You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan salamsejahtera,

Umum mengetahui, kira-kira pada tahun sebelum 1800 ,sebelum penjajah British bertapak di
Tanah Melayu, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Sistem pendidikan
bagi anak-anak Melayu ialah pendidikan agama Islam seperti mengaji Quran dan belajar hal-hal
rukun Islam. Selepas British bertapak di Tanah Melayu sekolah Inggeris pertama iaitu Penang
Free School ditubuhkan pada tahun 1816 di Pulau Pinang. Kemudian tertubuhlah sekolah rendah
Melayu untuk anak-anak Melayu.
Apabila ramai kaum Cina dan Tamil berhijrah masuk ke Tanah Melayu, terutama sekitar
1900-an hingga 30-an, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditubuh secara berasingan. Sebelum
kemerdekaan 1957, sistem pelajaran formal di Tanah Melayu terpisah-pisah. Terdapat sekolah
aliran Inggeris terutama di bandar-bandar, mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dari Darjah 1
hingga ke Universiti. Kemudian aliran sekolah Melayu yang terhad kepada pendidikan rendah
sehingga ke Darjah 6 saja yang mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sebagai persediaan untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satu
jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak telah ditubuhkan pada
tahun 1956 bagi mengkaji dan membuat syor tentang bentuk dan sistem pelajaran kebangsaan
sebagai alat menyatukan murid dari pelbagai kaum. Laporan Jawatankuasa Razak, antara lain,
mengesyorkan, supaya satu sistem pelajaran kebangsaan ditubuhkan bagi sistem
menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbagai kaum - Melayu, Cina, India dan
sebagainya. Pada tahun 1960, Laporan Razak dan Ordinan 1957 dikaji semula oleh Jawatankuasa
Pelajaran yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, menteri pelajaran pada masa itu.
Jawatankuasa ini berpendapat bahawa dasar dan pelaksanaan dalam Laporan Razak itu baik, dan
perlu diteruskan. Dengan itu Ordinan Pelajaran 1957 diperkemas dan dijadikan Akta Pelajaran
1961. Akta ini merupakan akta penting dalam mencorak perkembangan sistem pelajaran di
Malaysia sehingga sekarang.
Sekian,

You might also like