You are on page 1of 2

Contoh Pidato Sekolah Rendah

Saya ..,dari SK Hutchings,Pulau Pinang, ingin menyampaikan


sebuah pidato yang bertajuk Kepentingan Kegiatan Kokurikulum.Selamat pagi
dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim
yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya
serta para hadirin pendengar sekalian.
Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang
mulia ini iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus Bahasa
Melayu Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud
aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya dengan gerakkerja di luar
bilik darjah.Bermakna Kepentingan Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya
dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.
Para pendengar sekalian,
Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan
beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni
Lukis,Persatuan
Alam
Sekitar,Persatuan
Pengakap,Persatuan
Tunas
Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.
Warga dewan sekalian,
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu
Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai
mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan
kokurikulum ini banyak faedahnya.
Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid
bukan sahaja
dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat
memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika
menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan
bersejarah.
Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam
persatuan atau kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan
diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus
masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.
Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan
berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masingmasing.
Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan
bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui
penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting
bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan.

Sekian,terima kasih dan salam 1Malaysia. Saya mohon mengundur diri.

You might also like