You are on page 1of 3

ISL MINGGU 16

BULAN
Bulan merujuk kepada sebuah satelit semula jadi yang beredar
mengelilingi Bumi. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan
beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400
kilometer

di

bawah

tarikan

graviti

Bumi.

Bulan

tidak

mempunyai

sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan


cahaya matahari.

FASA-FASA BULAN

Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke


semasa. Perubahan bentuk bulan ini berlaku kerana luas permukaan bulan
yang memantulkan cahaya matahari ke bulan berubah semasa bulan beredar
mengelilingi bumi. Bentuk-bentuk bulan yang berbeza ini dikenali sebagai

ISL MINGGU 16
fasa Bulan. Fasa bulan terdiri daripada anak bulan, bulan sabit, bulan separa
baru, bulan purnama / penuh, bulan purnama lama, bulan separa lama dan
juga bulan sabit lama. Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan
yang sama ialah 29 hari.

GERHANA
Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu
objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.
Terdapat dua jenis gerhana, iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam
perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan
matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah
gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru kerana
bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari pada masa itu.
Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika
itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada
matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan
menghilang.
Gerhana juga boleh dibahagikan kepada gerhana penuh, gerhana
separa dan gerhana anulus.

Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan


menyelubungi dengan sepenuhnya cahaya matahari yang amat terang,
dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih
lembut dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun
hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

Gerhana separa berlaku apabila matahari dan bulan tidak tepat sebaris
dan bulan hanya melitupi matahari dengan separa. Fenomena ini
lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar bumi yang terletak di luar
laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun,

ISL MINGGU 16
beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh
sebab umbra melintasi wilayah kutub bumi dan tidak menyilangi
permukaan bumi.

Gerhana anulus pula akan berlaku apabila matahari dan bulan betulbetul sebaris, tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz matahari.
Hal ini telah menyebabkan matahari kelihatan seolah-olah sebentuk
cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera bulan
yang lebih gelap.
Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula

beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya
dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

You might also like