You are on page 1of 10

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 NAWAWI BAGI

KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGAWAL PEMBOLEHUBAH


MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK MUBPeMS
Oleh:
Munirah bt Ahmad Sabri, Sazli b Aziz @ Abdul Aziz
Jabatan Sains, IPG Kampus Dato Razali Ismail

munirah_smssm@yahoo.com, sazli@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kemahiran proses Sains mengawal pembolehubah amat penting bagi murid dalam
menjawab soalan. Pencapaian murid dapat ditingkatkan apabila murid mahir dan
memahami pembolehubah sesebuah eksperimen. Menerusi instrumen yang digunakan
seperti senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen lembaran kerja, didapati murid
melakukan kesilapan dalam kemahiran proses sains mengawal pembolehubah. Murid
tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Tujuan kajian ini adalah untuk
meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 Nawawi bagi kemahiran proses Sains
mengawal pembolehubah dengan menggunakan kaedah mnemonik MUBPeMS. Kajian
ini meliputi 5 orang murid Tahun 4 Nawawi iaitu seorang lelaki dan empat orang
perempuan yang dipilih berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian, soal selidik dan ujian
pra dan pasca. Kajian ini dibuat berdasarkan kaedah kualitatif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian dapat mengenalpasti dan mahir dalam
menjawab soalan pembolehubah. Melalui kaedah mnemonik ini, murid dapat
mengaplikasikan dan menggunakan kedah mnemonik ini dalam eksperimen serta ketika
menjawab soalan berkaitan.
Kata kunci:, meningkatkan, pembolehubah, mnemonik MUBPeMS, memahami, eksperimen.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pada semester tujuh, pengkaji menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala
Terengganu. Pengkaji diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi tahun 4 Nawawi, 4
Shafei dan 4 Ghazali. Pengajaran bermula dengan tajuk Proses Hidup Manusia, bawah tema Sains
Hayat dan seterusnya sehingga tamat praktikum. Pembahagian kelas mengikut tahap pencapaian
murid sangat mencabar kerana pengkaji dapat pengalaman mengajar murid dalam tahap pencapaian
yang berbeza.
Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji mengagihkan lembaran kerja kepada murid untuk dilengkapkan. Masa yang
diberikan untuk mereka menjawab soalan adalah bersesuaian dengan bilangan soalan yang diberikan.

Seusai kelas tamat, pengkaji memeriksa lembaran kerja tersebut. Ketika menyemak lembaran kerja
murid Tahun 4 Nawawi, pengkaji amat terkejut apabila mendapati mereka tidak dapat menjawab
soalan bahagian kemahiran proses sains iaitu pembolehubah. Mereka telah mempelajari tiga jenis
pembolehubah tetapi sering tertukar antara satu sama lain. Terdapat beberapa orang murid juga tidak
menjawab dengan betul kerana mereka tidak mengetahui bagaimana cara dan teknik untuk
mengenalpasti maklumat dalam soalan yang merupakan pembolehubah.
Sebelum ini, pengkaji diberitahu bahawa guru sains asal kelas tersebut telah mengajar mereka
tajuk awal iaitu kemahiran proses sains, tema pengenalan kepada sains. Guru tersebut menyatakan
murid memberikan respon positif tentang tajuk yang telah dipelajari. Apabila menyemak lembaran
kerja, pengkaji mendapati kebanyakan murid tidak memahami apa itu pembolehubah. Terdapat
beberapa orang murid sahaja yang menyatakan jawapan yang betul. Sebahagian besar mereka tidak
dapat menjawab soalan dengan tepat dan tidak menjawab soalan. Pengkaji dapat mengesan masalah
ini apabila memberikan mereka soalan tentang aktiviti yang mereka lakukan iaitu tajuk Proses Hidup
Manusia, standard kandungan Proses Pernafasan Manusia. Mereka tidak dapat menterjemahkan dan
membaca maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan kemahiran proses sains pembolehubah.
Apabila ditanyakan soalan kenapa tidak menjawab soalan dan tidak tahu jawapan, sebahagian mereka
menjawab bahawa mereka tidak tahu bagaimana cara mengenalpasti yang manakah merupakan
pembolehubah dan sebahagian lagi menyatakan mereka sudah lupa apa yang dipelajari.
Adakah proses pengajaran dan pembelajaran sains sebelum ini tidak berjaya? Adakah guru
tidak mengambil tahu tentang kefahaman murid? Adakah murid tidak memberi perhatian ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku? Apabila bertanyakan guru mereka, guru tersebut menyatakan
bahawa murid-murid tidak dapat mengingati cara bagaimana untuk mengenalpasti pembolehubah dan
perlu sentiasa diingatkan setiap kali ketika menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang
boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah
digunakan namun, mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik. Pengkaji berpendapat bahawa
masalah ini adalah kerana kurangnya fokus murid pada guru dalam memahami pengajaran dengan
baik dan sikap murid itu sendiri yang tidak berminat dengan pengajaran guru. Sekiranya masalah ini
tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera, pengkaji yakin murid kelas ini tidak dapat menjawab
soalan dengan baik dan akan menjejaskan pembelajaran mereka.

SOROTAN LITERATUR
Menurut Nooraziah (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa pembolehubah merupakan
asas utama kepada soalan Bahagian B. Kegagalan murid untuk menjawab soalan Bahagian B adalah
kerana mereka tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul berdasarkan soalan.
Pendekatan baru haruslah dibuat agar murid dapat meningkatkan kompetensi mereka dalam mata
pelajaran sains.
Azmil (2010) dalam kajiannya menyatakan kurangnya pendedahan murid tentang ujikaji
ataupun eksperimen telah menyebabkan murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti
pembolehubah. Apabila murid mengalami masalah untuk mengawal pembolehubah, murid juga akan
bermasalah dalam kemahiran proses sains (KPS) yang lain kerana KPS yang lain dipengaruhi oleh
pembolehubah.
Noor Hana (2008) dalam kajiannya menyatakan bahawa kegagalan menjawab soalan
Bahagian B adalah berpunca daripada lemahnya penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS). Murid
tidak memahami setiap KPS yang terdapat dalam soalan dan menyebabkan mereka sukar untuk
memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan. Pentingnya KPS ini akan menyebabkan murid
dapat menyatakan setiap kehendak soalan yang berkaitan dengan KPS dengan betul.
Menurut Hasan Mohd. Ali (2006), manusia mempunyai dua daya ingatan iaitu ingatan jangka
masa pendek dan jangka masa panjang. Daya ingatan jangka pendek tidak dapat kekal lama dalam
ingatan berbanding daya ingatan jangka panjang. Kebolehan mengingat bergantung kepada individu.

Mnemonik merupakan salah satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan. Mnemonik adalah salah
satu cara menyusun semula apa yang anda telah pelajari. Ia dibentuk dengan cara mudah bagi anda
fahami dan menggunakan daya imaginasi tersendiri.
Prof. Khalid Mohamad Nor (2002) menyatakan proses yang penting dalam pembelajaran
ialah ingatan kepada ilmu. Seseorang pelajar dapat meningkatkan daya ingatannya kepada bahan
pembelajaran melalui tiga cara, antaranya ialah dengan menggunakan mnemonik. Mnemonik secara
amnya adalah apa sahaja alat yang membantu ingatan. Alat tersebut biasanya tiada kaitan fahaman
dengan maklumat yang hendak disimpan. Kaedah ini berguna dalam kes ingatan yang melibatkan
banyak fakta dan tidak banyak melibatkan kaedah dan prinsip.
Kebanyakan kajian tentang pengajaran mengenalpasti pembolehubah menggunakan kaedah
mnemonik ini memberi kesan positif kepada murid kerana mudah dan penghasilan mnemonik yang
menarik dapat mempengaruhi murid dalam mengingati fakta-fakta dalam pelajaran. Menurut Dr.
Hasan Hj. Mohd Ali (1996), individu akan lebih mengingati pelajaran sekiranya individu tersebut
sendiri mengamalkan apa yang dipelajari. Antara contoh, penggunaan kaedah mnemonic. Kaedah ini
menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk yang mudah diingat dengan menggunakan
kreativiti sendiri. Ia menggunakan daya imaginasi sendiri untuk dikaitkan dengan fakta-fakta yang
ingin diingati.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini adalah untuk untuk meningkatkan kefahaman murid tahun 4 Nawawi Sekolah
Kebangsaan Tok Jiring bagi kemahiran proses sains mengawal pembolehubah dengan menggunakan
kaedah mnemonik MUBPeMS.
Objektif
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tahun 4 Nawawi bagi
kemahiran proses sains mengawal pembolehubah menggunakan kaedah mnemonik MUBPeMS.
Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa soalan untuk menentukan objektif kajian
tercapai, antaranya ialah :
1. Adakah penggunaan kaedah mnemonik MUBPeMS meningkatkan kefahaman murid dalam
mengenalpasti pembolehubah?
2. Adakah kaedah mnemonik MUBPeMS dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
matapelajaran Sains?
3. Adakah penggunaan kaedah mnemonik MUBPeMS dapat meningkatkan minat murid dalam
matapelajaran Sains?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini melibatkan lima orang murid yang berpencapaian rendah dalam Tahun 4 Nawawi yang
terdiri daripada empat orang perempuan berbangsa Melayu dan seorang lelaki berbangsa Cina. Peserta
kajian dipilih berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja yang telah pengkaji edarkan. Data
dikumpul menggunakan instrumen analisis dokumen lembaran kerja, senarai semak pemerhatian, soal
selidik, dan ujian pra dan pasca.
Dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model Kemmis &
McTaggert (1988). Model ini bermula dengan mereflek. Refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
akan dibuat setiap kali sesi berakhir. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal untuk mengenalpasti

masalah murid dalam pembelajaran melalui refleksi yang dibuat oleh pengkaji sendiri. Dalam menulis
refleksi, pengkaji menyatakan kekuatan dan kekurangan dalam sesi PdP yang telah dijalankan. Data
mula dikumpul dalam mengesahkan dan mengenalpasti masalah utama murid tersebut.
Setelah mengenalpasti masalah tersebut, pengkaji telah membuat perancangan tindakan atau
intervensi dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Perancangan ini dibuat dalam peringkat kedua
model ini iaitu merancang. Peringkat ketiga pula ialah bertindak. Dalam peringkat ini, pengkaji
menyediakan intervensi dan melaksanakan intervensi tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi
murid. Pengkaji telah melaksanakan kaedah mnemonik MUBPeMS bagi mengatasi masalah murid
tentang pembolehubah.
Pada peringkat memerhati, pengkaji telah mengumpul dan menganalisis data bagi menilai
keberkesanan tindakan yang telah dibuat. Pengkaji menggunakan instrumen analisis dokumen
lembaran kerja, senarai semak pemerhatian, soal selidik, dan ujian pra dan pasca untuk melihat sejauh
mana keberkesanan intervensi yang dilaksana dapat membantu murid dalam mengatasi masalah
tersebut. Data dianalisis dalam peratus sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi melihat
perbandingan dan perbezaan kefahaman murid sebelum dan selepas melaksanakan intervensi.

SPESIFIKASI INTERVENSI
Bagi spesifikasi intervensi, peserta kajian akan didedahkan dengan kaedah berserta definisi perkataan
mnemonik sebagai pengetahuan mereka. Setelah itu, pengkaji menerangkan bahawa kaedah
mnemonik ini dapat memudahkan mereka untuk mengingati kesemua pembolehubah dengan
menggunakan satu ayat yang diwakilkan kepada setiap pembolehubah serta fungsinya sekali.

Rajah 1
Penerangan Kaedah Mnemonik Mubpems Kepada Peserta Kajian

Seterusnya, pengkaji menggariskan huruf terawal pada setiap perkataan untuk menampakkan
perkaitan antara mnemonik dan fakta yang harus mereka ingat. Warna digunakan bagi memudahkan
peserta kajian untuk membezakannya dengan huruf lain dan menunjukkan huruf yang mempunyai
warna yang sama tersebut adalah saling berkaitan.

Rajah 2
Huruf Awal Setiap Perkataan Diwarnakan Mengikut Perkataan Yang Diwakilkan

Setelah kaedah mnemonik MUBPeMS diperkenalkan kepada peserta kajian dan mereka
memahaminya, pengkaji telah memberikan satu contoh eksperimen yang pernah mereka jalankan
dalam makmal sains untuk memastikan bahawa mereka betul-betul dapat memahami dan
mengaplikasi kaedah mnemonik ini ketika ingin menjawab soalan.

Rajah 3
Murid diberikan contoh eksperimen untuk aplikasi menggunakan kaedah mnemonik

DAPATAN KAJIAN
Dalam dapatan kajian ini, pengkaji telah memilih peserta kajian yang dilabel sebagai PK1. Ketika
PK1 diberikan soalan ujian pra, pengkaji dapati bahawa PK1 sememangnya mempunyai masalah

dalam mengenalpasti pembolehubah. PK1 telah tertukar pembolehubah dengan pembolehubah yang
lain dan menyebabkan jawapannya salah. Melalui senarai semak pemerhatian pula, pengkaji dapati
bahawa PK1 ini tidak berminat dengan pengajaran guru dan tidak dapat menjawab soalan yang guru
ajukan dengan baik. PK1 juga kelihatan tidak aktif dalam kerja kumpulan. Apabila diagihkan soal
selidik, kebanyakan jawapan PK1 menunjukkan respon negatif terhadap PdP guru.
Melihat kepada masalah PK1 ini, pengkaji telah melaksanakan intervensi dalam membuat
transformasi daripada respon negatif kepada positif. Menerusi soalan ujian pasca, PK1 dapat
menjawab soalan pembolehubah dengan betul dan tidak lagi tertukar dengan menggunakan kaedah
mnemonik MUBPeMS ini. Menurut Nur Farhanah (2011), kaedah pengajaran yang kreatif dan
menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu
mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut. Apabila murid
memahami sesuatu fakta yang menarik dengan baik dan mudah maka, sudah pasti mereka akan dapat
mengingati fakta tersebut.
Melalui senarai semak pemerhatian juga, PK1 didapati lebih berminat dengan pengajaran guru
berbanding sebelum ini. PK1 juga dapat menjawab soalan yang guru ajukan dengan baik dan lebih
aktif dalam kerja kumpulan. Dapatan ini selaras dengan Hj. Ab. Fatah (1990), pada biasanya
maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian
daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Hal ini terbukti bahawa maklumat yang menarik
dapat membuatkan murid lebih berminat dengan pengajaran guru kerana ia menyeronokkan.
Rumusan keseluruhan bagi kesemua peserta kajian menunjukkan perubahan daripada negatif kepada
positif dari semua sudut berdasarkan persoalan kajian berikut :

Persoalan 1 : Adakah penggunaan kaedah mnemonik MUBPeMS meningkatkan kefahaman


murid dalam mengenalpasti pembolehubah?
Bagi menjawab persoalan pertama, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen skrip
ujian. Menerusi ujian yang diberikan, terdapat perbezaan yang dapat dilihat antara ujian pra dan
pasca. Berikut merupakan skrip perbandingan ujian pra dan pasca.

Rajah 4
Peningkatan Kefahaman Murid Dalam Pembolehubah Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan
Menggunakan Analisis Dokumen Skrip Ujian

Persoalan 2 : Adakah kaedah mnemonik MUBPeMS dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
matapelajaran Sains?
Persoalan ini dapat dijawab dengan menggunakan instrumen Ujian Pra dan Pasca menerusi analisis
keputusan yang diperoleh. Jadual menunjukkan peningkatan peratusan markah peserta kajian.
Jadual 1
Peningkatan Pencapaian Murid Dalam Pembolehubah Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan
Menggunakan Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Pasca
Peserta Kajian
(PK)

Ujian Pra
(%)

Ujian Pasca
(%)

Peratusan
Peningkatan
(%)

13

100

87

27

100

73

87

87

27

100

73

27

100

73

Persoalan 3 : Adakah penggunaan kaedah mnemonik MUBPeMS dapat meningkatkan minat


murid dalam matapelajaran Sains?
Dalam menjawab persoalan ini, pengkaji menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian dan
soal selidik. Jadual 2 dan 3 menunjukkan peningkatan minat murid dalam matapelajaran Sains.

Jadual 2
Peningkatan Minat Murid Dalam Matapelajaran Sains Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan
Menggunakan Senarai Semak Pemerhatian
Bil

1.

Item Tingkah Laku Murid

Pengajaran
menggunakan
kaedah mnemonik
MUBPeMS

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Minat
a) Murid memberikan perhatian
ketika PdP dijalankan
b) Murid menunjukkan minat ingin
belajar dengan pengajaran guru

2.

Pengajaran tanpa
menggunakan
kaedah mnemonik
MUBPeMS

Tingkah Laku
a) Membuat kerja yang tidak
berkaitan
b) Berangan-angan

3.

Penglibatan
1

a) Bercakap-cakap dengan rakan

b) Berjalan-jalan dari satu tempat ke


tempat lain

a) Dapat menjawab soalan guru ajukan


dengan baik
b) Aktif dalam kerja berkumpulan
4.

Tumpuan

Jadual 3
Peningkatan Minat Murid Dalam Matapelajaran Sains Menerusi Kaedah Mnemonik Dengan
Menggunakan Soal Selidik
Sebelum menggunakan
kaedah
Bil

Item

Kekerapan

Peratus

Selepas menggunakan
kaedah
Kekerapan

(%)
Ya
1

Peratus
(%)

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Tidak

40

60

100

20

80

80

20

Saya berminat dengan


aktiviti yang dijalankan
oleh guru

40

60

100

Saya dapat menjawab


soalan pembolehubah
dengan baik.

20

80

100

Saya sering bosan dan


mengantuk dalam kelas
Sains.

40

60

20

80

Sains merupakan
matapelajaran yang
susah.

60

40

100

80

20

100

80

20

100

Saya suka
matapelajaran Sains.
Saya berasa sangat
seronok belajar Sains

Saya selalu lupa apa


yang telah guru ajarkan
Saya sangat sukar untuk
menghafal fakta-fakta

Ya

Tidak

KESIMPULAN
Menerusi dapatan kajian yang telah dinyatakan, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa
penggunaan kaedah mnemonik MUBPeMS ini dapat membantu murid Tahun 4 Nawawi dalam
meningkatkan kefahaman mereka bagi kemahiran proses sains mengawal pembolehubah. Konsep
pembolehubah haruslah difahami murid kerana Kemahiran Proses Sains (KPS) pembolehubah ini
merupakan antara KPS yang penting dalam menjawab soalan eksperimen ataupun soalan yang
berkaitan dengan pembolehubah. Jika murid gagal untuk menguasai KPS ini maka, murid tidak akan
dapat menjawab soalan yang lain seperti tujuan eksperimen, hipotesis, inferens dan sebagainya.
Dapatan ini selaras dengan kajian Noor Hana (2008), kegagalan menjawab soalan Bahagian B
berpunca daripada lemahnya penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS). Murid tidak faham KPS
menyebabkan mereka sukar untuk memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Penggunaan mnemonik yang menarik dan mudah untuk diingati sangat membantu murid
dalam mengekalkan ingatan mereka dalam jangka masa yang lama. Dapatan ini selari dengan Hasan
Mohd. Ali (2006), manusia mempunyai dua daya ingatan iaitu ingatan jangka masa pendek dan
jangka masa panjang. Daya ingatan jangka pendek tidak dapat kekal lama dalam ingatan berbanding
daya ingatan jangka panjang. Kebolehan mengingat bergantung kepada individu. Mnemonik
merupakan salah satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan. Mnemonik adalah salah satu cara
menyusun semula apa yang anda telah pelajari. Ia dibentuk dengan cara mudah bagi anda fahami dan
menggunakan daya imaginasi tersendiri.

RUJUKAN
Abdul Majid Khan, A. (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Batu Caves: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Aszoura Muhamed Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer
(Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep
Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Universiti Terbuka Malaysia.
Azmil. (2010). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 4 Arif Untuk
Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji Fair Test Di Sekolah
Kebangsaan Bukit Mewah, Johor Bahru. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Retrieved from
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Web Site:
http://web.moe.gov.my
Bernama. (2014, Februari 26). Pembelajaran Sains dan Matematik Perlu Menyeronokkan. Berita
Harian.
Retrieved
Mac
20,
2014.
From.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembelajaranSainsdanMatematikperlumenyeron
okkan-Najib/Article
Bernama. (2013, November 14). UPSR : Penurunan Bahasa Inggeris, Sains, Matematik Tidak
Signifikan.
Utusan
Online.
Retrieved
Mac
23,
2014.
From.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131114/dn_24/UPSR-Penurunan-BISains-Matematik-tidak-signifikan
Bernama. (2014, Februari 25). Jadikan Sains Mata Pelajaran Menyeronokkan. Bernama. Retrieved
Mac 24, 2014. From. http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news
Hj. Mohd Ali, D. (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan. Cheras: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Mohamad Nor, P. (2002). Belajar Teknik Belajar. Wangsa Melawati: PTS Millennia.

Mohd Ali, P. (2006). Teknik Belajar Berkesan & Efektif. Wangsa Melawati: PTS Millennia.
Mohd Farizul Akmam. (2008). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan
Menggunakan Kaedah Analogi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai.
Mohd Nuruzzaman Nizam. (2013). Penggunaan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kajian
Lapangan Dalam Matapelajaran Sains Tahun Lima : Bumi dan Alam Semesta. Open
University Malaysia.
Nooraziyah Ali. (2012). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 5 Usaha
Untuk Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji. Sekolah
Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai.
Noor Hana Che Hasan. (2008). Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains
(KPS) Bahagian B Dalam Kalangan Murid Tahun 6 SK Sungai Taka.
Suardi Nanang. (2009). Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soala Kemahiran Proses Sains (KPS)
Bahagian B Kertas 2 Dalam Kalangan Murid Menengah Rendah. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Yahaya, A., Suboh, A., Zakariya, Z., & Yahya, F. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

You might also like