sejahtera
- Membantu nenek tua yang
ingin melintas jalan
-Membantu kanak-kanak
yang terjatuh dan lain-lain.

Langkah 1
(15 minit)

Tugasan individu:
1.Mencatat maklumat yang
didengari di atas kertas.
- Kita mesti saling
menghormati orang lain.
- Kita mesti mengamalkan
sikap bertolak ansur.
- Kita perlu mengamalkan
sikap bekerjasama.
- Aktiviti gotong-royong
mengeratkan perpaduan.
2. Menulis maklumat yang
didengari di papan tulis
dengan betul.

Aktiviti Pengajaran Dan


Pembelajaran

Media/Catatan

1.Murid ditunjukkan video pendek


amalan bantu membantu.

BBM
-Video pendek

2. Murid menyatakan amalan bantu


membantu yang dilihat dari video
tersebut.

KBT
- Kemahiran
mengaitkan
maklumat

3. Guru mengaitkan jawapan murid


dengan pembelajaran hari ini.

1. Murid diminta mengeluarkan


sekeping kertas.

BBM
-Petikan Pendek

2. Aktivitidimulakandengan guru
membacakansebuahpetikanpendek
Hidup Sejahterakepadamuridmurid.

KBT
-Kemahiran
berfikir
-Mencatat
maklumat

3.Murid dikehendaki mendengar dan


mencatat amalan murni dari petikan
pendek yang dibacakan oleh guru.
4. Kemudian, murid dikehendaki
mencatat maklumat yang ditulis
diatas kertas di papan tulis.
5. Murid-muriddan guru bersama
menyemak maklumat yang
ditulisdan guru menekankan
kepentingan amalan murni daripada
petikan pendek tersebut.

Langkah 2
(15 minit)

Tugasan Berpasangan:
Papan Gambar Cerita
Semut dan Anai-Anai.
Papan 1- Anai-anai, semut merah
dan semut hitam berbincang ingin
mendirikan rumah di kawasan
tersebut.
Papan 2- Anai-Anai, semut merah
dan semut hitam menggali lubang
dan menimbun tanah untuk

Nilai:
- Bantu
membantu

Kecerdasan
pelbagai-Kinestatik
-Logik
Matematik
NilaiBekerjasama,
Bertolak Ansur
Menghormati

1.Murid dipamerkan papan gambar di


hadapan papan putih. Papan
gambar tersebut mengandungi
susunan cerita teladan Semut dan
Anai-Anai kepada murid-murid.

BBM
- Papan
Gambar
-Lembaran kerja
1

2.Murid secara berpasangan


dikehendaki mencatat maklumat yang
betul dari papan gambar yang dilihat
di papan putih di atas kertas lembaran

KBTKontekstual

mendirikan rumah.
Papan 3-Pergaduhan berlaku
kerana semut merah mendirikan
rumah yang besar.
Papan 4- Anai-anai meredakan
pergaduhan dan menasihati
kawan-kawannya kepentingan
bertolak ansur dan tolong
menolong.
Papan 5- Akhirnya mereka
membina sarang yang kukuh dan
hidup saling bantu membantu.

Langkah 3
(20 minit)

Tayangan Video:
Sang Tikus dan Singa
1. Singa tinggal digua dan tertidur
akibat terlalu lapar.
2. Sang Singa terdengar bunyi
tikus dan segera menangkap Sang
Tikus itu.
3. Sang Tikus sangat takut dan
meronta-ronta minta dilepaskan.
4. Sang Tikus berjanji akan
menolong Singa semasa dalam
kesusahan jika melepaskannya.
5. Pada suatu hari Sang Singa
telah terjatuh kedalam perangkap
dan ia berasa amat takut.
6. Sang Singa menjerit meminta
tolong dan Sang Tikus terdengar
jeritannya.
7. Sang Tikus menggigit jaring
tersebut dan menyelamatkan Sang
Singa.
8. Akhirnya mereka menjadi kawan
baik.

Penutup
(5 minit)

Rumusan:
Kita perlu mengamalkan
sikap bantu membantu,
bekerjasama, bertolak ansur
dalam kehidupan seharian
agar hidup sentiasa
sejahtera.

kerja yang diberikan.


3. Kemudian murid dikehendaki
membacakan maklumat yang di
catat berdasarkan papan gambar
yang tunjukkan.
4.Murid dan guru berbincang berdasar
kan maklumat yang dinyatakan dan
menerapkan nilai murni dalam
perbincangan tersebut.
1.Murid ditayangkan sebuah video
cerita teladan Sang Tikus dan
Singa di hadapan kelas.
2. Murid dikehendaki melihat dan
menghayati tayangan video
tersebut.
3. Murid diedarkan dengan sekeping
lembaran kerja.
4. Berdasarkan tayangan video cerita
Sang Tikus dan Singa tersebut,
murid dikehendaki mencatat
maklumat yang betul mengikut
susunan.

Nilai:
-Tolong
menolong
sesama rakan
-semangat
kerjasama

BBM
-Lembaran kerja
2
Kemahiran
berfikir:
-mengenal pasti
idea utama
-menyusunatur
Nilai:
-Bekerjasama
-Bantu
Membantu

5. Murid dan guru berbincang jawapan


yang diberikan dan guru
menerapkan nilai-nilai murni dari
tayangan video tersebut.
1. Murid di soal kembali amalan murni
yang mereka ketahui berdasarkan
cerita tadi.
2. Murid juga ditekankan kepentingan
mengamalkan amalan murni untuk
kesejahteraan hidup.
3. Guru memberikan aktiviti
pengayaan kepada murid, rujuk
Buku Teks Tahun 3 KSSR muka
surat 55.

Nilai:
-Bantu
Membantu
-Bekerjasama
-bertolak ansur

Petikan Pendek

Hidup Sejahtera
Murid-murid yang saya sayangi,
Kita akan hidup sejahtera jika kita baik hati dan menghormati orang lain. Kita mesti
bersikap saling menghormati bukan sahaja dengan orang dewasa malahan dengan
rakan sebaya.
Selain itu, kita mesti mengamalkan sikap bertolak ansur terutama apabila
membantu orang miskin.Amalan ini menjadikan kita sabar dan bertimbang rasa.
Seterusnya, kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama.Kita boleh menyertai
kegiatan seperti bergotong-royong atau lawatan ke rumah kebajikan.Kegiatan ini dapat
memupuk semangat perpaduan.
Sekian, terimakasih.

Arahan: Lihatgambar di papangambardanlengkapkanmaklumat di bawah.

Arahan: Susun cerita dibawah mengikut susunan yang betul dan kemudian
catatkan maklumat yang diperolehi diruangan disediakan.
Cerita
Sang Tikus menggigit jarring tersebut dan menyelamatkan Sang
Singa.
Sang Tikus sangat takut dan meronta-ronta minta dilepaskan.
Singa tinggal digua dan tertidur akibat terlalu lapar.
Pada suatu hari Sang Singa telah terjatuh ke dalam perangkap dan ia
berasa amat takut.
Sang Singa terdengar bunyi tikus dan segera menangkap Sang Tikus
itu.
Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan
jika melepaskannya.
Akhirnya mereka menjadi kawan baik.
Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan
jika melepaskannya.

Nombor

Sang TikusdanSinga

..

..

Disediakan oleh,
______________
(RASHIDAH BT ZAKARIA)

Disemak oleh,
___________________
( WAN FAUDZI BT ISMAIL)
MENTOR

Disahkan oleh,
____________________
( SABARIAH BT ADAM)
GURU BESAR
SK PENGKALAN JAYA

You might also like